Tuesday, October 11, 2011

Lawatan ke Shah Alam

Seawal pagi 6 Oktober dengan menaiki pesawat FireFly FY 501, saya bersama isteri berlepas ke Kuala Lumpur jam 9.45 pagi. Walaupun dalam keadaan yang kurang puas hati kerana sepatutnya kami berlepas pada jam 7.00 pagi.

Selepas makan tengah hari di KLIA, kami naik bas Airport Coach dari KLIA ke KL Central dengan kadar RM10.00 seorang.  Kami berdua naik LRT ke Perhentian Masjed Jamek untuk ke Jalan Masjid India (tempat popular orang-orang Sabah). Terkejut apabila mendapati suasana di situ hiruk pikuk. Rupanya ada gerai jualan besar-besaran sempena perayaan Depavali yang akan datang.

Selepas sarapan pagi Jumaat 7 Oktober, kami bertolak ke Shah Alam menaiki Bas Rapid mengguna Kad Touch N Go untuk menginap dua hari di sana. Isteri bawa bekal berbungkus-bungkus Putu Mayam untuk rakan serumah adik di Puncak Perdana. Dari PKNS ke Puncak Perdana terpaksa  menaiki teksi kerana terperangkap dengan hujan lebat. Makan malam makan nasi tapau dari KANDANG (tempat makan istimewa di Puncak Perdana). Hari Sabtu dan Ahad, saya dan isteri  mengunjungi Plaza Alam Central dan sekitar PKNS dengan Bas Rapid. Dapat membeli sedikit keperluan yang amat penting dan makan di Kak Ani Soup Utara.

Jam 4.30 petang Ahad, kami tiga beranak bertolak ke Kuala Lumpur untuk bermalam satu malam lagi. Sempatlah membeli belah sedikit. Belian terpaksa dihadkan memandangkan terpaksa membawa 4 bagasi yang dikhuatiri lebih muatan. Hari Isnin, sempat juga isteri memborong kain, manakala saya sempat membeli kasut jenama LOIS.

Alhamdu Lillah, anak bongsu telah pun berjaya menamatkan Diploma Perakaunannya, dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pada Mac tahun 2012 nanti.

Balik ke Sabah pada 10 Oktober 2011 lewat petang dalam penerbangan yang berasingan. Dari K.L Central naik bas ke LCCT untuk  membantu mendaftarkan masuk anak di Air Asia. Selepas itu, kami naik Bas perantara dari LCCT ke KLIA dengan kadar RM2.50 seorang. Selepas mendaftar masuk untuk penerbangan pulang mengguna penerbangan FireFly, kami makan malam di.KLIA.

Syukur Alhamdu Lillah




Wednesday, September 28, 2011

Syarat ke-6 (Peranan beberapa jam dinding)

“Masa itu emas, “ demikianlah ungkapan yang kerap saya dengari melalui corong radio. Dalam mendidik anak-anak, saya mengamalkan prinsip, kerja mesti siap mengikut waktu. Oleh itu, di peringkat awal saya rancang jadual pembelajaran anak-anak. Dan setelah mereka sudah terbiasa dengan jadual masing-masing, akhirnya saya memberi kebebasan kepada mereka untuk merancang jadual sendiri.

Kejayaan masa depan anak bukan kerana bakat atau kemampuan yang dimilikinya mahupun kecemerlangan diri sendiri tetapi ada sedikit pengaruh dari kedua ibu bapanya. Seorang ayah semestinya melukis sebaik mungkin ke atas kanvas kehidupan anak-anak. Kecantikan lukisan itu dilakar daripada kesesuaian warnanya. Paduan warna yang indah disertai adunan warna yang anggun membentuk pelangi di langit. Warna biru  membentuk kebebasan bak  air di laut lepas. Warna putih membentuk keikhlasan. Warna jingga membentuk keberanian untuk menghadapi ranjau kehidupan dan warna hijau membentuk suasana kesuburan pepohon kehidupan mendatang. Semua lukisan kreatif si ayah membentuk semua warna kehidupan si anak. Begitu juga dengan peranan si ibu yang menyokong dari belakang.

George Bernard Shaw mengatakan "Masa muda adalah masa terindah; sayang sekali orang muda suka mensia-siakannya."

Anak-anak belajar di kelas biasa di sebelah pagi, manakala ke sekolah agama di sebelah petang atau sebaliknya. Mereka akan menghabiskan kerja rumah setelah balik dari kelas, manakala sebelah malam diguna sepenuhnya untuk membuat kerja tambahan, seperti karangan, menjawab latihan lembaran kerja atau latihan lain yang saya sediakan, yang mana setiap latihan akan dibayar sebanyak 20 sen tiap satu. Sebagai ganjaran anak-anak akan saya bagi RM1.00 jika mendapat markah ujian 100% dalam mana-mana mata pelajaran. Itu yang kami suami isteri lakukan.

Saya mempunyai cerita lucu di sekolah anak saya. Suatu hari guru mata pelajaran memanggil anak saya ke bilik guru

Guru         :  Tahniah kerna awak dapat markah 100%

Anak saya : (sedikit terkejut) Terima kasih Cikgu

Guru         : Tiap kali ujian awak selalu dapat markah 100%. Bagaimana awak belajar

Anak saya : Ujian tadi Cikgu, telah pun saya buat  ketika bapa saya bagi  latihan di rumah

Semenjak itu guru tadi tidak lagi memberi ujian yang difotokopi seratus peratus dari lembaran kerja yang dibeli di kedai, sebaliknya mencampurkan beberapa soalan dari pelbagai buku untuk suatu ujian. Saya tidak menyalahkan guru  berkenaan, mungkin dia terdesak. Saya mengerti, guru mempunyai beban tugas yang melampau di sekolah-sekolah.

Saya menjadi lebih perpengalaman apabila berpeluang melawat beratus sekolah di seluruh Negeri Sabah hinggalah ke Semenanjung Malaysia. Anak-anak saya bukanlah tergolong dalam golongan yang terlalu cerdik, tetapi mereka telah menjadi cerdik apabila mendapat bimbingan yang sempurna (perasan sendiri) ditambah dengan motivasi yang berbakul-bakul banyaknya.

Ketika melawat salah sebuah sekolah di Negeri Pantai Timur Semenanjung, saya tertarik dengan slogan yang terpampang dengan skala bersaiz besar yang boleh dilihat oleh warga sekolahnya setiap waktu.

Slogannya berbunyi :

Anak biasa-biasa
Lahir dari keluarga biasa
Belajar di sekolah biasa
Jika mendapat didikan sempurna, akan mencapai keputusan yang luar biasa.

Slogan tersebut saya pegang untuk mendidik anak-anak dengan lebih bersemangat.

Ibu bapa perlu mewujudkan peraturan atau undang-undang khusus di rumah selari dengan undang-undang di sekolah sebagai pendekatan mendidik anak sedari kecil. Undang-undang di rumah perlu sebagai kesinambungan untuk membiasakan anak dengan disiplin seperti di sekolah.

Teknik mengendalikan perasaan dan emosi penting kerana ibu bapa adalah pendidik tingkah laku anak. Jika cepat marah, anak juga akan membesar dengan tingkah laku sama. Elakkan bercakap kasar kerana anak kecil masih dalam proses belajar. Gunakan kaedah bergurau untuk menegur kesilapan anak.

Ibu bapa perlu mengimbangi masa bersama anak dan kerja. Peruntukkan masa bermutu bersama anak walau sesibuk mana sekalipun dengan bertanya khabar dan memberikan nasihat kepada mereka. Bukan untuk mengajar tetapi sekadar berkongsi pengalaman.

Ibu bapa juga perlu mengetahui peribadi dan keperluan anak agar anak tidak menjauhkan diri daripada kita. Jika kita bertindak otokrasi, akhirnya anak-anak akan meluahkan masalah kepada rakan sebaya, bukan dengan ibu bapanya.

Tiada salahnya anda meyelongkar beg sekolah anak-anak. Pernahkah anda berbuat sedemikian?. Selongkar cara beradab, maksud saya, susun semula mengikut sebelum diselongkar agar mereka tidak perasaan beg mereka telah diselongkar. Cara ini berkesan kerana dengan menyelongkar buku mereka, kita boleh mengetahui aktiviti anak-anak kita, mungkin ada kerja mereka yang tidak siap atau ada ujian yang mereka sembunyikan dari kita atau ditakuti mereka membawa barang yang terlarang seperti CD lucah, senjata berbahaya, komik, rokok atau sebagainya. (Ini penting lebih-lebih lagi ditahun 2011 ke atas kerana kita tengah berhadapan dengan teknologi yang amat canggih).

Saya menghargai jam dinding ANALOG kerana ketiga-tiga anak saya belajar sifir 5 melalui jam tersebut. Mengajar sifir tidak semestinya mengikut cara konvensional iaitu dari sifir 2, 3, 4 dan seterusnya. Kita patut mendahulukan mengajar sifir yang mudah diajar dan ada alat bantuannya seperti jam dinding.

Hargailah masa berharga bersama mereka. Di sinilah kepentingannya mewujudkan beberapa jam dinding di beberapa lokasi.

1.Di bilik belajar Perlu bagi merencanakan waktu belajar mengikut jadual yang telah diatru.

2.Di ruang tamu Untuk tujuan melihat waktu berkualiti bersama keluarga, tidak menonton Telivisyen secara berlebihan kecuali hujung minggu dan tujuan bersolat. Jam di ruang tamu juga boleh mendisiplinkan anak-anak untuk merencanakan aktiviti masing-masing seperti memperuntukan masa tertentu untuk bermain dengan kawan-kawan di luar rumah.

3.Di kamar mandi Untuk mengelak dari menggunakan tandas melebihi dari waktu yang sepatutnya

4.Di dapur Untuk menlihat waktu makan terutamanya waktu makan malam. Waktu makan malam yang paling sesuai adalah jam 6.30 petang waktu Sabah / Sarawak kerana tidak elok makan malam selepas maghrib. Ini bagi membolehkan perut kita berehat awal dan memberi peluang makanan dicernakan sebelum waktu merehatkan seluruh fungsi anggota badan sebelah malamnya. Minum air putih setengah jam selepas makan adalah amalan yang terbaik, bukan minum sambil makan.

5.Di setiap bilik tidur Untuk tujuan agar tidak tidur terlalu lewat sebaliknya bangun tepat pada waktunya

Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak menghargai masa
2.Menutup lampu sendiri apabila tiba waktunya
3.Balik ke rumah sebelum waktu maghrib selepas mereka bermain dengan kawan-kawannya di sebelah petang

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya 30/08/2011

Saya seisi keluarga menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini dan keluarga, kenalan atau kepada orang yang pernah tersentuh perasaannya sama ada secara sengaja atau tanpa sengaja.

Friday, August 26, 2011

Syarat ke-5. Menuruti kehendak anak bukan kehendak ibu bapa sendiri

Maksud saya di sini ialah lebih mengutamakan anak-anak dari benda lain (bukan bermaksud membenarkan mereka membuli kita).

Memikul tanggungjawab sebagai sebagai ibu bapa tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam kebanyakan masa, tentu ramai golongan ibu bapa berasa tertekan memikirkan dan memikul tanggungjawab terhadap keluarga.

Tidak rugi kita menabur pelaburan yang agak besar hari ini jika kita ingin menuai hasilnya di kemudian hari. Ibarat kata pepatah Cina “Jika kita hendakkan hasil yang banyak, kita kena buang banyak” akan tetapi jangan harap “hasil yang banyak jika kita hanya melabur sedikit sahaja.” Maksud saya, jangan segan untuk mengeluarkan duit walau pun ia amat perit demi untuk kecemerlangan anak anda.

Berkat pelaburan dan pengorbanan yang begitu besar, hari ini saya dan isteri tengah menerima habuan yang tidak diduga. Hari ini dan mungkin doakan seterusnya . . . . . dua orang anak saya yang merupakan penjawat kategori 41, telah merancang sesuatu yang sememangnya tidak pernah kami harapkan dan impikan dulu. Mereka menyambut Hari Ulangtahun saya dan isteri dengan makan di restoran ternama, menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan kami di Hotel Bertaraf ada bintang dan macam-macam lagi, membawa pulang pelbagai hadiah tatkala mereka berpeluang kursus di Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Inilah yang saya maksudkan sebagai Fasa Menuai Hasilnya.

Tidak dinafikan, kebanyakan ibu bapa cenderung melihat anak mereka sebagai 'tidak cukup baik'. Jangan ingat anak-anak tidak tahu tetapi mereka sebenarnya dapat merasainya. Apabila anak merasai persepsi bapanya, mereka dengan mudahnya akan 'terbentuk' seperti yang diharapkan oleh bapa mereka secara tidak langsung. Sebaliknya, apabila kemampuan mereka diakui, mereka akan menjadi lebih hebat daripada yang disangkakan.

