Sebagai iftitah aku mulakan dengan serangkap pantun ; (rata-rata pembayang pantun di travelog ini dalam bahasa Brunei)
Carik peraca dibagi empat,
Kaban diikat bersimpul mati,
Banyak tempat antara tempat,
Mekah Madinah berbekas di hati.
“Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan kami (padahal) kami tidak sanggup mengendalikannya. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah.” (QS. Al-Zukhruf: 14). Alhamdulillah, segala puji serta syukur aku panjatkan kepada Allah yang malik. Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat baginda. Aku tidak berniat untuk menghebahkan diri ini hebat, tetapi seboleh-bolehnya bertindak umpama meniti di titian rapuh, aku tetap menjaga keseimbangan badan agar tidak terperosok namun dalam masa yang sama menjamin jambatannya tetap kukuh bagi memberi laluan kepada penyeberang lain. Ibadah Umrah bukan sekadar bertamu tetapi adalah untuk membenamkan rasa ego diri yang bersarang di jiwa ini. Dari Jabir Ibnu Abdullah RA bahwa ada seorang Arab Badwi datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, beritahukanlah aku tentang umrah, apakah ia wajib? Beliau bersabda: "Tidak, namun jika engkau berumrah, itu lebih baik bagimu." Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Aku bersandar kepada ungkapan, “Menuntut ilmu, diamal, kemudian diajarkan kepada orang lain lebih mulia di sisi Allah SWT, ” Rasulullah pernah menyebut hal tersebut sebagai sedekah yang paling afdal berbanding sedekah harta benda.
Untuk menukilkan memori ibadah ziarah ini, aku merujuk kepada firman Allah SWT dalam Al-Quran : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada manusia, dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan. Juga rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya, seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Luqman: 18-19) . Ungkapan itu aku pegang dalam mendidik hati kecil ini untuk tidak bersikap ujub dalam menukil travelog ini.
Aku kerap bermuasabah, sebagai insan kerdil, kita lebih banyak derhaka kepada-Nya daripada taat kepada suruhan-Nya. Oleh itu, aku bulatkan niat untuk berkongsi menitipkan sekelumit travelog bersandarkan kata-kata “Aku hanya insan biasa-biasa, sedangkan Nabi Noh yang berdakwah 950 tahun namun tetap gagal memujuk anak sendiri untuk menjadi pengikutnya. “ Apakah aku harus menokhtakan perkara yang pada anggapan pribadiku baik. Akan tetapi daripada berdiam diri, aku harus menyuntik antibodi keyakinan untuk menghebahkan sesuatu ibrah. Aku juga merujuk kepada sabda Rasulullah “Sekalipun kiamat telah tiba, sementara di tangan kamu ada biji benih, jika dia mampu menanamnya, maka hendaklah dia menanamnya” (HR Al-Bukhari).
Aku simpulkan, sebelum menghadapi kiamat besar, aku bakal menghadapi kiamat kecil iaitu berdepan dengan kematian. Waima telah kekal ketentuannya, kita perlu tahu Qada itu ada dua iaitu Qada Mubram (ketentuan yang tidak boleh diubah) dan Qada Mu’allaq yang boleh diubah dengan doa dan ikhtiar. Sebelum menutup mata, aku mengharapkan setiap pembaca merubah prsepsi mereka terhadap pengertian ibadah ziarah yang sebenar. Aku tidak mengharapkan sebarang pulangan melainkan mengharap agar sumbangan sekecil ini kelak menjadi dakwah termampu untuk bekalku ke alam akhirat.
Ibadah Umrahku adalah semata-mata kerana Allah
“Labbaika Allahumma labik, labaika laa syaariikalaka labbaik,” bermaksud “Ya Allah, aku datang kepada-Mu Ya Allah, aku datang kepada-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.” Aku pribadi yang belum layak digelar ahli ibadah, aku belum mampu qiamulail pada setiap malam, aku juga belum mampu untuk bersedekah setiap hari, aku ada berinfaq tetapi infaqku tidak sebanyak mana manakala zikir serta selawatku tidak seberapa. Oleh hal yang demikian, aku harus mendambakan diri ini di tanah suci bagi menabung pahala kerana Tanah suci Makkah dan Madinah adalah lubuk untuk kita mengandakan pahala amalan kita. Solat 1 waktu di Masjidil Haram, ganjaran pahalanya adalah 100,000 kali berbanding solat di tempat lain manakala pahala di Madinah ialah 1,000 pahala. Aku mula menyoal diri sendiri, berapakah jarak kita dengan Allah sehingga Dia perlu memanggil-manggil kita untuk ziarah ke Baitullah-Nya (Rumah Allah). Sebenar-benarnya, Allah begitu dekat dengan kita, buktinya terkandung dalam seruan ketika kita dianjurkan untuk solat tahajud di mana ketika itu Allah turun ke langit dunia, Dia menyeru “Siapakah antara umat-Ku yang mahu memohon kepada-Ku, Aku tunaikan permohonan mereka.”
Apapun alasan kita untuk tidak berziarah, termasuklah alasan standard “Belum ada lambaian”, bagiku hanyalah bisikan jahat penghasut kita, walhal semenjak roh kita disatukan dengan jasad kita di alam rahim lagi, Allah telah memetrai janji menuntut kita ziarah ke rumahnya, cuma kita sendiri yang belum menyahut jemputan-Nya. Lazimnya, andai kita memenuhi jemputan wallimah contohnya, kita bawa hadiah. Begitu juga umpama pabila cucu-cucu kita menghadiri sambutan hari lahir rakannya, kita bekalkan mereka hadiah … akan tetapi tatkala menyahut jemputan Allah, apakah yang bekal yang kita akan bawa? Kita berbekal dosa-dosa kita.
Dalam kembara ibadah ziarah ini, hati ini kerap bergetar mengingatkan dosa-dosa yang tidak kita ketahui bila dosa itu kita lakukan, dosa yang kita lakukan tanpa sedar dan pelbagai dosa-sosa lain. Ada pakar agama mengatakan, jika hati kita tidak bergetar mengingati pelbagai dosa masa lampau, lantas ambillah peluang ketika ibadah ziarah untuk melatih hati tersebut agar khusyuk. Biar ia menerima sirna untuk menjadi lembut. Quran memberi banyak maklumat berkenaan hati. Tidak kurang daripada 188 kali maklumat mengenai hati diulang sebut dalam kitab Al-Quran, antaranya dalam surah al-Israk, ayat 72 disebut, “Dan barang siapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat juga nanti dia akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.” Hati adalah tempat berlakunya getaran. Fenomena tersebut disebut frekuensi. Getaran berasal dari dua sumber iaitu getaran hawa nafsu dan getaran ilahiah. Andai kita memilih menurut kemahuan hawa nafsu, getarannya bergelojak kasar. Ini termasuklah apabila kita marah, benci, khianat, dendam, sombong, berbohong dan semua penyakit hati yang negatif. Apabila hati kita cenderung kepada hal ilahiah umpama berzikir, membaca Quran, ikhlas, iktikaf, solat, pasrah dan semua kegiatan yang positif maka getarannya lembut dan halus menusuk hati dengan frekuensi yang teramat tinggi. Oleh hal yang demikian kita haruslah mendidik hati kita dengan sempurna. Allah menggambarkan dalam Al-Quran yang berbunyi “ ….. iaitu orang-orang yang hatinya bergetar semasa disebut nama Allah (tatkala membaca Quran) ……”
Jam 9.20 pagi, Sabtu 24 Nov 2018, aku mendapat panggilan telefon dari agensi untuk direzikikan Allah berlepas pada 1 Disember 2018, sehari awal dan diberitakan akan bermalam semalam di Emeriah Arab Besatu (Dubai). Sejumlah 11 jemaah 2 Disember, Allah rezikikan berlepas bersama-sama jemaah ziarah Mesir-Mekah (1 hingga 15 Disember).
Dalam kembara ibadah umrah ini, aku menetapkan beberapa misi;
1.Target selawat
2.Target dzikir
3.Seberapa banyak infaq
4.Mengunjungi Tanaim (Miqat)
Sabtu 1 Disember 2018 - 23 Rabiul Awal 1440 H (Meninggalkan rumah kediaman)
Orang gagau jangan diusik
Amun diusik naik amuknya
Sudah kukunyah ilmu manasik
Tinggal lagi mengamalkannya
Aku bermanazil dan menyerahkan kesemuanya (harta-benda, anak-cucu serta sanak saudara), demi untuk mencari sesuatu yang menuju ke jalan Allah. Ibarat kata pepatah, anak panah andai tidak meninggalkan busurnya tak akan mengenai sasaran dan harimau andai tidak meninggalkan sarangnya, manakan memperoleh mangsanya. Aku berdoa semoga Rihlahku diganjari pahala dan mendapat redha-Nya sebagai bekalku di alam selanjutnya.
Usai solat Maghrib di Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg. Aru. Aku menunaikan solat musafir (safar) di rumah berdoa semoga Allah melindungi perjalanan kembara ibadah ini dan mendekatkan kami dari kejauhannya, memohon kesehatan sepanjang perjalanan, sihat semasa berada di tanah suci-Nya dan sihat selepas kembali ke tanah air dan semoga beroleh umrah yang maqbullah.

Jam 7.12 malam, di muka pintu rumah kediaman, aku berdoa diaminkan oleh isteri dan dua orang anakku, kebetulan anak bongsuku berada di Kota Kinabalu (cuti semenjak 27 November dan beliau balik ke Putra Jaya pada hari Ahad 2 Disember 2018), memohon di permudahkan perjalanan ibadah, dikurniai dengan ibadah umrah maqbullah, memohon kesihatan sepanjang perjalanan, sihat semasa berada di Tanah Suci, sihat selepas kembali ke tanah air serta menyerahkan anak pinak dan harta benda di bawah perlindungan-Nya.
Usai meninggalkan kediaman menuju ke Lapangan Terbang untuk berkumpul di KKIA pada jam 7.30 malam. Usai solat Isyak di surau KKIA, aku mendapatkan passport dan lencana untuk kami berempat (aku, isteri, abang kandung dan kakak ipar) dan menyerahkan empat bagasi untuk tujuan chek-in. Kami disantuni oleh anak sulong kami serta cucunda Muhammad Umar serta bergabung dengan keluarga isteri abang kandungku, menantu beliau, ipar duai dan anak cucu abangku. Syukur Ya Allah, ziarahku disertai oleh abangku suami isteri.
Kami menyantuni keluarga besar seramai lapan orang anak cucu ngian Pengiran Kassim yang akan ke Mesir kemudian menunaikan ibadah umrah. Sempat menyantuni sahabat Alan Gulamdin dan isteri, Ustaz Haider serta Ustaz Muazzin dan berkenalan dengan beberapa tetamu Allah. Sempat juga merakam beberapa memori untuk dikongsi dengan para jemaah.
