Siapa
Nabi Ibrahim
Setiap kali melintasi Maqam Ibrahim, aku
membayangkan betapa sukarnya nabi Allah itu menyusun batu-batuan untuk membina
Kaabah. Berdiri bulu romaku kerana jalan mengelilingi Baitullah ini pernah
dijejaki oleh kekasih Allah dengan tujuan yang sama. Nabi Ibrahim berasal dari bangsa Kaldani
Iraq. Beliau bertutur menggunakan bahasa Hibro (Ibrani). Ketinggian binaan yang
meruntun hati, dicatatkan tiga puluh sembilan kaki setengah (Sembilan hasta), di dalamnya terbina
tiga tiang dengan keluasan memuatkan lima puluh orang dewasa dalam satu masa. Jarak dari
Hajrul Aswad ke Rukum Syamsi (dua puluh dua hasta), jarak dari Rukum Yamani ke
Hajrul Aswad ke (dua puloh hasta). Beberapa meter dari sisinya terdapat telaga zam-zam, namun
ia sudah dikambus.
Aku mengimbau ayat 27 surah al-Hajj,
firman Allah ”Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya
mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang
dari segenap penjuru yang jauh.” Itu antara kandungan firman Allah SW kepada
Nabi Ibrahim AS.
Rukuk
Yamani
Doa yang dibaca Tiap kali melalui antara
Rukun Yamani dengan Hajrul Aswad “Rabbana Atinna fiddunia hassanah …… “ Surah
Al-Baqarah ayat 201. Allahu Akbar …….. Tidak terasa kami
telah menghabiskan tujuh keliling tawaf sambil diisi dengan zikir dan doa yang tidak
putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa.
Terbius
melihat orang sekeliling beribadah
Aku terkedu memerhatikan orang-orang
sekelilingku di laluan tawaf beribadah (semacam orang Arab, Pakistan, Ghana, India, Bangladesh dan entah negeri mana
lagi), rata-rata berdoa dan solat, solat dan solat, berdoa dan terus-terusan berkeadaan demikian.
Inilah yang dikatakan Ehsan di mana mereka itu beribadah kepada Allah seperti
seolah-olah mereka melihat Allah di depan mata dan jika Allah tidak terlihat pun, yakinlah
sesungguhnya Allah melihat kita.
Jejak kenabian
Agama Islam berteras kukuh bermula dari
insan agung ciptaan Allah yang pertama iaitu nabi Adam hingga ke Nabi Noh. Jarak kenabian
antara Adam hingga Nabi Nuh ialah sepuluh generasi, manakala menurut Ibnu Habban
menkelaskan jarak itu sebagai sepuluh kurun, di mana semasa. Zaman Noh, umatnya mula
menyembah berhala. Menurut riwayat Abu Ammah r.a. sepuluh kurun itu merujuk
kepada pertanyaan seorang lelaki terhadap Rasalullah; “Ya Rasulullah, berapa jarak antara Adam
hingga Noh?” Baginda bersabda, “ Sepuluh kurun”.
Usai lengkap tujuh pusingan, kami dihimpunkan di belakang
Multazam. Aku menyelit dicelah tetamu Allah, memilih ruang kosong untuk menunaikan solat sunat tawaf. Semasa solat sunat selepas tawaf di Multazam, airmataku terus saja mengalir kerana tidak menyangka Allah mengizinkan aku, suriku serta seisi rombongan untuk menjejakkan kaki ke tanah mulia tersebut. Terasa diri ini terlalu kerdil jika dibandingkan dengan keagungan Allah S.W.T dan terasa dekat diri ini kepada Allah pabila bersolat berdekatan dengan Baitullah. Aku
membelek jam yang kupakai, waktu itu ialah pada jam 1.20 dinihari. Aku tunduk
malu seribu bahasa lidah seakan kelu ketika melangitkan doa semoga amalan kami
diterima Allah, dosa diampunkan dan mohon agar kami akan dipertemukan di
Syurga, berhimpun bersama-sama Rasulullah SAW. Usai solat sunat tawaf, aku mendakap erat suriku dengan bisikan sama-sama bermaaf-maafan, dengan air mataku mengalir berjuraian tanpa dipaksa, air mata pengharapan, air mata keinsafan, air mata kesyukuran dijemput menjadi tetamu-Nya di tahun 2025.
Aku duduk melutut mendepani Baitullah
ketika mengimbau ayat ke-28 Surah Al-Jatiyah (yang berlutut) M/2 501, “Dan engkau
akan melihat setiap umat berlutut. Setiap umat dipanggil untuk buku catatan
amalannya. Pada hari itu kamu diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan”
Dapatkah kita bayangkan lama masa yang kita
akan tempuhi menanti giliran untuk penyerahan catatan tersebut. Itu terkait
dengan apa yang telah kita perbuat (amalan) semasa hayat kita di dunia.
Kami beredar ke ruang saie usai
menikmati air zam-zam. Lantaran risau tergelincir, secawan kertas air zam-zam aku hulurkan untuk suriku. Kami memulakan ibadah saie dalam kepadatan Duyuf Ar-Rahman yang
juga melakukan ibadah yang sama. "Innas Safwa WalMarwata ............ " Al-Baqarah ayat 158 m/s 24, "Sesungguhnya Sofwa dan Marwah merupakan syiar Allah. Siapa yang mengerjakan haji dan umrah tiada dosa baginya mengerjakan saie ..... " Firman Allah itu turun tatkala sahabat-sahabat nabi SAW enggan bersaie kerana lokasi tersebut adalah terhimpunnya berhala-berhala sebelum pembukaan Mekah.
Dengan dipimpin oleh Mutawif, kami memulakan
langkah di antara Safwa ke Marwah usai melangitkan niat saie. Memulakan langkah
menuju ke Marwah dengan melantunkan zikir-zikir yang diketuai oleh mutawif. Di lokasi lampu hijau, jemaah lelaki
sunat berlari anak dan berdoa : “Rabbigfir warham wa’fu watakarram watajaawaz’ammaa
ta’lam, innaka ta’lamu maalaa na’lam. Innaka antallaahul a’azzul akram”. Ya Allah
ampunilah, sayangilah, maafkanlah, bermurah hatilah dan hapuskanlah apa-apa yang Engkau
ketahui dari dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang kami sendiri
tidak tahu. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Tinggi dan Maha Pemurah. Terserap berdiri bulu romaku menyelingkap minda, betapa suri Nabi Ibrahim berjalan dan berlari anak sebanyak tujuh kali berulang-alik mencari air dalam laluan berbatu mencari air. Hari ini kita melakukan perkara yang sama tetapi dalam situasi berbeza (berhawa dingin). Apa masih tidak sedar insafkah kita?
Usai melepasi lampu hijau, di pusingan
keempat, suriku sempat membisikkan kata-kata ia kehausan. Aku mengikat janji
akan berhenti di kawasan air zam-zam di pusingan kelima nanti.. Syukur Ya Rab,
Engkau Maha Mengetahui dan Maha Perancang Yang Terhebat seperti yang ternukil
dalam firman-Nya di surah Al-Ambia ayat 110 m/s 331 “Sesungguhnya (Dia) Allah
Maha Mengetahui, perkataan apa yang kamu ucapkan secara terang-terangan dan
mengetahui apa yang kamu rahasiakan “ Allah ya Allah, Syukur ya Allah, Engkau
Maha Mendengar apa yang umat-Mu bisikkan. Muncul seseorang dari kalangan jemaah
Nurmultazam menghulurkan segelas air zam-zam yang kami kongsikan berdua
Lagi sekali, seakan-akan Dia (Allah SWT)
membisikkan sesuatu kepada mutawif, di mana beliau meminta semua jemaah berehat
dan menikmati air zam-zam di tengah-tengah pusingan kelima. Lagi sekali kami
beroleh kesempatan menikmati zam-zam buat yang kedua kalinya. Kami sepakat
untuk tidak menunggu Jemaah, berundur dua tapak dari tempat pemberhentian tadi
dan memulakan saie tanpa menunggu rakan-rakan yang lain. Bukan niat kami untuk
terburu-buru atau sengaja memisahkan diri dari kumpulan, akantetapi
al-maklumlah pergerakan warga emas seperti kami agak terbatas dan amat
perlahan. Waima kami bergerak agak terkehadapan, akan tetapi suara mutawif
masih jelas kedengaran di earphone yang kami pakai.
Itinerari
Isnin 06 Oktober 2025 (13 Rabuilakhir 1447 H)
Jam tiga pagi usai selesai tahalul,
dengan bimbingan mutawif sambil duduk mengaminkan bacaan doa di batuan Marwah.
Tatkala bertahalul, aku adalah orang
pertama menghulurkan kepala kepada mutawif. “Bismillah Hirrahman Nirrahim, Ya
Allah, Engkau jadikanlah setiap helai rambut yang digugurkan sebagai cahaya di
akhirat nanti”
Kami bergerak balik bersama sebahagian
Duyuf Ar-Rahman. Aku dan suriku masuk ke bilik 184 Hotel Safwah. Ketika di
bilik, aku meleraikan kegusaran mutawif mengenai tahalul kami
suami isteri. WhatsApp yang aku terima berbunyi, “Sudah tahalulkah tuan haji”.
Aku membalas WhatsApp beliau dengan ungkapan berikut, “Tuan sudah lupakah,
sayalah orang pertama yang tuan gunting tatkala berada di batuan Marwah.”, Sempat
terlelap kejap usai membersihkan diri.
Usai memakai jubbah, aku mulai dengan melangitkan doa di balik pintu bilik diaminkan oleh suriku, “Alhamdulillah, kami pohonkan, Engkau labuhkan payung perlindungan-Mu kepada kami, Engkau jagalah lisan kami, permudahkan perjalanan kami dan semoga kami kekal berwuduk sehingga kami selesai beriktikaf.” Kami bergegas ke masjid kerana memikirkan untuk solat mendepani Baitullah. Di laluan yang sendat dengan para Duyuf Ar-Rahman,
disirami dengan perasaan teruja, terbius untuk menapak ke dataran, disamping
mengelak agar tidak terbatal wuduk. Bukan apa, mazhab dari pelbagai dan Duyuf
Ar-Rahman yang datang dari seluruh pelusok dunia, ada yang tidak memikirkan wuduk,
kerana sebahagian dari mereka berbeza mazhab yang tidak terbatal wuduk andai
bersentuhan lelaki dengan wanita tanpa disengajakan. Wallahu Alam. Aku langsung
tidak memikirkan bahawa “Seratus ribu pahala untuk sekali solat di Masjidil
Haram bersamaan dengan solat 273 tahun. “ Itulah antara kelebihan yang
dilisankan oleh mutawif. Oleh kerana banyak pintu-pintu masjid telah ditutup,
akhirnya kami diarahkan menghala ke Roof Top. Kami menetapkan lokasi pertemuan usai solat. Solat tahaitul masjid, solat
syukur, taubat, tahajud dan diakhiri dengan solat witir. Solat subuh pertama kami,
dilaksanakan di di roof top.
Restoran
Al Mehrab
Usai subuh, kami bergerak ke Restoran Al
Mehrab Hotel Safwah mendepani juadah. Memperkenalkan diri di kaunter masuk
dengan memperlihatkan kad nama dan nombor bilik, kami beratur di meja makanan. Meninggalkan restoran balik ke hotel, usai makan.
Di pelaksanaan solat dzohor, dan asar,
aku ke masjid dengan memakai kain ihram. Ini kerana amat mudah untuk berada di
dataran mendepani Baitullah di solat-solat tersebut, berbanding dengan menapak
jauh mencari pintu-pintu yang kadangkala sudah ditutup dan diarah ke pintu
lain. Amalan biasa, aku membaca doa di balik pintu bilik 148, diaminkan oleh
suriku, membaca doa iktikaf ketika di dataran mendekati masjid.
Menjejaki
Gua Hirah
Pada petangnya, kami menunggu bas untuk
membawa kami ke kaki Jabal Nur. Bas bergerak pada jam 5.10 petang membawa lebih
sepuluh orang penumpang. Di perjalanan menuju ke Jabal Nur, aku terkesima
dengan tazkirah mutawif. Namun ada ayat yang menggeletek hati ”Tuan-tuan kalau tiba
di kemuncaknya cepat-cepat turun enggak usah menunggu wahyu, kerana wahyu telah
selesai diturunkan kepada nabi kita. Kita ada lagi acara makan nasi unta”
Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa berderai.
Berfoto sebelum mendaki Jabal Nur. Aku
memulakan jejak langkah dengan mulut ini tidak lepas dari membaca dzikir. Tiap
langkah diatur agar tidak tersasar, dan acap kali berhenti untuk bernafas. Tiba
di hentian pertama, aku membeli sebotol air minuman. Ya Allah, Engkau Maha
Pemurah kerana aku memperoleh minuman percuma kerana tidak membawa wang kecil.
Sambil mengucapkan terima kasih, aku angkat tanganku melangitkan doa kepada
Allah. Aku tiba mendekati hentian kedua tatkala azan maghrib dikumandangkan.
Aku menyertai solat maghrib berjemaah dalam keadaan masbuk. Solatku aku akhiri
dengan solat syukur dengan doa yang agak panjang. Semasa berswafoto, aku didatangi oleh seseorang, yang menawarkan dirinya untuk mempotret aku di atas Jabal Nur. Aku menyerap semangat Siti Khatijah, kagum bagaimana suri rasulullah SAW itu mendaki dua kali sehari dengan tujuan menghantar makanan kepada baginda SAW.
Tidak menunggu lama di sana, aku menapak
turun. Tatkala tiba di bawah, aku berhenti menggentel tasbih digital dengan
hitungan 821 dzikir dari sejumlah menghampiti sepuluh ribu secara keseluruhannya.
Di bawah aku cuba mengesan di mana
suriku dan rakan-rakannya berada tetapi aku gagal mengesan mereka. Aku
terserampak dengan mutawif yang membelanjakan aku dengan segelas minuman
manisan sejuk berwarna merah. Tatkala azan isyak dikumadangkan, kami ke musalla untuk solat isyak.
Usai semua berkumpul, kami menaiki bas
menuju ke restoran Nasi Arab berlauk Unta. Duduk bersimpuh dan bersila melahap
nasi unta bertiga dengan Aiman dan mutawif. Jam 9.30 malam, kami meninggalkan
restoran balik ke hotel, membersihkan diri dengan mandian bersabun wangi.
Seperti malam-malam sebelumnya, sebelum
melabuhkan sauh malam, aku aku membaca doa sebelum tidur, Bimikallah
Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah 3 kali, doa
tahayat 3 kali, membaca Ayat Kursi sekali.
Itinerari
Selasa 7 Oktober 2025 (18 Syabaan 1445 H) Miqat kedua Jiranah
Kami terjaga dari tidur sebelum jam
loceng telefon berdering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi ahyanaa …….” iaitu
doa bangun tidur. Kami melalui rutin biasa. Kami berbagi-bagi tugas iaitu aku
membancuh minuman sementara suriku membersihkan diri. Kami mandi sunat ihram,
kerana akan bermiqat di Jiranah pagi itu untuk umrah kedua kami.
Usai memakai kain ihram, aku mulai
dengan rutin melangitkan doa di balik pintu. diaminkan oleh suriku, “Aamin Ya Rabbil Alamin. Syukur Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesempatan dan kesihatan. Selamatkanlah kami dalam perjalanan ke masjid-Mu. Engkau peliharalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Kami insan yang amat kerdil ini memohon semoga Engkau nyahkan segala keburukan kami dan Engkau berkahi kami dengan Rahmat-Mu. Janganllah hendaknya, kunjungan ini Engkau jadikan kunjungan terakhir kami. Jemput kami untuk kunjungan-kunjungan yang berikut-berikutnya.” Aku membaca doa memasuki masjid diaminkan oleh suriku, “Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………”
Kami bergegas ke masjid kerana
memikirkan solat mendepani Baitullah. Di laluan yang sedikit longgar, kami
bergerak ke laluan jemaah yang memakai kain ihram. Para Duyuf Ar-Rahman, menanggalkan
selipar di muka pintu masjid dengan pengawasan petugas masjid. Aku terbius semasa
menapak ke dataran yang agak ramai..
Semasa azan pertama, kami bergerak ke
dataran masjid. Suriku menuju ke ruang solat wanita sedangkan aku bergerak
lebih ke hadapan. Menunaikan solat tahaitul masjid, solat tahajud dan solat
witir. Solat subuhku pada pagi itu dengan mendepani Baitullah yang hanya
beberapa meter di hadapanku.
Rutin
harian
Usai bertemu di suatu tempat di pintu
bangunan Safwah, kami bergerak ke lantai dua. Paginya, kami ingin merubah
selera dengan membeli sarapan pagi iaitu
nasi goreng Malaysia di Restoran milik Rakyat Malaysia SR20, macam mahal tetapi
mampu mengenyangkan dua insan. Usai sarapan pagi, kami mengambil sedikit rehat
kerana dijadualkan akan mengambil miqat ke Hudaibiyah untuk menunaikan ibadah
umrah yang kedua.