Ibu bapa hari ini bukan lagi hanya bertanggungjawab memberi makan, pakai dan rumah kediaman semata-mata kepada ahli keluarga. Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, apa program TV yang mereka minati, potensi pelajaran mereka, apa jenis sukan yang digemari malah impian dan cita-cita mereka.
Salah satu ciri penting dalam memupuk kebahagiaan keluarga ialah makan bersama ahli keluarga. Hari ini amalan seumpama itu semakin dilupakan dan ia dilakukan pada ketika tertentu saja. Di sebalik makan bersama, sekurang-kurangnya kita bersama keluarga dapat bertemu muka di antara satu sama lain. Alangkah indahnya si isteri menyenduk nasi ke pinggan suami dan begitu sebaliknya. Di samping itu sesekali kita suruhlaha salah seorang dari anak kita membaca doa sebelum makan secara bergilir-gilir. Ini akan menerapkan keyakinan diri kepada mereka.

Kenal pasti kebolehan anak untuk merangsang kemahiran yang dimilikinya. Jangan paksa anak lakukan sesuatu yang tidak diingini atau berjanji dengan hadiah menarik jika mereka mengikut kehendak anda kerana apa yang dilakukannya itu bukan kerana minat. Biarkan anak tonjolkan apa yang dia mahu kerana jika ibu bapa menyekat, ini bermakna anda menghalang perkembangan anak yang secara langsung menyebabkan emosinya terganggu. Secara sosial, anak juga akan terganggu dan akhirnya menjadi pasif

Anak yang berusia 0 hingga 2 tahun kerap menangis kerana itu adalah cara mereka berkomunikasi dan memberitahu apa yang diinginkan. Ibu bapa yang peka dengan keperluan anaknya tidak akan membiarkan mereka menangis. Sekiranya dibiarkan mereka akan lebih menunjukkan perasaan marah, susah dipujuk dan sedih. Ini menjadikan tangisan lambat reda. Sebaliknya anak yang dipujuk akan cepat bercakap dan tidak akan menangis sewenang-wenangnya

1.Sebagai contoh kita jangan memaksa anak kita memasuki bidang Sains selepas PMR, jika mereka lebih berminat kepada bidang Perakaunan. Atau memaksa anak kita mengambil bidang kedokotoran selepas SPM sedangkan mereka lebih berminat kepada kejuruteraan.

Sebagai contoh : Anak rakan saya yang lebih berminat kepada bidang pengurusan perniagaan dipaksa oleh ibu bapanya untuk mengambil Perakaunan. Setelah lulus ijzah pertama di Universiti, anaknya bekerja 4 tahun di sebuah bank di Kuala Lumpur. Tujuannya bekerja untuk menggumpul modal, akhirnya balik ke Sabah untuk membuka perniagaan (Andaman pengantin dan pakej perkahwinan).

2. Tanya soalan ini kepada diri anda sendiri: "Berapa banyak yang saya tahu tentang anak saya? Tahukah saya tentang inspirasi dan aspirasi mereka? Adakah saya peka terhadap siapa kawan-kawan anak saya? Andainya terdapat persoalan tentang anak yang tidak terjawab, anda sentiasa boleh bertanya. Jangan biarkan anak anda meluahkan perasaan kepada orang lain. Jika ini terjadi, kita kena cermin diri sendiri mungkin ada sesuatu yang tidak betul pada diri anda.

3. Mendengar itu membantu. Petua ini mungkin sudah terlalu biasa kedengaran. Tetapi, apa yang pasti, dengan memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik, anda berpeluang mengenali anak dengan lebih rapat. Ketepikan sebentar akhbar yang sering menjadi peneman, pandanglah ke arah anak apabila mereka bertanya soalan ketika mereka belajar. Ketepikan masalah , jika berdepan dengan situasi di mana anak kita sedang mentelaah pelajaran. Cuba fikirkan apa yang diperkatakan dan jika anda ingin anak mendengar cakap anda, anda perlu menjadi panduan yang baik.

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

4. Bapa misali sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Sebenarnya, anak boleh menjadi penawar kepada masalah dan beban kerja yang dihadapi. Anak menjadi inspirasi kepada bapa berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga.

5.Apabila suami isteri sedang bertelingkah, pastikan bukan di hadapan anak-anak. Lazimnya kemarahan akan dilemparkan kepada anak-anak. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini terjadi, ada baiknya anda merehatkan diri dengan teknik-teknik tertentu bagi mengurangkan perasaan marah. Ingatlah, hanya satu episod yang buruk sudah cukup untuk mengubah persepsi dan hubungan anda dengan anak-anak.

6. Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah, jika tidak mampu memadailah semasa solat maghrib dan isyak sahaja. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit serta lebihkan membeli buku yang bercorak keagamaan sebagai santapan rohani mereka setiap bulan.

7. Sabda Rasulullah bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku ialah yang terbaik daripada kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Ramai bapa mengabaikan aspek kemesraan dalam pergaulan dengan anak. Mereka menganggap itu tidak penting dalam membina kebahagiaan keluarga. Ada bapa lebih suka menunjukkan sikap bengis sebagai cara mendidik anak. Cara itu dikatakan lebih berkesan agar anak dengar kata dan tidak berani melakukan perbuatan ditegah.

Cara sedemikian mungkin berkesan ketika anak masih kecil. Anak patuh kepada larangan itu bukan atas kesedaran atau kefahaman mengapa sesuatu perlu dilakukan atau dijauhi. Sebaliknya, disebabkan takut kepada hukum.

Kita patut bertanya kepada diri sendiri
1.Adakah saya mengetahui potensi anak saya
2.Peratusan mengenali pribadi anak-anak
3.Siapa rakan rapat anak kita
4.Apa cita-cita anak-anak kita
5.Apa kebolehan mereka

Potensi

Bukan minta puji, dulu ………… guru-guru sekolah anak saya pernah melarang untuk saya menghantar anak-anak ke kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan alas an mereka sudah tidak perlukan itu semua. Akan tetapi saya gagahkan untuk menghantar mereka ke kelas tambahan bagi memberi peluang kepada mereka untuk merasa apa itu kelas tambahan serta peluang untuk mereka akrab dengan kawan-kawannya.

Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak tidak anak memperlekehkan kita
2.Anak-anak lebih menghormati kedua ibu bapanya
3.Anak akan mematuhi waktu solat
4. Anak mula yakin akan dirinya sendiri
5.Anak tentu lebih berbangga dengan bapa yang sentiasa berada di sisinya untuk menunjukkan contoh terbaik. Perasaan hormat dan berbangga dengan bapa adalah pengiktirafan tertinggi anak terhadap ibu bapa.

Tuesday, July 26, 2011

Syarat ke-4. Peri pentingnya Kedai Buku

Bermacam tema dapat kita baca, membuktikan ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’, ia bertepatan dengan hasrat menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia untuk mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian mereka. Bagaimana ia boleh berlaku jika ia tidak dimulai dari rumah kita sendiri.
Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat tetapi juga menjadi sebati dan ketagihan. Jika tidak membaca ada semacam kekosongan dalam hidup. Apabila mendapat bahan yang hendak dibaca ibarat seseorang mendapat teman yang sangat dikasihi. Sebab itu orang Barat dan Jepun mampu menempa kemajuan dan perubahan. Mereka membaca dalam kapal terbang, dalam kereta api, sambil menunggu bas dan apabila ada masa terluang. Membaca dihubungkan rapat dengan kesempatan membaca.

Buku dan industri buku itu sendiri adalah daya penariknya. Buku tidak boleh dianggap sebagai bebanan kepada seseorang atau sesuatu masyarakat. Buku perlu dilihat sebagai penyumbang kepada ekonomi dan perubahan sosiobudaya. Buku perlu 'diubah suai' bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Di dalam masyarakat maju seperti di negara-negara Barat dan maju, buku tidak lagi dilihat sebagai sebuah hasil karya yang membosankan atau mempunyai reka kulit buku yang langsung tidak menarik. Perubahan perlu dilakukan dan sesebuah syarikat penerbitan perlu berani berinovasi. Inovasi pula perlulah diikuti dengan penyelidikan dan pembangunan. Maka untuk itu faktor kewangan perlu diambil kira.

Cuba fikirkan apakah anak anda telah mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari:

Amalan membaca buku sebelum tidur.

Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah 'Iqra' atau 'Bacalah'. Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu 'Afala ya'qilun' untuk membolehkan manusia berfikir. Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi membaca. Amalan membaca yang tinggi menjadikan seseorang itu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang lebih. Allah juga memberikan pedoman bahawa tidak sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Darjat ilmu boleh didapati menerusi pembacaan. Islam juga menganjurkan umatnya bukan saja membaca sesuatu dari sudut yang tersurat tetapi mengkaji juga apa yang tersirat. Membaca apa yang tersurat saja faedah keilmuannya mungkin terbatas tetapi mendalami apa yang tersirat memberi manfaat yang besar kepada seseorang.

Ibu bapa penting serta perlu memiliki kaedah untuk menarik minat membaca di kalangan anak-anak. Ketika kecil, anak-anak kerap saya dan keluarga bawa ke Perpustakaan Negeri Sabah pada hujung minggu. Di Perpustakaan mereka diberi aktiviti membaca yang disediakan oleh pegawai di sana. Kanak-kanak dikumpul di suatu sudut dan dikawal oleh pegawai.

Sokongan ibu bapa juga dialu-alukan seperti kerap membelikan buku bacaan berfaedah atau rajin membawa ke gedung buku. Ini secara tidak langsung boleh mencambah minat selain memantapkan kemahiran dalam pencarian ilmu. Kegemaran membelikan anak-anak dengan mainan yang tidak berfaedah perlu ditukar dengan membelikan buku bacaan fiksyen. Apa yang saya buat, setiap hujun bulan, selepas gaji, anak-anak akan saya bawa ke kedai buku untuk memilih buku kegemaran mereka. Saya berikan kebebasan untuk mereka memilih buku walaupun yang dibeli itu buku komik. Saya tidak setuju setengah pendapat yang mengatakan buku komik itu tidak berfaedah. Bagi saya, komik tidak menjadi masalah. Siri Anak-Anak Sidek, banyak membantu menanamkan minat membaca di kalangan anak-anak saya, selain siri seperti Detektif Conan, majalah mastika, Asuh, Dewan Pelajar, dan banyak lagi yang jarang terlepas sebagai belian wajib setiap bulan. Peringkat ke-2, bila dapat gaji saya agihkan wang mengikut tahap umur untuk memilih buku kegemaran mereka. Jika mereka membeli majallah, ianya perlu mendapat kebenaran saya dan isteri terlebih dahulu.

Anda akan terkejut, di suatu ketika nanti anak-anak akan pandai untuk berkongsi buku bacaan. Apa yang saya perhatikan, apabila memperoleh wang untuk membeli buku , ketiga-tiga anak saya akan menggumpul wang tersebut dan membeli buku berlainan tajuk yang boleh dikongsi baca kalangan mereka.

Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak akan berada begitu lama memilih buku yang sesuai tatkala berada di kedai buku (sabar menunggu kerenah mereka)
2.Membaca buku ketika makan (jangan dilhalang)
3.Membaca buku di dalam kenderaan
4.Membawa buku ke mana sahaja

Friday, July 15, 2011

Selamat tinggal Rejab, selamat tiba Syaban dan selamat datang Ramadhan

Wahai teman daku berpesan
bulan Rejab kita tinggalkan
apa khabarnya di bulan Syaban
ambil peluang dan kesempatan

Bulan Rejab bulan terserlah
bulan dimiliki oleh Allah
seorang hamba bertanya Rasulullah
disuruh sembelih binatang kerana Allah

Malam pertama Rejab sunat puasa
bulan mensucikan diri kita semua
tasbih, tahlil, tahmid amalkan semua
tidak lain balasannnya Syurga

Adakah kita orang yang alpa
perginya Rejab kita terlupa
sibuk dengan urusan dunia
menyesal tak sudah tiada berguna

Beruntung beralam di bulan Rejab
walau datangnya terasa sekejap
perbaiki diri mana yang silap
keampunan amatlah diharap

Israk Mikraj di bulan Rejab
bulan berdoa bulan bermunajat
jika ada hajat tersirat
kepada Allah doa dipanjat

Kini Syaban telah menapak
makna Syaban berpecah berpuak
diangkat Allah setinggi darjat
kelak di akhirat mendapat syafaat

Perubahan kiblat ke Masjidil Haram
peristiwa bersejarah umat Islam
diriwayatkan oleh Abdur Razzaq ibn Humam
hendaknya bangun solat malam

Suatu ketika Allah berfirman
hambaKu perlu memohon keampunan
Nisfu Syaaban menunggu giliran
setahun sekali patut dirayakan

Tiadak kelaparan di hari kiamat
Syabaan berpuasa sebagai penyelamat
bulan diganda amal ibadat
solat tasbih membawa berkat

Bulan Syaban melangsaikan piutang
berpuasa siang berbuka petang
tidak perlu dipalu canang
bulan Ramadhan pastikan datang

Tuesday, July 5, 2011

Syarat ke-3

Bulan April 2011, saya telah berjanji ingin berkongsi cara saya sekeluarga mendidik anak ke arah cemerlang pendidikan, akhlak dan sahsiah. Mohon maaf kerana lambat sedikit untuk memuatnaik perkongsian saya, kerana dari 29 Jun hingga 5 Julai, saya melawat anak di Shah Alam, Selangor. Bulan ini saya hanya akan kongsikan syarat ke-3 iaitu menjadikan anak sulong sebagai idola adik-beradik yang lain.
Tidakkah anda gembira apabila setiap kali ujian diadakan, sebaik-baik saja anak-anak muncul di depan pintu rumah, ungkapan pertama yang mereka luahkan ialah “Ayah, Ibu, saya dapat nombor satu”, sambil mengibarkan buku rekod mereka.

