Masih sempatkah
untuk kau bertaubat pada esok hari
sedang dunia kata pergi, kubur kata mari
sedang kita menuntup mata di malam hari
esok hari kita hidup belum pasti
kita lakukan dosa seawal bangun pagi
menjelang dinihari
pahala yang tiada galang ganti perlu dicari
masa itu tiada lagi teman sejati
pergantunganmu hanya kepada Ilahi
samaada Syurga mahu pun Neraka pasti menanti
Jangan tak sempat
beramal sebelum jasad terbujur
sebelum menaiki keranda di usung ke liang kubur
bantu-bantulah insan yang hampir kebulur
kurangkan berbelanja banyakkan menghulur
itu akaun tersohor
jangan diumpamakan hari-hari itu hari lipur
dosa dibuat tak boleh undur
jangan asyik berhibur-hibur
banyak-banyak bersyukur
kau umpamakan dunia ini medan bertempur
biarkan syaitan tersungkur
bukannya kau yang berundur
Sempatkah
untuk kita memohon
maaf mahupun memaafkan
dosa-dosa nyata atau dosa yang dilupakan
dosa kau buat yang menganiayakan
serupa kita lupa akan kain kafan
usia kita hampir di hujung landasan
umpama berlari di balapan
hanya berharap penuh dengan ehsan
dahulu Dia sering kita abaikan
ubahlah, kini Dialah yang kita perlukan
Sempat-sempatkanlah
mengucap kalimah syahadah
menyesal tak sudah-sudah
tatkala nafas di kerongkong sudah
kenapa tidak gemar di hamparan sejadah
tatkala jasadmu masih gagah
bertahmid, berzikir tangan ditadah
kini kau disapa letih lelah
didorog ke mussala pelbagai helah
berserahlah, solatlah, serta beramallah
Jika tak sempat
menggandakan ibadah kita
jangan abaikan masa
dengan yakin panjatkanlah doa kepada-Nya
Dia menjemput yang mahu bukan yang kaya berharta
berjimat menabung tujuan ke Haramain-Nya
kunjungi Baitullah agar ibadah berganda
ziarah, ibadahlah bukan sakan berbelanja
sampaikan salam kepada baginda
mohon syafaatnya untuk berkumpul di Syurga
itu destinasi akhir kita
Amam
9 Safar 1448H (22 Julai 2026)