Jam 9.39 malam, kami melabuhkan badan di kerusi 31 sebaris berempat. Dengan reziki Allah, kami seramai sebelas orang duyufurahman (kami namakan Group Dubai) yang sepatutnya berlepas pada Ahad 2 Disember, bergabung kumpulan 1 Disember (kumpulan ziarah Mesir - 50 orang). Usai mengaminkan doa safar, jam 9.43 malam, burung besi (pesawat Airbus 320) BI 828 berlepas ke Brunei. Alhamdulillah, jam 10.19 malam kami tiba di Bandar Seri Begawan. Sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Allah membuka selangit peluang untuk berinfaq. Aku membuat kerja amal (infaq pertamaku), membahagikan sesuatu kepada hampir 50 orang Duyufurrahman.
Pagi Ahad 2 Disember 2018 (Emiriah Arab Bersatu (UAE), kami datang)

Kepada-Mu Ya Allah kami berserah, "Permudahkanlah kembara ibadah umrah kami." |
Dengan bekalan 270 dirham UAE, kami melabuhkan badan di kerusi 49 sebaris berempat di dada Burung besi BI 007 Boeing 787 Royal Brunei International flight. Jam 12.20 pagi, pesawat membelah awan meninggalkan Brunei menuju ke UAE. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan perjalanan dimulai dengan mengaminkan doa yang dibaca melalui corong pembesar suara pesawat Royal Brunei, Allahhuma Majreaha wal mursaha …….. “Dengan nama Allah di waktu berangkat dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dan mereka mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sewajarnya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat, dan langit digulung dengan kekuasaan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” Kami disajikan dengan LCD tayangan tatacara keselamatan dalam penerbangan. Penerbangan akan mengambil masa selama 8 jam 8 minit dengan jarak 6,730 KM.
Oleh sebab ibadah ziarahku adalah untuk lari dari kesibukan duniawi yang sarat dengan pelbagai gangguan W’sap, hasutan iblis, hiburan yang melalaikan dan gangguan memikirkan material, aku mencapai tasbih analog membasahkan lisanku dengan membaca selawat ke atas Rasulullah dengan target tertentu yang hitungannya menggunakan tasbih analog yang aku bawa bersama. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada kekasih Allah. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56). Sesekali, aku menukar dengan bacaan tarbiah secara perlahan. “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu…”. Hati bagai digaru-garu dengan rasa sebak menusuk, kerana dalam beberapa detik sahaja lagi, kami bakal berada di bumi Madinah, bumi yang sangat dicintai oleh Rasulullah.
Daun piasau dibuat babang
Siut ipun-ipun ke dalam gubang
Sedetik lagi aku kan datang
Medakap rindu yang lama berkubang
Jam 1.19 pagi, kami memperoleh santapan pertama. Semasa di dada pesawat, aku mengimbau sejarah kerasulan Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabiul Awal (tahun gajah), bersamaan 22 April 571 Masihi. Baginda dipelihara oleh ibu susuan (Halimatus Saadiah) dan membesar dengan adap sopan. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menurunkan wahyu kepada baginda yang tidak tahu membaca, kerana andai baginda insan yang celik huruf, sudah tentu khalayak ramai akan sangsi tentang kerasulan baginda, mungkin menuduhnya sebagai mereka-reka bukan menerima wahyu. Baru beberapa hari lepas dengan slogan “Semarak Cinta Rasulullah”, seluruh pelusok tanah air menyambut hari kelahiran baginda.
Untuk mengelak dari memikirkan perkara yang melalaikan, aku membantu suriku membuka peta perjalanan (GPS) pergerakan pesawat dari Brunei ke UAE, walhal dalam penerbangan antarabangsa, banyak disediakan aplikasi dan filem hiburan menarik untuk ditonton. Akan tetapi, untuk tidak menodai penglihatan ini dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan misi asal ibadah ziarah, kami abaikan godaan tersebut. Terlelap juga akhirnya kerana memenuhi rutin tidur yang sepatutnya.
Bermalam di Emiriah Arab Bersatu (Ahad 2 Disember)
Syukur Ya Allah, Jam 4.19 pagi waktu tempatan (8.15 pagi waktu Malaysia), setelah 8 jam 8 minit mengharungi perjalanan panjang yang dipenuhi dengan rasa syukur dan tawaduk, Burung Besi Royal Brunei tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Aku sempat merakam kenangan bersama group Mesir. Usai berbalas lambaian, sebilangan kecil berdakap salam. Kami seramai 11 orang jemaah 2 Disember, berpisah dengan kumpulan ziarah Mesir (50 orang, di ketuai oleh Puan Yati) yang hanya transit di Emiriah.
Kami menaiki erotrain untuk ke destinasi pemeriksaan imigresen. Alhamdulillah, jam 4.23 pagi, ketika azan subuh berkumandang di Dubai, kami melepasi pemerksaan Imigeresen, dan bergerak ke kaunter 8 bagi menuntut bagasi. Kami mula berkenal-kenalan secara lebih dekat. Kebanyakan pergerakan kami aku rakamkan di otak kameraku. Usai solat Subuh (bergilir-gilir) di Airport, kami menuju ke pintu keluar di mana aku menyaksikan puluhan penyambut tetamu yang masing-masing memegang agensi dan hotel yang bakal diinap, tetapi gagal mengesan penyambut kami. Aku bersama seorang rakan (Cikgu Abdul Rahman) keluar ke perhentian bas untuk memeriksa kalau-kalau ada bas kami menunggu di luar airport. Alhamdulillah, akhirnya kumpulan kami dipertemukan dengan orang yang kami cari. Perjalanan begitu lancar di suasana pagi yang berokah, di bumi Emiriah. Kumpulan Dubai kemudiannya menaiki bas ke hotel penginapan (Swiss Belhotel Sarjah).
Setibanya di hotel, aku turut mengatur urusan penyerahan kunci bilik bersama Cikgu Abdul Rahman dan Ustazah Lilis. Ag. Bakar dan isteri (614), Ustazah Lilis dan Melena Undung (1802), pasangan Tuan Amidin dan Puan Lusima (1110) , pasangan Tuan Mimol dan Puan Jemah (1702) dan Cikgu Abd. Rahman, Guru Besar SK Kokol Inanam (607). Usai memperoleh kunci bilik (1603-aras 16), kami tidak bercadang untuk menukar pakaian lain waima telah berulit beberapa jam dengan pakaian di badan, cuma sempat sujud syukur.

Sebelum City Tour, aku menyelak langsir tingkap bagi menikmati pemandangan bangunan sekitarnya.
Syukur Ya Allah, Engkau razikikan untuk kami bermusafir ke negara orang. Swiss hotel dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang berselerakan. Bangunan yang begitu asing bagiku. Kami membuka bagasi bagi mengeluarkan barangan keperluan untuk bermalam semalam di Dubai.
United Arab Emirates. United Arab Emirates terbentuk dari tujuh Emiriah iaitu Emiriah Dubai (Emirate of Dubai), Abu Dhabi, Ajman, Ras Al Khaimah, Fujairah, Umm Quwwain dan Sharjah. Secara umumnya, hampir kesemua Emiriah di dalam UAE bergantung kepada hasil petrolium sebagai sumber ekonomi, manakala Dubai mengamalkan polisi mempelbagaikan ekonomi seperti memperagakan sektor pelancongan dan perkhidmatan kewangan. Pembangunan seiring sektor hartanah dan infrastruktur yang pesat turut membantu sektor pelancongan Dubai sehingga diiktiraf sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia. Salah satu daripada hasil kepelbagaian ekonomi Dubai adalah pembentukan pembangunan jenama ‘Emirates’, iaitu nama syarikat penerbangan yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Pelaburan Dubai (Dubai Investment Corporation).
Dubai, (ibu kota Emirate of Dubai), merupakan sebuah bandar yang tidak asing lagi dan sering mendapat perhatian dunia. Kini Dubai lebih dikenali dengan tanda mercu Menara Burj Khalifa, sebuah bangunan ikonik berlatarbelakang senibina Islam setinggi 830 meter yang terpacak megah di sekitar bangunan-bangunan pencakar langit yang lain di tengah-tengah bandar raya. Dubai merupakan wilayah terbesar Emiriah Arab, diikuti dengan Abu Dhabi dan ke-3 Sarjah.
Lebih daripada 80 % penduduk di Emiriah Arab Bersatu bukannya warganegara. Hampir semua warganegara di negara ini adalah orang Muslim, dengan lebih kurang 85% daripada mereka terdiri daripada orang Muslim Sunah Waljamaah dan 15% yang tinggal merupakan orang Muslim Syiah. Orang-orang asing di sini sebahagian besarnya berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara, walaupun terdapat juga banyak yang datang dari Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Utara. Walaupun tidak adanya statistik rasmi, pemerhati-pemerhati tempatan menganggarkan bahawa kira-kira 55% daripada jumlah penduduk asing terdiri daripada orang Islam, 25% Hindu, 10% Kristian, 5% agama Buddha, dan 5% yang tinggal (kebanyakan mereka tinggal di Dubai dan Abu Dhabi) terdiri daripada penganut-penganut agama yang lain, termasuk Parsi, Bahai, dan Sikhisme
Jam 9.19 pagi Kami berkumpul di suatu lokasi untuk meneruskan misi berikutnya iaitu City Tour di sekitar bandaraya Dubai. Dengan menaikai bus couster, Kami dibawa ke salah sebuah Restoran Nasi Mandy ayam/kambing milik warga Pakistan bagi mengalas perut. Kami berkongsi satu piring untuk dua orang, almaklum perut warga Malaysia jangan disamakan dengan perut orang Arab. Berkat reziki Allah yang dilimpahi kepada anak-anak kami, sekali lagi Allah melorongkan selangit peluang untuk berinfaq. Dirham Dubai kami gunakan untuk melakukan kerja amal keduaku.

Salah satu lokasi yang dilawati ketika City Tour di Emiriah Arab Bersatu |
Kami dibawa bersiaran ke kawasan perbandaran. Penerangan berkesan membuat kami terbuai dengan Sejarah Emiriah. 2 Disember, kebetulan sambutan Hari Kebangsaan Emiriah. Jalan raya lengang, mudah untuk menapak ke sana sini. Rata-rata bangunan kerajaan berbentuk seperti Muzium Islam di Kota Kinabalu. Kami dibawa bersiaran ke City Centre, Taman Bunga, Pantai Semenanjung Arab, Dubai Culture (dulunya bekas istana kerajaan), Hotel berbintang-bintang, tetapi tidak semua dapat disinggahi kerana kekangan masa. Tiap kali singgah, sessi berfoto adalah wajib. Sebelum berpisah dengan pemandu pelancong kami, aku menyerahkan sejumlah dirham dan ringgit Malaysia yang kami kutip secara senyap-senyap sesama jemaah semasa dalam perjalanan untuk diinfaqkan berkongsi antara pemandu pelancong dan pemandu basnya sekali. Kembali ke hotel tepat jam 2 petang untuk berehat. Aku dan isteri sempat ke kedai makan berdekatan untuk membeli minuman dan roti buat pengalas perut.