Bas para Duyuf Ar-Rahman Nurmultazam bertolak
ke Jabar Tsur. Itulah destinasi pertama kami pada pagi tersebut. Bukit di mana terdapat gua persembuyian baginda nabi SAW bersama Abu Bakar. Berfoto dan
mengikuti tazkirah yang panjang lebar yang mengguris melekat di jantung hati.
Padang
Arafah
Bertolak ke Padang Arafah, di mana kami
berdua tidak mengikuti pendakian ke Jabbar Rahmah, malahan berseleritan di
sekitar kawasan jualan bebas. Sambil jejari ini menggentel tasbih digital untuk
melisankan dzikir, kami memerhatikan penjual jubbah, songkok, buah-buahan,
tasbih dan pelbagai lagi. Seronok dengan gelagat penghuni Mekah berniaga tanpa
kenal panas terik. Kami menikmati Aiskrim Mekah dan membeli garam Mekah.
Tatkala berada di dalam bas, silih berganti penjual minyak wangi menaiki bas
kami sambil menawarkan harga yang asalnya mahal dan lama-lama semakin murah.
Para Duyuf Ar-Rahman Nurmultazam
kemudiannya dibawa menyaksikan tempat berwukuf di Arafah, melihat kawasan
khemah, padang mabit Mudzalifah dan Mina. Aku mengimbau sedikit kenangan haji
kami di tahun 2015. Pada petang sehari sebelun wukuf, kami meninggalkan Hotel
Burj Al-Haram Mekah menuju ke padang Arafah. Bermalam dengan khemah buatan yang
dihuni oleh Maktab 94 seramai 2,500 orang. Berkongsi sepuluh tandas lelaki dan
sepuluh tandas wanita. Nampak seperti perit, akan tetapi itulah kenangan manis
musim haji yang perlu dihadang. Akan tetapi, kemudahan dewasa ini, amat
tersusun dan selesa.
Singgah di Jiranah menjelang waktu
dzohor, memakai kain ihram dan seterusnya memasang niat umrah. Usai menunaikan
solat sunat ihram, kami menaiki bas. Mutawif menghitung jumlah jemaah.
Beliau kemudian memimpin lafaz niat umrah. Aku niatkan pahalanya
untuk arwah datuk kami Pengiran Salleh bin Pengiran Damit. Mutawif memungut
wang SR200 seorang untuk mereka yang hendak menaiki buggy bagi perlaksanaan
tawaf saie.
Kini kami terikat dengan 13 pantang
larang seperti:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh
memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh
memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi
atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau
menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak kepala atau
janggut (lelaki dan wanita). 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki
dan wanita). 8.Tidak boleh memotong kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh
mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan
wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak
boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin, mengahwinkan atau menjadi wakil
kahwin.
Tarbiah
Ya Allah …. Kami datang memenuhi
panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, segala puji khusus untuk-Mu, kami datang bergelumang
dosa, di hadapan-Mu yang maha esa, mohon ampun segala dosa nestapa. Itulah
tarbiah yang kami lafazkan sepanjang perjalanan balik ke hotel penginapan. Makan tegah hari, kami
melahap nasi dengan kambing kari yang menyelerakan.
Jam 3.37 petang, dengan pakaian dua
helai tuala putih Izar kain bawah manakala Rida’ nama kain dipakai sebelah atas
adalah simbolik kepada kain kafan, kami seramai lebih sepuluih orang dihantar
oleh mutawif ke lantai atas, memulakan tawaf dengan menaiki buggy yang
berkadaran SR200 tiap seorang. Aku meminta semua jemaah untuk melafazkan niat
sebelum lampu hijau. Setiap kali mendepani pepenjuru Hajrul Aswad pada kesemua
pusingan, kami beristilam, di mana kesemua Duyuf Ar-Rahman yang melalui kawasan
tersebut juga melafazkan istilam masing-masing, dengan isyarat tangan oleh
pemandu buggy.
Allahu Akbar, waima bukan menapak
seperti selalunya, tawaf menaiki buggy menggamit pelbagai rasa. Di pusingan
tawaf kelima, kami diberhentikan di suatu kawasan untuk menunaikan solat asar. Usai
solat, kami bergerak semula. Selesai Tawaf, kami diberhentikan di suatu kawasan
yang sama untuk solat sunat tawaf. Aku melangitkan doa, “Ya Allah, Engkau
jadikanlah petang ini sebagai yang terbaik untuk kami, dekatkanlah aku pada
keredhaan-Mu dan jauhkan aku dari murka-Mu. Jadikanlah aku serta seluruh
keluargaku sentiasa berada dalam payung perlindungan-Mu. Ya Allah, janganlah
engkau jadikan kunjunganku ini yang terakhir untuk kami, jemputlah kami untuk
kunjungan yang berikut-berikutnya. semoga amalan kami diterima Allah, dosa
diampunkan dan mohon agar kami akan dipertemukan di Syurga-Mu dan boleh
berkumpul dengan kekasih-Mu.”
Di perlaksanaan saie, aku yang pada
mula-mulanya memperlahankan suara membaca doa-doa dan dzikir ketika tawaf, kini
beralih menguatkan suara bacaan ketika saie tanpa menoleh ke belakang. Singgah
di suatu kawasan untuk meneguk air zam-zam.
Di ayat kedua surah Saba m/s 428
berbunyi “Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar
daripadanya, dan apa yang turun dari langit serta yang naik kepadanya, dan
Dialah jua YangMaha Mengasihi, lagi Maha Pengampun."
Hotel Anjum
Kami berdua berpisah dengan Duyuf
Ar-Rahman lain untuk membeli kad sim di suatu lokasi yang bersebelahan dengan
bank Al-Radji (SR110 untuk dua kadsim. Nun di hujung sebelah kanan masjid, terlihat olehku Hotel Anjum. Sayu terasa di hati ini, di mana suatu ketika dulu, terdapat deretan bas awam berwarna merah yang laluannya menuju ke Tanaim (Masjid Aaisyah) tempat miqat. Dalam keadaan penumpang yang padat, aku dan suriku pernah ke Tanaim beberapa kali selepas solat subuh dengan tiket SR 3.15 seorang. Bas berhenti beberapa kali untuk menurunkan penumpang. Setelah bertukar kepada kain ihram di Masjid Aaisyah, berniat umrah, beli tiket SR 3.15 dan kembali ke masjidil haram untuk tawaf saie. Masa itu bas tidak lagi penuh. Itu hanya tinggal kenangan belaka. Kini kalibat deretan bas merah itu tidak lagi kelihatan.
Usai membeli kad sim, kami beredar balik ke bilik untuk bertahalul dan
melepas kain ihram. Mandi dan bersiap-siap untuk solat maghrib.
Sebelum bertolak, usai mandi, aku melilitkan badan
dengan dua helai kain putih bagi membolehkan kami berada di dataran mendepani
Baitullah. Amalan rutin biasa, berdoa di balik pintu dan membaca doa iktikaf ketika sebelum menapak ke dalam masjid. Menyimpan sandal dan menapak sejauhnya mendepani Baitullah. Di perjalanan aku membahagi-bahagikan tasbih tujuh biji bilangan (tasbih tawaf) yang aku anyam sendiri semenjak-dua menjak sebelum bertolak ke Mekah. Manik dan benangnya aku beli di Super Save Putatan sedangkan kami berdua dibekali dengan tasbih anyaman anak sulong kami. Alhamdulillah, dapat menginfak sebanyak dua puluh tasbih.
Jangan terikut-ikut
Acap kali terlihat olehku, ada jemaah bangun solat selepas azan maghrib, sama ada di tanah air mahupun di Haramain. Apa solat yang mereka tunaikan. Boleh saja kita solat sunat dua rakaat (asalkan bukan solat qabliah). Ini pesan Ustaz Harun (Likas). Aku terbius memerhatikan tetamu Allah menunaikan solat tanpa henti Selagi Iqamat belum dilaungkan. Sementara menunggu pelaksanaan solat maghrib, aku menggentel tasbih zikir. Di solat maghrib, seronok rasanya, di rakaat kedua, imam membaca ayat terakhir Surah
At-Taubah, surah yang hafal di lisanku.
Waktu Tahriim
Dalam al-Quran ada satu surah di m/s 560 (Surah al-Tahriim surah ke-66 terdiri dari 12 ayat), yang mengisahkan Rasulullah Saw mengharamkan dirinya dari menggauli hamba wanita miliknya. Tahriim bermaksud larangan atau pengahraman. Apa kaitannya Waktu Tahriim dengan ibadah umrah ziarah. Ini kerap kali jarang disentuh oleh mutawif mahupun semasa taklimat umrah ziarah. Ketahuilah hanya di Mekah sahaja satu-satunya tempat di dunia ini yang tiada waktu tahriim (haram) untuk menunaikan solat bermaksud tiada masa untuk larangan bersolat. Kita boleh solat pada bila-bila masa, asalkan solat itu mengikut ketetapan masa yang diperbolehkan. Maksudnya, asalkan tidak menunaikan solat tahajut di siang hari, atau solat dhuaa di tengah malam. Akan tetapi berbanding di tanah air, kita dilarang solat selepas asar, tiada solat selepas subuh melainkan solat qadha. Oleh itu, ambillah peluang untuk menunaikan seberapa banyak solat ketika berada di Mekah.
Rutin biasa, makan malam di restoran Al-Rehab, usai bertemu-janji di lokasi yang dijanjikan. Bukanlah risau suriku sesat di bangunan as-Safwah, tetap amat seronok jalan beriringan bersama-sama. Berada di haramain-Nya, umpama bulan madu kedua bagi kami suami-isteri. Sernok, teramat seronok.
Itneri malam diakhiri dengan amalan
rutin biasa kami iaitu membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, membaca ayat
Al’Muawizat 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat
Kursi sekali. Membaca tasbih dan tahmid dan takbir hingga terlena.
Itinerari
Rabu 8 Oktober 2025 (18 Syabaan 1445 H) acara bebas
Bangkit awal dari biasa (jam 2.45 pagi),
dengan bacaan, “Alhamdulillah Allazi Ahyanaa ……..,” Usai bergilir menggunakan
kemudahan tandas, kami membancuh minuman dan mengalas perut dengan sedikit
roti.
Sebelum bertolak, aku melilitkan badan
dengan dua helai kain putih bagi membolehkan kami berada di dataran mendepani
Baitullah. Seperti lazimnya, aku melangitkan bacaan doa sebelum melangkah
meninggalkan bilik, “Alhamdulillah, Syukur Ya Rab, Engkau telah memudahkan ibadah ziarah kami. Kami memohon perlindungan di perjalanan ke Baitullah-Mu. Jagalah tutur kata kami, jagalah wuduk kami sepanjang beriktikaf di masjid-Mu. Kami memohon Engkau angkat segala dosa-dosa kami, segala kejahatan kami dan jangan biarkan kami pulang ke tanah air dengan membawa masalah yang sama.” Aku melangitkan doa memasuki masjid diaminkan oleh suriku, “Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………” dan bergerak mendepani
Baitullah.
Di dataran, suriku bergerak ke kawasan wanita, sedangkan aku sendiri
bergerak ke dataran Baitullah. Menunaikan solat tahaitul masjid, solat taubat,
solat tahajud dan witir. Aku membaca Surah As-Syuarah sementara menunggu
perlaksanaan solat subuh. Aku mulakan tilawahku dengan doa “Allahuma ajalil Quarana rabiia kulibina, waanurra suddurina, wajilaa ahzanina, wazihaba humuu minaa” “Ya Allah, jadikanlah Quran ini sebagai penyejuk hati kami,cahaya menyinari hati kami, penghibur duka kami, dan penghapus kesedihan kami.”
Sumber
dari Al Quran yang perlu diketahui
Terdapat tujuh nama orang kafir yang
disebut dalam al-Quran iaitu Abu Lahab, Azar, Qarun, Samira, Jalut, Firaun, dan Haman. Surah
Al-Anbia (para nabi) adalah surah yang menyebut seramai 17 orang nabi-nabi. Surah
Al Fath (kemenangan) ayat 18. Perjanjian Bai’tul Ridhwan dibuat di bawah pohon Samurah
yang membawa kepada Fathul Mekah (pembukaan Mekah)
5 surah dimulai dengan kalimah Aliff Lam
Mim iaitu surah Ali Imran Juzuk 3, Al-Ankabut Juzuk 20, Ar-Rumm Juzuk 21, Surah Luqman
Juzuk 21, dan Assajadah Juzuk 21. 5 surah dimulai dengan kalimah Aliff Lam
Ro iaitu surah Yunus Juzuk 11, Yusoff Juzuk 12, Ibrahim Juzuk 13, Surah Al-Hijr Juzuk
13, dan Arrahman Juzuk 27. 7 surah dimulai dengan kalimah Haa Mim iaitu surah
al Ghafir Juzuk 24, Surah Al-Fusilat Juzuk 24, Surah As-Syura 25, Az-Zukruf
Juzuk 25, Ar-Dhukan Juzuk 25, Surah Al-Jasiah Juzuk 25, dan Al-Ahqaf Juzuk 26.
Aku bersandarkan kepada firman Allah di
surah Al-Mukminun dari ayat 1 hingga ayat 5 “Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang
yang beriman iaitu orang yang khyusuk dalam solatnya” Usai solat, kami bertemu di
suatu lokasi untuk menapak ke hotel bersama-sama. Pagi ini, kami tidak ke
restoran Restoran Al Mehrab, malahan membeli mee dan roti canai di restoran
Malaysia.
Jam 7.30 pagi, dengan melilitkan dua
helai kain ihram, kami bergerak masuk ke masjid, usai membaca rutin harian,
berdoa di balik pintu dan membaca doa iktikaf di luar masjid. Hari ini kami
berjanji untuk berkampung di dalam masjid. Menunaikan solat tahaitul dan solat
dhuaa. Aku dahului tilawahku dengan melangitkan doa “Allahuma ajalil Quarana rabiia kulibina, waanurra suddurina, wajilaa ahzanina, wazihaba humuu minaa” “Ya Allah, jadikanlah Quran ini sebagai penyejuk hati kami,cahaya menyinari hati kami, penghibur duka kami, dan penghapus kesedihan kami.”Menyambung bacaan Surah As-Syuarah.
Usai makan di kafe hotel, kami balik ke
bilik dan bergerak sebelum zohor. Aku
menyambung membaca Surah As-Syuarah, membelakangi pintu King Aziz sebelum solat
dzohor. Solat dzohor dan asarku, mendepani Baitullah. Sebelum bergerak ke masjid untuk solat maghrib, aku melilitkan badan dengan dua helai kain putih bagi membolehkan kami berada di dataran mendepani Baitullah. Aku membawa bersama sembilan buah Juzuk Amma. Buku yang aku beli (10 buah) di Toko Buku Al-Amin jalan TAR, tika kami empat beranak ke Kuala Lumpur pada 14 Januari lalu. Seperti lazimnya, aku melangitkan bacaan doa , “Alhamdulillah, Syukur Ya Rab, Kami memohon perlindungan di perjalanan ke Baitullah-Mu. Jagalah tutur kata kami, jagalah wuduk kami sepanjang beriktikaf di masjid-Mu. .” Aku melangitkan doa memasuki masjid diaminkan oleh suriku, “Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………” dan bergerak mendepani Baitullah.
Di perjalanan, aku membahagi-bahagikan sembilan buah Juzuk Amma (sebuah untuk aku sendiri) kepada Duyuf Ar-Rahman menurut firasat aku sendiri. Usai solat maghrib, aku
menerima WhatsApp dari suriku yang mengajak untuk aku berpindah ke pintu
Al-Fath. Aku menyertai suriku yang menyediakan aku dengan kerusi lipat. Kami
berbual agak lama, sebelum melengkapkan bacaan Surah As-Syuarah.
Usai isyak, kami balik bersama-sama, dan
Naik ke restoran Al-Mehrab, untuk makan malam sebelum bergerak balik ke bilik.
Usai berganti dengan pakaian biasa, kami keluar mengunjungi premis Safwah yang
paling bawah untuk menilik barang-barang buah tangan. Aku sempat membeli empat
jubbah. Kawasan tersebut memang terkenal dengan barangan murah, dibandingkan
dengan di aras atas Bangunan Safwah.
Naik ke lantai dua di Market Al Rayyan, membeli
sebotol minyak zaitun SR17. setengah dozen minyak zaitun mini SR22, minuman
jus, dan roti-roti untuk sahur dan bekal dibawa balik sebagai buah tangan. Seperti malam-malam sebelumnya, kami
tutup tirai malam dengan membaca doa sebelum tidur “Bismika ……….”, membaca ayat
Al’Muawizat 3 kali, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari
Khamis 9 Oktober 2025 (21 Syabaan 1445 H) puasa sunat khamis
Bangun dinihari lebih awal dari biasa,
kami terjaga dari tidur sebelum jam loceng berdering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi
ahyanaa …….” Iaitu doa bangun tidur. Usai bergilir menggunakan kemudahan tandas, aku
membancuh minuman dan mengalas perut dengan sedikit roti, kerana berniat untuk puasa
sunat khamis.
