Penerbangan ke Tawau melalui Sandakan menaiki MasWing, Kapal terbang ATR yang mampu membuatkan 72 penumpang. Selamat mendarat di Tawau pada jam 9.35 pagi.
Perjalanan ke Semporna (100 kilometer dari Tawau) dengan menaiki kenderaan BTPN Sabah. Makan tengah hari bersama Tuan Hanafiah, dan Tuan Baduan.
Mendaftar di rumah penginapan Hotel Sipadan dengan selamat. Makan malam di kedai makan berdekatan, nasi, milo panas dan ikan masak stim (RM19.00). Ikannya habis tetapi nasinya hanya habis separuh. Lumayan dan memuaskan tetapi sedikit membazir, sepatutnya ikan itu boleh dimakan oleh tiga orang insan. Walau bagaimanapun, itu adalah pengalaman yang mendewasakan.
2 Nov, sarapan pagi di kedai makan di belakang Hotel Sipadan. Jam 8.45 dijemput oleh saudara Amir Hamzah untuk melakukan tugasan merakam foto pegun dan mewakili KPP BTPN di Sekolah Pekan Semporna 2. Bertolak ke Tawau selepas Kem Membaca selesai dengan menaiki kereta Tuan Amir Hamzah (PKG Semporna) yang dengan murah hati menghantar ke rumah menantu.
Sempat rehat beberapa jam di rumah menantu dan keluar ke Bandar Tawau untuk membeli sangar pisang buat penbasuh mulut sebelum makan malam. Makan malam bersama anak dan menantu di rumah guru.
Penerbangan balik selamat tiba di Kota Kinabalu jam 9.50 malam.
Lembayung petang kemerah-merahan,
Di ufuk Timur mantari pagi,
Kunjungan berharga diharap-harapkan,
Semoga boleh bertandang lagi.
Sehigga bersua kembali