Sebelah malam, kami berdua menyantuni Group Dubai di Lobby Hotel. Suasana bergemerlapan sewaktu malam di luar hotel amat mempesonakan mata dengan suatu kelainan dari susana malam di tanah air. Kami keluar ke kedai berhampiran (Kedai pakaian Ramulla), sempat membeli empat item, dua untuk cucunda Umar, satu untuk menantu dan satu untuk diriku sendiri (58 dirham untuk kesemua item, amat berbaloi). Malam tersebut aku labuhkan dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Isnin 3 Disember 2018 (Selamat tinggal Emiriah Arab Bersatu)
Ada bidu di belakang kuali
Tagar direndam di balik baldi
Di bumi ambia cinta dipateri kembali
Hubungan diplomatik dijalin abadi
Aku terjaga jam 3.10 pagi, mata terbudaya untuk bangun kerana waktu tersebut jam 7.10 waktu di tanah air. Aku gunakan peluang yang Allah maktubkan dengan solat tahajud. Usai mandi, aku menerima W’sapp Cikgu Abdul Rahaman yang mengajak aku untuk solat subuh di masjid Al Sahabah lebih kurang 110 meter depan hotel. Allah membuka ruang untuk kami solat subuh berjemaah.
Salah satu landskap menarik di Dubai |

Syukur Ya Allah, jam 7.00 pagi, kami seramai sebelas orang disantuni dengan sarapan pagi dengan aneka juadah yang enak-enak belaka. Usai sarapan, chek-out dari rumah tumpangan Swiss Belhotel Sarjah.
Jam 10.50 pagi, kami Kumpulan Dubai, seramai 11 orang menaiki bas ke Sarjah Airport. Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah terletak pada kedudukan Latitud N25* 19.7500', Longitud E55* 30.9667' pada ketinggian 33.83 meter dari aras laut. Perjalanan damai dan tenang menuju ke lapangan terbang disajikan dengan suatu pemandangan luar biasa yang berbeza dengan landskap tanah air.
Di airport, kami bersatu dengan jemaah asal (49 orang, diketuai oleh suami puan Yati), yang tiba dari Brunei. Sempat berkenalan dengan sebilangan jemaah. Usai solat jamak dzohor asar di Sarjah Airport, kami menuju ke pintu satu setelah terdapat kekeliruan yang mana pada asalnya kami disantuni di pintu 21. Syukur Ya Allah, atas pekenan-Mu yang telah membuka selangit peluang untuk berinfaq kepadaku. Aku melakukan kerja amal ketigaku di dalam kamar berlepas waima tidak kesemua tetamu Allah memperolehnya. Masih sempat merakam kenangan di Sarjah Airport.
Tepat jam 1.00 tengah hari waktu Emirah, kami melabuhkan punggung di kerusi 26F dan 26 C. Sempat menyantuni penumpang di sebelahku iaitu jemaah dari India. Penerbangan tambang murah Air Arabia Airbus A320, berlepas ke Madinah jam 1.50 petang. Cuaca teramat baik berkat restu dan pekenan-Nya. Alhamdulillah, di atas pesawat, kami disajikan dengan makan tengah hari. Syukur Ya Allah, para dhuyufur-rahman selamat tiba di Lapangan Terbang Madinah Jam 4.27 petang waktu Saudi. Sebelum meninggalkan pesawat, kami mengisikan sampul surat yang disediakan dan mengisikannya dengan matawang empat negara (Ringgit Malaysia, Dollar Brunei, Rial Saudi dan Dirham Dubai) sebagai sumbangan kepada Charity Cloud Projek dan menyerahkannya kepada paramugara yang menunggu di pintu pesawat.
Pemeriksaan kemasukan ke Arab Saudi melalui Airport Madinah, amat licin waima melalui tiga cek point. Usai melepasi pemeriksaan jam 3.47 petang, kami mengutip bagasi masing-masing. Kami diagihkan ke dalam dua buah bas. Kumpulan Dubai (11 orang) disatukan dengan seramai 19 orang yang berlepas pada 2 Disember dan disatukan ke dalam bas bertanda hijau. Di dalam bas, mutawif pengiring (Ust Ali Amin) memimpin doa dalam perjalanan sambil diikuti oleh tetamu Rasulullah. Perjalanan dengan bas menuju ke hotel penginapan mengambil masa 35 minit. Setelah memasuki kota Madinah, mutawif kami mengetuai bacaan doa “Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka. Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Daku memohon dengan-Mu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.”
Menunggu pembahagian kunci di Lobby Hotel Almukhtara, Madinah |
Aku sempat merakam kenangan para tetamu Rasulullah di hotel Al Mukhtara International. Di pintu masuk hotel, terpampang besar foto Ustaz Hariyanto, ustaz yang kerap muncul di kaca TV menyampaikan kuliah. Kami berdua sempat membeli Kad SIM Arab untuk kegunaan berhubungan antara kami sepajang ibdah ziarah. Usai chek-in hotel, jam 4.23 petang, kami memperoleh kunci bilik 626, (abangku bilik 629). Hati ini berbunga-bunga untuk berada sedekat-dekatnya dengan jasad Rasulullah SAW sudah tidak dapat dibendung. Rindu yang mendakap kalbu ini bukan rindu yang dibuat-buat. Rindu kepada orang yang bakal memberikan kita syafaat ketika di alam akhirat, rindu kepada orang yang memiliki telaga Al-Kautsar bagi menghilang kehausan di alam akhirat nanti. Usai membaca niat iktikaf di pagar masjid, aku solat masbuk solat Maghrib di ruang belakang-belakang. Usai solat jenazah aku balik ke hotel untuk bergabung dengan abang kandungku. Kami berempat bergerak ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Isyak.
Di pintu 25, aku memastikan isteri dan kakak iparku menuju ke ruang solat wanita. Sebelum solat tahayitul, kami berdua meneguk air zam-zam pertama melalui tekak kami berdua beradik ketika ziarah ke bumi ambia. Aku teringat kenyataan seorang ulama, Ibnu Qayyim al-Jawziah “Air Zam-zam adalah panglima segala air yang di dalamnya tersimpan kemuliaan, disukai setiap jiwa, tidak ternilai harganya dan dicari setiap insan”.
Aku memilih saf yang agak depan untuk misi yang tersirat. Usai solat Isyak dan solat jenazah, dengan pesanan untuk bertemu di pintu keluar Bubus Salam, aku merangkul tangan abangku untuk misi berikut. Aku teringat dengan status yang pernah aku baca yang mengatakan, “Rebutlah peluang ziarah sebarapa banyak kerana Rasulullah pernah bersabda, Barang siapa yang menziarahi aku ketika aku sudah tiada, seolah-olah dia ada bersama-samaku.” Aku membulatkan tekad untuk mengunjungi Maqam Baginda seberapa kerap sementelah aku telah berada di kota suci Madinah. Setelah hampir 20 minit, Allah izinkan untuk kami berada di dada Taman-taman Syurga.
Dahan patah jangan diambit
Ke hutan Pargasan kunjung beramu
Sekian batah rindu menggamit
Kini aku di siring Maqam-Mu
Solatku di pertamaku di Taman-taman Syurga petang itu diselubungi dengan seribu rasa, gemuruh, sebak, syahdu dan pilu. Kolam air mataku bergenang namun takungannya masih dapat aku kawal, manakala abangku diselubungi dengan pelbagai haru. Sempat menunaikan rentetan beberapa solat dan berdoa sebelum meninggalkan taman tersebut. Pelbagai doa kupanjatkan tiap kali meletakkan dahiku di lantai Raudah. Aku berdoa agak panjang dari kebiasaannya. Aku kirimkan salam “Assalamualaika Ya Rasulullah… dari keluarga, sahabat dan rakan.” Doa utama agar aku diampunkan dari segala dosa, sama ada dosa yang aku ketahui mahupun dosa yang tersembunyi, biarpun dosa-dosa kecil, apa lagi dosa-dosa besar. Doa kupanjatkan untuk diri ku, isteri ku, anak-cucuku, arwah kedua ibu bapa ku, adik beradikku, kaum keluarga ku, sahabat, warga surau Pangsa Puri Tg. Aru dan rakan taulan ku serta kaum muslimin dan muslimat sekalian. Aku juga berdoa agar umrah yang kami buat dalam beberapa hari lagi, dianugerahkan sebagai umrah yang mabrur. Aku sauhkan tali kerinduanku di pelabuhan Taman-taman Syurga-Mu, dan berdoa “Syukur Ya Allah, Engkau izinkanlah aku sujud di bekas-bekas tempat sujudnya para Nabi dan para Sahabat baginda”. Syukur Ya Allah, dengan sejuta rahmat-Mu, aku telah dapat melampiaskan segunung rindu yang sekian lama berbuku terhadap kekasih-Mu. Aku tidak berlama di dalamnya dan, mengalihkan sauh rinduku ke padang kesyukuran dan penuh berharap akan berlabuh lagi di pelabuhan Taman-taman Syurga untuk hari esoknya. Di kejauhan, aku memerhatikan gelagat abangku yang ternyata kelihatan risau kerana beliau meninggalkan taman itu lebih awal dariku. Usai meninggalkan Taman-taman Syurga, jam 7.45 malam, kami balik ke hotel untuk makan. Kami singgah di Food Market untuk membeli sebantal roti dan mantega sapuan roti, serta beberapa minuman tin. Kami bertegur-sapa dengan rombongan NurMultazam yang berhimpun untuk ziarah ke Taman Syurga. Aku membisikkan kepada mutawif Ali Amin yang kami berdua telahpun mengunjungi Taman-taman Syurga. Kami dua beradik singgah makan di kafe hotel yang sudah agak sepi dari tetamu Rasulallah. Usai menyerahkan sedikit Rial kepada para peramu saji di kafe. Aku minta izin dari mereka untuk membawa pulang ke bilik sekotak tissue
Sebelum tidur kami menyusun barang kami ke dalam almari dan mengeluarkan pemanas air, beras, makanan tin, minuman Tiga dalam satu dan periku nasi. Sempat juga menggosok baju untuk keesokan harinya.