Usai melilitkan badan ini dengan pakaian
takwa, kami mulakan rutin pada pagi itu dengan membaca doa di balik pintu,
“Alhamdulillah, Syukur Ya Rab, Engkau telah memudahkan ibadah ziarah kami. Kami
memohon perlindungan di perjalanan ke Baitullah-Mu. Jagalah tutur kata kami,
jagalah wuduk kami sepanjang beriktikaf di masjid-Mu. Kami memohon Engkau
angkat segala dosa-dosa kami, segala kejahatan kami dan jangan biarkan kami
pulang ke tanah air dengan membawa masalah yang sama.”
Aku membaca doa memasuki masjid diaminkan oleh suriku, “Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………”
Kami bergerak ke masjid
ketika azan pertama dikumandangkan. Menyimpan sandal ke dalam beg sandang dan
masuk pintu masjid yang dikhaskan dan berpisah tatkala mendekati dataran Kaabah.
Melakukan marathon solat-solat sunat dan berzikir sementara menunggu azan kedua
(subuh).
Usai subuh, aku menemui suriku di suatu
tempat yang kami janjikan dan bergerak menemani suriku. Seperti selalunya, kami
menaiki excolatur ke lantai dua,
memasuki lif dengan menekan butang R (bererti restoran) dan menuju ke Restoran
Al Mehrab. Penjaga kaunter restoran yang kami kenali sejak beberapa hari ini,
sudah tidak mengendahkan kami, dan membiarkan kami berlalu ke restoran tanpa
banyak kerenah. Akan tetapi begitu teliti dengan Jemaah lain yang kusangka mereka
itu adalah Jemaah yang baru menginap di hotel berkenaan. Isteriku bersarapan
sedangkan aku hanya menemani beliau. Kami didatangi oleh peramu lelaki,
bertanya kenapa aku tidak makan bersama. Suriku menjawab dalam bahasa asing,
“Fasting”, sambil menuding ke arahku.
Miqat
di Hudaibiyah
Aku menghantar pesana WhatsApp kepada
mutawif untuk tidak menyertai miqat di Hudaibiyah, memilih untuk berehat di
bilik, membaca firman Allah Dan ke masjid Di awal waktu. Suriku cuma berpesan, akan menyertai mereka bagi menunaikan tawaf sunat
bersama jemaah Multazam.
Aktiviti
harian
Seperti beberapa hari yang lalu. usai
melilitkan badan ini dengan pakaian takwa, kami mulakan rutin pada pagi itu
dengan membaca doa di balik pintu, sebelum ke dataran Baitulah untuk solat
dzohor. Begitu juga yang kami lakukan ketika solat asar. Tengah hari aku tidak
menyertai suriku ke Restoran Al Mehrab kerana berpuasa.Usai Solat asar,
isteriku meminta izin untuk menyertai Jemaah bagi melaksanakan tawaf sunat.
Berimiginasi
Semasa menunggu perlaksanaan solat asar,
aku berimiginasi mengimbau liku-liku kehidupan masa kecilku di kampung halaman,
dengan memuatkan puisi di bawah yang pernah aku kongsikan di Facebook beberapa
bulan yang lalu.
(Mohon maaf andai ada yang tersinggung,
atau menyentuh sensitiviti, mahu pun nama terlupa sebut atau pun nama orang yang sudah
tiada atau apa-apa kenyataan yang tersilap). Anak-anak kampungan di zaman kanak-kanak di
tahun 70-an. Di kala tiada permainan menarik, apatah lagi komputer riba atau telefon
bimbit seperti dewasa ini. Kesemuanya nama-nama yang disebut mahupun nama yang
tersembunyi telah berjaya menempuh kejayaan kehidupan di kala ini. Ada yang masih bernafas dan
ada yang sudah berpulang ke pangkuanpenciptanya dan ada yang gembira di samping cucu
cicit yang beriman.
Dunia
yang kami rasa yang anda tidak merasa.
Di Padang Bandari
balusir berlari-lari
di tanah liat licin beradu gusti
yang kurus gayal jadi pemerhati
tiada barusik di hati
Tiadapun berabut piala
saja suka-suka
nakal-nakal anak kampungan remaja
tiada tumbuk gaduhpun tiada
tapi diriuhkan gelak tawa
Terlibat nama-nama jalama
Wang Ajak, Si Badar, Si Kirah, Wang
Saman, Si Asong, Si Talip Buda
Si Montol, Si Ludin , Wang Yusof, Si
Assan dan dangsanak Sungala
dan ramai lagi aku ingat-ingat lupa
dengan teriakan nakal hilai tawa
Cee!, bintih betisnya
Dewasa kini, mana ada seumpamanya
masa dihabiskan melayar tik tok segala
sungai sudah berubah rupa
lumpur separas dada
Di hujan labat air bangat
kalbut besar tempat berkumpul
beramai-ramai
adegan tolak menolak bananang
tarkapai-kapai
perindungan ingau tambuakar melambai
anak matingal asal kesiukan tercapai
Air sungai bersih jernih
hingga dapat melihat dasar pasir putih
arik mengarik parindungan hingga ngalih
mulih bila tidak terisi marih
Kini, mana ada semuanya
air sungai kabut mengundang bahawa
turun marambat ada buaya
nangkutut, ipun-ipun entah ke mana
Di Padang Si Bakir
diintai-intai hujan balari
hujan bukan bencana tapi mengundang
reziki
Lampung suluh dipasang ubat
di hujung galah di pasang rambat
burung pimping terloncat-loncat
palau matanya tidak mampu melihat
diserekup dengan pukat
mulih ke rumah makanan lazat lagi
berkhasiat
Karang ani, mana ada seumpamanya
tinggal kenangan belaka
dijadikan bahan cerita
mana kanak-kanak kini percaya
semuanya dianggap auta
Di Padang Si Bedah
di air surut belajar mendayung
sungai didatangi burung ulun takuyung
diunjar batang lalau dilentur dibuat
jerat pasik
tidak payah mengguna lastik
dibubut digiring hingga jerat mengena
disembelih jadi makanan lazat menyelera
Kalanguan takuyung beralih kepada
mengatah
batapuk di pohon simpur mengintai punai
merah
akhirnya punai mengalah
kalanguan makan dipiara di bawah rumah
hobi yang tiada penyudah
Remaja kini, mana ada begini
tahunya makan ayam KFC
dulu enjoy tapi tiada di generasi kini
Di Padang Subarang
berjalan hingga hutan parapat
bukan seorang tetapi ditemani
kawan-kawan rapat
banyak jambu kerasik kami dapat
buah karamunting yang lazat-lazat
hingga ke hujung jambu ambuk dipanjat
mulih berlenggang poket terisi berat
Teringat nama-nama besar
Si Jalil, Cikgu Talip pintar
Wang Matasan, si Pungut tengah Bakar
Si Labai, Wang Tajudin sepupu si Kahar
Hassan Daud, Si Bali adik Wang Bakar
Hussin Daud, Wang Abas dan Si Labai
masih di alam radar
Wang Jaludin adik beradik si Buntar
Tiba masa untuk beramu
mengunjar biji jagus tidakkan jemu
dari Pargasan sampai ke ulu
di rumah Tangah Tijah makan maintu
singgah-singgah memanjat pokok kitabu
Mulih ke rumah mengunjar kuali bubus
meniup patungut terkapus-kapus
api marak, kuali diterbalikkan bila
jagus masak rapus
api terpadam biji dipupuh
makan sekawan lazat dan rapuh
Dewasa kini, mana ada seumpama ini
kenalpun tidak buah-buahan ini
kenal pun tidak jambu ambuk kerasik
kenal pun tidak jerat pasik
Di dapur nrumah
asap berkepul berbalam-balam
perindungan beramu daun-daun ulam
manumpah ambuyat satalam
ulam Labuan, daun pawas
pucuk putat dan pucuk jagus
bubuk kering bukan bubuk rebus
Makanan tanpa racun segar belaka
tanaman percuma tanpa keluar belanja
jadi ulam makan ambuyat sebalanga
ampalus terisi perindungan tersengih
tawa
anak-anak pintar tanpa dikerah kerja
Karang ani, mana macam atu
makanan sihat tiada makanan segera
dicatu
sudah jarih sakit baru minta bantu
keluar gaout tangan berkemutu
Burung keruak memberi gerigitan
terbangnya rendah di kaki awan
ambil lastik pungut batu jalanan
dibubut diuyung dikerjakan
Tangan Cigku Badar punya penangan
Yusof Tengah, Wang Rashid dan Wang Jair
apa dilawan
Wang Kahar, Si Gapor, Si Lalim dan
Matusin Sulaiman
keruak terbang gugur sawan
digiring berkawan-kawan
Bukan bertanding-tanding
tapi mulih berisi takiding
sambil-sambil memungut sayur lamiding
lebih berhasil dari hanya bermain
ting-ting
Dewasa kini, lastik tinggal kanangan
paling-paling dalam almari tersimpan
sekali-sekala keluar andai kuyuk masuk
berkawan-kawan
Waktu malam menjelma
nampak bulan purnama
ke hulu ke hilir gitar bergema
dari lagu Benyamin S hingga Broery
Marintika
Wang Matusin, Pakcik Osman, Yusof Padamit
dan Wang Salleh Jaya
Guring-limpang di atas jeraya
mana ada kenderaan ke sini-sana
kupas manga nenas muda
carik sebungkus jeruk sotong bercuka
buka sira cacah lada
makan berselera
Kini, jeraya berbahaya
suka tiada minat pun tiada
alun-alun bukan tempat bersuka ria
Penangan remaja dulu-dulu
dunia selesa tiada buru-buru
tiada marah tiada cemburu
semua kenangan kusimpan dulu
bukan mangalimut bukan manyaluru
maaf dipinta berundur dulu
Salam maaf.
Buka
puasa
Petang hari khamis, aku dan suriku
inginkan kelainan. Usai mandi, aku berpakaian kemas jubbah putih, tidak seperti
selalunya yang sering memakai kain
ihram, manakala suriku mengenakan abaya. Kami tidak turun solat maghrib di
dataran Baitullah, tetapi kami memilih untuk solat di Mosalla hotel. Menaiki lif dan
menekan huruf M (bererti Moslla). Aku menghantar suriku ke ruang solat wanita,
sedangkan aku menuju ke ruang solat lelaki. Aku terkesima semasa memasuki ruang
solat apabila melihat hamparan plastic panjang (saferah) yang terhidang dengan
makanan, air zam-zam, minuman jus dan kurma. Mengambil ruang duduk menunggu
azan dikumandangkan. Baca doa sendiri-sendiri, “Allahuma laksumtu wabila amantu
…..”
Seperti lazimnya, usai azan, muazim
akan memberi peluang kepada jemaah yang berpuasa menikmati juadah (anggaran
masa dua puluh minit). Plastik seferah digulung membolehkan pelakasanaan sola
maghrib dilaksanakan tanpa ada sebarang sisa makanan yang tumpah ke lantai. Tidak
menyangka yang di situ ada menyediakan seferah berbuka puasa sehingga terlupa
untuk merakam fotonya. Di solat maghrib, imam membaca surah Al-Kafirun di
rakaat pertama, dan surah Al-Falaq di rakaat kedua, manakala di solat isyak imam
membaca surah Al-Dhuaa di rakaat pertama, dan surah Al-Maun di rakaat kedua,
surah-surah yang biasa dilantunkan ketika mengimami keluarga di rumah kediaman
di tanah air. Ini seolah-olahnya pak imam maklum akan situasi makmumnya yang berpuasa.
Kami makan malam di restoran Al Mehrab dengan layanan isimewa atas izin-Nya. Peramu saji yang kami temui pagi tadi, membawa pelbagai hidangan kepada kami berdua. Dituangkan minuman jus orenge, dihidang dengan buah-buahan dan dilayan dengan layanan istemewa. Aku tahu dia melayan kami dengan ikhlas, dan aku juga dengan ikhlasnya, menghulur SR5 kepadanya.
Usai makanan malam, kami sepakat bergerak ke premis dagangan di aras
dua. Mengunjungi supermarket Al Riyyan, lalu membelok ke kiri market dan
beroleh membeli satu dozen minyak wangian ros, sebotol minyak wangian Hajrul
Aswad dan sedozen minyak wangi kasturi dan campur-campur beberapa pewangi lain
di premis Sahar al Abil. Beberapa cerita bicara kami kongsi bersama pemilik
premis tersebut. Sebelum balik ke bilik 148, aku bergunting pendek dengan
kadaran SR10.
Amat perit untuk melelapkan mata pada
malam tersebut, kerana mindaku diterjah oleh seribu rasa haru. Tiada lagi sembang
borak-borak ibadah ziarah untuk dikongsikan. Harus untuk meninggalkan Baitullah
yang aku tatap selama lima hari bermukim sementara Di Makkah Al Mukaramah. Terlalu pahit untuk
menelan kerinduan tersebut. Kini di
hatiku terbentuk luka iaitu luka kerinduan terhadap Baitullah al Haram.
Aku melangitkan doa berikut, “Ya Allah, Esok
kamiakan bergerak ke Madinah. Aku mohon, semoga Engkau berikan kesihatan kepada
kami, sihat semasa berada di perjalanan dan sihat tatkala tiba di Madinah
dengan selamat. Mudahkanlah segala urusan kami. Engkau akhirkanlah kehidupan
kami, sehingg akhir kalamnya, aku boleh menitipkan kalimah, La illaha ilallah.”
Seperti malam-malam sebelumnya, kami
tutup tirai malam dengan membaca doa sebelum tidur “Bimikallah Wabika Amud
……….”, membaca Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah
Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca Ayat Kursi sekali. Aku memetik hadis Al-Bukhari 5071 berbunyi, "Sesungguhnya baginda SAW jika baginda berbaring ke ruang tidurnya, baginda akan menadah tangan menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu baginda SAW membaca tiga qul kemudian menyapu dengan kedua tapak tangannya bermula dari kepala, wajah dan seluruh tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali."
Itinerari
Jumaat 10 Oktober 2025 (12 Syabaan 1445 H) tawaf wada
Aku terjaga dari tidur sebelum jam
loceng berdering. “Alhamdulillailazi Ahhyanaa Badamaa….. memasak air panas, membancuh minuman.
Kami silih berganti menggunakan bilik air, di mana mandian terakhir kami di bumi Mekah
ialah siraman air zam-zam dari hujung rambut ke hujung kaki dengan niat di hati
dibersihkan diri ini dari noda dan dosa dan kembali ke tanah air dalam keadaan suci bersih. Juga meniatkan mandi sunat Saidul Ayam. Terasa dingin siraman air zam-zam itu menyimbah ke ubun-ubunku.
Perkara ini bukanlah kemestian, dan
bukan juga ada sunat wajibnya, cuma menjadi amalan biasa kami. Tidak seperti
selalunya, peraturan memperoleh zam-zam agak ketat. Membekal air zam-zam tidak
diperbolehkan di dalam masjid, kita hendaklah pergi ke suatu tempat lain untuk membotolkan air
tersebut bagi sebarang keperluan mahupun untuk dibuat minuman. Mujurlah, usai isyak pada petang-petang kelmarin, seorang petugas masjid yang melihat aku membawa dua bekas air, lalu menolong aku mengisikan air. Aku juga, dengan ikhlas menghulurkan sedikat Saudi Rial waima pada awalnya ditolak.
Balik ke bilik aku mengguna pam hampa gas
yang dibekalkan oleh anak-anak, kami mengemas barang agar kelihatan kempis dan
meletakkan empat bagasi di luar bilik. Usai melilitkan dua helai kain ihram,
aku melangitkan doa berkut diaminkan oleh suriku,“Alhamdulillah ….. Syukur Ya
Allah, Engkau telah merealisasikan hajat kami untuk bertandang ke tanah suci-Mu atas
jemputan-Mu. Kami mohon Engkau lindungi kami dalam perjalanan ke masjid-Mu. Engkau ampunkan
dosa-dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibu bapa kami dan himpunkanlah
kami di Syurga Firdaus-Mu bersama-sama baginda nabi. Peliharakan kesihatan kami
semasa diperjalanan ke kota Madinah nanti dan apabila kami kembali ke tanah air
kami. Engkau angkat ke langit dunia segala masaalah kami, kejahatan kami,
dosa-dosa kami dan jangan biarkan kami balik ke tanah air dengan membawa
masaalah yang sama. Ya Allah, jangan Engau jadikan kunjungan ini merupakan yang
terakhir untuk kami, jemput kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya.
Jemputlah anak menantu kami, ahli keluarga kami, sahabat-sahabat, untuk ziarah
dan menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat.”
Jam empat pagi sewaktu azan pertama
berkumandang, kami bergerak ke dataran. Rutin harian di pintu bangunan apabila
ternampak masjid, aku tadahkan tangan mengetuai bacaan memasuki masjid diaminkan oleh suriku,
“Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………”
Kami menapak ke pintu yang dikhaskan
untuk pemakai kain ihram, menuju jauh ke ruang depan dataran kerana di situ masih
banyak ruang solat kosong, lagipun lokasi itu amat dekat dengan bangunan berkelambu hitam.
Sujud
terakhirku mendepani Baitullah.