Anak sulong paling penting untuk diterapkan dan diajar sebaik mungkin, kerana dia akan menjadi idola kepada adik-adiknya. Hadiah pertama saya apabila anak sulong saya mendapat tempat pertama di ujian pertama di sekolah Tadika ialah Papan Putih “White Board”, bayangkan harganya ketika itu dengan gaji yang tidak seberapa, tetapi itu saya lakukan hanya untuk menjadikan anak sulong idola kepada adik-adiknya. Dan diikuti beberapa siri hadiah lain jika mendapat nombor satu seperti buku-buku komik, papan korum, video-game, jam tangan, beg sekolah baru, basikal, gitar KAPOK sehingglah kepada bermalam di beberapa hotel dari Lawas, Beaufort, Beringgis Resort, Borneo Paradise, Perkasa Kundasang, beberapa hotel di Kota Kinabalu (Berjaya Palace, Mandarin, Diamond Inn, Tang, Promenade, Marina dan Ruby Inn) hinggalah ke Kudat, bukan sebagai sogokan tetapi sebagai penghargaan. Ketika bermalam di hotel, saya berbekalkan beras dan periuk bagi meminimumkan kos.
Hadiah termahal ialah membawa keluarga melancong ke Kuala Lumpur sempena keputusan 5A UPSR tahun 1995 (masa itu belum ada tiket murah AIRASIA). Kami sekeluarga melawat ke beberapa lokasi menarik hingga ke Zoo Negara dan Genting Highland.

Persediaan untuk pembelajaran seperti jadual waktu, penjagaan makan minum (jauhkan makanan ringan yang tidak berkhasiat), amalan memakan sedikit buah zaitun sebelum belajar, mengamalkan pembacaan doa sebelum mula belajar adalah antara rutin yang diberikan.

Masih terpahat beberapa kenangan yang tidak dapat dilupakan, sewaktu menginap di hotel yang begitu sinonim dengan beberapa peristiwa. Peristiwa kematian Puteri Dianah (sewaktu kami sekeluarga menginap di Hotel Mandarin, Kota Kinabalu), peristiwa Sunami (ketika menginap di Hotel Lawas) dan memperoleh iklan kekosongan Guru DG41 di MRSM (ketika bermalam di Hotel Tang Kota Kinabalu sewaktu sambutan Hari Merdeka 2008).

Apa saja kebaikan yang dilakukan oleh anak akan diberi penghargaan, seperti ungkapan tahniah, terima kasih, buat lagi, cuba lagi dan ……. Akan tetapi jika mereka melakukan kesilapan, janganlah menghukum dengan perkataan seperti memang sikap kamu, memang kelemahan kamu, memang kesilapan kamu, lagi-lagi kamu, bila awak mahu berubah, kenapalah awak menyusahkan saya dan lain-lain.

Wednesday, June 8, 2011

Pantun klasik

Keluang ambak-ambak
tidur malam berkuruh-kuruh
kalau inda mahu dahi babak
jangan kaluar masa baguruh

Bunga pacar si bunga gadung
dadak alus dikisar-kisar
anak damit tidak dibadong
tangan pingkul sudah basar

Ampai periuk di atas lakar
tumbuh malilit timun bangala
udah basar manjadi askar
boleh barjuang untuk nagara

Tiup api barumbun api
asam kalumbi bulat bijinya
kalau sudah baras bartampi
tinggal manunggu masak nasinya

Wednesday, June 1, 2011

Syarat ke-2

Mengajar membaca seawal usia TIGA tahun
Bulan ini saya berkongsi pengalaman menarik dalam hidup saya, apabila berjaya mengajar satu kaedah yang membolehkan anak saya telah pun boleh membaca surat khabar di usia 3 tahun, kenal beberapa sifir, berlakon di Radio Pendidikan ketika berusia 6 tahun, diberi kepercayaan membaca petikan ucapan mewakili murid TADIKA ketika Hari Ucapan Tamat Sekolah Tadika di depan Datin Dianah Dompok yang ketika itu isteri Ketua Menteri Sabah.
Itulah untungnya bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan, jika kita pandai mengguna dan menyesuaikan dengan kemudahan yang sedia ada, kita pasti berjaya menuai hasilnya. Sewaktu BTPN menganjurkan beberapa siri kursus, saya tidak hanya bertindak selaku urusetia tetapi melibatkan diri untuk mendengar setiap ceramah yang diberikan. Antara ceramahnya ialah ceramah berkenan dengan kemahiran membaca yang lain dari yang lain iaitu dinamakan kaedah Baca Bestari. Kemahiran itulah yang saya aplikasikan di rumah sehingga membantu anak saya membaca ketika baru berusia 3 tahun. Anda bolehlah mencari kaedah Baca Bestari tersebut di Pusat Kegiatan Guru yang berdekatan sekitar tempat tinggal anda. Anak-anak berminat kerana proses belajar tersebut saya gabungjalinkan dengan penggunaan mesin taip buruk saya dan komputer lama, di mana tiap apa yang dibaca, saya arahkan mereka untuk menaip sedikit ringkasannya dan mencetak hasilnya.
Setelah mereka boleh membaca, saya amalkan memberi latihan dalam bentuk karangan berpandu iaitu menyediakan karangan lengkap dengan sepuluh hingga lima belas tempat yang dikosongkan untuk diisi oleh mereka. Perlu diingat, mengajar karangan amat penting. Saya tidak menidakkan sumbangan guru Bahasa Melayu di sekolah, tetapi apa yang mereka bagi kurang mencukupi. Saya faham, sebagai bekas guru bahasa memang sukar untuk mengajar 1 karangan setiap minggu, kerana begitu sukar untuk memeriksanya. Oleh itu sebagai tambahan, selaku ibu bapa, kitalah yang perlu bertindak untuk memberi latihan karangan seberapa kerap yang boleh bagi meningkat kemahiran anak-anak.
Keberuntungan yang kedua bekerja di BTPN ialah limpahan buku-buku bacaan fiksyen yang boleh dipinjam dan dibawa ke rumah untuk bacaan keluarga. Saya sediakan sebuah Papan Pameran buku, yang ideanya saya peroleh hasil pemantauan ke Pusat Sumber Sekolah di beberapa daerah seperti Lahad Datu, Kunak, Tawau, Kinabatangan, Telipud, Sandakan dan Beluran.
Di Papan Pameran tersebutlah saya gantungkan untuk iklan beberapa buku terbaru sama ada yang saya beli, mahupun di pinjam dari BTPN. Waktu menggantung ialah tengah malam ketika anak-anak masuk tidur. Sebaik-baik saja mereka bangun, buku tersebutlah menjadi santapan minda mereka.

Antara kursus lain yang pernah saya ikuti ialah kemahiran belajar, belajar mengurus masa, peta minda, sehinggalah kursus fotografi, penyuntingan video, kursus kaunseling, dan kursus penulisan skrip anjuran FINAS dan pelbagai kursus lagi. (Cuba bayangkan semasa memohon ke Universiti Putra tahun 1995 – saya telah ada sebanyak 70 sijil yang dikemukakan untuk menyokong permohonan saya)

Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak minta bacakan cerita dari buku sebelum tidur
2.Sentiasa melaporkan kepada kita apabila sesuatu buku itu telah habis dibaca
3.Menunggu di muka pintu apablia balik dari kerja dan bertanyakan buku-buku terbaru

Tuesday, May 17, 2011

AKU

Aku lahir bukan sebab takdir
tapi itu sebab amanah
aku bernafas bukan atas tuah
tapi itu atas anugerah
aku celik bukan kerana kebetulan
tapi itu kerana kesungguhan
aku berjaya bukan atas nasib
tapi itu berkat usaha
aku sedar bukan kerana khayalan
tapi itu kerana keinsafan
aku bergerak maju bukan atas khianat
tapi itu berkat kudrat
aku peka bukan sebab keperitan
tapi itu berkat motivasi
aku beragama bukan kerana paksaan
tapi itu kerana keyakinan

18 Mei 2011

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Ibu

GURINDAM UNTUK IBU

Tatkala aku menghuni rahimmu
aku terjah dan aku siku
aku sedar kau terasa ngilu
alamku hanya seluas itu.

Tatkala aku meninggalkan alam ku
air mata jatuh satu persatu
aku takut aku tidak mampu
sendirian tanpa dirimu.

Ketika di alam bayiku
jatuh bangunku dibantu
nangisku disuakan susu
tidurku dibuaikan lagu syahdu

Namun
tiada resah di raut wajahmu
tiada keluh kesah daripada ulas bibirmu
tiada kenal penat dirimu
tiada jemu kau mendodoi ku

Kini
segala-galanya telah berlalu
hanya rindu yang sarat di kalbu
tatkala aku mengharungi alam baharu
alasanmu rindukan cucu
aku tahu
kau rindukan peluk belai ku

Ibu
belum pun puas tanganmu kukucupi
belum pun puas kami menabur budi
terlalu cepat kau menyahut panggilan Ilahi
namun kasihmu kukuh tersimpul di hati
tidak kulupa saban hari
sejambak doa setiap hari diiringi
moga rohmu aman abadi.

09 Mei 2011

Wednesday, May 4, 2011

Syarat pertama

Bulan April 2011, saya telah berjanji ingin berkongsi cara saya sekeluarga mendidik anak ke arah cemerlang pendidikan, akhlak dan sahsiah. Bulan ini saya hanya akan kongsikan syarat pertama iaitu 1.kepentingan beberapa doa mustajab.

Sila amalkan doa-doa berikut yang anda boleh cari dalam buku-buku doa mustajab :
1.Doa sebelum bersama isteri penting sekali bagi menghasilkan zuriat yang cemerlang ilmu dan terbaik akhlaknya. Jika kita tidak membaca doa, adalah dikhuatiri syaitan akan bersama isteri kita sebelum kita bersama dengannya.

2.Doa sebelum belajar. Dibacakan bersama-sama anak sebelum memulakan sesi pembelajaran.

3.Doa sebelum makan.(penting kerana segala punca rezki hendaklah yang bersih, halal, berkhasiat dan dibacakan doa)

4.Doa ketika menghadapi peperiksaan.

5.Amalan membaca Surat Al-Rahman Al-Quran di minggu peperiksaan.

6.Doa keluar rumah menuju ke sekolah.

7.Doa ketika masuk tidur.

8.Doa ketika bangkit dari tidur sebelum Solat Subuh.

9.Doa ketika melihat diri di cermin.

10.Doa selepas solat jamaah bersama anak-isteri. (Sebut permintaan kita untuk kejayaan anak-anak dunia dan akhirat dengan jelas - contohnya ingin anak-anak mencapai 5A UPSR, 8A1 PMR, 10A1 SPM dan tamat pengajian Universiti)

Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak akan membaca sendiri doa-doa berkenaan
2.Mereka memanggil kita jika lambat menunaikan solat
3.Terdapat peningkatan kedudukan dalam kela

Saturday, April 23, 2011

Kuala Lumpur 21-25 April



Kunjungan berharga ke K.L dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Tiket sengaja dilayar memandangkan anakanda Wan cuti peristiwa hari Khamis sempena cuti Good Friday serta sempena ulangtahun perkahwinan. Sebaik sahaja mendaftar di hotel penginapan, dengan berbekalkan 5 bungkus kuih cincin, terus saja membuat kejutan mengunjungi anak di UITM. Tergambar wajah seribu keriangan berbaur sebak dan terkejut melihat kami bertiga di depan mata. Hanya senyum tawa silih berganti yang didengari sedangkan lidah kelu tiada terkata. Kami tiba ketika azan asar berkumandang di udara. Kejutan ke-2 menghantar ucapan Hari Lahir secara serentak kepada anakanda Fendy di Tawau (Sabtu).