4 Disember (Selasa - hari ke-2)
Alhamdulillah, Allah izinkan rutin hari ke-2 ini berjalan atas perkenan-Nya. Kami bersiap setelah selesai mandi dan mengambil sedikit sarapan. Jam 3.18 pagi, di muka pintu hotel aku membaca doa, “Ya Allah, kami memanjatkan setinggi kesyukuran kepada-Mu. Lindungilah kami sepanjang perjalanan ke masjid-Mu dan izinkan kami untuk bemunajat di masjid-Mu serta mudahkan kami untuk memasuki Taman-taman Syurga-Mu. Jagalah lisan kami, dan kami memohon kekalkanlah wuduk kami sepanjang beritikaf di masjid-Mu.” Usai memasuki 25, aku memerhatikan suriku memasuki ruang solat wanita. Rutin kebiasaanku ialah mencari air zam-zam bagi membasah tekak. Aku menunaikan solat tahaiyatul masjid dan solat hajat di luar sekatan kanvas dan merapat ke kawasan Taman Syurga. Aku merapat ke kawasan karpet hijau, dan mencuit ke bahu salah seorang jemaah dan menunjukkan isyarat jari dua untuk memohon izin solat cuma dua rakaat di Taman-taman Syurga. Allah Ya Allah, jemaah itu memberi laluan kepadaku. Aku solat taubat dan berlama ketika sujud terakhir untuk memanjatkan kesyukuran diperkenankan Allah boleh meletakkan dahi pendosa ini di taman tersebut. Usai solat, aku menadahkan tangan dengan deretan doa yang agak panjang. Doa utamaku ialah memohon kepada Allah untuk diampunkan dosa diri ini serta anak pinak, diampun dosa kedua ibu bapa, memohon agar semua keluarga dihimpun di Firdausi-Nya, memohon rakan kenalan surau Pangsa puri dan mantan rakan sepejabat dijemput ke ibadah umrah, memohon diberi peluang kedua menunaikan haji, memohon dianugerahkan umrah mabrur, dan memohon agar dipermudahkan melaksanakan ibadah umrah dengan kekal sehat sepanjangnya. Setelah bersalaman dengan tetamu Rasulullah di kiri dan kanan, aku beredar ke belakang dan memilih suatu lokasi di luar kanvas. Di sana aku menunaikan renteten pelbagai solat termasuk solat tahajud, solat syukur, solat taubat dan solat tasbih yang sejak sekelian lama tidak aku langsaikan. Hati begitu tersentuh dengan haru ketika membaca deretan doa setiap selesai solat-solat tersebut.
Usai menikmati dan merasailah sendiri kenikmatan dan kemanisan beribadah di Masjid Nabawi, usai solat jenazah aku balik ke hotel penginapan. Pagi itu aku bergabung dengan isteriku bersarapan di kafe hotel. Di sana aku melihat Ustaz Haryanto, sedang menyantuni jemaah-jemaah beliau.
Ziarah dalam
Jam 7.30 pagi, Kami berkumpul di luar hotel menuju ke Masjid untuk ziarah dalam. Aku berjalan agak terkehadapan bagi merakam foto pergerakan tetamu Rasulullah bagi dokumentasiku sendiri dan mungkin untuk dikongsi sesama jemaah. Di tengah perjalanan, aku menginfakkan Rial Saudi kepada petugas pembersih masjid yang berpakaian hijau. Aku mengimbau terjemahan Surah Al-Ahzab ayat ke-21 bermaksud “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi-mu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (paha) Allah dan (keselamatan) pada hari kemudian dan dia banyak menyebut nama Allah.” Kami diberi tazkirah yang menerobos ke tangkai jantung dan menjentik-jentik emosi, semasa ziarah di maqam Rasulullah kekasih Allah.
Di awan jingga kutitip salam
Menapak dengan satu tekad
Setelah sekian lama menanggung kesumat
Hadirku dengan pasak menjulang hasrat

Merakam kenangan ketika ziarah dalam Masjid Nabawi |
Aku merakam foto berkumpulan di hadapan Perkuburan Baqiq dan di landskap kubah hijau di belakang kami. Kami kemudiannya menuju ke Muzium Al-Quran. Jam 9.45 pagi, kami dikumpulkan bersama-sama dengan jemaah Indonesia, terpisah antara lelaki dan wanita bagi mengenangkan keagungan Al Quran. Kitab suci Al-Quran disampaikan melalui malaikat terpilih (Jibril) kepada Nabi terpilih (Muhammad) dan disampaikan dalam bulan terpilih iaitu Ramadhan (bulan terpilih) dan Insya Allah dibaca oleh umat terpilih (kita sendiri). Al-Quran sepatutnya dibaca pada setiap malam dan anjurkan diamal baca oleh anak-anak dan keluarga. Hati begitu tersentuh mendengar tazkirah yang berbunyi, cuba kita bayangkan betapa bangganya kita apabila anak kita menerima anugerah cemerlang di atas pentas yang disampaikan oleh Pengarah atau lain-lain. Tentu kita berasa teramat bangga. Dan cuba bayangkan pula, bagaimana perasaan bangga kita, apabila anak kita dijemput ke atas pentas untuk menerima anugerah emas sebagai pembaca tegar Al-Quran. Bayangkan pula yang menyampaikan anugerah tersebut disampaikan oleh pemlik Arsy yang kita tumpangi ini iaitu Allah. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Sebahagian tetamu Rasulullah mengalirkan air mata manakala sebahagian yang lain kelihatan mengesat mata. Ada pula yang lainnya kelihatan tunduk membisu mendengar penerangan lancar dan sendu oleh seseorang yang kuanggap berbakat dan penuh semangat dalam penyampaiannya.
Usai lawatan aku sempat mewakafkan tiga Al-Quran untuk ketiga-tiga anakku, dan sempat membeli dua helai sejadah raudah. Selepas itu, aku dan isteri memohon izin kepada Mutawif Ali Amin untuk berpisah dengan kumpulan seramai 60 jemaah. Kami mengambil keputusan untuk tidak menyertai ziarah yang berikutnya iaitu ke Masjid Awan, Masjid Saydina Abu Bakar dan Muzium Assalam. Kami berdua menuju ke pintu 16 untuk makan tengah hari di Rumah Makan Indonesia. Bukan tidak mahu mengajak rakan lain ke restoran tersebut, kerana sejak awal lagi kami telah meniatkan untuk tidak makan di hotel pada hari tersebut bagi membolehkan kami berlama di Masjid Nabawi. Usai makan, kami berdua berada di Masjid Nabawi. Sungguh syahdu suasana di dalam masjid pada petang itu kerana kebanyakkan para Dufurahman membaca Al-Quran, tersentap dengan penangan tazkirah di Muzium Al-Quran pada paginya. Di masjid aku menunaikan beberapa solat sunat, berselawat dan membaca Al-Quran, dan hanya balik selepas solat Isyak. Kami bukanlah yang terbaik, namun tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Kami berjumpa untuk makan malam bersama di kafe hotel.

Seperti malam-malam sebelumnya, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Hari ke-3 di Madinah - (5 Disember 2016 - Rabu) Ziarah Luar
Aku termotivasi apabila mengingatkan betapa agungnya kekuasaan Allah yang tidak tercapai oleh minda manusia. Apa lagi untuk mengesan-Nya, membanding ciptaan-Nya pun kita tidak mampu. Aku bagi contoh mengenai ciptaan bintang. Gugusan bintang yang kita sering renungi di tengah malam dinamai galaksi Bimasakti manakala di sebalahnya ada galaksi Andromeda, seterusnya ada lagi gugusan galaksi Superkluster dan yang tidak kita ketahui. Itu baru bintang yang nampak di mata kasar, bagaimana pula dengan ciptaan yang kita tidak nampak umpamanya roh. Oleh itu, aku menetapkan misi untuk bangun awal setiap pagi untuk menapak ke masjid.
Jam 3.11 pagi ini, aku menerima W’sap dari sahabat lamaku Mohd Letfee Ahmad, sahabat Maktab Perguruan Gaya yang kini menjadi orang kuat BERNAMA. Salah seorang yang kuanggap sebagai ahli keluargaku sendiri. Di sepanjang tahun 1977, beliau sering kubawa bermalam di rumah bersama sahabatku Tuan Haji Zaini Arbik. Beliau menyimpan hasrat untuk bertemu denganku setelah 41 tahun terpisah. Beliau menginap di Hotel Diyar Taiba (pintu 37), agak jauh dari pintu 25 tempat kami keluar masuk Masjid Nabawi.
Jam 3.31 pagi, kami mengatur langkah menuju pintu 25 masjid Nabawi, meninggalkan selipar di rak yang disediakan. Seperti lazimnya, kami membaca niat iktikaf di luar pagar masjid. Usai menghantar suriku ke ruang solat wanita, aku memasuki pintu 21 masjid dan mencari tong zam-zam untuk membasah tekak. Usai menunaikan solat tahaiyatul masjid, aku mengatur langkah menapak lebih jauh menuju ke Raudah. Ya Nabi Salam Alaik.. .... energy dalaman untuk rukuk dan sujud di masjid membuak-buak menggantikan rasa penat. Aku bagaikan terbius oleh situasi semasa memerhatikan jemaah sekelilingku khyusuk beribadah tanpa jemu. Setelah merapat di saf paling belakang Raudah, aku memerhatikan jemaah terlalu padat. Aku hanya berdoa dalam keadaan berdiri. Aku berundur ke luar kanvas dengan hati yang qanaah. Sesungguhnya, Allah belum merezikikan aku untuk memasuki Taman Syurga di awal pagi ini.
Zikirullah tidak pernah sunyi
Antara lisan terang-terangan mahupun tersembunyi
Antara julangan darjat dan insaf diri
Hamba-Mu hadir untuk memohon pekenan-Mu Ya Allah
Hari ini kami sepakat balik awal dari biasa kerana hendak ke ziarah luar. Insya Allah, hari ini aku akan dipertemukan Allah dengan seseorang insan hebat iaitu seorang mantan rakan guru di SMK Sanzac yang menjadi CEO nombor dua Hiddan Travel Sdn Bhd yang beribu pejabat di Trengganu (Haji Zaharudin) yang sempat aku temui sekejap di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu pada 22 Oktober lalu setelah terpisah hampir 35 tahun. Keberadaan beliau tiga malam di Kota Kinabalu lantaran memberi kursus kepada jemaah Hiddan Travel. Beliau serta rombongan Hiddan dijangka berada di Madinah pada 5 Disember.
Setelah berkumpul di lobi hotel, jam 7.59 pagi, bas bergerak menuju ke Masjid Quba dengan disantuni oleh Mutawif Ali Amin, manakala bas berpelekat oren yang membawa seramai 30 orang jemaah disantuni oleh Mutawif Ustaz Thoib.

Masjid Quba, masjid pertama Rasulullah di Madinah |
Bas kami melalui Perkuburan Baqiq. Di perjalanan aku mengintai kiri kananku untuk mengesan Masjid Ijabah. Masjid Ijabah lokasi di mana Nabi SAW membuat tiga permintaan kepada Allah. Dua permintaan Rasulullah dimakbulkan iaitu memohon Allah menyelamatkan umat daripada kemarau dan memohon Allah menyelamatkan daripada banjir manakala permintaan yang ditolak ialah memohonan Allah menyelamatkan umat dari pertelingkahan. Itulah sebabnya sehingga kini bumi Madinah tidak pernah kekurangan air dan buminya tetap menghijau sepanjang masa. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Quba. Semasa peristiwa hijrah Rasulullah, pada 8 Rabiulawal, tahun 1 Hijrah. Baginda sendiri turut sama mengangkat batu-batuan dalam membantu mendirikan masjid ini. Mulianya masjid ini, barangsiapa yang bersuci dari rumahnya dan kemudian datang untuk solat di sini sebanyak 2 rakaat, pahalanya adalah umpama menunaikan sekali ibadah umrah (hadith riwayat Ibnu Majah).
Selepas menunaikan beberapa solat, aku menapak ke kawasan deretan gerai menjual aneka barangan. Aku membeli 4 kilo kurma masak segar. Membawa balik 2 kilo, menginfaqkan dua kilo kepada dua bas rombongan NurMultazam. Sekali lagi Allah memberi aku ruang untuk berinfaq kepada para Duyufurrahman.Usai berhimpun, jam 8.46 pagi aku secara sukarela merakam gambar kenangan di hadapan Masjid Quba kerana semasa di dalam bas Mutawif Ali Amin berlawak “Berfoto adalah salah satu rukun umrah tambahan”.