Hati ini bagai tertusuk sembilu, mata
bergenang lantaran Allah memberi peluang seluruh 41 orang Duyuf Ar-Rahman rukuk dan sujud
di Haramain-Nya. Aku tunaikan rentetan solat-solat, solat tahaiyatul masjid, solat tahajut, solat
taubat, solat syukur, solat hajat, dan diakihiri dengan solat witir.
Usai solat subuh, kami berhimpun di
lokasi yang dijanjikan (pintu King Aziz). Usai genap hitungan jumlah Duyuf Ar-Rahman
Nurmultazam, mutawif membentuk formasi dengan meletakkan wanita berada di tengah
dikellilingi lelaki bagi memudahkan pergerakannya tawaf. Kami mendekati lampu hijau,
melangitkan niat tawaf wada dan memulakan tawaf wida dibimbing oleh mutawif, “Bismillah Hirrahman Nirrahim, Ya Allah,
aku menunaikan tawaf wida tujuh keliling kerana Allah Taala.” Langkah dimulai dengan
istilam iaitu melaungkan Bismillahi Ya Allah AllahuAkbar sambil memulakan
putaran dengan menjaga agar bahu kiri tetap menghadap Baitullah.
Tersembul rasa kerdil yang tidak
terungkap dengan genangan linangan air mata sebak. Isyarat Tangan Mengucup Hajarul Aswad dan Muncul
rasa ‘khauf. Langkah longlai di sudut Hajarul Aswad (Lampu Hijau), merenung rindu
Hijir Ismail, mendongak ke curung emas dengan sebak di dada.… namun menyembunyikan mata yang bergenang.
Tujuh pusingan aku layan dengan perasaan
yang cukup dalam. Tujuh pusingan dengan langkah-langkah
perlahan dengan mata berpinar tidak terlepas dari memandang setiap sisi
Baitullah. Genap tujuh pusingan berundur ke kawasan Mutazam untuk melangitkan
doa pengharapan yang agak panjang.
Aku menadah tangan melangitkan doa,
dimulaidengan bacaan Fatihah, “Allah Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa
kami, dosa anak- anak kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik-beradik kami,
dosa sahabat-sahabat kami, dosa seluruh kaum muslimin sama ada yang masih hidup
mahun yang telah meninggal dunia."
"Engkau mudahkan urusan kami, murahkan
reziki kami, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dengan keberkatan usia,
Engkau jadikan anak-anak kami anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang senantiasa
mendoakan ibu bapa, anak yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa. Hidupkan dan matikan
kami dalam keadaan Islam yang sempurna, terhindar dari fitnah dajal, terhindar
dari api neraka, terhindar dari perbuatan syirik. Engkau jemput anak menantu kami untuk
maengearjakan hajidalam masa terdekat. Ya Allah, Engkau pertemukan jodoh dua puteri kami dengan
pasangan yang mampu membimbing mereka ke Jannatun Naim-Mu, Engkau masukkan kami
ke Jannatun Naim-Mu bersama keluarga kami tanpa dihisab serta dikumpulkan bersama
dengan Rasulullah."
"Allah Ya Rab, janganlah hendaknya Engkau
jadikan kunjungan ini yang terakhir buat kami. Jemputlah kami sebagai
Duyufurahman-Mu serta berilah kami kecukupan untuk kunjungan yang
berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga anak-anak dan menantu kami, adik
beradik kami, ipar-duai kami, jiran-jiran kami, sahabat Surau Al Mukminin, ahli
group Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini
untuk berhaji mengunjungi dua kota suci-Mu, sama ada berhaji mahupun
berumrah.”
Selamat
tinggal Baitullah.
Usai bermaafan sesama jemaah, kami menyisip di celah-celah saf
belakang untuk menuju ke pintu keluar. Sebelum bertolak menaiki tangga keluar kami menghadap ke
Baitullah buat kali terakhir sambil melangitkan doa agar dijemput kembali menjadi
tetamu-Nya dalam masa terdekat.
Usai tiba di bilik, aku menanggalkan
kain ihram berganti dengan pakaian jubbah, agar lebih selesa dipakai ketika dalam perjalanan
jarak jauh yang memakan masa lebih kurangan enam jam untuk ke Bandar nabi. Kami bergerak
ke restoran untuk bersarapan.
Memasuki bilik bagi mengemas barang dan
merapikan bagasi dengan messin hampa gas agar terhimpit kemas di dalam bagasi. Kami
meletakkan empat bagasi di luar bilik dan berehat sementara menunggu solat jumaat. Solat jumaat di mossalla hotel semata-mata kerana telah melakukan tawaf wada. Aku menempatkan diri di saf yang kedua yang lokasi yang dapat melihat dataran Kaabah. Imam
membaca ayat Al-syarh di rakaat pertama dan surah al-Asr di rakan kedua. Sayu dan sedih,
kerana itulah kali terakhir kalinya kami boleh mendengar lantunan merdu imam
Masjidil Haram. Selepas itu tiada lagi kami dengari suara mendayu itu,
melainkan kerinduan mendalam yang sukar diungkap. Kami bergerak ke restoran untuk
makan tengah hari. Sebalik makan kami bilik ke bilik yang telah terkunci. Terpaksa mencari petugas untuk membuka kunci bagi membolehkan masuk ke bilik semula.
Semua jemaah diminta menunggu jam dua di lobby hotel bagi meninggalkan Mekah
menuju ke kota Madinah. Saat itu zikirku mendekati puluhan ribu (bilangan tepatnya, sengaja aku
rahasiakan agar terhindar dari perasaan ujub di hati ini).
Bang
Cik Life
Aku menerima pesanan WhatsApp dari
Bangcik Life, rakyat Malaysia yang bermukim di Mekah yang menungguku di suatu
sudut di luar lobby hotel. Aku menyerahkan buah tangan kepadanya iaitu makanan produk negeri di bawah bayu. Bertemu sekejap tanpa boleh
berbual panjang kerana keberangkatan kami ke Madinah hanya berbaki beberapa
minit sahaja.
Aku tidak menunggu di lobby hotel
malahan turun ke aras bawah. Aku memerhatikan gelagat penduduk Mekah dan tetamu
Allah dengan pelbagai ragam. Aku beroleh kerusi dan enggan melepaskannya. Di
sebelah kiriku, penjual kayu sugi mula mengambil tempatnya, berniaga tanpa ada
yang membatasinya. Di sebelah kananku, pak arab membongkar sesuatu dari lori
mininya. Dia mengeluarkan sesuatu, iaitu sedekahSaidul Ayam (Sabil). Orang
ramai beratur memperoleh pembahagian kurma yang dimuatkan ke dalam cawan
kertas. Kemudian ia memberhentikan
sekejap aktivitinya. Membuka sekali lagi hidangannya, kali ini beliau
mengeluarkan cerek untuk membahagi-bagikan kopi berempah. Penjual sugi di tempi
ku mencapai empat gelas kopi arab dan menyerahkan dua cawan kertas kepadaku.
Begitulah yang dilakukan beliau sehingga bas yang kami nanti-nantikan muncul di
jalan raya bersebelahan.
Aku segera menaiki bas, dan memilih
tempat strategic untuk kami berdua (suami isteri). Sebelum bergerak Mutawif
anaknda Sayfudin menghitung jumlah jemaah dan menyampaikan tazkirah yang mengesankan.
Memulakan ucapan rasa syukur atas kekuasaan semua jemaah dalam pelaksanaan umrah ziarah yang begitu berjaya. Bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel Safwah jam 3.12 petang
dalam mana perasaan duka menusuk membolak-balikkan hati dan perasaan ini.
Perjalanan ke Madinah dijangka mengambil masa selama enam jam.
Semasa dalam perjalanan meninggalkan
kota Mekah, di kejauhan aku mengintai bangunan Clock Tower yang berada dalam
bangunan Abraj Al-Bait kerana ia satu-satunya bangunan yang dapat diintai waima kita
berada begitu jauh dengan kota Mekah. Royal Clock Tower ini mula di bina pada tahun 2004
dan disiapkan pada 2014 yang menelan biaya USD 15 billion. Pemaju yang
bertanggungjawab membina menara ini adalah dari Saudi Binladin Group manakala senibina
rekaaan adalah dari arkitek Dar Al Handasah serta syarikat dari German iaitu SL Rasch
GmbH. Aku menoleh dan terus mengintai bangunan itu dengan mata bergenang. Kali terakhir aku
dapat mengintai jam Mekah ialah pada jam 03.29 petang dengan persaan sayu yang menusuk
dalam. Semakin menjarak seamakin dalam rasa kerindun terhadap Baitullah.
Kini aku tidak lagi dapat menatap
Baitullah seperti selalunya, yang tinggal hanyalah sejuta kerinduan terhadapnya. Aku bermonolog
sendirian, betapa diri ini terasa teramat dekat dengan-Nya ketika berada di kota suci
Allah.
Bas bergerak merentasi padang pasir
berbatuan hitam. Sebahagian jemaah melayan rasanya mengantuk mereka. Bas berhenti di
R&R yang bersih bagi membolehkan jemaah membuang hajat tetapi tidak untuk
solat jamak. Supir bas memandu dalam situasi berhemah, sedang aku meneruskan
menggentel tasbih melangitkan selawat ke atas kekasih Allah.
Bas berhenti di depan Hotel Sanabell
pada jam 9.32 malam. Bagasi diangkut ke lantai satu manakala kami diarah untuk makan malam
di restoran. Canggih, cepat dan cekap, kunci bilik diagihkan oleh Ceo jam 9.45 malam ketika
kami mendepani makan malam. Memasuki bilik dua katil single pada jam 10.07 malam.
Usai mandi bertukar pakaian sebelum bertolak bergerak, di muka pintu bilik, aku langitkan doa diaminkan oleh suriku, “Aamin Ya Rabbil Alamin. Syukur Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesempatan kunjungan ke Masjid Nabawi. Selamatkanlah kami dalam perjalanan ke masjid-Mu. Engkau peliharalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Janganllah hendaknya, kunjungan ini Engkau jadikan kunjungan terakhir kami. Jemput kami untuk kunjungan-kunjungan yang berikut-berikutnya.”
Kami berkumpul di lobby hotel untuk solat jamak di Masjid
Nabawi. Sebelum masuk ke pintu 338, aku membaca doa memasuki masjid diaminkan oleh suri ku, “Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………”
Syukur
Ya Allah, Engkau pilih daku
Menunaikan solat tahaitul masjid dan
melangitkan doa kesyukuran setelah tiba di Madinah dengan selamat. Usai melengkapkan saff,
tanpa membuang masa aku merebut peluang keemasan melaungkan dua kali iqamah
untuk solat jamak Isyak dan Maghrib, seperti mana pernah suatu ketika dahulu aku pernah melaungkan iqamah di Masjidil Haram. Bukan untuk berbangga-bangga tetapi Allah membuka
ruang untuk aku berbuat yang sedemikian atas izin-Nya. Imam muda Aiman mengetuai solat
manakala Mutawif membaca dzikir Dan doa.
Sebelum melabuhkan jasad, Itinerari
malam pertama di Hotel Sanabel diakhiri dengan membaca doa sebelum tidur, Bimikallah
Humaahya Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua
kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat Kursi sekali. Rutin ini telah aku
amalkan sejak beberapa tahun. Seboleh-bolehnya, aku ingin mengikuti apa yang diamal oleh kekasih
Allah, sebelum baginda tidur. Kadangkala aku menambah bacaan dengan membaca
sebahagian dari ayat Kursi, “Wajaalna mimbaina aidihim …….. doa ketika Rasulullah
menabur pasir kepada kaum musyrikin ketika sebelum baginda meninggalkan rumah baginda dan
meniupkan dalam bayangan keempat penjuru rumah kediaman di tanah air.
Itinerari malam pertama di hotel sanabel
diakhiri dengan membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, membaca ayat
Al’Muawizat 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat
Kursi sekali.
Itinerari
Sabtu 11 Oktober 2025 (13 Syabaan 1445 H) ziarah dalam
Aku terjaga dari tidur sebelum jam
loceng berdering jam 3.45 pagi,“Alhamdulillailazi Ahhyanaa Badamaa ….. “ Usai terjaga,
kami menggunakan tandas silih berganti. Aku mengenakan jubbah berwarna putih.
.
Sebelum bertolak bergerak, di muka pintu
bilik, aku langitkan doa diaminkan oleh suriku, “Aamin Ya Rabbil
Alamin. Syukur Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesempatan dan kesihatan. Ampunkan
segala dosa-dosa kami Ya Allah. Engkau lundungilah kami dalam perjalanan ke masjid-Mu.
Engkau peliharalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di
masjid-Mu. Kami insan yang amat kerdil ini memohon semoga Engkau nyahkan segala keburukan
kami dan Engkau berkahi kami dengan Rahmat-Mu. .”
Kami bergerak ke lobby hotel dan
seterusnya aku menapak ke pintu 338, sedangkan suriku berkumpul di Lobby terebih dahulu untuk
bergerak dalam kumpulan. Di kiri kanan perjalanan masih sepi, hanya yang
kelihatan ialah pergerakan keluar masuk para tetamu kekasih Allah. Jam 4.00
pagi, suriku akan berkunjung ke Raudah atas tiket nusuk. Sebelum masuk ke pintu 338, aku membaca
doa memasuki masjid diaminkan oleh suri ku, “Allah humaaftahli
afwaba rohmatik ………”
Aku menuju ke pintu 22, menapak jauh ke
hadapan mendekati kanvas pemisah Raudah. Aku menyimpan selipar di rak dalam
(rak 355) mencari tong air zam-zam , menghadap ke kiblat sambil melangitkan doa, “Ya
Allah, angkatlah segala penyakit zahir dan penyakit ⁸rohani ku ke langit dunia-Mu, bebaskan
aku dari ikatan sebarang masaalah dunia.” Aku menunaikan marathon solat-solat
tahaiyatui masjid, taubat, syukur dan solat hajat, tahajut, di akhirat dengan
solat witir. Sukar untuk menukilkan apa yang aku rasakan tika itu, teramat
sukar untuk diungkap dengan kata-kata, melainkan dirasa oleh diri ini.
Tatkala solat subuh, getar suara mendayu
pak imam Masjid Nabawi yang menusuk menyebabkan mataku bergenang kerana
memutarkan minda yang menyatakan rasa sejuta syukur masih diberi peluang oleh-Nya,
solat di kawasan yang hanya beberapa meter di mana jasad kekasih Allah dikebumikan.
Usai solat, aku menapak balik menuju ke
hotel. Jam 6.48 pagi aku mencari kaunter menukar Wang Brunei 140 beroleh SR 396.20 Aku ke
ruang makan hotel di mana aku menunggu dan meyediakan dua pinggan sarapan pagi.
Menapak ke bilik, mengguna tandas silih berganti untuk ziarah dalam.
Ziarah
dalam
Jam 7.36 pagi, aku menghantar WhatsApp
kepada mutawif untuk menyewa kerusi roda untuk kegunaan kami berdua. Jam 7.53
pagi, mutawif menghantar foto melalui WhatsApp akan tersedianya kerusi roda
kami yang percuma tanpa bayaran.Aku mendapatkan kerusi roda percuma seperti
yang dijanjikan. Bukan apa saja ingin mendorong suriku di sepanjang ziarah
dalam dan akan berganti-gilir ketika ziarah kekasih Allah hingga balik ke
hotel..
Lawatan
ke kawasan Frame foto
Aku mendorong kerusi roda suriku dari
hotel ke kawasan kiosk pelbagai citarasa makanan antarabangsa, kami bergerak ke
kawasan Frame Foto Gergasi untuk berfoto. Mutawif membuka ruang untuk
pasangan-pasangan suami-isteri atau keluarga untuk mengambil tempat bagi
berfoto. Kami bergerak ke kawasan Syakifah Bani Saaidah yang kini sudah diratakan.
Tiada apa-apa yang hendak dijadikan memori, hanya tazkirah panjang mutawif
mengenai kisah perlantikan pengganti Rasulullah SAW yang digelar Khalifah yang
menyambung dakwah Islam.
Sambil menolak kerusi roda suriku, para
Duyuf Ar-Rahman (tetamu Rasulullah) bergerak ke lokasi tiga buah masjid yang
berdekatan sebelum menuju ke Kubah Hijau di mana jasad Rasulullah dimakamkan.
Di setiap lokasi, mutawif menerangkan sejarah yang panjang yang dimulai dengan
sessi berfoto.
Masjid
Awan
Masjid Qhammah, masjid di mana
Rasulullah saw menunaikan solat Istisqa memohon agar Allah menurunkan hujan tatkala kemarau
yang panjang. Di masjid tersebut juga tercatat peristiwa pelaksannan Solat Jenazah
Ghaib pertama tatkala mana Rasulullah mendengar berita kemangkatan Raja Najasi
(Ethopia).
Ziarah
kekasih Allah
Kerbau balar terlepas pakul.
Takidin dan lakar bawa balarai,
Di depan kubbah hijau hati terpukul;
Air jernih jatuh berjurai.