Sempat membawa adik bermalam dua malam di K.Lumpur.

Petang Khamis dan Jumaat membeli-belah di sekitar Jalan TAR sahaja, manakala hari Sabtu di Bukit Bintang, Low Yatt dan pasar Sabtu, memborong laksa, kuih akok, buah-buahan tempatan, nasi kerabu, jersi dan pelbagai jenis bun.

Adik balik ke UITM pagi Sabtu dengan bekalan 6 bungkusan Nasi Beriani, kerana petangnya ada ujian.

Hari Ahad tengah hari, kami berpindah ke hotel terdekat bagi membolehkan membeli kain ela untuk Hari Raya di kawasan terdekat. Seawal jam 5.30 hari Isnin, kami bertolak ke LCCT dengan menaiki teksi. Sempat solat subuh di sana sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.

Doa dari kami semoga sukses hendaknya

Sunday, April 17, 2011

Apa yang sudah ku buat

Rasanya, setelah sedikit berjaya mendidik dua orang anak sehingga mereka bergraduasi mengikut skema yang telah direncanakan ..... (mereka merupakan penjawat awam kategori 41 ketika ini) dan sedikit berjaya membawa anak bongsu terpilih menjadi pemegang Skim Pelajar Cemerlang (iaitu menerima biasiswa tajaan .....), saya ingin berkongsi pengalaman mendidik anak-anak dengan pengikut blog ini dalam masa terdekat.

Rasa-rasanya tujuan murni ini bukanlah untuk menyatakan rasa riak, jauh sekali angkuh dengan anugerah Allah terhadap bakat mendidik anak-anak, yang mungkin boleh dikongsi dan mungkin boleh dicuba oleh ibu bapa yang lain yang ingin anak mereka sukses dalam pelajaran dan sukses dalam kehidupan.

Antara yang akan dipaparkan ialah, 1.kepentingan beberapa doa mustajab, 2.mengajar membaca seawal usia TIGA tahun, 3.menjadikan anak sulong sebagai idola adik-beradik yang lain, 4.peri pentingnya KEDAI BUKU, 5.menuruti kehendak anak bukan kehendak ibu bapa sendiri, 6.peranan beberapa jam dinding, 7.menonton TV secara berhemah, 8.target UPSR, PMR dan SPM yang ditampal di bilik tidur, 9.motivasi dengan buku bukan wang, 10.penghargaan dan tips melahirkan anak cemerlang.

TIAP TIPS HANYA AKAN SAYA MUAT NAIK PADA SETIAP 2 HARIBULAN PADA TIAP-TIAP BULAN

Terima kasih

Monday, April 11, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan ke-28



Bulan 10 April 2011 (Ahad), sempena ulang tahun ke-28 perkahwinan, seawal pagi, saya menerima ucapan tahniah dari anak bongsuku yang sedang menuntut nun jauh di Puncak Perdana. Namun kejauhan tersebut tidak membataskan kasih sayang kami suami isteri serta adik beradiknya yang lain terhadap beliau.

Hujung bulan Mac lalu, kakaknya serta suami dari MRSM Tawau sempat berkunjung ke Shah ALam untuk bertemnu dengannya. Sekurang-kurangnya, dapat mengubat kerinduan terhadapnya.

Namun oleh kerana sebahagian anak-anak tidak berada bersama, sambutan hanya dilakukan secara sederhana iaitu makan malam di Restoran Sri Sembilan, Kompleks Harbour City, Sembulan.

O.k mesra dan bahagia sentiasa

Monday, March 21, 2011

Rezki dari Allah Yang Esa




Bulan Mac 2011 telah membawa banyak keberkatan kepada saya seisi keluarga, setelah diduga pada bulan sebelumnya. Insya Allah reziki yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk kebaikan. Sebahagian telah diamanahkan kepada isteri manakala ketiga-tiga anak kesayanganku menerima bahagian masing-masing yang telah ditabungkan ke dalam akaun bagi keperluan menunaikan haji apabila sampai masanya

Wassalam

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang juga dikenali sebagai Maulidur Rasul. Dendangan selawat dan puji-pujian ke atas Baginda menghiasi halwa telinga dan cerita-cerita yang dipaparkan di media banyak mendatangkan keinsafan terhadap peranan kita sebagai umat Baginda. Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Sehingga ke hari ini, ribuan tokoh tampil mengagumkan kita, namun tidak dapat menandingi personaliti Rasulullah. Kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Firman Allah yang bermaksud:"Dan tidak Kami utus engkau wahai Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbiya, ayat 107)

Sejarah yang panjang

Sejarah hidup Rasulullah melalui pelbagai perit getir. Baginda hidup yatim piatu sejak kecil lagi apabila bapanya meninggal dunia ketika Nabi di dalam kandungan ibunya. Tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa, ibunda yang dikasihi pula meninggal dunia ketika usia Nabi masih muda. Keperitan Baginda membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan Baginda seorang yang berdikari, matang di bawah jagaan datuk dan bapa saudaranya, selain perlindungan daripada Allah s.w.t.

Baginda juga terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Khadijah.

Pada tahun kesembilan selepas Nabi Muhammad, diangkat menjadi rasul, dua peristiwa yang menyayatkan hati berlaku ke atas diri baginda. Peristiwa pertama ialah kewafatan Abu Talib bin Abdul Mutallib dan peristiwa kedua ialah kewafatan Khadijah binti Khuwailid, isterinya.

Ganjaran berselawat

Islam memberi ganjaran lumayan kepada orang yang banyak mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW kerana Baginda menjanjikan 10 kali ganda balasan rahmat daripada Allah kepada mereka yang berselawat ke atas Baginda.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa juga perintah yang dibawa Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa juga larangan daripada kamu melakukannya maka patuhilah larangannya." (Surah al-Hasyr, ayat 7)

Oleh itu, bermula dari dekat ini, marilah kita berselawat ke atas nabi seberapa banyak yang mampu selepas setiap solat. Mudah-mudahan kita adalah antara umat yang akan mendapat syafaat Baginda di hari perhitungan di Padang Masyar nanti.

Inysa Allah

Monday, January 31, 2011

Ujian dari ALLAH


Sebagai makhluk yang hanya dipinjamkan di bumi ini, manusia yang dibekalkan dengan akal harus bersyukur apabila ditimpa bala, musibah atau kegembiraan.

Antara musibah yang biasa berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan serta bencana, sudah ditentukan takdirnya oleh Allah SWT serta amat jelas gambarannya kepada manusia sebagaimana gambarannya menerusi al-Quran.

Sebenarnya, setiap manusia diuji dan seseorang itu harus tabah menerima segala kemungkinan yang ditimpakan kepadanya.

"Ini kerana tidak akan ditimpakan suatu perkara itu jika manusia itu sendiri tidak mampu menanggungnya sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 286. "Untuk itu, hendaklah berdoa selepas solat agar dikurangkan beban derita musibah dengan bermunajat kepada Yang Maha Esa."

Sehubungan itu, kebakaran rumah milik keluargaku di Papar pada malam Ahad lepas 30 Januari 2011, adalah antara ujian dari Allah kepada kami sekeluarga.

Saya pasrah dan redha dengan ujian tersebut. Saya yakin ada hikmahnya di sebalik ujian tersebut.

Amin.

Friday, January 28, 2011

Pesan ayah


Anak-anakku
Berfikir seribukali pada sahabat
tetapi berfikir sekali sahaja pada musuh
kerana sahabat itu bisa menikam belakangmu
manakala musuh itu telah kau maklumi bengisnya

Berfikir seribukali pada manisnya janji
tetapi berfikir sekali sahaja pada pahitnya jadam
kerana manisnya janji itu bisa memakan dirimu
manakala pahitnya jadam itu jadi ubat akhirnya

Berfikir seribukali pada dosa
tetapi berfikir sekali sahaja pada pahala
kerana dosa itu akan menghumbanmu ke neraka
manakala pahala akan mengiringimu sampai ke syurga

Berfikir seribukali pada kemewahan
tetapi berfikir sekali sahaja pada kesederhanaan
kerana kemewahan itu membawa kehancuran
manakala kesederhanaan itu membawa ketenangan

Berfikir seribukali pada khayalan
tetapi berfikir sekali sahaja pada kenyataan
kerana khayalan itu belum tentu menjanjikan kemenangan
manakala kenyataan itu memang telah menjadi milikmu

Berfikir seribukali pada wang
tetapi berfikir sekali sahaja pada ilmu
kerana wang itu bisa habis apabila dibelanja
manakala ilmu itu akan bertambah jika diguna

Berfikir seribukali pada teman lelakimu
tetapi berfikir sekali sahaja pada ibu bapa
kerana teman lelaki itu belum tentu menjadi milikmu
manakala ibu bapa itu teman dekatmu tatkala kesunyian

Berfikir seribukali pada pengkhianatan
tetapi berfikir sekali sahaja pada kebaktian
kerana pengkhianatan itu telah diketahui azabnya
manakala kebaktian itu melorongkan jalan tatkala di akhirat

Oleh itu
Jauhi sahabat jika ia menggugat
Hindari janji jika ia mengikat
Banyakkan solat hidupmu pasti berkat
Amalkan kesederhanaan tetapi jangan sampai merempat
Jauhi khayalan tetapi biar bertempat
Cintai ilmu ia pasti pengubat
Doakan ibu bapa dunia akhirat
Berbaktilah pasti itu mendatangkan seribu rahmat

Wednesday, January 5, 2011

Kenangan di ibukota


Kapal terbang yang kami naiki dari Kota Kinabalu mendarat jam 9.45 pagi di LCCT Kuala Lumpur. Naik bas ke K.L Central dan naik teksi ke tempat penginapan. Setelah mendaftar di bilik 506, 29 Disember, kami tiga beranak makan tengah hari. Selepas makan, kami hanya bergerak ke kawasan terdekat untuk membeli Putu Mayam dan buah-buahan untuk mengisi perut jika terasa lapar. Malamnya saya ke Dataran Merdeka menyertai ribuan peminat setia bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia pada layar gergasi yang diletakkan di Padang Merdeka. Wan dan suami tiba di Hotel jam 11 malam.

30 Disember, seawal jam 9.20 pagi, kami tiga beranak bergerak menaiki keretapi ke Nilai, Negeri Sembilan. Kemudian menaiki bas dari Nilai ke Nilai 3 dengan kadar tambang RM1.00 seorang. Rambang mata memilih barang-barang di sana. Isteri sempat membeli ayat-ayat Al-Quran yang berukuran 5 X 3 kaki. Ketika makan tengahari di sana, kami dihiburkan oleh DJ Mazlan yang berbakat (kata adik LUCU). Dalam perjalanan yang panjang ketika pulang dari Nilai 3 ke Kuala Lumpur, saya terpaksa berdiri dari Nilai ke KL Centrel, lantaran ramai orang menuju ke pusat bandar. Begitu juga perjalanan dari KL Central ke Masjid Jamek.Ini kerana hari Jumaat diumumkan sebagai cuti umum sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ke atas Indonesia dalam Piala Suzuki.

31 Disember, siangnya dihabiskan untuk membeli baju kemeja dan gitar di Kompleks Pertama untuk anakku yang belajar di UITM. Sempat juga membeli 2 pasang seluar untuk kerja dan jaket warna hitam di Campbell yang sudah terlalu lama saya idamkan. Adik diajak keluar oleh kakak dan suami ke Mega Mall sehingga ke petangnya.Wanna tiba di tempat penginapan jam 8.45. Jam 11 malam, saya dan isteri berkunjung ke Dataran Merdeka untuk menyambut perayaan Tahun Baru dan menyaksikan pertunjukan Bunga Api yang penuh warna-warni. Menyaksikan gelagat puluhan ribu warga kota menyambut ketibaan Tahun Baru, mengingatkan saya betapa kita sepatutnya bersyukur tinggal di negara yang aman damai dan merdeka. Sekumpulan pelancong asing begitu tercengang-cengang, melihat warga Malaysia bercampur-gaul tanpa mengira warna kulit, laras bahasa dan perbezaan beragama.