Melalui pembacaan, aku memperoleh sejarah pembinaan Masjid pertama Rasulullah tersebut. Sebelum membina Masjid Quba, Nabi tinggal di rumah Kulthum Ibnu Hudm. Di situ terdapat telaga Izzik yang airnya tidak pernah kering hingga ke hari ini dan sebelum nabi meludah ke dalamnya, ia berair masin …… hingga kini air periginya masih berasa tawar. Dekat Quba, terdapat telaga Aris tempat di mana cincin baginda terjatuh ke dasarnya tatkala hendak berwuduk. Terdapat beberapa masjid bersejarah lain di sekitar Madinah. Masjid Musabbeh lokasi Nabi solat subuh sebelum ke Quba.
Jam 10.02 pagi, rombongan tetamu Allah singgah di Kebun Kurma. Suriku sempat membeli kurma Ajwa dan kurma Anbar serta beberapa kilo kekacang. Beberapa foto kandid sempat aku rakamkan di kebun kurma tersebut. Jam 10.21 pagi, bas kami merapat ke Uhud, tempat permakaman 70 orang syahid.
Mengikut sejarah, terdapat masjid yang dinamakan Masjid Ajimatul Shiqin lokasi Nabi berehat sebelum ke bukit Uhud dan tempat nabi memakai baju besi dan memeriksa angkatan perangnya. Maharis - lokasi nabi dirawat kerana terluka juga berada di lokasi sekitar Bukit Uhud. Aku sedih mendengar kisah 70 orang sahabat Rasulullah SAW telah syahid di sini dan disemadikan di sini. Pernah suatu ketika banjir melanda di kawasan ini dan telah mengakibatkan jenazah para syuhada itu terkeluar dari kuburnya. Namun jenazah para syuhada itu masih kelihatan sempurna seperti jasad manusia yang masih hidup waima mereka telah disemadikan bertahun-tahun lamanya. Kemudian jenazah Saidina Hamzah bersama syuhada lain dipindahkan di kaki bukit. Dan kini ia berpagar. Diceritakan oleh seorang Ustaz bahawa sebuah bukit bergerak menghadap ke arah jenazah Saidina Hamzah dikuburkan semasa pemindahan itu demi menghormati perjuangan jihad beliau.
Di situ terdapat Bukit Pemanah yang mana di sinilah harta rampasan perang diletakkan. Nabi Muhammad SAW telah berpesan supaya jangan sesiapapun ke bukit itu tanpa arahan baginda. Namun pesanan baginda tidak diendahkan. Malahan mereka sibuk mengambil harta rampasan perang. Disebabkan keingkaran mematuhi arahan baginda maka pihak musuh mengambil kesempatan ini dan mengakibatkan Islam kalah
Antara peristiwa yang tidak lekang dari Sejarah Islam adalah apabila jenazah Saidina Hamzah dan para suhada hendak dibawa pulang ke Madinah untuk disemadikan, akan tetapi diberitakan gunung Uhud bergegar kerana tidak rela jenazah itu di bawa pergi, lantas semua jenazah para syuhada disemadikan di kaki gunung Uhud atas arahan dari Rasulullah SAW. Sebelum menaiki bas, merakam foto berkumpulan di perkarangan makam.

Merakam kenangan dengan landskap Bukit Uhud |
Kami meninggalkan permakaman Uhud lewat tengah hari. Usai makan, kami berempat (aku, isteri, abang dan kakak ipar) bergerak ke masjid. Petang itu, aku berjanji dengan isteri untuk balik ke hotel selepas Isyak. Usai solat zohor, aku merapat ke pintu kedua selepas pintu Bubus Salam. Allah Ya Allah, sekali lagi aku beroleh kesempatan untuk meletakkan dahiku di Taman-taman Syurga. Syukur Ya Allah, dengan izin-Mu, aku masih diberi kesempatan untuk berada di situ dengan rentetan beberapa solat dan doa yang agak panjang dan akhirnya meninggalkan taman tersebut untuk memberi peluang kepada tetamu Rasulullah yang lain. Aku bergabung dengan warga pakistan di luar Bubus Salam. Di sana aku dirapati oleh Nabi Pengerusi Surau Kampung Malugus Papar (namanya tidak ku ingat) dan sempat bersembang sekejap sebelum beliau pergi meninggalkan aku untuk ke hotel beliau di pintu no 5.
Usai solat Isyak, aku bergabung dengan isteriku untuk makan di bilik, kerana isteriku membawa makanan masuk ke bilik penginapan. Rutin harian sebelum tidur, aku membaca doa, membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, Syahadat, zikir dan diakhiri dengan Surah Kursi. Jam disetkan ke pukul 2.30 pagi.
Hari ke-4 - Khamis (6 Disember) Bebas
Terjaga seawalnya, aku membaca doa bangun tidur. Rutin membancuh kopi / milo berjalan seperti biasa sebaik saja terjaga. Aku membuka makanan untuk bersahur. Aku sekadar mengamalkan apa yang pernah diceramahkan oleh Ustazah Lilis Mulyani, "Sesampai di tanah suci, buatlah amalan yang jarang-jarang kita lakukan di tanah air sendiri."
Aku bukan yang terbaik, tetapi sejak di tanah air lagi berhasrat untuk melakukan yang terbaik dan berusaha untuk cuba melakukan seperti apa yang dikatakan oleh Ustazah Lilis. Oleh itu kesempatan berada di tanah suci kurebut untuk seboleh-bolehnya berpuasa Isnin dan Khamis, mengamalkan solat tasbih, solat qada, solat witir (yang mana solat witir biasa kita amalkan hanya ketika Bulan Ramadhan), solat Dhuaa, solat Tahajud dan lain-lain solat dan mengimbau pesanan Haji Mohd Kamil Ibrahim (penulis buku Usahawan Akhirat), untuk berlama di masjid.
Usai mandi, kami meninggalkan hotel jam 3.19 pagi, dalam suasana yang hening dininari. Dengan mengamalkan rutin berdoa di balik pintu, kami menuju ke pintu 25 dalam situasi sunyi membelah dada kota Madinah, melafazkan doa sebelum masuk masjid. Dalam suasana dingin yang masih membaluti sekejur tubuh kerdil ini, dengan berpegangan tangan kami bergerak di celahan bangunan hotel bertingkat menuji masjid. Sebaik-baik saja mendekati masjid, kami berniat iktikaf. Aku menyaksikan keunikan tiang-tiang gergasi yang melatarkan lanskap Masjid Nabawi. Tiang ini nantinya akan melebarkan payung yang terbuka secara automatik tatkala matahari melimpahkan cahayanya. Usai solat fardhu terutama lepas subuh dan isyak, ketika Jemaah berduyun keluar dari masjid, pintu masjid bertukar menjadi riuh-rendah dengan para penjual memperagakan barangan jualan mereka. Aku menuju ke pintu utama yang jalan penghujungnya ialah Raudah. Di belakang Raudah aku menunaikan solat tahaiyatul masjid dan solat hajat.
Aku teringat ungkapan yang dicatatkan dalam buku ‘Haji dan Umrah Tidak Diangkat Ke Langit’ yang menjelaskan; datangilah masjid untuk menunggunya masuk waktu bukan setelah (azan) masuk waktu solat. Oleh kerana hadirku ke Tanah Suci untuk mengeratkan hubungan yang kugelar hubungan diplomatik antara hamba yang fakir ini dengan Allah yang maha berkuasa, aku menyajikan resepsi rohani dengan marathon solat syukur (kerana Allah masih sudi menjemputku sebagai tetamuNya), solat hajat (ini bukan kunjungan terakhirku), solat tahajud, dan diselang-selikan dengan pengisian zikir, tahmid, selawat, tasbih dan doa-doa pribadi. Aku susuri dengan membaca Al-Quran yang menyimpan banyak mesej-mesej tersirat dan menggantikan menyemak mesej W’sap yang melalaikan.
Subuh ini, aku tidak memaksakan diriku untuk ke Taman Syurga, tetapi memilih suatu lokasi yang agak jauh dari jemaah untuk menambah solat tasbihku, di samping solat-solat lain. Jam 8.15 pagi, aku menuju ke Money Changer berdekatan membuat tukaran RM 900 bersmaan SR 783 (0.87). Aku mengunjungi pasaraya pakaian aras Lower Ground bernama High Mark (seketika dahulu namanya Carnival) untuk membeli pakaian cucuku dan ke kompleks Dawood membeli buah Nectrine Spain untuk juadah berbuka puasa.
Balik selepas Isyak dan menyertai isteri untuk makan di kafe hotel. Malamnya, kami menyusun bagasi untuk persediaan keberangkatan ke Mekah esok hari.
Hari ke-5 di Madinah Jumaat 7 Disember (Hari terakhir menatap Masjid Nabawi)
Aku bangun jam 1.45 pagi (15 minit awal dari masa yang disetkan). Jam 3.14 pagi, kami bergerak meninggalkann hotel setelah menikmati sarapan ringan. Dengan mengamalkan rutin berdoa di balik pintu, dalam suasana dingin yang masih membaluti sekejur tubuh kerdil ini, dengan berpegangan tangan kami bergerak di celahan bangunan hotel bertingkat menuju masjid. Kami melalui Food Market yang kelihatan tidak beroperasi kecuali kedai Farmasi. Kami menuju ke pintu 25 dalam situasi sunyi melafazkan doa sebelum masuk masjid. Sebaik-baik saja mendekati masjid, kami berniat iktikaf. Ku perhatikan gelagat suriku sehingga ia tidak kelihatan dari pandanganku.
Setelah lima hari merasakan nikmatnya beribadah di Masjid Nabawi, akhirnya kami harus meninggalkannya. Tidak terasa hari berlalu sebegitu pantas yang memaksa aku meninggalkan Masjid Nabawi di mana jasad kekasih Allah disemadikan. Akan tetapi pagi itu agak sayu kerana ia merupakan hari terakhir kami berada di Madinah Al Munawarah. Kalau sebelumnya kami bersegera ke masjid, tetapi hari ini kami bergerak agak perlahan. Kami merenung sepuasa-puasnya apa yang ada di depan mata kami. Dari mula kami bergerak meninggalkan hotel, kawasan sekitar hotel, hinggalah ke dalam masjid, payung-payung automatik, lampu limpah yang menyerlahkan keindahan keseluruhan masjid, semunya meninggalkan bekas yang mendalam di hati ini. Apa yang paling menyayukan hati ialah Raudah. Hati ini berbisik, bila lagi Allah berkenan untuk menjemput kami untuk ziarah ke sini. Dari dataran masjid, aku menyaksikan sepuasnya semua keindahan yang menyelimuti panorama masjid. Ku tenung dalam perasaan yang paling dalam, kubah-kubah, payung automatik dan binaan dalaman yang mengelilingi masjid. Sungguh dalam kerinduan yang bakal kubawa pulang nanti.