Aku mengimbau sedikit mengenai
Rasulullah. Muhammad Rasulullah ketika lahirnnya dibidankan oleh Asy-Syifa binti Abdul
Rahman bin Auf pada subuh 12 Rabiul Awal (20 April 570 Masihi). Merujuk kepada surah
Al-Insan (manusia) ayat 20. Rumah kediamannya hanya beberapa puluh meter dari masjid.
Aku menyertai rombongan Duyuf Ar-Rahman
menziarahi kekasih Allah, di mana kali ini aku menghuni kerusi roda manakala
suriku menolakku. Peristiwa itu menyebabkan
anaknda Aiman tergeletek hatinya. Di depan kubah hijau, di hadapan maqam
Rasulullah, kami menundukkan kepala dan mengetuai bacaan selawat dengan nada
sayu dan cukup perlahan di ketuai oleh mutawif. Air mata bergenang menyampaikan salam
kepada Kekasih Allah dan sahabatnya Saidina Abu Bakar As-sidik serta Sayidina
Umar Al-Khattab. Aku juga turut menyampaikan salam anak-pinak dan rakan-rakan
Masjid at-Taqwa, geng surau al-Mukminin, geng
sahabat Islam Itu Indah dan ramai kenalan.
“Assalamualaika ya Rasulullah.
Assalamualaika ya habibullah. Selawat dan salam ke atas mu junjungan besar dan kekasih Allah.
“Assalamualaika Ya Rasulullah ……..aku sampaikan kiriman salam dari anak menantu serta
cucuku, salam dari ahli keluargaku, sahabat dari jemaah surau rumah pangsa dan
keseluruhan penghuninya, geng masjid RTM dan rakan kenalanku.” Kemudian mengucap salam
kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq pula.
“Assalamualaika ya Sayidina Abu Bakar
as-Siddiq warahmatullahi wabaratuh.” Seterusnya memberikan salam kepada Sayidina Umar
al-Khattab. “Assalamualaika ya Sayidina Umar al-Khattab warahmatullahi wabaratuh”;
Kami berundur ke belakang memilh lokasi
yang menarik bagi berfoto kumpulan dan foto keluarga masing-masing.
Hebatnya
Muhammad bin Abdullah
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib
bin Hasyim, bin Abd Manaf bin Qusai bin Murrah. Lahir di Mekah pada subuh 12
Rabiul Awal Tahun Gajah 20 April 571 Masehi. Baginda juga dikenali sebagai
Ahmad, al-Mahi (penghapus kekufuran), al-Hashyir (yang menggumpulkan), al-Aqib (yang
mengakhiri), al-Amin dan al-Muqaffa (orang yang diikuti jejaknya). Sumber dapatan Bab 51 muka
surat 420 kitab As-Syamail Al-Muhammadiah. Ibu kandung baginda bernama Aminah binti
Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah. Sebelum diserahkan kepada ibu
susuan bernama Halimatus Saadiah dari kampung Thaif, baginda pernah disusui
oleh Thuwaibah al-Asslamiyyah (hamba Abu Lahab).Thuwaibah al-Asslamiyyah dibebaskan oleh
Abu Lahab ketika mengkhabarkan berita gembira kelahiran nabi kepada Abu Lahab.
Rasulullah memiliki beberapa ekor kuda
yang diberi nama Al-Sakb, Murtajaz, Lazaz, al-Luhaif, Subha Dan Antelop. Ikrimah r.a
meriwayatkan, suatu hari Umar Al Khattab menangis menemui baginda Rasulullah s.a.w. yang tidur hanya
beralaskan pelepah kurma hingga berbekas pada badannya. Lalu baginda bertanya,
“Mengapa engkau menangis?” ´”Ya Rasulullah, Aku teringat Kisra dan kerajaannya, Hurmuz
dan kerajaannya serta Raja Habsyah dan kerajaannya, sedang Engkau adalah utusan
Allah tetapi tidur beralas pelepah.” “ Lalu baginda bersabda, Apakah engkau tidak redha jika
mereka memiliki dunia, sedangkan kita memiliki akhirat.”
Kita imbau Surah Al Hijr (Hijr ialah
lembah antara Syam dan Madinah), Surah yang diturunkan untuk menenangkan hati Nabi
ketika mana Nabi dan kaumnya dicengkam saat getir berikutan tekanan musyrikin Mekah.
Ibnu Abbas r.a menyatakan, orang Qurish
mengadakan pertemuan di Dar al-Nadwah “Ikat saja Muhammad, lalu biarkan dia begitu
sehinggan mati ……..” Diceriterakan dalam ayat 30 kandungan salah satu surah , “Bahkan
mereka menuduh Muhammad itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya”.
Begitulah keazaman puak Qurish hendak menamatkan riwayat si penama Muhammad.
Usai berdakwah selama 13 tahun di Mekah
dengan hanya seratus pengikut, lalu baginda menerima perintah Allah untuk berhijrah
ke Madinah. Sebelum baginda berhijrah, ada beberapa individu dan kumpulan yang
berhijrah ke Madinah secara sembunyi-sembunyi. Penghijrah pertama yang berjaya berlepas
ke Kota Madinah bernama Abu Salamah, akan tetapi gagal untuk membawa surinya Umu
Salamah dan si kecil Salamah. Rasulullah telah menugaskan beberapa
sahabat ke beberapa daerah untuk mengenangkan agama Islam Iaitu Muaz bin Jabal
(Yaman), Amr Ian al-As (Mesir), Saad bin Abu Waqqas (China) dan Musa bin Umar (Madinah)
Bersembunyi di Gua Tsur yang terletak di
Selatan Mekah bersama sahabat Saidina Abu Bakar bagi mengelak djejaki oleh
musyrikin Mekah. Mereka bermalam tiga malam di sana dan keluar ke Madinah setelah suasana
tenang dari gangguan musuhnya. Golongan Ansar Madinah (500 orang)
berkumpul di Harah bagi menyambut kedatangan baginda, bersurai menjelang tengah hari.
Baginda berjalan sehingga tiba di rumah Abu Ayub. Surah Al-Hasyr (pengusiran) ayat 9.
Usaha awal setelah tiba di Madinah, baginda menjalinkan hubungan antara orang
Muhajirin dan Ansar di rumah Anad bin Malik r.a yang dihadiri oleh seramai 90 orang.
Mempersaudarakan antara Abd Rahman Aauf r.a dengan Saad al-Rabi, Abu Bakar Assidiq r.a
dengan Kharijah bin Abu Zuhair, Umar Al Khattab r.a dengan ‘Itiban bin Malik dan ramai
lagi.
Rindu
Mekah
Selepas enam tahun kekasih Allah
meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah, kerinduan menyelubungi jiwa baginda sehingga pada
suatu malam baginda telah bermimpi, yang membangkitkan rasa rindu terhadap kota
kelahirannya. Bersama- sama satu ribu Duyuf Ar-Rahman berserta seratus ekor
kambing, bermiqat di Bir Ali menuju ke Mekah.
Dalam perjalanan yang panjang, baginda
dan rombongann berpergian dengan memakai ihram tanpa banyak kerenah selama
lebih seminggu perjalanan mengharungi padang pasir.. Akan tetapi dewasa ini,
kita menuju ke Mekah dalam situasi yang sama, bermiqat di Bir Ali atau di
Qarnul Manazil yang sebahagiannya merasa rimas memakai pakaiann ihram walhal
hanya memakan masa lebih kurang enam jam perjalanan, menaiki bas yang berhawa
dingin. Walau bagaimanapun, kerana iman, bersandarkan jemputan suci-Nya, kita
harungi situasi itu dengan perasaan tenang dan teruja untuk mendepani
Baitullah. Bukan mudah untuk kita menapak ke Mekah, kerana ada jutaan insan di
luar sana, yang jauh lebih berkemampuan dari kita, akan tetapi masih gagal
untuk ibadah ziarah.
Khalifah
terakhir
Khalifah Islam terakhir ialah Khalifah
Abdul Mejid 2 (1922-1924) dari Empayar Uthaminiyah. Institusi Khalifah telah dihapuskan
secara rasmi oleh Majlis Nasional Agung Turki pada 3 March 1924 oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Dakwah dengan bantuan Allah
Rasulullah, tidak bergerak sendirian,
akan tetapi bantuan Allah akan tiba merujuk kepada beberapa situasi. Antaranya digarapkan
dalam kandungan surah Al Ra’ad ayat 13. Rasulullah menghantar utusan mengajak seorang
pembesar Jahiliah untuk beriman sebanyak tiga kali. Allah mengirimkan petir Al Ra’ad (petir)
membakar pembesar tersebut. Pendokong dakwah Rasulullah seperti berikut:
*Di perang Badar, Abu Qatadah cedera di
kepala hingga terkeluar sebelah matanya. Matanya sembuh tatkala baginda menyapu muka Abu
Qatadah.
*Pendekar tersohor, Abu Ubaidah diekori
oleh seseorang. Akhirnya mereka bertempur membunuh panglima Quarish Abdullah
Jarrah (bapanya sendiri).
*Sahabat nabi bernama Abdullah Yunais,
panglima cerdik tanpa senjata membunuh ketua puak Huzail bernama Khalid bin Sufyan
Huzail.
*Pengasuh nabi yang bernama Ummu Aiman
menghabiskan sisa-sisa umurnya dengan menyertai Perang Uhud sebagai perawat.
Meriwayatkan Lima hadis.
*Sumirah binti Qais, wanita ansar
menyertai Perang Uhud. Beliau begitu sedih bila mendengar berita Rasulullah terbunuh.
Dia menuju ke medan Perang dan amat gembira apabila melihat nabi tidak wafat hingga
terlupa dua ahli keluargamua sahyid Al Numan bin Amr Dan Sulaim bin
Al-Harith.
*Al Bara bin Malik, meminta para Sahabat
melemparkan dirinya memasuki tembok bagi membuka Junci tembok dari dalam kota Di
Perang Al-Yamauh sehingga mengorbankan panglima musuh bernama Musaylimah
al-Kadhdhab.
*Rasulullah menugaskan empat orang
sahabat ke beberapa daerah Iaitu Muaz bin Jabal ke Yaman, Amr ibn Al-As ke Mesir,
Musab bin Umair ke Madinah dan Saad Abi Waqas ke negeri China.
Ziarah
ke perkuburan Baqi.
Lokasi terakhir ziarah dalam kami ialah
Permakaman Baqi, di mana suriku mendorong ke suatu kawasan. Kami berdua memilih
untuk tidak mengikuti aktiviti seterusnya malahan menapak memasuki masjid untuk solat
dhuaa, usai menghantar pesanan WhatsApp kepada mutawif. Sebelum itu aku,
menghantar kerusi roda ke hotel terlebih dahulu.
Sebelum azan zohor, kami berdua menapak
ke kawasan premis jualan pelbagai barangan sekitarhotel dan bergerak ke pintu
338, membaca doa iktikaf dan menghantar suriku ke ruang solatwanita sambil diri
ini masuk ke masjid untuk menunaikan solat-solat sunat sementara menunggu azan merdu Madinah untuk solat
Zohor. Sudah tentu pintu pilihan ku ialah pintu masjid bernombor 22 dan menyimpan sepatu
di rak dalam bernombor 355, ruang kasut yang selamat tidak pernah penuh berbanding
rak kasut di pintu masjid.
Di solat taubatku, aku langitkan
permohonan kepada Allah agar menerima taubatku, memohon ampun untuk diri sendiri,
keluarga, ibu bapaku, sahabat dan seluruh umat Islam seantero dunia, di solat syukurku, aku
memanjatkan sejuta`kesyukuran kerana Allah menjemput kami menjadi tetamu-Nya, di
solat hajatku aku memohon beberapa hajat, dijemput kembali ke tanah suci, diakhiri
lisan dengan kalimah La Illaha Ilallah tika nafas terakhir tiba di kerongkong, dipohonkan
doa dari anak-anak solehah, dilapangkan liang lahad dan beberapa pengharapan setulusnya .
Jam 4.57 petang, usai solat asar, kami
berkumpul di lobby hotel untuk kunjungan ke Raudah atas kapasiti muasassah. Jam
5.15 petang, kumpulan jejaka Nurmultazam melepasi cek point pertama. Dikumpul
di suatu kawasan, di luar Raudah memberi peluang untuk aku menunaikan solat
tahaiyatul masjid. Sayu rasanya tatkala menunaikan solat maghrib di luar
Raudah.
Akan tetapi, kami masih belum punya
reziki untuk berdoa diTaman-taman Syurga, sebaliknya di arah berpatah balik
untuk ziarah kekasih Allah. Masya Allah, Tabarakallah, suasana begitu sendat
tatkala menziarahi maqam kekasih Allah.
Di perjalanan meninggalkan Raudah hanya
aku sempat melirik sekali lalu, Tiang Sarir- (Pangkin) dikatakan tempat
Nabi Muhammad berehat. Terdapat pangkin tempat di mana Saidatina Aishah R.A
menyikat rambut Nabi, ada. Tiang Ali / Tiang Pengawal-Tiang ini dahulu adalah
tiang yang digunakan pengawal sebagai lokasi untuk mengawal rumah Nabi Muhammad
S.A.W.. Tiang Wufud (Deligasi) -Suatu masa dahulu tiang ini digunakan oleh Nabi
Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin deligasi luar yang datang ke Madinah.
Tiang Aishah - Tiang ini sangat istimewa, tempat di mana Nabi Muhammad selalu
mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut
disukai oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke Raudhah,
cubalah memohon doa sebanyaknya di sini. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)
tempat di mana Abu Lubabah berkata berbohong kepada Nabi Muhammad. Akibat rasa
bersalah pada Nabi Muhammad, Abu Lubabah mengikat dirinya di tiang ini selama 3
hari. Tiang Muhallaqah - (Tiang Wangi) Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok
kurma. Batang pokok ini menangis apabila dia ditukarkan dengan batang pokok
yang baharu. Batang kurma itu berhenti menangis setelah dijanjikan akan
bersama-sama dengan baginda di Syurga nanti. Mehrab Nabi - (Mehrab baharu)
lokasi nabi solat berjemaah bersama sahabat baginda. Andai dapat bersolat di
sini, dikatakan seolah-olah kita telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab
ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu LuluahAl-Majusi ketika sedang
mengimamkan solat subuh.
“Assalamualaika ya Rasulullah.
Assalamualaika ya habibullah. Selawat dan salam ke atasmu junjungan besar dan kekasih Allah.
“Assalamualaika Ya Rasulullah ……..aku sampaikan kiriman salam dari anak menantu serta
cucuku, salam dari ahli keluargaku, sahabat dari jemaah surau rumah pangsa dan
keseluruhan penghuninya, geng masjid RTM dan rakan kenalanku.” Kemudian mengucap salam
kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq pula. “Assalamualaika ya Sayidina Abu Bakar
as-Siddiq warahmatullahi wabaratuh." Seterusnya memberikan salam kepada
Sayidina Umar al-Khattab. “Assalamualaika ya Sayidina Umar al-Khattab
warahmatullahi wabaratuh.”
Kami berpecah, dan aku masuk semula ke
dalam masjid melalui suatu pintu dan meneruskan beberapa solat-solat sunat
sementara menunggu Azan Isyak dikumandangkan. Usai solat, aku balik ke hotel
menemuui suriku yang sedia menantiku dengan dua pinggan makanan..bersama-sama
dan naik ke bilik 211.
Berkelambu
di tirai malam
Sebelum melabuhkan jasad, aku membaca
doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, membaca ayat Al’Muawizat 3 kali, Al-Nas
3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat Kursi sekali.
Seboleh-bolehnya, aku ingin mengikuti apa yang diamalkan oleh kekasih Allah, sebelum baginda
tidur. Jam disetkan pada pukul 140 pagi untuk tujuan berkumpul di lobby hotel
untuk kunjungan raudah kedua.
Itinerari
Ahad 12 Oktober 2025 (14 Syabaan 1445 H) Ziarah luar
Jam 1.24 pagi, aku terjaga dari tidur
dikejutkan oleh jam loceng yang berdering. Sebaik-bauk terjaga, aku langitkan doa ini, “Alhamdulillahi lazi Ahyana …..”
Syukur ya Allah, masih diberi pinjaman untuk menghirup udara kurniaan-Nya yang tidak terhingga.
Usai bersiap, rutin biasa diteruskan. Dimulai dengan melangitkan doa di balik
pintu, tanpa suriku aku menuju ke depan lif yang agak lenggang. Suasana pagi yang bening itu
mendamaikan dan menyerap ke sanubari ini.
Berdoa
di Raudah di kunjungan kedua
Anit bamban dibuat lakar,
Manumpah ambuyat di dalam talam;
Bersujud di karpet Raudah terpapar,
Bagai terguris hati di dalam.
Usai berkumpul di lobby, jam dua pagi, di
pintu 338, aku membaca doa iktikaf, “Allahum Aftahli Afwaba …… “. Kami bergerak ke masjid untuk menapak ke chek
point Raudah. Alhamdulillah, Engkau mudahkan perjalanan kami ke Taman-taman
Syurga-Mu tanpa sebarang masalah.
