Laman yang memaparkan pantun dalam Bahasa Brunei karya saya sendiri, berkongsi cerita, menyalur pengalaman, memangkin motivasi, melontar pendapat, membongkar rahsia perubatan, menyebarkan hal terbaik, berkualiti dan terkini serta apa yang terlintas pada fikiran sendiri. Laman ini bersifat peribadi dan mula dibangunkan pada 6 Mei 2008. Laman ditulis secara serius ketika menghadiri bengkel pelaporan BTP Kementerian Pelajaran Malaysia di Morib, Banting Selangor.
Thursday, November 4, 2010
Mesyuarat MKSP di Kundasang
Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Ceyln Kundasang dari 02 hingga 04 November 2010. Perjalanan ke sana penuh mencabar dengan menaiki bas yang terpaksa berhenti dua kali untuk membaiki sedikit kerosakan. Sempat singgah sekejap di Nabalu merakam sedikit foto dan membeli pisang dan kekacang untuk bekalan di pusat penginapan. Akhirnya sampai ke destinasi hampir jam 7.00 malam. Mendaftar di bilik K18 yang pemandangannya menghadap Gunung Kinabalu. Cuaca yang dingin dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu begitu menggamit rasa, ditambah pula dengan menu yang enak dan bilik yang selesa. Rombongan selamat balik ke destinasi masing-masing jam 5.30 petang setelah memborong sayur Kundasang. Tahniah kepada Urusetia Bengkel.
No comments:
Post a Comment