1 Januari 2011. Jam 10.30 pagi - bawa anak ke Shah Alam untuk menghantar barang ke asrama penginapan. Naik bas dari Puncak ke PKNS dengan kadar RM2.00 seorang. Makan tengahari di Plaza Alam Central dengan berlaukkan Soup Geerbox. Petangnya kami habiskan masa di Pasar Sabtu Jalan Tunku Abdul Rahman. Suasana sesak di jalan tersebut dengan pelbagai jualan, dari makanan, pakaian dan hasil kraftangan. Sempat membeli 2 helai baju sukan, tali pinggang dan jam tangan.

2 Januari 2011. Paginya dihabiskan untuk membawa anak ke-2 ku membeli belah di sekitar tempat penginapan. Sempat juga membeli barang yang paling berharga iaitu Al-Quran lengkap dengan tajwid dan terjemahan, harga di K.Lumpur cuma RM120.00, berbanding harga yang amat mahal jika dibeli di Kota Kinabalu.

Kedua-dua anakku dan menantu, balik ke Sabah dalam dua penerbangan yang berbeza iaitu jam 5.45 petang dan 9.45 malam, kerana sesi persekolahan bermula pada Isnin (3 Januari 2011). Anak ke-3 pula bertolak ke UITM jam 11.30 pagi.

Kami suami isteri pindah ke bilik 504 selama dua malam. 3 Januari, kami bergerak ke Berjaya Times Squere. Sempat membeli 2 pasang kasut dan makan di Bukit Bintang. 4 Januari 2011, temankan isteri membeli-belah sekitar Semua House dan pasar pakaian Jalan Tunku Abdul Rahman. Jam 2.45 bas bertolak meninggalkan K.L Central menuju ke LCCT. Sempat mendaftar pada jam 4.05 petang iaitu awal sedikit dari yang dijangkakan.

Kami selamat mendarat di Kota Kinabalu jam 7.45 malam.

Monday, December 27, 2010

Daftar Puncak Perdana

Seawal pagi 29 Disember 2010, kami berangkat dengan penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak bongsuku melapor diri di UITM. Ia disertai oleh pasangan suami isteri (anak sulung) yang berlepas dari Tawau dengan penerbangan MAS. Anak ke-2 hanya menyertai kami pada petang 31 Disember 2010.

Rasa-rasanya, akan berada sedikit lama di Kuala Lumpur untuk bercuti sambil membeli-belah sakan. Barangkalai sedikit persediaan untuk menyambut Tahun 2011.

2010 meningalkan kita
2011 menjelang tiba
perbaharuilah azam kita
ke arah yang lebih berharga

Semoga berjalan lancar.

Monday, December 13, 2010

Jutaan terima kasih


Anakku selamat bernikah di Masjid Negeri Kota Kinabalu pada pagi Khamis (9/12/2010 - 3 Muhharam 1432 H). Istiadat Marhaban (berdikir) dan Majlis Berbedak diadakan pada sebelah malamnya di rumah kediaman kami di Papar. Allah telah menurunkan rahmatnya kepada kami sekeluarga apabila tidak menurunkan hujan pada malam berkenaan. Hujan turun dengan lebatnya selepas acara berbedak selesai. Terima kasih kepada empat sepupu yang sanggup bertahan sehingga tengah malam, demi untuk menginaikan kedua mempelai. Mohon seribu kemaafan kepada rakan taulan dan saudara mara yang tidak dimaklumkan akan perkara ini. Bukan apa, majlis diadakan secara tidak dirancang sedari awal, memandangkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada semua yang terus memberi kerjasama sehingga majlis berjalan dalam keadaan yang lancar.

Majlis persandingan diadakan pada 11/12/2010 (5 Muharam 1432) di Dewan Wisma Pertanian Off Jalan Maktab Gaya. Majlis juga berjalan dengan sangat lancar. Terima kasih atas kehadiran saudara mara pihak lelaki yang datang dari jauh. Begitu juga keluarga sebelah isteri yang datang dari negara Brunei Darusalam. Semoga selamat dalam perjalanan balik yang agak panjang.

Saya berpuas hati dapat menyediakan satu bilik hotel untuk penginapan dua malam untuk keluarga lelaki. Walau pun ia sekadar seadanya, diharap dapat memenuhi keperluan anda. Terima kasih tidak terhingga atas kehadiran semua tetamu yang turut sama mendoakan kebahagian kedua-dua mempelai. Kalupis dari kampong dan empat tin kuih kering (jala, rempeyek, kuih baulu dan maruku yang lazat) yang lebih dari mencukupi telah menjadi juadah, sementara menunggu majlis Marhaban tamat.

Kepada keluarga saya, sepupu dan semua saudara mara dari Kampong Benoni serta adik beradik dan saudara mara sebelah isteri saya, terima kasih atas sokongon dan bantuan bertaraf lima bintang kalian. Kalian telah membantu melicinkan majlis sehingga berjalan lancar seperti tidak ada cacat celanya.

Batang selasih bertenggak mangga
Batu belah si daun palas
Terima kasih tidak terhingga
Hanya Allah dapat membalas

Terima kasih.

Thursday, November 4, 2010

Mesyuarat MKSP di Kundasang

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Ceyln Kundasang dari 02 hingga 04 November 2010. Perjalanan ke sana penuh mencabar dengan menaiki bas yang terpaksa berhenti dua kali untuk membaiki sedikit kerosakan. Sempat singgah sekejap di Nabalu merakam sedikit foto dan membeli pisang dan kekacang untuk bekalan di pusat penginapan. Akhirnya sampai ke destinasi hampir jam 7.00 malam. Mendaftar di bilik K18 yang pemandangannya menghadap Gunung Kinabalu. Cuaca yang dingin dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu begitu menggamit rasa, ditambah pula dengan menu yang enak dan bilik yang selesa. Rombongan selamat balik ke destinasi masing-masing jam 5.30 petang setelah memborong sayur Kundasang. Tahniah kepada Urusetia Bengkel.

Thursday, October 28, 2010

Festival Filem Pendek Pendidikan

Festival tersebut akan diadakan untuk kali ke-2 Peringkat Negri Sabah. BTPN Sabah terlibat secara langsung membuat promosi, membuat liputan dan mengendalikan acara tersebut. Maka adalah dicadangkan dalam mesyuarat kali ke-2 pada 18 Oktober lalu, di mana AJK Mesyuarat bercadang untuk membuat lagu thema yang boleh digunakan setiap kali festival itu diadakan. Berikut dipaparkan secara main-main lirik festival, barangkali sesuai (Perasan sendiri).

FILEM

Berbekal imiginasi
Tumpu pada Kreativiti
Bijak mengatur situasi
Filem bernilai tinggi

Lari dari tradisi
Berkisar pada tragedi
Dengan suatu visi
Mementingkan reputasi

Kemahiran dapat dikuasai
Moga kaya inovasi
Mengangkasa filem suatu misi
Karya penuh berseni

(Lirik asli ciptaan Ag Matasan jam 10.37 pagi 29/10/2010)

Monday, October 25, 2010

Sudah lama tidak ke Ladang

Hampir sekian lama tidak menukilkan sesuatu untuk dikongsi, terasa berdosa pula. Sebenarnya ada beberapa perkara yang mengusik rasa. Daripada membawa 4 bilah pintu bilik rumah menggunakan kereta pacuan 4 roda, lantaran perlu diguna untuk semasa suatu upacara besar. Menempah sebuah khemah dengan 5 meja bulat, kemudian mengecat 4 bilah pintu. Kesemuanya memerah tenaga lagi-lagi di bulan puasa. Tetapi berbaloi juga kerana upacara berjalan dengan lancar, selamat dan sempurna.

Alhamdu Lillah.

Sunday, August 15, 2010

Puisi tradisi ....

Pimping ungat-ungat,
Ungat-ungat di karasik,
Pimping minta pukat,
Matanya mambulasit.

Cuk-cuk surapit,
Surapit daun buluh,
Mangapa tangan takapit,
Bukan aku manyuruh.

Geleng-geleng kucapi,
Babulu talinganya,
Di mana kali mati,
Di ulu martuanya.

Daup-daup papanya,
Tambayangan bakuku,
Mana sudah bapanya,
Mambawa lauk buntu.

Lul-lul mang,
Tarubuk pandai basi,
Lalai manunggu tunang,
Makan bubuk dangan nasi.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wa sahlan ya Ramadan ........

Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah, di sini dikongsikan antara tip-tip menyambut Ramadan Al-Mubarakh.

1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan kali ini (2010). Perasaan tak bersemangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.

2. Pergilah ziarah kubur di awal Ramadan dan awal Syawal kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya amalan kita. Dengan melihat , hanya batu nisan yang tercacak, boleh mengingatkan kita bahawa kita juga akan menyusul untuk ke sana tetapi entah bila ketikanya. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak mensia-siakan peluang beramal di Ramadan kali ini.

3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata semangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini.

Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)

4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Muhammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfussalih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.

5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersungguh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati agar lebih seronok dengan ibadat.

Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.

Sesungguhnya Allah membuka seluas-luas peluang untuk kita menggumpul seberapa banyak pahala. Jangan lepaskan peluang ini.

Sunday, July 18, 2010

Sekalung tahniah untuk Wanna

Sekalung tahniah untuk anaknda Wanna kerana telah dilantik sebagai Guru Siswazah Terlatih DGA 41 di SMK. Bahang Penampang Sabah. Selamat menginap di Hotel Promenade Kota Kinabalu untuk taklimat penempatan dari 20 hingga 22 Julai 2010.

Doa dari kami sekeluarga ....... semoga sukses hendaknya. Tidak disangka pula, berkat doa kami semua, anda telah mendapat panggilan temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk tujuan pengesahan jawatan.

Tuesday, July 6, 2010

Selamat di UiTM .....

Jam 1.56 3 Julai 2010, Ayang bersama kaka Wanna, menunggu rakan dari Tobobon di KL Central. Dengan menaiki kereta ibu rakan adik, pendaftaran berjalan lancar di Puncak jam 3.20 petang. Mereka balik ke K. Lumpur jam 6.00 petang (Allah jua yang akan membalas jasa baik ibu rakan adik kerana memudahkan perjalanan pergi dan balik dari Puncak Perdana.)Terima kasih juga atas pemberian keropok leko dan keropok kering yang enak rasanya.

Hari Sabtu petang, dalam hujan gerimis kami sekeluarga merayau ke pasar Jalan TAR membeli laksa Peneng, buah nangka, kuih akok, nasi minyak, kek pisang, cendol pulut hitam dan putumayam untuk dibawa makan di tempat penginapan.

Ayang kembali ke kolej UiTM Puncak Perdana petang Ahad 4/7/2010 dengan dihantar oleh keluarga menaiki teksi pergi dan balik.

Kami tiga beranak pindah ke bilik penginapan yang lebih kecil sedikit untuk tujuan berjimat kerana menginap lagi 2 malam untuk shopping sakan.

Waduh .... terpaksa tambah berat kargo kapal menjadi 60 kilo semuanya dengan melayar semula Air Asia, takut kapal senget sebelah, dari pakaian hinggalah karpetpun dibeli borong. Apa-apa pun, hari raya yang bakal menjelang (September)tidak perlu dirisaukan sangat. Baju dan segalanya telah selesai disediakan. Jam 4.20 petang, kapal berlepas dan tiba di Kota Kinabalu jam 7.05 malam.

Ayang, teruskan belajar walaupun berada di kolej kediaman tingkat atas. Jaga kesihatan dan turunkan sedikit berat badan.

Thursday, July 1, 2010

Reunion di K. Lumpur 1 hingga 4 Julai 2010

1 Julai, seawal 5.45 pagi telah bertolak dari rumah untuk ke K. Lumpur bercuti selama 6 hari. Apa lagi, selesai mendaftar di hotel penginapan, merayaulah kami sehingga ke Campbell dan makan di Kompleks Pertama, memborong Putumayam yang sekian lama tidak dijamah.

Kakak Awin menyertai reunion hanya pada jam 3.42 pagi 2 Julai (baru tiba di hotel penginapan), akibat penerbangan tertangguh dari Bayan Lepas Pulau Pinang. Beliau dan rakan hanya berlepas jam 12.00 malam dan tiba di K.L jam 1.30 pagi. Dapatlah merasa kembali, jeruk buah campur yang terkenal di Pulau Mutiara. Apa-apapun, jutaan terima kasih kepada rakannya yang sanggup menghantar dari LCCT ke bilik penginapan untuk mempastikan anaknda selamat ke hotel penginapan. Beliau selamat balik ke Tawau jam 3.00 petang Ahad (4 Julai 2010).