Perindungan berlimbu di rumpun buluh,
Air sakaskul dituang lacah,
Hati di dalam hancur dan luluh,
Mengenang-Mu Rasul kekasih Allah.
Sebelum merapat ke kawasan Taman-taman Syurga, aku menunaikan solat tahayatul masjid dan solat hajat terlebih dahulu. Aku menapak setapak demi setapak, selangkah demi langkah.
Dengan izin-Nya, aku beroleh ruang solat di Taman Syurga sekali lagi. “Ya Allah, tiada apa yang boleh aku bawa untuk aku mengunjungi tanah suci-Mu, melainkan dosa yang menimbun. Aku sedar tanpa pekenan-Mu, kami tidak mungkin dapat beribadah di dua tanah suci-Mu. Takungan air jernih hampir berjejeran. Tangan ku tadah “Ya Allah! Bahawasanya aku bersaksi bahawa Muhammad SAW pesuruh-Mu, waima aku hanya mengunjungi jasadnya akan tetapi aku untuk melihat baginda pada hari kiamat. Mudahkan urusan dunia kami dan permudahkan juga urusan akhirat kami. Dan janganlah engkau jadikan kunjungan ini berupa kunjungan terakhir buat kami berdua suami isteri, jemputlah kami ke sini bersama kaum keluarga kami untuk kunjungan selanjutnya.” Usai puas bermunajat, aku mengalah dan meninggalkan Raudah menuju keluar pintu Bubus Salami. Dengan perasaan sayu, aku mengucap salam perpisahan untuk baginda kerana akan berlepas ke Mekah usai solat jumaat nanti. Pagi ini, aku menyertai isteriku sarapan di kafe hotel.
Usai memeriksa tiada barangan kami yang tertinggal di bilik hotel, aku berhajat untuk bergerak awal bagi mengelakkan kesesakan kerana Jumaat merupakan hari kelepasan awam di Saudi. Oleh itu warga Saudi mengambil peluang cuti umum untuk bertawajuh di dalam masjid terutamanya di Masjid Nabawi. Aku mengenakan kain ihram bahagian bawah (Izar )manakala memakai pakaian biasa sebelah atasnya (baju biasa). Aku solat Jumaat melalui pintu masjid 22 dan bergerak ke ruang solat kedua depan. Tiada apa-apa yang kurasakan melainkan hati disentap sedih kerana dalam beberapa detik saja lagi, aku bakal berpisah dengan kekasih Allah.
Hatiku terusik dan air mata mengalir tika mendengar imam membaca Surah Al A’aa yang bermaksud (Yang Paling Tinggi / Agung) selepas Fatihah ketika solat Jumaat yang begitu menyentuh rasa. Ini merujuk kepada maksud ayat yang menyeru manusia bertasbih mensucikan nama Tuhan yang paling tinggi, Yang menciptakan kejadian alam dan menyempurnakan ciptaan-Nya, Yang mengatur (kadar) serta memberi hidayah, Yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan, Lalu menjadikan rumput-rumput itu kering kehitaman, Yang menyeru Muhammad (pengkitunya) dan umat membaca Al-Quran sehingga tidak lupa, Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan tersembunyi, Kecuali Allah mengkehendaki, Dan kami tetap memberi taufik kepada jalan yang mudah, Oleh sebab itu berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran, Orang-orang yang kafir (celaka) akan menjauhinya, Iaitu orang yang akan memasuki api neraka, Dia tidak akan mati di dalamnya tidak pula ia hidup, Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang beriman, Dan dia ingat nama Tuhannya, Lalu dia solat, Tetapi orang kafir memilih kehidupan duniawi, Sedangkan kehidupan akhirat lebih kekal dan lebih baik, Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu, Ia itu kitab Nabi Ibrahim dan Musa. Demikian pengertiannya yang menyebabkan pak imam tersedu-sedu dan amat sulit untuk menghabiskan bacaan nya pada surah tersebut
Aku teringat intipati Khutbah Jummat yang kudengar di Masjid Kampung Pituru Taman Lok Kawi Januari 2018 yang menyebut pengalaman pembaca khutbah (Andai tidak silap Ustaz Anuar - mantan guru Matematk Tambahan anakku di SMESH Bukit Padang). Beliau menyebut pengalaman kembaranya ke sebuah kampung terpencil di Wilayah Mindanao Filipina. Solat subuh sepenuh masjid dengan kehadiran jemaah yang rata-ratanya meginap di rumah yang bertiang dan lantai buluh dan atap rumbia, miskin harta namun memiliki tahap iman yang tinggi. Ketika mana anak-anak muda Malaysia leka dengan FaceBook dan WhatsApp, anak muda kampung tersebut datang solat ke masjid dengan senjata dan pertanyaan (bila lagi kita boleh berperang menegakkan agama Allah).
Aku bersegera balik ke hotel untuk melengkapkan kain ihram selengkapnya, kain yang bermaksud membuang ego serta karat yang membaluti diri selama ini dan mentransformasi sipritual diri kepada dari balutan kotoran kepada bersih suci sesuci kain ihram yang putih. Dua helai tuala putih Izar kain bawah manakala Rida’ nama kain dipakai sebelah atas adalah simbolik kepada kain kafan. Hakikat ihram itu bukan pada pakaian yang dipakai dalam jangka masa haji atau umrah sahaja, tetapi pakaian dalam seluruh kehidupan. Pakaian takwa … Hikmah pakaian ihram: lebih menonjolkan kesederhanaan diri, kesucian hati dan jiwa, rendah hati, dan tidak ada unsur sombong serta berlebihan. Kain putih itu juga melambangkan pakaian yang dipakaikan yang lebih tepat dipanggil kain kafan.
Miqad di Bir Ali
Madinah......kota yang akan kami ucapkan selamat tinggal pada hari itu. Kota yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat. Inilah tempat yang hampir semua penduduknya menerima syiar Islam dengan penuh bersemangat ketika penduduk kota Mekah sendiri menolak syiar agung ini.
Kota yang pada zaman Rasulullah dipenuhi orang-orang soleh dan solehah yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi Islam. Tempat penuh kedamaian ini memang menakjubkan. Segala puji bagi Mu Ya Allah yang telah mentakdirkan kami berpeluang menjejakkan kaki ke bumi yang penuh keberkatan ini. Semoga kami berpeluang untuk sampai ke sini lagi di masa akan datang.
Bas bergerak meninggalkan hotel jam 2.33 petang menuju ke Bir Ali. Aku secara sukarela merakam kenangan pergerakan jemaah dari hotel sehingga ke perut bas. Usai bas bergerak, aku menukar misi selawatku kepada zikir.
Pinjam bantai jolok maritam
Dahan berjuntai rendah ke tanah
Tahmid tahlil kemas kusulam
Memuji bersyukur terhadap Allah

Hari ini aku dijangka akan bertemu dengan kenalanku, insan hebat Cikgu Haji Mat (Guru SMK. Weston) yang berada di Tanah Suci selama sebulan. Mengikut perancangannya, beliau akan berada di Madinah dari 6 hingga 15 Disember dan seterusnya ke Mekah dari 16 hingga 23 Dis 2018. Beliau telah berada di Mekah pada 26 Nov hingga 5 Dis 2018, Beliau ada menghantar pesanan Whatsapp pada 31 Oktober lalu mengenai keberadaan beliau ibadah sebulan di tanah suci. Pagi ini, aku menerima W’sap dari sahabat lamaku Mohd Latfee, untuk bertemu di pintu 34, tetapi tidak kesampaian kerana beliau terpaksa balik ke hotelnya kerana kehilangan selipar. Allah masih belum memperkenankan pertemuan kami di tanah sucinya.
Usai solat asar, jam 4.43 petang, aku menyertai taklimat perjalanan ke Miqat Bir Ali, sehingga ke perkara larangan ihram, tawaf, Saie dan tahalul. Aku merakam kenangan semua jemaah dengan Ustaz Ali Amin sebagai pembimbing. Usai balik ke bilik menyimpan peralatan kameraku, aku dan suriku bergegas ke masjid. Seperti lazimnya membaca doa iktikaf di luar pagar 25 dan memastikan suriku memasuki riang solat wanita. Aku ke ruang solat lelaki melalui pintu masjid 21. Jam 5.31 petang untuk menyertai jemaah lain beriftar. Aku melalui beberapa baris deretan plastik yang di atasnya tersaji kurma, roti dan cawan yang berisi air zam-zam. Aku menyertai salah satu kawasan iftar yang kebanyakkan telah diduduki oleh warga Pakistan dan India menunggu azan dikumandangkan. Kami serentak mennikmati juadah sebaik azan dikumandangkan dengan gemersik oleh muazim. Plastik jernih yang panjang digulung sebaik sahaja iqamat dikumandangkan, tanpa meninggalkan sisa makanan pada karpet masjid. Sebelum solat isyak aku sempat berbual pendek dengan Tuan Sayifuddin dan seorang lagi kenalan dari Kg. Kuala Papar (Pak Aad, kalau tidak silap).

Miqad di Bir Ali |
Dengan rasa sayu yang menusuk, sebak dan pilu, aku mengintai menara masjid untuk sekian kalinya. Kadang-kadang ia terhalang apabila bas melalui celahan hotel yang tinggi bertingkat. Aku terus mengintai entah untuk keberapa kali sehingga ia lenyap dari pandanganku. Kali terakhir aku melihatnya ialah pada pukul 2.26 petang. Kerinduanku terhadap Rasulullah semakin menebal, aku sebak apabila kubah Masjid Nabawi tidak kelihatan lagi, namun pedih di hati ini sukar untuk diubatkan. Hati ini dilanda rindu bak ombak laut yang tidak berpenghujung, waima ombak tersebut menemui pasir pantai, namun ia kembali ke lautan untuk membentuk ombak baru. Semakin jauh kota Madinah itu kami tinggalkan, semakin kuat menusuk kerinduan itu hingga hatiku terbungkam menanggung kerinduan yang total.
Perjalanan yang bukan calang-calang jaraknya iaitu lebih 477 kilo meter dari Bir Ali ke Mekah. Tetamu Allah solat tahayatul masjid dan solat sunat ihram di Bir Ali. Aku sempat merakam memori terpenting di Bir Ali (semua tetamu berfoto dengan pakaian ihram). Di perut bas, mutaif mengetuai bacaan niat umrah.
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah swt”, begitulah lafaz niatnya.
Niat umrah bersyarat bagi wanita yang khuatir disantuni darah haid semasa Ibadah Umrah :-
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah swt, sekiranya aku terhalang oleh sesuatu, ketika itu aku menjadi halal”.
Selepas berniat, kini aku terikat dengan 13 larangan ketika dalam ihram seperti berikut:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak rambut (lelaki dan wanita) atau janggut. 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki dan wanita). 8.Tidak boleh mengerat kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin. Mengahwinkan atau menjadi wakil kahwin.