Jam 2.41 pagi, kami telah melepasi chek
point dan berada di petak menunggu.Aku menunaikan solat tahaiyatul masjid,
solat tahajud, solat syukur, solat hajat dan solat taubat yang diakhiri dengan
solat witir.
Babau bagai kuda berpasu,
Jalirangan adik beradik tuli;
Ke Raudah datang berpusu,
Kesenangan dunia tidak dipeduli.
Bagai luruh hati di dalam., usai berada
di Taman-taman Syurga. Allah ya Allah, Engkau luangkan seluas kemudahan bagi
kami rombongan NurMultazam memasuki Taman-taman Syurga-Mu. Kami
berbondon-bondon menuju ke kawasan permaidani kehijauan (luas 22 X 15 m) berbeza
dengan karpet hijau sedikit pekat di luar Taman Syurga. Raudah yang terkenal
sebagai lokasi makbul doa di Masjid Nabawi, oleh itu berdoalah sepuas-puasnya.
Andai mampu solat di dalamnya, tunaikanlah solat. Akan tetapi lakukanlah
kedua-duanya sekali dan berlamalah di sujud terakhir di setiap sujud
terakhir di setiap rakaat untuk berdoa. `
Rasa terbius ketika menunaikan hanya dua
solat iaitu solat taubat dan solat hajat akan tetap aku melisankan rentetan doa pengharapan
yang agak panjang (untuk diri sendiri, ibu bapa, anak isteri, datuk nenek, seluruh kaum
muslimin), termasuk doa khas untuk warga Palastin yang berdepan dengan puak zionis.
“Allah Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa
kami, dosa anak-anak kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik-beradik
kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa guru-guru kami, dosa jiran-jiran kami dan
dosa seluruh kaum muslimin-muslimat baik yang masih hidup, mahupun yang telah berpulang ke pangkuan-Mu. Engkau mudahkan urusan kami, murahkan reziki kami, kurniakan
kesihatan yang berpanjangan dengan keberkatan usia, Engkau kurniakan kepada kami umrah yang
maqbullah, Engkau jadikan anak-anak kami anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang
bertaqwa, anak yang senantiasa mendoakan ibu bapa, anak yang berjasa kepada agama keluarga,
bangsa dan Negara. Engkau pertemukan jodoh anak-anak kami dengan insan yang
boleh membawa mereka ke Syurga-Mu. Engkau jemputlah anak-anak dan menantu kami
untuk menunaikan haji dalam masa terdekat. Engkau hidupkan dan matikan kami dalam keadaan iman
yang sempurna, terhindar dari fitnah dzajal, terhindar dari api neraka, terhindar dari melakukan perkara syirik. Engkau
masukkan kami ke Jannatun Naim-Mu bersama keluarga kami serta dikumpul bersama-sama baginda nabi."
"Allah Ya Rab, janganlah hendaknya Engkau jadikan
kunjungan ini yang terakhir buat kami. Jemputlah kami sebagai Duyuf-Arrahman-Mu
serta berilah kami kecukupan dengan anugerah reziki yang tak terduga untuk
kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga anak-anak dan
menantukami, adik beradik kami, ipar-duai kami, jiran-jiran kami, sahabat Surau
Al Mukminin, jemaah Masjid Taqwa , sahabat seagama rumah pangsa, ahli group
Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini untuk berumrah
mengunjungi dua kota suci-Mu. Engkau berikan kesihatan berpanjangan kepada
anak, menantu dan cucu tunggal kami. Aku mohon beberapa mahligai di Jannatun
Naim-Mu, mahligai untuk kami sekeluarga, mahligai untuk kedua ibu bapa ku, mahligai
untuk ibu bapa mertuaku dan mahligai untuk sahabat-sahabatku. Himpunkanlah kami
di Jannatun Naim-Mu bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Ya Allah, Engkau bebaskanlah
bumi Palastine dari cengkaman Yahudi Laknatullah serta berilah keadilan untuk
adik Zara Qairina”.
Waima aku boleh berlama di sana, akan
tetapi demi untuk menyantuni tetamu Allah yang lain yang juga menunggu-nunggu peluang yang
sama, aku menapak pergi dengan hajat di hati akan datang lagi untuk kunjuungan yang
berikut-berikutnya, Insya Allah. Situasi keberadaan di sana amat sukar untuk
digarap mahupun dilisankan dengan kata-kata. Jam 3.14 pagi, usai keluar dari
Taman-taman Syurga, aku menghantar pesanan WhatsApps kepada mutawif untuk tidak
menyertai ziarah. Aku balik ke hotel untuk aktiviti keesokkan harinya. Sejuta
syukur Ya Allah, engkau permudahkan urusan mengunjungi Kekasih-Mu.
Jam 4.00 pagi, aku dan suriku bergerak
ke masjid. Melakukan seperti kelaziman biasa iaitu berdoa di balik pintu,
bergerak dengan bergandingan tangan, dan membaca doa iktikaf tatkala berada di
muka pagar 388.
Usai menghantar suriku ke ruang solat
wanita, mengintai sehingga dia hilang dari radar penglihatanku, aku bergerak ke
ruang soilat lelaki. Di pintu 22, aku masuk jauh-jauh ke ruang solat lelaki dan
menyimpan di ruang kasut simpanan bernombor 355 seperti selalunya. Rak kasut
Nampak kosong kerana rata-rata tetamu Rasulullah menyimpan kasut di muka pintu
masjid. Sebelum memulakan solat, aku menghadap tong air zam-zam untuk mengisi
botol yang aku bawa dari hotel sambil menghirup secawan bagi melegakan tekak.
Aku mengambil ruang sebelah kiri di
penghujung ruang masjid bagi menunaikan renteten solat-solat tahaiyatul masjid, solat
tahajud, taubat, hajat dan solat syukur. Pelbagai doa dilangitkan setiap selepas menunaikan
solat sebelum akhirnya menunaikan solat witir tiga rakaat dengan sekali salam.
Kari kambing
Usai subuh, aku menemui suriku di
restoran hotel untuk bersarapan. Tiada lagi hidangan daging kambing seperti
mana pernah dua hari ketika di Mekah kami menikmati kari kambing di sarapan
pagi dan kari kambing tatkala makan tengah hari. Walau bagaimanapun, makanan di
Hotel Sanabel tetap sedap dan lumayan. Tiap kali ke restoran, kami akan balik
ke bilik membawa beberapa botol air sejuk yang boleh diambil pada bila-bila
masa yang disediakan di peti ais restoran.
Ziarah
masjid Quba
Usai mandi dan bertukar pakaian (jubbah Haramain choklet), kami turun
ke bawah lobby menaiki lif usai berdoa di belakang pintu. Aku mengenakan
sarung tangan agar tidak terbatal wuduk ketika di perjalanan menaiki dan
menuruni bas.
Seawal jam 7.08 pagi, aku dan suriku
merupakan orang pertama menaiki bas. Rombongan kami telah menapak ke Masjid
Quba pada jam 7.25 pagi. Sebelum bergerak, kami dinasihati untuk berwuduk di hotel
kerana pahala solat di Quba menyamai dengan pahala sekali umrah. “Subhanal lazi
sahaaralana haza ….. Waaina illa rabbina laa mun kalibun.” Iaitu sebahagian ayat 13 Surah
Az-Zukruf dan ayat 14 surah yang sama, iaitu doa sebelum memulakan perjalanan yang
dipimpin oleh mutawif.
Solat
dhuaa di Masjid Quba
Setibanya di Quba, kami ditunjukkan ke
suatu lokasi untuk solat. Aku bersama-sama mutawif Aiman mengambil tempat yang
agak terkehadapan sedikit. Allah ya Allah, aku bukan setakat menunaikan solat tahaiyatul
masjid, malah sempat menunaikan solat hajat, solat taubat, solat syukur dan solat dhuaa. Aiman sempat merakam foto ku di sana.
Di solat dhuaaku, ini tambahan doa yang
aku pohon, “Allah ya Allah, andaikata reziki itu masih di langit-Mu, turunkanlah
kepadaku, andaikata reziki itu masih di bumi-Mu, keluarkanlah untukku, andaikata
reziki itu masih jauh, dekatkanlah kepadaku, andaikata reziki itu sukar, mudahkanlah kepadaku, andaikata
reziki itu haram, sucikanlah kepada ku, enugerahi aku reziki sepertimana Engkau
pernah anugerahkan reziki kepada orang-orang sebelum aku.”
Bakso
ladang kurma
Usai berfoto di hadapan masjid Quba, Jam 8.40 pagi, rombongan kami meninggalkan
masjid menuju ke ladang kurma. Nun di kejauhan terdengar pekikan,“Kurma ajwa
alliya, kurma syukari, kurma anbar, kurma nabi.” Usai membeli kekacang dan coklet, aku dan
suriku memesan dua mangkuk bakso Indonesia SR 40, the ais SR 5 untuk santapan.
.
Ziarah
permakaman Uhud
Jam 10.47 pagi, gerak ke Bukit
Uhud, bukit yang panjangnya dalam tujuh kilometer. Di kejauhan, aku mengintai gunung berbatu kemerah-merahan, lokasi di mana berlakunya
peperangan yang berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah (Mac 625 Masihi). Di sana gugur sahidnya
suhadah Uhud seperti Saiyidina Hamzah bin Abu Mutalib, Mus’ab bin Umair, Amru bin Al
Jamuh yang terkenal dengan pejuang tempang. Ada lagi seorang pahlawan yang bernama Anas
bin Nadir yang jarang disebut. Anas tidak ikut berperang dalam Perang Badar dengan
keizinan Rasulullah. Di Uhud, tatkala para tentera musliman berundur, Anas Nadir maju ke
medan perang waima dihalang oleh Sa’ad bin Mu’az. Anas mengalami 80 luka panahan,
tetakan dan tusukan senjata di seluruh badan hingga mayatnya sukar dikenali. Ia
dikenali oleh adiknya melalui hujung jari Anas bin Nadir.
Biasanya, suasana di dataran Uhud diserikan dengan
puluhan gerai-gerai menjual pelbagai barangan, akan tetap bas berpakrir di lokasi yang lain. Oleh itu, kami tidak dapat melihat penjual serbuk inai dan pelbagai
barangan lain seperti tasbih, jubah, kurma, Serban, ketayap dan pelbagai barangan lain. Ada
beberapa orang jemaah tidak turun ke perkuburan syuhada Uhud termaasuk kami berdua suami
isteri. Aku hanya bergerak sekitar kawasan parkir bas tidak dapat membeli aiskerim serta membeli buah tangan di sana kerana lokasinya agak jauh.
Masjid
Qiblatain
Kami singgah di masjid Qiblatain,
menaiki ekscolitar dan menunaikan solat tahaiyatul masjid di masjid berkenaan. Masjid dua kiblat memeteri sejarah, iaitu pertukaran arah kiblat setelah 17 bulan berkiblatkan masjid Al-Aqsa beralih ke Baitullah. Ini terkait dengan Firman Allah Al-Baqarah ayat 144 m/s 22, "Kami melihat wajahmu sering mendongak ke langit, maka kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai ....." Bas bergerak melintasi Masjid Jumaat iaitu tempat di mana dilaksanakan solat
jumaat buat yang pertama kalinya dan berterusan hingga kini.
Itinerari hari ini, sama seperti yang
sebelum ini, menunaikan solat-solat wajib di masjid Nabawi. Amat sukar untuk
dinukilkan keasyukkan berada di dalam masjid.Itinerari hari ini diakhiri dengan masuk
tidur jam dalam jam sembilan malam, usai selesai membersihkan diri. Sebelum melabuhkan
jasad, aku melibas-libas tilam dengan tuala mandi.
Aku membaca doa sebelum
tidur, Bimikallah Wabika Amud, melangitkan doa berikut, “Ya Allah,
Engkau berikan kesihatan kepada kami, sihat semasa berada di haramain-Mu dan
sihat tatkala dalam penerbangan balik ke tanah air kami. Membaca ayat
Al’Muawizat 3, membaca Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3
kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali,
membaca Ayat Kursi sekali. Memohon keampunan-Nya dan membaca dzikir hingga
tertidur.
Itinerari
Isnin 13 Oktober 2025 (15 Syabaan 1445 H) puasa sunat dan Ziarah wada
Terjaga dari tidur
apabila jam loceng bordering pada jam 3.30 pagi. “Aku membaca doa
bangun tidur,“Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Aku membuka bungkusan roti dan
minuman jus eppal untuk pengalas perut buat sahur untuk puasa sunat Isnin.
Mengguna tandas silih berganti untuk
membersihkan diri, dan akhirnya kami bergerak pada jam 4.30 pagi ketika azan tahajud
dikumandangkan.Aku membaca doa di balik pintu bilik menghadap ke kiblat
diaminkan oleh suriku,“Alhamdulillah ……. Ya Allah kami mengucapkan rasa syukur
kepada-Mu kerana masihsudi untuk menerima kami sebagai tetamu-Mu. Licinkanlah
pergerakan kami ke masjid-Mu, jagalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga
kami selesai beriktikaf. Jangan biarkan kami berkeadaan yang sama selepas kami
balik ke tanah air kami. Mohon tinggalkankelakuan, dan perangai buruk kami dan
tinggalkan dosa-dosa kami di tanah suci ini.”Di luar pintu 338, kami membaca
doa iktikaf “Allah humaaftahli afwaba rohmatik ………” Aku memerhatikan suriku menuju ke ruang solat wanita.
Masuk ke masjid melalui pintu 21 kerana
pintu 22 masih tertutup. Aku mengirikan laluan pintu 22 untuk maju ke ruang solat
depan. Meninggalkan sepatu di rak kegemaranku 355 yang jarang-jarang penuh terisi dan
mencari air zam-zam seperti hari-hari sebelumnya. Menunaukan marathon solat tahaiyatul
masjid, solat tahajud, solat taubat, solat syukur, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir.
Hari ini, suriku menyertai
rakan-rakannya untuk bersarapan. Hari itu ada aktiviti ziarah luar, akan tetapi kami memilih untuk tidak menyertai
ziarah luar tambahan. Jam 8.19 pagi, aku mukarkan RM500 beroleh SR430. Aku
menemui isteriku di lobby untuk berbelanja dei Pasar Murah bawah tanah. Aku
membeli songkok borong SR60 untuk sedozen songkok. Kami membeli kekacang
manakala aku menempah tambahan beberapa sejadah tulis, serban dan buah tangan
untuk keluarga Pakcik Tua (abang kandungku) di kedai Adnan bersententang dengan Hotel Rua International.
Kerjaya
anak-anakku
Aku dimaklumkan bahawa pada pagi hari
ini, pengarang jantung kami yang kedua bergerak ke Pitas untuk pemantauan dari
13 hingga 17 Oktober (Jumaat). Dalam masa yang sama permata hati kami yang
paling bongsu bergerak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus perakaunan di
Cyber Jaya dan bergerak ke Pulau Pinang pada 15 hingga 17 Oktober untuk
mengikuti Bengkel Train of Trainers (TOT) di Bahang Bay Penang. Ini bermakna
mereka tiada berada di rumah kediaman kami tatkala kami balik pada 16
Oktober. Aku menghubungi menantu kami di
Kinarut agar boleh menunggu kepulangan kami dari Brunei nanti.
Berbuka
di Saferah
Sebelum solat asar, seperti selalunya kami
menuju ke pintu 338, membaca doa iktikaf dan menapak ke pintu 20. Di sana aku
memilih seferah yang aku inginkan iaitu satu hamparan yang menyediakan makanan berbuka
dalam kekotak yang mengandungi kurma, roti dan laban. Ketahuilah, di masa
berbuka, boleh dikatakan hampir seratus hamparan dibuka untuk menyediakan
juadah percuma kepada Jemaah. Ketahuilah juga, sememangnya warga Saudi amat
pemurah dalam menyantuni para Jemaah yang berpuasa di haramain. Di solat
maghrib, pak imam membaca ayat at-Tariq di rakaat pertama dan al-Zaitun di
rakaat kedua, antara surah-surah yang lazim di lisan ini. Ketika itu,
selawatku medekati hitungan enam ribu.
Luka
kerinduan terhadap Baitullah Al Haram masih berbekas, kini terbentuk luka baru,
luka rindu terhadap Kekasih Allah
Lari piantung lintang pukang,
Mamarun jarami angus marutung;
Ke bumi Haramain, aku diundang,
Baru kusedar nasib dan untung.
Siraung disahan di atas bahu,
Takiding dianyam rautan buluh;
Baru tersedar baru kutahu,
Rindu berpisah hati nan luluh.
Usai solat isyak, kami berkumpul di
dalam pintu 338 untuk ziarah wada. Semasa menunggu tetamu Rasulullah berkumpul, aku diulit
dengan momen-momen ziarah dengan melihat persekitaran perjalanan laluan ziarah
dari hotel menuju ke masjid. Kami menapak dengan santai mencelah dalam kalangan ribuan
tetamu Allah yang aku rasakan menuju ke suatu lokasi yang sama untuk ziarah wada.
Setelah berhenti di hadapan kubah hijau, di hadapan maqam Rasulullah, mutawif
meminta tetamu Rasulullah meletakkan tangan kanan di jantung hati, menundukkan kepala dan
membaca selawat dengan nada perlahan.