Saya tabik kepada warga kota yang berkumpul di Padang Merdeka hingga larut malam untuk menyaksikan Piala Dunia di skrin Gergasi. Tempik sorak bergema dalam lautan manusia kecuali semasa azan dikumandangkan di Majsid Jamek. Meriah sungguh meriah. Tetapi malangnya setelah membeli jersy pasukan Perancis yang berwarrna biru tu ...... malu untuk dipakai apabila pasukan itu tersingkir di pusingan pertama.

Dipendekkan cerita, Awin sempat shopping selama 3 hari berturut-turut di MegaMall dan jalan TAR (Semua House, Kamdar, beberapa butik terkenal dan Sogo) untuk memborong beg, kasut, jam tangan, Quran dan baju raya.

Thursday, June 24, 2010

Selamat bercuti .....

Penerbangan AK 5108 yang membawa Ayang, tiba di Kota Kinabalu pada jam 4.45 petang 25 Jun 2010. Kejutannya sebaik-baik saja muncul di muka pintu, kek harijadi yang sedia terpasang dengan lilin 18 batang menanti untuk ditiup. Tup tup, tap tap, foto dirakam kanan dan kiri. Dapat hadiah istimewa dari kami, set telefon terbaru.

Kesempatan cuti beberapa hari dipergunakan sepenuhnya memasak masakan kegemaran keluarga seperti ikan rebus kunyit, terung bakar dan cili tumbuk perah asam limau. Hingga menjilat jari, keluar segala jerawat remaja dan batuk.

Selamat kembali ke pangkuan keluarga

Tuesday, June 22, 2010

Tahniah ...... Wan Syazwina

Selamat berkursus di JAWI Pulau Pinang (dari 28 Jun hingga 01 Julai), kunjungan kali ke-2 ke sana, kunjungan ke-5 ke Semenanjung Malaysia di tahun 2010 (Pertama bawa budak Tekwando, ke-2 mesyuarat ibupejabat MARA, ke-3 Kursus Induksi di JAWI, Ke-4 Kursus BTN di Kaki Bukit, Perlis). Tahniah kerana terpilih mengikuti kursus tersebut. Akan tetapi, yang merisaukan ialah tiba di LCCT jam 9.30 malam (27 Jun) seorang diri. Apa-apapun, cadangan naik bas ke KL Central cukup praktikal dan selamat. Selepas mendaftar di hotel jam 11.30 malam, barulah lega perasaan.

Pada 28 Jun, beliau beserta seorang rakan dari Tawau serta kenalan dari MRSM Kota Kinabalu, tiba di Pulau Pinang, jam 2.30 petang untuk ke JAWI.

Semoga dapat menyertai reunion keluarga di Kuala Lumpur (1 hingga 4 Julai) disamping menghantar adik ke UiTM untuk semestar baru.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Ulangtahun ke-18

Syabas Ayang, terlerai sudah kekusutan yang menghambatmu. Peperiksaan UiTM telah berakhir untuk semester ini. Harap-harap dapat mengatasi pointer lepas. (Kalau 4.0 lagi baik) mungkin dapat hadiah misteri. Selamat bercuti dan kembali ke pangkuan keluarga.

Jika semester depan dapat pointer 4.00 RM XXXX.XX akan masuk ke akaun anda. Janji ..... tapi jangan sampai tertekan. Yang penting doa dan usaha .....

Monday, June 14, 2010

Banjir kilat Kg. Surapit 13/06/2010

Petang Ahad (13/06) Banjir melanda Kg. Surapit. Kami sekeluarga biasanya balik ke Kota Kinabalu selepas solat Maghrib, tetapi terpaksa disegerakan angkara banjir yang melanda. Berpeluh juga naik kereta 4X4, bimbang tergelincir ke dalam parit besar di depan rumah. Silap langkah, kereta menjunam ke parit. Allhamdu Lillah .....Mujur kami selamat sampai ke Kota Kinabalu hampir jam 7.00 malam.

Thursday, June 10, 2010

Kursus BTN... Perlis

Al kisah, kasihan anakku yang terpaksa bermalam di LCCT Kuala Lumpur kerana terpaksa mengejar flight jam 7.25 pagi (10 Jun 2010) ke Alor Star untuk mengikuti kursus BTN di Kaki Bukit Perlis. Beliau tiba di LCCT jam 1.30 malam, disertai 3 lagi rakan yang lain.

Apa-apa pun beliau selamat mendaftar jam 1.25 petang (10/6/2010) di pusat kursus.

Dan selepas bermalam di salah sebuah tempat penginapan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada petang 13/06/2010, beliau balik selasa malam 14/06/2010

Terima kasih atas hadiah Baju Polo untuk ayah dan beg tangan yang cantik untuk ibu.

Thursday, May 20, 2010

Jumaat ............ 21/05/2010 (Selamat Ulangtahun ke-23 Wan DK )

Rukun Iman ke-2.
Beriman kepada nabi dan rasul.
25 orang nabi/rasul yang wajib orang Islam ketahui ialah:
Nabi Adam a.s.
Nabi Idris a.s.
Nabi Nuh a.s.
Nabi Hud a.s.
Nabi Salih a.s.
Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
Nabi Ya'akub a.s.
Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
Nabi Ayub a.s.
Nabi Syu'aib a.s.
Nabi Musa a.s.
Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
Nabi Zulkifli a.s.
Nabi Daud a.s.
Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
Nabi Ilyas a.s.
Nabi Ilyasa’ a.s.
Nabi Yunus a.s.
Nabi Zakaria a.s.
Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
Nabi Isa a.s.
Nabi Muhammad s.a.w.

Rukun ke-3.
Beriman kepada Malaikat.
10 Malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui adalah :-
Jibrail
جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail
ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil
إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
Izrail
عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar
منكر Menyoal mayat di dalam kubur.[2]
Nakir
نكير Menyoal mayat di dalam kubur.[3]
Ridhwan
رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik
مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib
رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid
عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Rukun ke-4.
Beriman kepada kitab-kitab Allah
Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:
Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Rukun ke-5.
Beriman kepada Hari Kiamat
Tanda-tanda besar
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa a.s.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.

Rukun ke-6.
Beriman kepada Qada dan Qadar

Sunday, May 16, 2010

Tiada rahsia ......17/05/2010 (Sempena Hari Guru)

Di mana kau sembunyikan hajat
ditampilkan doa, dibanyakkan sunat, digandakan solat
sedih kerna tercari-cari setinggi harapan
rupanya kau hendak berikan syurga
yang di dalamnya ditemani bidadari

Di mana kau sembunyikan perasaan
dijauhkan iri, dihindarkan simpati, dinyahkan empati
pilu kerna tercari-cari simpulan janji
rupanya kau hendak hadiahkan cinta
yang buatkan aku tidak sendiri

Di mana kau sembunyikan sinaran
dibutakan mata, digelapkan dunia
sedih kerna tercari-cari di mana keindahan
rupanya kau hendak berikan kesedaran
yang buatkan aku menghargai mata

Di mana kau sembunyikan cita-cita
disertakan doa, digandakan usaha
sedih kerna tercari-cari sepenuh upaya
rupanya kau hendak berikan kejayaan
yang di dalamnya tersurat rahasia

Tetapi
ibu guru tidak sembunyikan apa-apa
tiap rahsia dibuka
ilmu dibagi sama rata
semua biji benih ditabur baja
air dicurah secara saksama
kebahagiaan 1Malaysia lebih utama


Wan Dianah ..... semoga anakku tabah menghadapi kuliah intersesi di UITM induk dari 17/5 hingga 25 Jun 2010. (6 minggu tidaklah begitu lama ..... nanti cuti bersua jua)

Wednesday, May 12, 2010

Pabila Guru Bicara ... 16/5/2010

Pabila bulan mula bicara
bergemerlapan cahaya terserlah seluruh alam maya
hati-hati yang bersimpul memaut janji setia

pabila hati mahu bicara
memujuk merayu tiada batasnya
terlerai simpulan mati di dada

pabila angin sudah bicara
hembusannya mempurak-puranda segalanya
terngadahlah hati-hati yang haloba

pabila mantari terus bicara
menitislah embun di dedaun jatuh ke rimba
terbakarlah kulit peladang jaya

pabila air bicara
kata dedaun, bermulalah episod cerita
yang bernyawa pasti tertawa

tetapi, pabila guru bicara
suaranya bisa menggegar dunia
menggoncang generasi celik upaya
mencantas peneroka pemusnah budaya
merintis hutan belantara memacak panji-panji Negara
mencanai batu pasir membentuk tugu bangsa
mengangkasa rakyat Malaysia di mata dunia

Thursday, April 29, 2010

Jika … 26/04/2010

Jika engkau tidak sanggup berkubang di bendang
engkau layak dipanggil petani yang malang
jika engkau tidak sanggup dirotan
engkau harus menerima gagalnya hatam Al-Quran
jika engkau tidak sanggup disepak terajang
engkau tidak layak dipanggil pendekar dan pejuang
jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya membaca
engkau harus menanggung pahitnya tanpa kerja
jika engkau tidak sanggup berhutang keliling pinggang
engkau harus menerima hakikat tidak punya apa-apa barang
jika engkau tidak sanggup meredah laut bergelora
engkau tidak harus digelar laksamana
jika engkau tidak sanggup membataskan mata
engkau harus menerima keperitan seksanya neraka

Sunday, April 25, 2010

Tazkirah ....30/04/2010

Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

a.Percaya kepada Allah 100% kepercayaan
b.Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:

Allahu Akbar (الله أكبر) (Allah Maha Besar)
Bismillah (بسم الله ) (Dengan nama Allah)
Ya Allah (يا الله) (Wahai Allah)
Insya Allah (إن شاء الله) (Jika dikehendaki Allah)
Masya Allah (ما شاء الله) (Apa yang Allah kehendaki)
Subhan Allah (سبحان الله) (Maha Suci Allah)
Alhamdulillah (الحمد لله) (Pujian bagi Allah)
Allahu A`lam (الله أعلم) (Allah lebih mengetahui)
Jazaka Allahu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)

Monday, April 19, 2010

22/04/2010 ...... Hari tarima

Ibarat seorang seniman
kau palitkan warna membentuk sesuatu ciptaan
kepuasanmu pabila karyamu dikagumi insan

Ibarat seorang hartawan
kau taburkan ringgitmu tanpa kawalan
kepuasanmu pabila mampu memiliki segala keperluan

Ibarat seorang dermawan
kau hulurkan ratusan sumbangan
kepuasanmu pabila mengubat hati-hati yang rawan

Ibarat seorang pendakwah
kau hamburkan kata-kata memujuk jiwa-jiwa yang parah
kepuasanmu pabila mereka menerima dengan pasrah

Ibarat seorang peguam berwibawa
kau gunakan kebijakanmu dengan beretika
kepuasanmu pabila kau nokhtakan pembelaan dengan jayanya

Ibarat seorang seniman
kau hasilkan sesuatu keindahan melalui bunyi-bunyian
kepuasanmu pabila orang bertepuk tangan

Ibarat seorang pahlawan
kau menangkan sesuatu peperangan
kepuasanmu pabila negaramu dilayari dengan aman

Thursday, April 15, 2010

Walau apapun .... 16/4/2010

Asam-asam kandis
walau masam ditelan jua
manis-manis tebu
walau manis dihisap jua
pahit-pahit jadam
walau pahit dihirup jua
masin-masin garam
walau masin dirasa jua
pedas-pedas lada
walau pedas dicecah jua
kelat-kelat buah pauh
walau kelat dimamah jua
keras-keras pinang
walau keras dikunyah jua

Friday, April 9, 2010

Renung-renungkanlah .... 12/04/2010

Andainya anak membuat kesilapan
ayah ibu menegur dengan rotan
andainya murid membuat kesilapan
cigku mengajarnya dengan teguran
andainya jurujual membuat kesilapan
pelanggan menegurnya dengan sapaan
andainya doktor membuat kesilapan
teraniayalah badan
andainya juruterbang membuat kesilapan
terhempaslah kapal di lapangan
andainya tentera membuat kesilapan
musuh akan mengibar bendera kemenangan
andainya nabi membuat kesilapan
ayat-ayat diturunkan untuk memperbetulkan
andainya insan biasa membuat kesilapan
Allah menegurnya dengan contoh tauladan

Tuesday, April 6, 2010

Selamat bermesyuarat di BTPN Sabah 6-8/4/2010

JANGAN dan BIAR SAJA

Baik jangan menjadi sepatu
biarpun mahal dipijak jua
biar saja menjadi songkok beldu
waima murah letak di kepala

Baik jangan menjadi langau
biarpun besar dihalau orang
biar saja menjadi kutu
waima kecil dicari juga

Baik jangan menjadi sutera
biarpun berharga hiasan orang
biar saja menjadi perca
waima berkecai diguna saja

Baik jangan menjadi awan
biarpun tinggi dipandang sawan
biar saja menjadi air
waima rendah dicapai tangan

Baik jangan menjadi gula
biarpun manis orang derita
biar saja menjadi jadam
waima pahit penawar penyakit

Wednesday, March 31, 2010

Betapa ... 01/04/2010

Betapa ajaibnya ombak
tidak akan bereti jika tiada pantai
betapa kukuhnya aur
tidak akan bereti jika tiada bertebing
betapa hebatnya pemimpin
tidak akan bereti jika tidak berakyat
betapa merdunya lagu
tidak akan bereti jika tiada irama
betapa enaknya nasi
tidak akan bereti jika tidak berlauk
betapa kuatnya angin
tidak akan bereti jika tiada hujan
betapa mahalnya cincin
tidak akan bereti jika tiada berjari
betapa tingginya iman
tidak akan bereti jika tidak berakhlak
betapa agungnya cinta
tidak akan bereti jika tidak berkahwin

Thursday, March 25, 2010

Warisan ....