Dari Bir Ali, aku menyaksikan panorama padang pasir yang dulunya tandus, dan bercampur batu-batuan hitam. Situasi kini jauh berbeza kerana dikebanyakan landskapnya kelihatan hijau. Menurut sesetengah pendapat, ini adalaj petanda kiamat sudah semakin mendekat. Di kejauhan aku menyaksikan kanvas hamparan langit kebiruan tanpa awan. Aku terpukul mengenangkan cerita termasyur watak yang bernama Uwais al-Qarni. Pemuda Yaman yang membeli anak lembu dan memikulnya dari kaki bukit memanjat sehingga ke puncak bukit pada setiap hari sehingga lembu itu dewasa. Orang kampungnya menuduh, Uwais telah tidak siuman. Hal sebaliknya ialah Uwais melakukan pesediaan untuk berhaji. Lantaran tidak dapat menyediakan wang tambang, Uwais mendukung ibunya yang lumpuh, menempuh perjalanan lebih 500 kilometer untuk ke Mekah menunaikan haji. Perjalanannya memakan masa berhari-hari, sedangkan kami hanya beberapa jam dengan bas yang mempunyai penghawa dingin.
Di perut bas, aku membelakangkan keletihan apabila teringatkan Hadis H.R Ahmad Tabrani yang mencatat.” Rasulullah bersabda. Perbaharuilah iman kamu. Apabila sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana caranya untuk kami berbuat demikian. Baginda menjawab : Perbanyakkanlah ungkapan kalimah La Illaha Illallah.” Lantas aku membasahkan lisanku dengan kalimah tersebut. Sesekali aku basahi lisanku dengan zikir kerana Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda : Barang siapa banyak berzikir kepada Allah, sesungguhnya dia akan terhindar dari sifat munafik. Sepanjang perjalanan, aku manfaatkan tasbih digitalku untuk tujuan tersebut. Aku menukar misi berselawat kepada zikir sesekali diselangi dengan tasbih.
Bas yang kami naiki singgah di suatu R&R untuk berehat dan melepaskan lelah dalam perjalanan jauh yang mengujakan. Aku sempat membeli sebotol madu asli Yaman SR 20 sekilo (di Mekah SR 150.00 sekilo).
Hari pertama di Mekah 7 Disember 2018 (mendepani Ka’bah di tahun 2018.)
Hati amat berdebar-debar apabila kenderaan kami mendekati kota Mekah. Perasaan gembira berbaur teruja dengan degupan jantung yang kencang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata. Ku tilik menara Abraj Al-Bait, jam yang menjulang angkasa itu dengan dada berombak. Dalam beberapa detik saja lagi lakaran Kaabah yang selama ini hanya kupandang pada sejadah akan berada di depanku.
Ya Allah! Sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya kepunyaan-Mu. Hamba-Mu ini datang menyahut panggilan-Mu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepada-Mu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepada-Mu dan takut kepada azab-Mu agar Dikau terima daku dengan limpahan kemaafan-Mu dan masukkanlah daku ke dalam syurga-Mu, Jannatun Naim,
“Allahumma haadzaa haramu raasulika faj’alhulii wi qaayatan minannari wa amaanatan minal ‘adzaabi wa suu il hisaab”
Ertinya: Ya Allah negeri ini adalah tanah haram Rasul Mu Muhammad, maka jadikanlah penjaga bagiku dari api neraka, terhindar dari siksa dan buruknya hisab.
Setibanya di hotel penginapan (Tharawat Andolesia- Jalan Ibrahim Khalil), kami dibahagi-bahagikan kunci bilik. Allah Ya Allah, aku mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Samsul kerana atas perkenan Allah beliau menyantuni kami berempat mendahului dayufurrahman yang lain. Aku dan isteri memperoleh bilik 923 manakala abangku bilik 919. Kami disantuni untuk menjamah makan malam. Aku dan isteri membawa bagasi kecil ke bilik penginapan. Syukur Ya Allah, sama seperti di Madinah, aku mudah mengesan beg kerana kesemua barangan jemaah dikumpul di lantai 12. Aku mendorong beg kami berempat ke depan pintu bilik kami dan bilik abangku. Aku sujud syukur di bilik hotel sebelum turun semula ke lobi untuk tawaf dan Saie.
Tawaf, Saie dan Tahalul
Kami meninggalkan perkarangan hotel jam 11.27 malam. Tanpa dipinta sementelah aku berada di barisan hadapan para Duyufurahman, aku mengetuai lantunan Laungan Labaikallah … diikuti oleh tetamu Allah, dengan penuh semangat bercampur syahdu dan pelbagai rasa. Subhanallah… Walhamdulillah… Allahu Akbar… Setelah menatap panorama Masjidil Haram yang disuluhi oleh cahaya malam yang bersinar-sinar. Aku terpaku, badanku seolah-olah aku melayang-layang tanpa berpijak di lantai.
Kami berjalan dengan langkah teruja dan perlahan disebabkan laluan ke Masjidil Haram sudah dipenuhi dan berhimpit-himpit dengan jemaah dari pelbagai pelusuk dunia. Pelbagai saiz dan warna kulit. Ada yang berdua-duaan. Ada juga yang bersendirian. Ada yang berkelompok-kelompok. Ada yang berkerusi roda. Tidak kurang juga yang berpimpin tangan, memaut bahu pasangan dan mencangkuk lengan masing-masing. Ada yang berkumpulan. Kami berhenti bertarbiah setelah tiba di pagar masjid. Kami masuk ke masjid melalui pintu 88. Kami bergerak dalam satu kelompok. Kami berhenti di suatu lokasi untuk menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak. Allah hamparkan sepadang peluang kepadaku, aku rebut peluang itu untuk melaungkan dua kali iqamat dengan berimamkan Mutawif Ustas Tholib. Aku bukan hendak membangga diri, melantun iqamat di Masjidil Haram tidak sama rasa dengan melantunkan iqamat di masjid-masjid lain. Aku menasihatkan bakal para tetamu Allah, carilah sebanyak-banyak peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan di tanah air.
Alhamdulillah…. Alhamdulillah… Alhamdulillah… di saat bergerak perlahan menuju ke dataran Baitullah, aku dapat menyaksikan sendiri keutuhan Ka’bah… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Masya Allah ……. Saat memandang bangunan kiblat umat Islam seluruh dunia, secara spontan lidahku mengungkapkan “Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosku Ya Allah, ampun dosa kedua ibu bapaku dan ampun dosa anak isteriku. Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu tanpa dihisab dan kurniakanlah kami dengan umrah yang mabrur”.
Saat mendepani Kaabah buat pertama kalinya, hatiku luluh dan aku terkedu. Tersembul rasa kerdil yang tidak terungkap dengan linangan air mata sebak. Muncul rasa ‘khauf’ yang menusuk sehingga menggetarkan seluruh anggota badanku. Mengapa hati kita bergetar pabila pertama kali Baitullah terpampang di depan mata? Aku teringat buku Pusaran Energi Kaabah (Agus Mustofa) yang menjelaskan “Sesungguhnya Baitullah itu mempunyai aura yang sukar ditelaah akal manusia. Apabila seseorang mendekati Baitullah, sebenarnya kita terlalu dekat dengan aura positif.” Paling asas, kita hendaklah membuka pintu keikhlasan agar susunan bioelektron tubuh dan minda kita tersusun dengan baik. Itu sebabnya kita merasa tenang apabila berada di sekitar Baitullah.
Tanpa disedari kolam air mata sudah tidak dapat dipertahankan lagi tatkala mendepani Kaabah. Mujurlah aku antara yang berada di barisan hadapan sekali. Demi menyantuni keagungan Kaabah, aku tidak terniat untuk berselfi di depannya selagi belum selesai bertahalul. Dada beralun dan hati semakin sebak, berdebar, gembira, teruja, terharu, sedih, sayu silih berganti, lantaran Allah masih memberi peluang kepadaku, suriku, abang kandungku serta isterinya untuk mendepani Baitullah-Nya. Di sudut Ajrul Aswadnya kami beristilam.
Ketinggian Kaabah yang dikatakan 39 kaki setengah, di dalamnya terbina tiga tiang dengan keluasan memuatkan 50 orang dewasa dalam satu masa. Di sini juga ada telaga zam-zam, dan masjid yang terbesar di dunia iaitu Masjidil Haram. Suhu paling sejuk di Makkah ialah 10 darjah (bulan Februari) manakala suhu paling panas ialah 49.8 darjah (bulan Mei - Julai). Setiap tahun seramai 15 juta umat Islam akan beribadah dan ziarah ke kota Mekkah. Ka’bah dinamakan sebagai Bayt al ‘Atiq merupakan bangunan yang dibangunkan pada masa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail atas perintah Allah SWT.
Doa semasa bertawaf “Ya Allah ya Tuhanku! Daku lakukan ibadat ini kerana beriman kepada-Mu dan mengakui kitab-Mu, menyempurnakan janji dengan-Mu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasih-Mu, Nabi Muhammad.
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminta kepada-Mu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan daripada bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.”
Semasa tawaf, aku mendongak ke arah Kaabah yang setinggi 39 setengah kaki tanpa jemu-jemu. Setiap pusingan aku melintasi Maqam Ibrahim yang di dalamnya terdapat bekas telapak kaki Nabi Ibrahim sepanjang 27 CM selebar 14 CM yang dikawal rapi oleh petugas masjid bagi menghalang segelintir yang mengusap dan memeluk maqam tersebut. Perbuatan tersebut kadangkala menghalang kelicinan perjalanan pusingan tawaf. Dalam pusingan bertawaf, aku tidak melepas peluang memanjatkan beberapa doa pribadi kerana masa itulah Allah menurunkan rahmatNya yang luar biasa dan masa itu juga beratus ribu malaikat tawaf bersama-sama dengan tetamu Allah, dengan doa utamaku “Jangan Engkau jadikan kunjungan ini merupakan yang terakhirku, jemput aku untuk kunjungan berikut-berikutnya. Andaikata ini merupakan kunjungan terakhir buatku, aku mohon semoga Engkau jadikanlah segala amal ibadatku di sini sebagai tabunganku menghuni Syurga-Mu nanti.”
Aku membayangkan betapa sukarnya nabi Ibrahim itu menyusun batu-batuan bersama anaknya Ismail untuk membina Kaabah. Nama Nabi Ibrahim diulang sebut tidak kurang dari 121 kali dalam Al-Quran lantaran hampir keseuluhan aktiviti yang ada kaitan dengan haji dan umrah berkait rapat dengan keluarga baginda. Perlaksanaan Ukuf, , Mabit di Mudzalifah, Melontar, Tawaf di Baitullah dan Saie, adalah simbolisasi peristiwa yang dialami oleh Nabi Ibrahim seisi keluarga. Baginda bapa kepada nabi-nabi kerana dari baginda lahir Ismail, Ishak, keturunan Ayub, Isa dan Muhammad. Berdiri bulu romaku kerana jalan mengelilingi Baitullah ini pernah dijejaki oleh kekasih Allah dengan tujuan yang sama. Aku teringat blok yang kubaca yang menyatakan, dalam tawaf kegiatan berputar yang melambangkan berputarnya alam semesta, juga jumlah putaran sebanyak 'tujuh' yang melambangkan bilangan 7 hari dalam seminggu, 7 lapis langit dan bumi, dan 7 lapis syurga dan neraka. Ka'bah sebagai pusat tawaf dikatakan dikelilingi puluhan ribu malaikat (sebagian riwayat menyebutkan 70.000 malaikat) yang bertawaf setiap harinya.