Menangislah
sepuasnya
Air mata bergenang
menyampaikan salam kepada Kekasih Allah serta sahabatnya Saidina Abu Bakar Assidiq dan Saidina Umar al-Khattab dengan bimbingan mutawif. Salam perpisahan yang paling dalam dengan linangan air mata kerinduan.
Dalam hati ini menyebut, “Ya Allah,
jangan Engkau jadikan kunjungan ini bukan buat yang terakhir kalinya, jemputlah
kami ke sini dalam kunjungan yang akan datang, dan kami akan berkunjung bersama-sama anak-anak dan
keluarga kami. Andainya, ini kunjungan yang terakhir bagi kami, jadikanlah tiap
solat kami di sini, tiap doa kami, amalan kami, sebagai sandaran di akhirat nanti”
Sedih, sayu dan pilu mengenangkan diri
ini hanya mampu memberi terlalu sedikit sumbangan untuk agamaku, untuk Rasulullah saw dan untuk kubawa ke hadapan Allah Yang Esa. Terasa berat rasanya untuk mengangkat
kaki ini meninggalkan Kubah Hijau seperti beratnya kaki ini tika berpisah dengan Baitullah.
Sesungguhnya Ya Allah, dengan rahmat-Mu jua yang mampu menjadikan kami golongan
Muqarrabun serta dengan rahmat-Mu jua membolehkan kami menjadi golongan Ashabul Yamin.
Aamin Ya Allah.
Dalam buku bertajuk Mendakap Kesedihan
Dengan al-Quran karangan Imran Zaki mencatatkan yang Nabi Yaakub a.s
menangis mengenangkan anaknya (Yusof) yang terbuang di sumur, Nabi Luth menangis mengenangkan
kemungkaran umatnya, sahabat baginda, Abu Bakar menangis tatkala kuda musyrikin
Mekah tunggangan Suraqah bin Malik semakin mendekati nabi, akan tetapi kaki kuda
tersebut terjunam ke dalam padang pasir atas doa baginda dengan pertolongan Allah. Suraqah,
gagal tiga kali dalam percubaannya memanah Rasulullah SAW.
Al-Quran surah Al-Maidah ayat 82-83 m/s
121 terkait Rasulullah Saw mengutus Jaafar bin Abu Talib dan Ibnu Masud bertemu Raja
Najasi negeri Habsah. Apabila firman Allah (ayat Quran) dibacakan kepada
baginda, baginda mengalirkan air mata dan memeluk agama Islam disertai oleh
para pengikut-pengikutnya. Begitu juga dengan Nabi Yunus dan beberapa nabi
lain, sedangkan kita insan kerdil ini, menangis hanya kadang-kala,
sekali-sekala dan bukan acap kali. Kita lebih banyak ketawa berbanding dengan
menangis.
Itinerari hari ini diakhiri dengan balik
ke hotel untuk menyertai makan malam bersama suriku di café hotel. Sejuta syukur Ya
Allah, suriku telah menguruskan makanan kami tanpa aku perlu berbaris panjang
untuk mengambil makanan. Kami merapikan keempat bagasi buat sekelian kalinya. Aku meletakkan bagasi di luar bilik untuk dikutip oleh
petugas hotel.
Melabuhkan tirai malam dengan
melibas-libas tilam dengan tuala hotel seperti yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sebelum bersauh, aku aku membaca doa sebelum
tidur, Bimikallah Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah
Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca Ayat Kursi sekali. Memohon keampunan-Nya
dan membaca dzikir hingga tertidur.
Itinera
Selasa 14 Oktober 2025 (16 Syabaan 1445 H)
Sebelum jam tiga dinihari, terjaga dari
tidur. Aku membaca doa, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “ sebaik-baik mata
celik dari terpejam sepanjang malam. Kami mandi silih berganti. Aku langitkan doa,
“Ya Allah, Engkau sucikanlah diri ini dari segala dosa-dosa , gugurkan segala
kekotoran di badan ini. Izinkan kami kembali ke kampung halaman dengan keadaan yang
suci. Kami memohon agar kami pulang tanpa membawa masaalah yang sama seperti
ketika kami mengunjungi tanah haram-Mu.” Sejuk terasa siraman air zam-zam yang
aku kumpulkan beberapa hari sebagai mandian terakhirku di Madinah, begitu juga
dengan suriku.
Aku memakai jubbah Atthobe berwarna
hitam, sedondon dengan abaya suriku. Jam 4.05 pagi, kami meninggalkan bilik 211 Hotel Sanabel Madinah, usai
membaca doa di balik pintu. “Sejuta Syukur Ya Allah, kerana dengan izin dan
rahmat-Mu, Engkau masih memberi peluang untuk aku melihat dunia pinjaman-Mu
ini. Aku mohon Ya Allah, atas perkenan-Mu, licinkanlah pergerakan kami
serombongan untuk tiba dengan selamat ke destinasi persinggahan, iaitu negara
Brunei Darussalam. Jangan Engkau jadikan kunjungan ini buat kali terakhir,
jemputlah kami untuk kunjungan yang berikut-beriukutnya. Aku memohon kesihatan
sepanjang permusafiran ini sehingga dapat kembali menjejak kaki ke bumi
kelahiran kami.” Usai menaiki bas, kelihatan pembantu hotel, mutawif dan Aiman memuatkan bagasi kami ke perut bas. Jelas kelihatan bagasi kami telah beranak-pinak.
Gerak
ke Jeddah
Jam 4.58 pagi, bas bergerak meninggalkan
Madinah Al Munawarah menuju ke kota Jeddah. Hatiku berbisik, “Bila lagi aku
dapat solat di dalam masjid-Mu, Ya Allah, jangan jadikan ini kunjungan kami
yang terakhir. Jemputlah kami untuk menapak ke sini bersama anak pinak, kaum
keluarga dan sahabat handaiku,” Sebak,
terasa teramat sebak meninjau terang gemilangnya lampu limpah menara masjid
Nabawi yang aku toleh sehingga ia hilang dari radar penglihatanku. Selawat dan dzikir ditukar kepada membaca "Subhanaka, Allahhumma wabihamdika, tabarakka ismuka, Wataala jadukka, Wala illaha qairukka."
Kami singgah di suatu R&R untuk
solat subuh. Suasana di sekeliling masih sepi, manakala premis dagangan masih belum beroperasi. Terubat rasa rindu untuk membaca Qunut Subuh setelah saban hari
tidak membacanya sepanjang berada di tanah suci. Suraunya amat bersih dan
diselenggara dengan cukup sempurna. Jam 6.21 pagi, bas diisi minyak petrol
sebelum bergerak ke Jeddah. Sempat merakam foto harga RON 91 SR2.360 selitar
RON 95 berharga SR2.210 selitar (sedangkan di tanah air harganya RM2.60 sen
selitar). Bas bergerak dalam suasana pagi di mana kami dihidangkan dengan
merahnya cahaya mantari pagi yang mendamaikan jiwa. Sungguh, Sungguh indah suasana di pagi tersebut. Mentari pagi seolah-olah bersatu dengan batuan jalanan, yang seolah-olah mendoakan keselesaan dan keselamatan perjalanan kami ke Jeddah atas idzin-Nya. Hati terkesan, mudah-mudahan akan ada lagi peluang lain, peluang melihat panorama indah tersebut. Sarapan pagi diedarkan di dalam bas, akan tetapi, kami hanya makan berkongsi setapau makanan.
Usai bergerak lebih tiga jam, bas singgah di suatu hentian minyak
untuk berhenti rehat dan memberi peluang kepada kami untuk membasah tekak, sedangkan
aku bergerak solo ke suatu premis kedai untuk membeli roti, minuman botol, kekacang dan mengesan khunafa untuk dibekal pulangkan ke tanah air. Kami tiba di Airport jam 9.35 pagi. Bas menapak ke suatu kawasan sebelum mendapat kebenaran bagi memunggah barang di
ruang berlepas. Tapau untuk makan tengah hari diedarkan dengan pesanan untuk
tidak makan di ruang cek in, malahan dibawa terus ke ruang menunggu. Hanya jam
11.11 pagi, bas diberi izin untuk merapat ke ruang berlepas.
Sebelum berbaris panjang, anaknda Aiman
sempat menemaniku untuk membeli sekotak besar SR40 bagi menempatkan bagasi yang
berlebihan yang isinya kurma dan sedikit makanan. Dengan bantuan Mutawif, kami
menyerahkan bagasi dua bagasi bersaiz besar, satu bagasi kecil dan sekotak
campuran buah kurma dan pakaian terpakai di kaunter. Tidak sempat berbual
panjang dengan mutawif dan Aiman, kerana kesibukan mereka menguruskan jemaah
lain. Kami tidak berbaris lama lantaran kelicinan proses cek-in. Aku cuma sempat mendakap mutawif dengan pesanan, minta didoakan agar dijemput kembali ke tanah suci dalam
situasi sihat wal afiat, dipertemukan Allah dalam kunjungan yang akan datang. Kami
hanya membawa sebuah bagasi yang memuatkan pakaian kami suami isteri semasa
bermalam di Brunei.
Semasa menuju ke balai berlepas
beriringan dengan CEO, kami hadiahkan sejumlah tiga tapau makanan yang kami
peroleh di dalam bas kepada pembersih Airport. CEO kelihatan sedikit terkejut
dengan tindakan kami, "Maaf puan, kami memikirkan bukan mudah bagi pembersih
untuk memperoleh makanan serupa itu, dan bukannya tidak menghargai makanan yang
disediakan. Lagipun, kami masih boleh memperoleh makanan di dalam pesawat
nanti."
Usai berada di ruang menunggu, kami
segera mencari tandas dan Mussala untuk solat jamak zohor asar. Jam 2.21
petang aku melabuhkan badan di kerusi 27J manakala suriku di kerusi 27K. Di
sebelah isteriku, seorang Jemaah wanita dari Sandakan. Berlepas dengan licin
dan lancar atas perkenan Allah usai mengaminkan doa dalam perjalanan yang
disiarkan melalui LCD pesawat Boeing 777 (BI825). Setelah pesawat aman di udara, suriku
berbual panjang dengan rakan sebelah kanannya, sedang aku melayan kesedihan
meninggalkan Kekasih Allah di bumi Madinah. Hidangan minuman ringan disajikan
dan diikuti dengan makan tengah hari di atas pesawat. Kadangkala terlelap, kekadang melangitkan solawat dan dengan sengaja ke
tandas utnuk mereggang otot dan bergerak semula ke ruang duduk. Tidak ada apa yang disaksikan di
luar pesawat kerana hari semakin gelap menjelang malam. Sesekali aku melirik ke
LCD pesawat, memerhatikan pergerakan pesawat dalam penerbangan ke Brunei. Kekadang aku membaca selawat dan kekadang berzikir.
Itinerari
Rabu 15 Oktober 2025 (22 Syabaan 1445 H)
Setelah melalui penerbangan lebih kurang
sejauh 9128 kilo meter, pesawat mencecah landasan pada jam 4.57 pagi waktu
Brunei (masih belum masuk waktu subuh). Aku memohon agar isteriku mengesan
bagasi kami, sedangkan aku ke Musalla untuk solat subuh secara bergilir-gilir.
Oleh sebab musalla wanita ditutup untuk pembaikan, sebahagian jemaah lelaki dan
kesemua jemaah wanita bergerak ke surau yang berada di kanan airport untuk
solat subuh. Tergeletek dengan ayat saudara Hamdan Tanjung Aru "Ingatkan sandal orang Brunei, sandal haji pula," Itu ayat keramat sewaktu berada di luar Musalla Brunei yang amat bersih dan diselenggara dengan cukup sempurna. Aku hanya senyum tersengih.
Jam 6.11 pagi, aku dan suriku adalah
orang pertama menaiki bas dan mengambil kedudukan di kerusi hadapan. Jam 6.25
pagi bas tiba di Hotel Wafa Brunei. Disambut di dalam dewan dengan hidangan
bingka yang menyelerakan. Usai perut terisi, masing-masing mencari pelabuhan untuk merehatkan
badan seketika sementara menunggu penyerahan kunci oleh CEO.
Kami berdua turun ke lantai satu mencari
kedai kopi untuk mengopi. Menempah
sebuku roti canai kosong BR1.20 dan dua cawan minuman BR2.70. Tatkala naik ke
lantai tiga, dewan telah kosong, yang tinggal ialah bagasi kami berdua. Jam
10.06 pagi, masuk ke bilik 8315 dengan bilik besar dua kati, almari baju dan
almari perhiasan mega yang kosong. Membersihkan diri dan rehat buat seketika.
Jam 1.34 petang, kami berdua turun ke
restoran makan ambuyat, soup tahai, nasi dan daging rendang Kedayan. Usai
makan, turun ke lantai bawah membeli corned beff dua tin, potato Crisps, Mix Snack
BR2.90 dan teruja membeli sekotak strepsils BR4.60 (murah berbanding dengan
SR40 (wang Saudi Rial) dan di Malaysia (RM18.00)
Usai merehatkan diri, di sebelah petang,
aku mengambil tapau makanan yang disediakan di ruang legar. Makan malam di
bilik tanpa keluar dengan mengambil rehat sambil merenung kenangan menggamit
rasa beribadah di dua kota suci.
Mengimbau
kenangan
Telah termaktub di Lohmafuz-Nya aku
menjadi seorang pendidik. Berkhidmat memantau ke seluruh Sabah hingga melangkau ke
Malaya serta menjadi penceramah berdozen-dozen kursus seantero Sabah. Aku sedar berkat doa anak didikku dan doa keluarga menjadikan diri ini seperti
sekarang ini atas ke hendak Allah. Kini, dengan izin-Nya, aku sekeluarga mampu memiliki
beberapa harta pinjamanNya seperti rumah kediaman pertama seawal tahun kedua usia perkahwinan kami dan kini memiliki beberapa kenderaan yang mencukupi.
Aku bermonolog dengan diriku sendiri
merenung betapa dengan izin-Nya aku sudah menapak sejauh ini atas pekenan-Nya.
Dari anak tani yang kehilangan kasih sayang ayah sedari usia sebelas tahun, dimanjakan
oleh ibu dan abang kandung. Anak yang hanya kenal lauk belumai, kenal akan ambulong jadi ambuyat, tilapia liking,
sarapan dengan kubal, kenal sayuran lampuyang, pucuk putat, pucuk gajus, pucuk
pawas dan ulam-ulaman labuan. Yang hanya mengenali buah-buahan seperti santul, kitabu, jambu ambuk, jambu kerasik, jagus (gajus), pangalaban, durian kapal, pauh dan cermai.
Diberi biasiswa percuma oleh Yayasan
Sabah untuk belajar sejauh Pulau Pinang, disamping mempelajari budaya setempat
bagi memberi teras kepada sosial diri. Bertatih dengan makanan Penang seperti paksembur,
char kortiew, laksa, mee Hailam, buah pala jeruk dan nasi kandaq (tujuh kupang)
dan minum ayaq lenche kang serta ayaq nyuk semurah sekupang lima duit.
Dengan itu, aku nukilkan sajak, bagi
mengabadikan anugerah Allah untuk direnungi semasa berkhidmat dua puluh empat tahun di BTPN
Sabah, dua tahun di SM St Joseph Papar dan sepuluh tahun di SMK Sanzac. Terlalu
banyak kenangan yang terlukis di sana, namun ia bukan kebetulan, dan jauh sekali kita
kata “Ahh itu nasib baiklah,” Akan tetapi itu semua telah termaktub di Lohmafuz-Nya. Aku juga
ingin kongsikan momen ini dengan kalian.
Unggulmu
BTPN, selamanya
Dari alam Al-Masyimah ke alam nyata
termaktub di Lohmahfuz-Nya
aku berubudiyah kepada Sang Pencipta
dengan perkenannya kita berkumpul di
sana
kita dipisahkan akhirnya
dan akan bertemu dengan ramat-Nya
Tika penggiliran malaikat utusan-Mu
di solat asar dan subuh bertemu
tanpa jemu
aku beristi`aanah melangitkan doa
pada-Mu
“Allah Ya Allah, Engkau ijabahkan
hajat-hanjat hamba-Mu
kita dihimpun di sini atas rahmat-Mu
Seven Suria melakar saksi jitu
dengan ria, sebak berbaur pilu
BTPN Sabah
hebatmu usah dicanang
terkumpul segala pakar tak usah
didendang
digeruni, dihormati, andai disebut bulu
roma meremang
siapa siaga menyahut nun jauh ke
seberang
sesulit menyusur Sungai Paitan hingga ke
Lagut Seberang
ditelan manis, bergenang air mata andai
terkenang
BTPN
engkau dikenal di pelusok Sabah oleh
guru
ilmu di dada bukan sebarang ilmu
dituntut sejauh Golok hingga ke Tebedu
kemas bertegas di ambang pintu
pakaian rapi namun bukan sebarang tamu
soalan lazim “Mana carta organasasi
kamu”?