Mangail di sungai lauk kurapu,
Baju dipakai kain paraca,
Batang kuduk-kuduk dahannya punggal,
Piasau ampang kulitnya tua,
Tanah air pusaka moyangku,
Jangan tah sampai rosak binasa,
Bahasa kitani jangan ditinggal,
Turun tumurun diguna jua.

Jangan menghitung ....26/03/2010

Jangan kau hitung usiamu
kelak kau rasa pendek umurmu
jangan kau hitung nilai pahalamu
kelak kau rasa banyak dosamu
jangan kau hitung banyak amalammu
kelak kau rasa tipis imanmu
jangan kau hitung hari tuamu
kelak kau rasa kubur menantimu
jangan kau hitung banyak hartamu
kelak kau rasa banyak kekuranganmu
jangan kau hitung bilangan anakmu
kelak kau rasa beban tanggung-jawabmu
jangan kau hitung kejayaanmu
kelak kau rasa bongkak sikapmu
jangan kau bangga dengan kuasamu
kelak kau rasa kehilangan teman rapatmu
jangan kau angkuh dengan kepintaranmu
kelak kau rasa tinggi egomu

Tahniah
"Tahniah anak bongsuku kerana terpilih sebagai penerima Skim Pelajaran Cemerlang MARA ..... Selamat mengikuti kuliah di UiTM Puncak Perdana, Selangor bermula 27 Disember 2009.

Wednesday, March 24, 2010

Andainya .....19/3/2010

Andainya tidak mampu menambah selera
janganlah cuba menjadi lada
andainya tidak mampu menambah rasa
janganlah cuba menjadi gula
andainya tidak mampu memberi bahagia
janganlah cuba menjadi ketua keluarga
andainya tidak mampu terbang di angkasa
janganlah cuba menjadi paramugara
andainya tidak mampu menghilang duka
janganlah cuba menjadi penglipur lara
andainya tidak mampu membimbing manusia
janganlah cuba menjadi ulama
andainya tidak mahu menghitung angka
janganlah menjadi mesin pengira
andainya tidak mampu membahagi masa
janganlah cuba berkahwin dua

Tahniah, tuah badan dan pengalaman berharga
Tahniah kepada anak ke-2, telah menerima Ijazah Pendidikan di Konvo ke-9 UNITAR PICC Putra Jaya 31/10/2009. Tanpa diduga telah ditawarkan menjadi Guru Pengganti matapelajaran Agama Islam di SK. Tombovo Penampang mulai 5 Mac 2010.

Friday, March 19, 2010

Cuba fikirkan ..........18/03/2010

Fikirkanlah anak-anakku.....

Luangkanlah waktumu untuk beramal
nescaya kau akan beroleh balasan syurga
luangkanlah waktumu untuk berdoa
nescaya kau akan beroleh ketenangan
luangkanlah waktumu untuk bermuasabah
nescaya kau akan beroleh penambahbaikan
luangkanlah waktumu untuk bersenam
nescaya kau akan beroleh kesihatan
luangkanlah waktumu untuk bersahabat
nescaya kau akan beroleh kebahagiaan
luangkanlah waktumu untuk bekerja
nescaya kau akan beroleh keuntungan
luangkanlah waktumu untuk berfikir
nescaya kau akan beroleh kekuatan
luangkanlah waktumu untuk belajar
nescaya kau akan beroleh kebijaksanaan
luangkanlah waktumu untuk keluarga
nescaya kau akan meninggalkan dunia tanpa penyesalan

Perjalanan yang bermakna
28 Feb hingga 5 Mac 2010, Wan Tawau memimpin pasukan tekwando sekolahnya bersaing di Negeri 9 manakala 8 hingga 11 Mac, beliau telah ke Pejabat MARA di Jalan TAR Kuala Lumpur untuk mesyuarat akademik.

Wednesday, March 17, 2010

Debaran yang sudah terjawab ...........11/03/2010

Sekalung tahniah
Sekalung tahniah kepada Wan Dayangku kerana beroleh kejayaan 7A+, 2A dan 1B+ SPM 2009 MRSM K. Kinabalu

Pesanku Kepada Adik Ayang .....17/03/2010
Gantungkan cita-citamu setinggi bintang di langit
tanamkan hajatmu sedalam fosil di lautan
tingkatkan azammu seliat bijih di lombong
teguhkan semangatmu sekental bahtera di lautan
lontarkan angan-angan kosongmu sejauh cekrawala di angkasa
perkukuhkan imanmu sesuci salju di kali
muliakan pekertimu serendah mutiara di lautan
perindahkan sahsiahmu seelok palitan di kanvas
mudahkan tuturkatamu selembut embun di daun
kuatkan semangatmu sekeras batu di gunung
cekalkan hatimu segagah harimau di hutan
laungkan suaramu sekuat halilintar di langit

Semoga terus berjaya di samping akhlak mulia, sahsiah terpuji, pribadi unggul serta agama yang sempurna.

Monday, July 7, 2008

Sempena cuti semester 1 ...16/3/2010

Jejak persahabatan ....10/3/2010 di BTPN Sabah
Selamat bertemu kepada rakan yang sekian lama tak terjejak ....... Mohd Jajih, Maaruf, Duraman, Haji Zainal, Anas dan Ahmad Bidin. (Semuanya bg Boss di Sekolah)

Sambat-sambat datang ka tamu
Dahan tuba dibuat nisan
Kumis malintang tanda barilmu
Dicuba orang rabah kapisan

Langau batapok di dalam buhun
Jaruk bambangan di dalam ipang
Manunggu tunang sudah bartahun
Gigi yang panuh manjadi rumpang

Karbau balusir tarlapas pakul
Tartawa patu sakit parutnya
Antu kadar apa ditakul
Labih baik tarik jambulnya

Bangkawat jangan ditunjuk
Jika ditunjuk putut jarinya
Mua bajarawat jangan dicucuk
Jika dicucuk rosak samuanya

Bakai-bakai ka siring laut
Salam salur dalam galugut
Hati ingau apa diikut
Inda barisi ampalus parut

Sahal diurak di atas lampit
Rambaniah buahnya kalat
Orang salisma idungnya sampit
Bakurapak banyak mambari galat

Balingkasa si balingkarung
Tagalongsur duduk barajung
Paling lawa babaju kurung
Idung memek nampaknya mancung

Cuk-cuk surapit, surapit daun buluh,
Kalau tangan takapit, bukan aku menyuruh.

Pantun Dihasilkan ketika bengkel pelaporan Bahagian Teknologi Pendidikan, pada 25-28/11/2008 di Hotel Impian, Morib, Banting Sela)

Daup-daup papanya, tambayangan bakuku ...... datang sudah bapanya, mambawa lauk buntu

Padang Si Bakir Padang Bandari
Banyak siar kalau manyiut
Barani banar jangantah lari
Amun tajumpa ambok bagayut

Batang rokam disisip-sisip
Rumput salingsing disasap-sasap
Lalai mamikir malangnya nasip
Dapur rumah inda barasap

Pohon putat nyaman pucuknya
Dikumpal dangan bubuk karing
Amun balum cukup usinnya
Anak orang jangan dijaling

Batang lalau diradak-radak
Tapus mua aying salamun
Manangis rindu tarsidak-sidak
Hati rawan jangan baibun

Bangal talinga kuatnya badil
Jalingaran mandangar tamparik
Kapus-kapus di ujung katil
Baru sadar pilarut carik

Karbau badai balahai-lahai
Kulimpapatan barkalip-kalip
Basar panjang tinggi lampai
Baru balajar alif-alif

Tagalungsor saluar pilarut
Balingkasa dijamah-jamah
Ati rindu apa diturut
Inda barasap dapur di rumah

Pangal lampuh nyaman ditunu
Anak badus punggal kapala
Anak orang apa dirindu
Silap-silap lasak kapala

Sawang nipis di bawah kolong
Aying sajuk dituang gula
Si awang manangis rohong-rohong
Putus tunang bagaikan gila

Kain paraca ditapas-tapas
Kalakati tumpul baragi-ragi
Batah sudah ku sasak napas
Mati saja balum tah lagi

Sulangkir riuh bunyinya
inggap saikong di siring besen
Anak siapa bisai olahnya
Handak kupinang inda bausin

Hujan turun si barai-barai
Makan rahu bulan di kali
Tujuh purnama batah balarai
Kapala lasak inda paduli

Anak ambuk saluar puntung
Anak payau saluar buntak
Apalah nasib inda baruntung
Sulap ku roboh inda balantak

Turun tabasan bawa balatak
Balatak dianyam bawah biabas
Orang lampuh jangan digartak
Jika digartak mangundang nahas

Mulih ka rumah manumpah ambuyat
Biawak punggur mati bartikam
Batah sudah ku taruh hajat
Sampai mumut bantal dan tilam

Kanawai runduk di padang
Gali batisnya malumak karasik
Bida mua kalau maradang
Baik manyalur ka dalam tasik

Bumbunan licak jangan diusik
Amun diusik marana badan
Mangapa si Awang tarisik-isik
Balurih pasangan inda padan-padan

Apa dibiar sapi barjalan
Mangurit dalus di sungai kuala
Kapiar-piaran kababalan
Taruh lakar di atas kapala

Sungai Benoni banyak nangalah
Singap-singap bukannya lalah
Amun balusir inda mau kalah
Maritah badagan ka padang subalah

Jangan barsunat nampak tangkalak
Burung parak di dalam langgar
Manyangkut tulang di alak-alak
Samua sakit kamboh tabongkar

Pantun Mambawa Rasa (Brunei Benoni)

7 jenis maksiat yang perlu dielak
1)Maksiat perut yakni terlalu banyak makan
2)Maksiat mata yakni suka melihat benda lucah
3)Maksiat lidah yakni mengumpat
4)Maksiat tangan yakni mencuri
5)Maksiat kaki yakni suka mengunjungi tempat maksiat
6)Maksiat telinga yakni suka mendengar perkara yang kurang elok
7)Maksiat faraj yakni membuat hubungan luar nikah

PANTUN BARU
Sempena sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di Keningau pada 5/6/2009

Tidur malam badudun-dudun
Anak damit jual sairupa
Sudah lama tidak barpantun
Antah kan ingat antah kan lupa

Tarah papan bagulung tatal
Pangayuh barat gubangnya miris
Kalau badan sabasar buntal
Inda payah pakai pamanis

Tiup api barumbun api
Asap kaluar simpang siur
Amun talihat lada api
Tais jua air liur

Ambur katupang dibuat umpan
Handak manyulam daun kaladi
Murung diri tumbang harapan
Bartahun mananti inda manjadi

Kaling indu pakai calana
Mausung padi singitlah bahu
Pungguk marindu di kala garhana
Rajuk di hati siapa yang tahu

Tanam salasih Kampung Simpudu
Pohon kapas saparuh tua
Barpasak kasih barpaut rindu
Tuan pargi ku lapas jua

Sungai bahal disiram tuba
Pisau balati buatan Kedah
Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati tuhan yang tahu

PANTUN LAMA

Burung taripas tarbang malayang
Burung kiking patah sayapnya
Siang malam tarbayang-bayang
Orang dikanang siapa ampunya

Tidur malam mangigau-igau
Sampai batampang arang kuali
Sudah batah gadis kuingau
Orang diingau inda paduli

Naik piasau bawa ambulung
Makan kubal barurung-urung
Hidup umpama dalam tampurung
Mata tarlapas badan tarkurung

Kalip-kalip di Batu Arang
Durian tunjung patah bardiri
Apa diharap si anak orang
Labih baik ku undur diri

Pohon ampalam tunjung ka barat
Nipah barisi giok ambatar
Ati runsing sukar diubat
Salagi panawar balum diunjar

Gambus nangka bunyinya kuat
Balingkuk tajam pisau balati
Patah kaki boleh diubat
Inikan pula si patah hati

Ampuras piasau berpintal-pintal
Buah biabas dipilih-pilih
Aying mata mambasahi bantal
Orang diunjar indakan mulih

Lampuyang diuli-uli
Mari diuli dalam balanga
Ku lagau-lagau inda paduli
Orang dilagau inda mangaga

Manuang aing atas pantaran
Batang pasagi ditarah-tarah
Sudah nasib sudah suratan
Baguling-guling gugur ka lurah

Kain palikat ditapas-tapas
Duduk bakamban handak barsalin
Jangan dikanang barang yang lapas
Sudah manjadi hak orang lain

Puas kutanam si ubi rambat
Ubi dikandong kain palikat
Puas sudah aku taubat
Taubat nasuha indaku dapat

Tuesday, June 10, 2008

PANTUN NASIHAT (Brunei Benoni)

Kapayas banyak gatahnya
Akar bahar tabal rumpunnya
Anak damit banyak olahnya
Sabar mangajar baik jadinya

Kulintangan dipalu-palu
Mangalai-ngalai di siang ari
Miskin kalandar apa dimalu
Asalkan hidup inda mancuri

Asam bambangan dicampur kandis
Lauk pusu tarapung-apung
Hati baik mulut pun manis
Jadi sabutan orang sakampung

Sumboi-somboi tumbuh manjalar
Batang anau dibuat titi
Nahas bala jangan diunjar
Buat pahala beribu kati

Tudung gadung barbunga renda
Sira tawar dituang cuka
Muka lawa parangai bida
Ka sana ka mari orang nda suka

Jangan dilumak tanah yang licak
Amun dilumak kamah batisnya
Anak damit jangan maracak
Amun maracak tulah jadinya

Batangkumus dalam salimut
Batang panyapu dikuis-kuis
Jangan kita jadi pangalimut
Dosa di dunia bilakan abis

Parimpan disusun-susun
Disusun dalam guringsing suasa
Dosa batah boleh diampun
Taubat nasuha sapanjang masa

Pamarang sisip di tangkin
Pisau balati pangalis kumis
Sudah sadar dirimu miskin
Jangan baulah samacam iblis

Sira masin tuang di cangkir
Ayam mangaram di karatahan
Kalau mangaji jangantah mangkir
Masa hadapan jadi taruhan

Anak damit rambutnya bugal
Hitam muanya takana arang
Anak damit jangan matingal
Jika matingal dibanci orang

Tanah licak jangan dilumak
Kalau dilumak kamah batisnya
Anak damit jangantah tamak
Tarlabih tamak buruk padahnya

Tuesday, June 3, 2008

Pantun Anak Damit (Karya asli yang dihasilkan ketika mengajar kerani PKG membuat Blog Bahagian Teknologi Pendidikan (Sabah), pada 15-18/12/2008)

Buah santul di kupas-kupas
Kulit digosok daun ampalas
Biabas mangkal kubuat upas
Handak malastik burung taripas

Baligkasa si balingkarung
Gesek biola si tali karung
Salendang taruk babaju kurung
Baru padan kainnya gadong

Tarbang mangawan burung kalagiau
Pangalaut turun bakarang
Anak orang jangan diingau
Mangkali udah tunangan orang

Maunjar tibadak hari dah siang
Tibadak nangka tabal isinya
Sidak-sidak nangis di tiang
Kana pijara oleh bapanya

Sungai bangat batambu akar
Mangail kali putuslah tangsi
Mangamuk siman ka ujung jungkar
Payah dipujuk inda mangasi

Siman tapai karana olah
Siman kuih kurang parancah
Sudah basar jangan baolah
Ibarat ambuyat inda bacacah

Mambuat lastik kayu bapanga
Upas dibuat sibuah pinang
Kalau si dayang balum bapunya
Ada arapan masuk maminang

Nikmat Allah...... lakaran tahun 2010

Tiup api barumbun api
Atap rumbia sudahpun miris
Kulihat si Lamah tabamnya pipi
Amun takidum muanya manis

Usia yang panjang adalah nikmat yang tidak ternilai. Kerananya kita terus dibagi peluang untuk memperbanyakkan ibadat kepada Allah, merasai kemanisan hidup, berkongsi kebahagiaan dan merencanakan masa depan serta mencurah pengalaman berharga kepada generasi pewaris.

Firman Allah, "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, dan apabila tamat tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula meareka didahulukan." Surat Al-Aaraf, ayat 34.

Hisap sigup tambakau Cina,
Asap kaluar barbuga-bunga,
Jika auda alum barpunya,
Unjarlah jodoh salagi ada.

Pantun pada 22 Disember 2008

Anak gayal pincur belusir
Malihat nenek tangannya pingkul
Rambut buntak apa disisir
Kapala lasak hampir ka gondol

Malam malam tidur badudun
Orang didudun ajainya licin
Anak orang jangan dipaibun
Labih baibun dimintanya cincin

Karbau barlumpur di dalam lupak
Buah piasau ampang isinya
Sudah tua giginya upak
Jangantah lagi handak bargaya

Pokok pulai batangnya ampul
Buah bambangan banyak sagutnya
Duduk di langgar tarsanyum simpul
Sudah tantu ada maksudnya

Aying sapang mujarab diminum
Pangalaut sasat bakarang
Ka tampat orang jangantah umum
Cakah-cakah disukai orang

Singut-singut tanda salesma
Kambang kicup idung banapas
Jika batunang jangantah lama
Tarlampau batah manjadi bangas

Labu gayal inda barbuah
Waima barbuah tawar isinya
Luan tarkajut hilanglah ruah
Nyaris tarbabut nyawa diubunnya

Mangambura karbau di padang
Karbau digiring masuk ka paun
Kubal ambulung apa dihidang
Kalau dihidang kanyang satahun

Lauk basung jangan diratah
Takut tarmakan banyak biarnya
Kalau jambatan sudahlah patah
Inda dapat manyabarang ka sana

Buah santul jarang bargiok
Kapayang tinggi pucuknya
Jika mangalai tarlampau siok
Lupa dunia buruk padahnya

Lipat kain tapas di kaban
Luka bardarah susahkan pantan
Ambacang mantah jangan diumban
Sudah basar barabis tah makan

Sangkabok jangan disubuk
Jika disubuk bisa sangatnya
Pandekar jangan dibubuk
Jika dibubuk nahas jadinya

Kain palikat di ujung tampisung
Sasaban dibuat batang kulimpapa
Hidup di dunia jangatah murung
Sasal kamudian inda barguna

Sungai sunyi batambuakar
Padang si Bedah kaman berduri
Jangan hanya bartanya kabar
Labih baik datang sandiri

Pantun 24 Disember 2008( Karya asli dihasilkan ketika melayari lamanweb MARA.(Tahniah anak sulungku kerna telah ditawarkan sebagai Guru MARA))

Air sapang rasanya bahal
Bakai-bakai manyabarang sungai
Sudah tua balum barakal
Macam anak damait mangalai-ngalai

Tunu andayang sampai marutung
Kalindahau mangumpil barang
Sudahlah nasib inda baruntung
Badan marana dihina orang

Ujan labat ayingnya bangat
Saluruh badan habis marungus
Labu kundur sadap dipangat
Labih sadap ubi barabus

Manjijak padi karbau babalar
Tapih tarlapas kainnya longgar
Orang pintar pantang bakalakar
Jika bakalakar matanya bular


Umpan katupang disambar udang
Tali ambur dihulur ka sungai
Musim puasa jangan tah maradang
Tangah hari sudah tah sungkai

Anak damit balajar marungau
Pangantin mamakai sarimpak
Inda paduli waima dilagau
Puar-pura inda nampak

Batang bamban dibuat kandul
Taruh calapa di dalam saging
Karbau lampuh disangka mandul
Tahu-tahu banyak lah daging

Orang karit tundunnya luak
Mamulihkan barang takut bajaguk
Malihat parangainya aku pun muak
Ikong kuyuk lagikan bengkok

Nasi tambul barisi candas
Apit-apit dimakan agas
Kalau makan jangantah garagas
Amun kabangkalan mambari malas

Monday, June 2, 2008

Mari barpantun ( Karya asli dihasilkan tepat pada 31 Disember 2008 (selamat manyambut tahun baru) )

Pajah api boleh diaga
Turun ka sungai ditungap buaya
Angin ribut dapat disangga
Inikan pula hati marana

Anak damit duduknya supan
Somboi-somboi ranik tangkainya
Aying mailir dapat dipampan
Hati yang rindu apa ubatnya

Duduk batarak di dalam hutan
Anak basinting di atas titi
Luka labang-labang dapat dipantan
Bagaimana pula luka di hati

Ada uras masuk di mata
Kajam-kisap si kalimpanan
Jika sungguh bagai dikata
Hantarkan gambang jadi hantaran

Batangkumus kain palikat
Duduk manumbir di ujung jungkar
Ada ati mau mamikat
Ibarat lampuyang inda barakar

Carmin aplor marakkan api
Andayang pinang buat mainan
Sudahtah cangkir kurus malidi
Ruhong-ruhong manangis ujung pantaran

Sungkai puasa mangual baduk
Manunggu pangantin bargual canang
Kapala badagung batis balingkuk
Taguring tajalumpuk kalau ditandang

Balingkarung makan kalupis
Makan kalupis basapak gulaian
Jangan diharap malintangnya kumis
Bajumpa kalindahau katungkal-tungkalan

Burung kanawai batapok di ranting
Batang kandis dibuat unun
Anak orang jika disunting
Kana sadia manjadi ulun

Kapala disintak ubat mujarab
Karijat-karijat badan manahan
Oranag bujang apa diharap
Jika kaya barangan-angan

Kapanasan barkiap-kiap
Kiap dibuat biut sabalah
Sulap dibuat bilakan siap
Malar barcarita salarah-larah

Luka di batis manganyat-nganyat
Sintakbabut pamarang di tangkin
Jika barangan sapanjang hayat
Sampai kiamat pun jatuh miskin

Siang –malam manjamur kubal
Nasi bangas dibuat sagun
Bagaimana indakan babal
Amun balajar indatah tagun

Sabarakas ranting kandis dahan
Luka badarah suar-suar
Dari abak-abak hati manahan
Aku sanggup manunggu di luar

Tahajud selagi ada peluang dan ruang

Kesihatan yang baik satu anugerah tertinggi dari Allah. Solat tahajud adalah sesuatu yang mesti dilakukan. Selain semangat positif dan motivasi diri sendiri perlu supaya kita gembira. Selalu reda dengan apa yang ada. Ketenangan hati perlu diberi keutamaan selain rehat yang cukup dan pemakanan seimbang.

Seloka nasihat:

Paus-paus asapnya sigup
Sanak taulan masti dijarah
Jangan mangaus selagi hidup
Kepada Allah kita barsarah

Pantun Tiara Beach Resort

Papat kuku di tunjung ari
Anak damit nampak suginnya
Manunggu si dayang barmalam-bahari
Inda nampak bayang-bayangnya

Takulipit di tinda mambubut pimpikau
Gatal badan bagaligata
Anak damait barsigup tambakau
Inda manis dipandang mata

Carik baju tarkait lalau
Anak bayi tupap munungnya
Guring-limpang tangan kasilahau
Sakit dan bisa inda tarkira

Kulimambang tarbang malayang
Ikongnya putus tarkipat-kipat
Rindu dandam mabuk kapayang
Tiada apa yang boleh kudapat

Turun ka tanjung mangambur manyung
Karung guni di hujung tabuk
Pipi tarsorong hidung tak mancung
Anak orang jangan disubuk

Mamarun uras sabut piasau
Dapat barudu bular matanya
Sintak-babut si mata pisau
Malihat bubu panuh isinya

Patu manyudu di palacahan
Alun-alun tabal batunya
Mangajar anak parlahan-lahan
Kalam kabut tiada gunanya

Nandung tarbang inda barsayap
Hinggap di anjung rumah Pak Mamat
Panas badan walau barkiap
Patanda dunia mau kiamat

Karya asli dicipta ketika menghantar anaknda berkursus di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan (19 hingga 24 Januari 2009). Tahniah buah hatiku kerana telah mewarisi kerjaya sebagai pendidik.

Friday, May 9, 2008

8 tenaga yang perlu dicari untuk menceriakan hidup?

Tidur yang cukup, makanan yang seimbang, muzik yang menghibur, ketawa yang riang, agama yang sihat, kenalan yang ramai, nafkah yang halal dan keluarga yang terpimpin