Geleng kepala rambut tanpa gatal digaru
nombor panggilan berelaru
berkaca mata hitam dengan lengan baju
dilipat ke siku
menyantuni pelanggan yang tunduk malu
berdepan pakar untuk tambahan ilmu
sekelip mata umpama mahkota Balqis
dijampi
muncul nombor panggilan tanpa rujuk buku
Tidak memantau dengan tangan kosong
tikar getah diangkut bergulung-gulung
bermalam di sekolah memasak makan
berurung-urung
tiada istilah murung
di sekolah kerja dibuat bergotong royong
mana yang kurang akan ditampung
memaku, memahat, mengecat
riuh umpama kenduri sekampung
Siaran radio pendidikannya
dimula dengan telitinya
skrip dicanai sehalus seninya
‘Nagra’dijinjing ke sini sana
mengejar sesensasi berita
lakon lakonan anak-anak seusia
budget besar, diimport pelakon-pelakon
utama
tiada budget, diangkut anak kita-kita
janji siaran akan ke angkasa
berkumandang ke pelusok desa
Ke konti RTM terburu-buru
BTP penyebar ilmu berkumandang tiap
penjuru
siaran langsung, radio ditunggu-tunggu
makmal sekolah penuh di pantau guru
kaedah PdP unggul bukan tanpa halatuju
tiada elektrik, Genset dan minyak
dibekal selalu
sekolah tiada jeraya dipantau naik
perahu
BTPN
teknologi tetap mencabar
di zaman OHP, engkaulah pakar
guna OHP, perlu ditunjuk ajar
pelbagai ilmu mampu dibongkar
kursus didedah hingga melangkau belukar
disilih ganti dengan pengaturcaran
ala-ala jalur lebar
dari aplikasi Lotus, Database, Autoware
hingga ke Word Star
semua diterjah waima penuh onar
nama mu tetap menyinar
Engkau tidak tertinggal dalam
penghasilan Multimedia
hasil ditayangkaji di segenap kota
mudik ke Beserah, menjengah ke Alor Star
bermukim di Kucing, bersengkang mata di
kota Melaka
bermalam di Langkawi, berkhidmat tanpa
berkira
Khidmat siar rayamu canggih belaka
berkhidmat tanpa mengira masa
acara esok, hari ini memacak kamera
kiri, kanan, depan, bersedia
MCP di belakang, di depan layar berpuluh
hasta
kadang bersiaran ke seluruh negara
memacu kebanyakan acara berskala mega
peralatan diangkut tidak muat kereta
kereta pejabat tiada, kereta sendiri
diguna
tidak puas dicanang, dimuat ke Buletin Litar
penyalur berita
Dewasa ini
semua tinggal cerita-cerita jenaka
namun ia realiti belaka
berkhidmat dengan semangat waja
membukit pahala mengangkasa doa
moga ke Jannah-Mu dibekal dibawa
(Nukilan telah dibaca ketika reunion BTPN 2025 di Hotel Seven Suria Kota Kinabalu.)
Melabuhkan tirai malam di negara Brunei
Darussalam dengan melibas-libas tilam dengan tuala mandi. Sebelum bersauh, kami
berkongsi banyak kenangan manis tatkala beribadah di dua kota suci-Nya. Sedari
perjalanan panjang menuju ke kota Taif, miqat di Qarnul Manazil, aktiviti memanjat Jabal Nur, makan nasi unta, makan aiskerim Mekah hinggalah ke kenangan bertawajuh di hadapan Baitullah dan kenangan ziarah Rasulullah di kota Madinah. Aku membaca doa
sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali,
Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca
Ayat Kursi sekali. Memohon keampunan-Nya dan membaca dzikir hingga tertidur.
Itinerari
Khamis 16 Oktober 2025 (22 Syabaan 1445 H) tiba di KKIA
Aku membaca doa, “Alhamdulillah hilazi ahayana
……….. “ sebaik-baik mata celik dari terpejam sepanjang malam. Menunaikan solat subuh, menjadi imam kepada
suriku di bilik 8315 Hotel Wafa Brunei. Aku mulakan rutin harian tilawahku iaitu membaca wahyu Allah iaitu (Quran) dengan mendahulukan melangitkan doa sebelum tilawah “Allahuma ajalil Quarana rabiia kulibina, waanurra suddurina, wajilaa ahzanina, wazihaba humuu minaa” “Ya Allah, jadikanlah Quran ini sebagai penyejuk hati kami,cahaya menyinari hati kami, penghibur duka kami, dan penghapus kesedihan kami.” Usai selesai membaca Quran, mandi dan
bersiap-siap untuk ke restoran untuk sarapan pagi. Jam 6.14 pagi, kami berdua adalah orang yang
pertama bersarapan di kafe Hotel Wafa.
Usai sarapan, naik semula ke bilik
menunaikan solat-solat dhuaa, syukur dan solat taubat. Merehatkan badan dan
mengemas bagasi menggunakan pam penyedut hampa gas. Tengah hari membuka dua
bungkus tapau yang dibekalkan oleh Nurmultazam. Sempat solat berjemaah jamak
zohor asar sebelum bergerak turun ke lobby. Jam 12.48, bas bergerak
meninggalkan hotel. Terhibur dengan ayat saudara Hamdan Tanjung Aru "Cantik baju haji, di mana beli?' Ini jubah yang dijahit di tailor, hadiah suriku.
Di perlaksanaan cekin, atas
kebijaksanaan CEO, sebahagian dari kami merasa bertuah apabila beroleh
kebenaran untuk memasukkan bagasi ke perut pesawat. Aku hanya jalan berlenggang
dengan beg sandang tanpa memikirkan untuk memasukkan bagasi ke ruang
penyimpanan pesawat.
Memasuki dada pesawat dengan teratur,
melabuhkan badan di kerusi 34B dan 34J. Pesawat Royal Brunei (BI2) meninggalkan
landasannya, dengan dimulai mengaminkan doa dalam perjalanan. 25 minit kemudiannya, pesawat mendarat
dengan selamat di bumi Sabah Nageri Di Bawah Bayu. Usai memperoleh semua
bagasi, aku menjumpai setiap jemaah lelaki untuk bersalaman, begitu juga dengan
suriku yang bersalaman dengan jemaah wanita.
Selamat
kembali ke tanah tumpahnya darahku, selamat tinggal tanah tumpahnya air mataku.
(Kerinduan yang tak akan terungkai )
Ketibaan kami disambut oleh menantu dan
cucunda tunggal kami. Tatkata menunggu untuk berfoto, tetiba cucuku mendakapku
tanpa aku sedari kehadirannya. Kami tiba di rumah hampir masuk waktu solat
maghrib. Aku tidak membenarkan mereka balik awal melainkan membawa buah tangan
Mekah terlebih dahulu. Berbahagi wangian Mekah, jubbah cucu, jubbah menantu,
buah kurma, minuman untuk anakku yang tidak dapat bersama kerana berada di MRSM
Kinarut, dan menyerahkan sejadah bertulis nama kepada menantu dan anakku.
Usai solat maghrib bersama cucu, ketika
anak kedua dan suriku keluar mencari suapan makan malam, dengan berbekal
sekotak kurma yang lebih dari tiga kilo, aku
ke Masjid RTM untuk menyertai majlis membaca yassin dan tahlil. Ketika
hendak memulakan solat isyak, aku dikejutkan oleh cucunda yang merapat ke
kananku. Kusangka mereka telah balik ke Kinarut. Usai solat, aku menyertai para jemaah
masjid untuk merasa makanan yang disediakan. Menantu dan cucuku merapat untuk
kami makan bersama-sama. Aku sempat bertimbang berat badan, masih 57.25 kilo, sama seperti sebelum keberangkatan ke tanah suci.
Melabuhkan tirai malam di rumah kediaman
selepas membongkar buah tangan dari tanah suci. Sukar untuk melelapkan mata oleh terjahan kerinduan terhadap kedua-dua kota suci Allah SW. Dimulai dengan melibas-libas tilam
dengan kain. Sebelum bersauh, aku aku membaca doa sebelum
tidur, Bimikallah Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali,
Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca
Ayat Kursi sekali.
Subuh
pertama di tanah air
Rindu rasanya solat subuh di masjid
Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Multimedia Kepayan (RTM). Seperti
biasa di rakaat pertama pak imam Solehhudin membaca ayat As-sajadah di mana para jemaah melakukan sujud
sajadah di rakaat pertama. Syukur Ya Allah di sujudku, aku membaca , “Sajada
wajhiya Lillazi Qhalaqah ........“Wajahku, telah bersujud kepada Zat yang
menciptakan, membentuk, dan memisahkan pendengaran dan penglihatan dengan
kemampuan dan kekuatan-Nya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.” Terasa diri ini teramat kerdil di sisi-Nya. Di
sujud terakhir aku berlama melangitkan doa kesyukuran dapat berpijak kembali ke tanah air. Bukan kebetulan tetapi telah diatur oleh-Nya, pemergian kami ke tanah suci di kala aku sujud sejadah di masjid RTM dan kembalinya aku ke tanah air juga melakukan sujud sejadah di masjid yang sama.
Sekilas
kenangan
Waima kini kita tidak lagi dapat menatap
Baitullah dan tidak lagi boleh bertawajuh di Raudah, setelah kaki berpijak di tanah
air, yang tinggal hanyalah sejuta kerinduan terhadapnya. Air jernih mengalir apabila
kaki ini berpijak di rumah kediaman. Rindu terhadap, makam Kekasih Allah, dan rindu
terhadap kelambu hitam Baitullah mencengkam di hati kecil dan menyusuk ke sanubari ini.
Walau bagaimanapun, hati ini tetap bersyukur di atas kesudian Yang Maha Pencipta atas
undangan singkat itu. Insan kerdil ini sedar bahawa sesungguhnya Engkaulah yang menjemputku kami, bukan hanya kebetulan aku berjaya menapak ke sana. Betapa luluhnya perasaan ini andainya kunjungan singkat itu merupakan
kunjungan yang penghabisan buat kita, akan tetapi di hati ini tetap berdoa agar
dijemput untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Itulah intipati doaku saban kali usai solat
sekembalinya ke tanah air. Moga Allah memberi keizinan kepada kita dan keluarga kita untuk
mengunjungi tanah suci itu untuk yang sekalian kalinya.
Allah ya Allah, hadirkanlah sabar yang
setingginya kepada diri ini. Terlalu musykil rasanya memikul bebanan rutin kehidupan
sementara di dunia fana ini, di mana alam akhirat juga yang kekal abadi. Apa-apa yang berlaku
di dunia ini, itu adalah ujian belaka yang memerlukan sejuta kesabaran. Kita akan
terjerumus andaikata kita gagal menanganinya dan kita akan menikmati balasan syurga andai
berjaya dalam ujiannya.
Allahu Akbar …… Yakin dan percayalah,
andai bertuhankan nafsu semata, kita akan menjadi lesu, andai mengharapkan insan biasa, kita tidak akan punya apa-apa, andai bertuhankan material kita
akan jadi lalai tetapi andai bertuhankan Allah, kita pasti gagah serta tidak menyerah kalah.
Sememangnya jika kita menabung ringgit, jumlahnya akan kelihatan di mata kasar, akan tetapi
jika jika kita menabung pahala, ia tidak terpampang di depan mata serta tidak boleh ditotal banyaknya.
Pahala hanya akan dapat kita nikmati tatkala kita menutup mata tatkala mendepani alam
akhirat. Andaikata kita berusaha sehabis-habisnya untuk mencari keperluan makan-minum, catuan makanan akan habis dalam beberapa hari tetapi andaikata kita beramal mencari pahala, ia tidak akan putus di situ, malahan limpahannya akan kita nikmati hingga ke alam akhirat.
Tabik
hormat
Setelah berada jauh dari dua kota suci
Allah, diri yang kerdil ini terasa masih belum puas untuk bersujud kepada Allah. Entah bila
lagi aku dapat merenung Baitullah seperti beberapa hari yang lalu. Kini hanya
tinggal memori yang menyiat-nyiat tangkai jantung ….. 1,001 momen ziarah ke dua
kota suci tersebut melekat di minda ini dan tertambat di pelabuhan hati ini.
Aroma Mekah dan Madinah tidak pernah
lekang dari mengetuk pintu hati kecil ini. Terlalu sayu rasanya mengenang ketika duduk
bertawajuh di Masjid Nabawi dan di hadapan Kaaabah. Masih terasa betapa dinginnya
linangan air mata yang mengalir tanpa diminta membasahi lantai karpet dan mar-mar, dan masih
terngiang di telinga ini, ungkapan istilam yang meremangkan bulu tatkala berada di
pepenjuru Azrul Aswad dan masih terasa lesunya tangan ini di lambaian terakhirku terhadap kekasih Allah
tatkala meninggalkan Bandar Nabi.
Ikat jarami sebabat-sebabat,
Asah tumpul pisau balati;
Antara sahabat ramai sahabat,
Sahabat ke Syurga dibekal ke mati.
Sejuta terima kasih aku panjatkan kepada
suriku yang tercinta yang tetap setia bersamaku waima dalam sebarang situasi. Ruang ini kudedekasikan
khusus untukmu. Dalam setiap doaku, aku kerap melangitkan doa berikut, “Ya Allah, Engkau pertemukan aku dengan
suriku serta anak-anakku di Jannatun Naim-Mu. Kumpulkan aku bersama-sama mereka,
bersama-sama kedua ibu bapaku serta adik beradik-beradik, ipar duai dan rakan serombongan
di sana nanti. Masukkanlah kami ke dalamnya tanpa dihisab untuk dikumpul
bersama-sama Rasulullah SAW.” Sepadang terima kasih juga kepada anak-anak permata
hati kami, yang membekalkan wang saku 100 dolar Brunei dan 1,100.00 Saudi Rial.
Nurmultzam
pada kelas yang tersendiri
Kepada pihak pengurusan Nurmultazam,
mohon maaf andai terkesan dengan tingkahlaku kami berdua, terutama mutawif
Ustaz Syafi, anaknda Aiman, dan Ceo NurMultazam. Terima kasih atas segala
kemudahan, pertolongan dan khidmat yang berbulan-bintang dalam menyantuni Duyuf
Ar-Rahman. Pengurusan terbaik sejak mula
berurusan, kecekapan pengurusan semasa keberangkatan di semua Airport, kelicinan pengurusan hotel, makanan yang
menyelerakan dan kelicinan penjadualan di semua aktiviti ziarah. Hanya Allah sahaja yang layak menilai ketulusan perkhidmatan kalian.
Permohonan
maaf
Kepada rakan Duyuf Ar-Rahman
serombongan, sejuta maaf andai terdapat perilaku kami menyinggung kalian, atau
terterjahan tuturkata kasar semasa berada di dua kota suci Allah mahupun sikap kami yang tidak anda senangi. Kadangkala, kami hilang dari
radar penglihatan kalian, bukan dengan niat untuk memencilkan diri, dan bukan
untuk tidak mahu bergaul dengan kalian. Ada kalanya kami ingin merebut peluang untuk
ibadah-ibadah lain selagi berada di haramain-Nya. Semoga Allah akan
mempertemukan kita dalam masa terdekat di kunjungan yang berikut-berikutnya.
Andai ada rasa, Oh! kenapa aku tidak buat beigitu begini, kenapa aku tidak buat
itu ini atau si anu itu dia buat apa yang kita tidak buat, itu petanda ada
angin-angin jemputan-Nya. Bertabahlah dan menabunglah sebak-baik telapak kaki
kita memijak bumi kelahiran kita.
Mohon maaf, aku tidak sempat memetik lebih ramai nama-nama kalian di travelog ini, bukan bererti anda tidak penting dalam catatan singkat ini,
tetapi terlalu sendat untuk diceritarakan. Kekadang aku dan suriku tidak menyertai kalian dalam beberapa aktiviti, bukan
bererti tidak menghormati kalian tetapi kami berhasrat memanfaatkan waktu untuk mengganda
pahala berlama-lama di masjid selagi berada di haramain-Nya. Umrah ziarah kita, bukan dibuat sekerap mungkin, namun
terpaksa menabung untuk jemputan yang sekian kalinya. Kedatangan kita ke Tanah
Suci lebih kepada untuk terapi diri bukan berbangga diri. Insya Allah. Andai ada
cerita kurang baik sepanjang ibadah ziarah, tinggalkanIah saja sebagai sejarah
lampau dan bawalah balik cerita yang comel-molek belaka.
Akhir kalam, aku menyeru diriku sendiri
dan kalian, untuk sama-sama berusaha melakukan kesinambungan ibadah seperti mana yang
kita lakukan di Haramain. Sejuta maaf aku sembahkan andai nukilan ini menguris
hati kalian.
Salam dari saya yang fakir.
Senarai
semak ibadah di Tanah Suci
1.Solat Wajib, solat syukur, solat
hajat, solat taubat, solat dhuaa, solat tahajut di dua kota
suci dan amalinya hingga ke tanah air.
2.Doa diampun segala dosa
3.Melafazkan seberapa banyak dzikir tika
di Mekah dan selawat sepanjang berada di
Madinah.
4.Tilawah Quran
5.Infaq (sedekah)
6.Puasa sunat
7.Mohon dijemput pada kunjungan
berikut-beriktnya