Tiap kali melalui kawasan Rukun Yamani, aku memanjatkan doa, “Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat, serta hindarkanlah kami daripada seksa api Neraka”.
Walau apapun ragam mereka, mereka tetap tawaf mengikut arah lawan jam. Bertahlil….. Bertahmid, aku memuji kebesaran Allah. Memohon keampunan dan kebebasan dari azab api neraka. Bila aku memandang Kaabah dengan mata batinku yang teramat dalam, aku kerap merasakan betapa kerdilnya aku ini di hadapanNya, dan aku dapat rasakan seolah-olah Allah merekod tiap pergerakan kita dan aku merasakan seolah-olah Dia memerhatiku yang menyebabkan aku terbius sehingga menumpahkan takungan air mata keinsafan. Aku beristilam setiap kali melintasi lokasi Hajrul Aswad, merendahkan diri sekerdil-kerdilnya di hadapan kebesaran Allah dan berdoa memohon diampunkan dosa acapkali melalui Rukun Yamani. Sewaktu istilam, suaraku hampir tidak terkeluar ditenggalami perasaan sebak yang berpanjangan. Sukar menukilkan rasa yang terpendam nun jauh di sanubari hamba-Mu yang berdosa ini.
Usai Tawaf, kami melakukan berhimpun di suatu lokasi untuk menunaikan solat sunat tawaf di Multazam. Itulah rokuk, sujud pertamaku di depan Baitullah Masjidil Haram. Aku berdoa “Ya Allah, terimalah umrahku sebagai umrah yang mabrur, terimalah solat aku, amalanku, sedekahku dan jadikanlah semua itu sebagai bekalku di akhirat nanti. Masukkanlah aku dan keluargaku ke dalam Syurga-Mu tanpa dihisab Ya Allah”. Aku mendongak ke atas di mana terpampang langit yang kosong. Mudah-mudahan betul apa yang pernah aku dengar dari ilmuan agama yang mengatakan, “Di Masjidil Haram, doa akan terus sampai kepada Ilahi kerana langit kosong tiada penghadangnya, tiada langsirnya dan tiada sempadannya.”
Usai solat, Tetamu Allah NurMultazam mengaminkan doa yang dibacakan oleh Mutawif Ustaz Thoib. Air jernih tumpah lagi buat sekalian kalinya. Hampir keseluruhan Duyufurrahman Nurmultazam mengalirkan air mata keinsafan. Abangku juga menangis teresak-esak ketika kami berpelukan. Kami bergerak mencari lokasi air zam-zam sebelum bergerak ke Safa untuk melakukan ibadah Saie. “Allahumma inni as luka ilman naafia Warizqan waasi’a wasyifaan kulli daa” . Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, reziki yang luas dan penawar bagi segala penyakit. Itulah doa yang kubaca semasa meminum air zam-zam usai solat sunat tawaf.
Jarak antara kedua bukit Safa dab Marwah lebih kurang 420 meter sehala. Aku berdoa: “Bismillahirrohmaanirrohiim. Innas safaa walmarwata min sya’aairillah. Faman hajjal baita awi’tamara falaajunaaha ‘alaihi ayyatawaafa bihimaa wamantatawwa’akhairan fa innallaaha syaakirun ‘aliim”. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Safa dan Marwah sebagian dari syiar tanda kebesaran Allah. maka barang siapa yang beribadah haji dan umrah ke Baitullah maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai'e diantara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati maka sesungguhnya Allah Maha Penerima Kebaikan lagi Maha mengetahui.
Dari Safa kami berjalan santai sambil membaca doa-doa yang diketuai oleh Mutawif menuju ke Marwa. Apabila nampak lampu hijau kami berdoa. Sampai di Marwa kami berdoa dan kembali semula ke Safa. Begitulah perlakuan yang kami ulang sehingga 7 kali. Mengikut bahasa, Saie berasal dari perkataan ‘Sa’yu’ yang membawa makna berusaha. Iaitu betapa berusahanya bonda Nabi Ismail berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk memperoleh air. Hikmah sa'ie: lambang kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Jama'ah umrah wajib mengambil ibrah perjuangan Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim as) ketika mencari air dengan berlari antara bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Terasa penat kerana ia agak jauh. Kira-kira 3 km (lebih kurang 420 meter sehala). Ketika inilah aku membayangkan kepayahan yang dialami oleh Siti Hajar semasa mencari air di tengah ketandusan padang pasir untuk anaknya Nabi Ismail a.s. yang menangis kehausan. Hentakan kaki Nabi Ismail a.s yang menangis kehausan itu akhirnya menyebabkan air terpancut keluar dari dalam bumi. Air ini dikenali dengan air zam-zam yang tidak kering-kering sehingga ke hari ini. Teladan yang aku pelajari dari kisah ini ialah kegigihan seorang wanita solehah dan melambangkan martabat wanita adalah tinggi dalam Islam. Di lokasi lampu hijau, jemaah lelaki sunat berlari anak dan membaca doa berikut : “Rabbigfir warham wa’fu watakarram watajaawaz’ammaa ta’lam, innaka ta’lamu maalaa na’lam. Innaka antallaahul a’azzul akram”. Ya Allah ampunilah, sayangilah, maafkanlah, bermurah hatilah dan hapuskanlah apa-apa yang Engkau ketahui dari dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang kami sendiri tidak tahu. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Tinggi dan Maha Pemurah. Nampak seperti mudah, tetapi ibadah saie memerlukan kekuatan fizikal terutamanya kaki. Lantai yang sejuk dan perjalanan jauh dari Madinah dalam suasana duduk di dada bas membuatkan kaki terasa lenguh. Itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada semangat kami Tetamu Allah. Kami bergerak dengan santai sambil membaca doa-doa tertentu atau sebahagian kami hanya mengikuti tertib yang dibacakan oleh mutawif pengiring kami.
Usai saie di Marwa, dengan berhati-hati aku memohon suriku menggunting sedikit rambut sambil membaca doa tahalul. Rombongan Nurmultazam berkumpul di batuan Marwa untuk membaca doa beramai-ramai. Aku berdoa memohon Allah menerima ibadat umrah kami sebagai umrah yang mabrur. Jam 12.46 pagi, selesailah umrah pertama kami.
Hari ke-2 di Mekah - (8 Disember - Sabtu) - Bebas
Sebahagian tetamu Allah Nurmultazam balik ke hotel. Akan tetapi kami suami isteri masuk mencari selipar yang ditinggalkan di rak 474 kerana usai meninggalkan Marwah, aku hanya berkaki ayam. Usai menemui selipar, aku mengiringi suriku ke tandas wanita dan dia tidak bercadang untuk balik ke hotel mengikutiku. Kami berjanji tamu di pintu masuk Kompleks Safwah selepas solat subuh. Aku menyusuri jalan raya keseorangan kerana tetamu Allah Nurmultazam berada jauh di hadapanku. Setibanya di hotel penginapan, aku mengesan dua buah beg abang kandungku di tingkat 12 dan menyimpannya di depan pintu bilik mereka.
Usai tiba di bilik, aku membongkar barangan kami, mengasingkan mengikut keperluan. Oleh kerana bilik kami tidak memiliki almari, pakaian di sidaikan dengan penyangkut di batang langsir dan belakang pintu. Aku mencuba beberapa soket yang ada di sekeliling bilik, waima ada empat soket, hanya dua sahaja yang boleh dipergunakan. Aku juga mengatur minuman tiga dalam satu ke dalam laci agar mudah untuk diakses.
Aku bertolak semula ke masjid pada jam 1.45 pagi. Di muka pintu bilik aku menadah tangan dan berdoa, “Ya Allah, mudahkanlah perjalananku menuju ke Masjid-Mu, kekalkan wudukku sehingga selesai beriktikaf di masjid-Mu. Jagalah lisan dan jagalah perilakuku dan permudahkanlah kesempurnaan ibadahku dan kekalkanlah wuduk sehingga kami selesai beritikaf di masjid-Mu.”
Usai tiba di pintu pagar masjid, aku melafazkan niat ikktikaf. Aku berkampung di kawasan karpet hijau pintu 82 83 menuruni beberapa anak tangga. Ya Allah, betapa tenang, indah syahdu, nikmat dan khyusuk menusuk di saat berada di Haram ketika menunaikan rantaian solat-solat tahaitul masjid, solat taubat, solat syukur, solat tahajud dan solat hajat. Pelbagai solat digilir bersilih ganti diselangi dengan doa. Maraton wirid melalui kiraan tasbih analog, aku teruskan. Sayup rasa ketika pertama kali mendengar laungan azan pertama. Aku bangun untuk meneruskan maraton beberapa solat selepas itu.
Usai solat subuh dan solat jenazah, aku dan isteri bertemu di lokasi yang dijanjikan untuk bersarapan di Kompleks Safwah. Kami tidak terus balik, akan tetapi meneruskan misi yang belum kesampaian iaitu membeli jubah pribadi. Jam 7.36 pagi, kami meninggalkan Kompleks Safwah, masuk semula ke dalam masjid untuk solat Dhuaa. Kami balik mencuci sedikit pakaian dan menanak nasi. Usai makan dengan sardin ikan masin, kami berdua bergerak ke haram jam 10.43 pagi. Rutin biasa membaca doa di balik pintu. Kami dzohor, asar, maghrib dan isyak di lokasi 82 83. Aku teruskan aktiviti seperti yang kami amalkan di Madinah, rentetan solat sunat, berdoa dan berzikir. Usai solat jenazah seleoas solat isyak, kami sepakat untuk merapat ke kafe hotel untuk makan malam. Allah Ya Allah, acara hari pertama berjalan lancar atas perkenan Allah.

Menikmati nasi mandy kambing di cafe hotel penginapan |
Sebelum melelapkan mata, aku sempat memikirkan, apa kaitan Baitullah dengan pahala seratus ribu? Buku “Pusaran Energi Kaabah” merungkaikan, semakin tua sesuatu rumah ibadat itu, semakin besar pula aura yang ada di dalamnya. Tidak dinafikan Baitullah adalah rumah ibadat pertama di muka bumi ini, sudah tentulah auranya semakin banyak, ditambah pula seluruh umat Islam di dunia ini solat menghadapnya, makanya auranya semakin bersemarak. Tambahan pula ia dikeliling dengan umat Islam yang tidak putus-putus serta terus-terusan mengerjakan tawaf, solat, berzikir, beriktikaf, berselawat dan rutin rangkaian beberapa ibadah lain sepanjang masa siang dan malam. Buku juga tersebut merungkaikan tentang perjalanan Israk Mikraj Rasulullah. Baginda tidak memulakan perjalanannya dari Masjid Al-Aqsa, atau dari rumah baginda, atau dari Gua Hira, bahkan memilih Masjidil Haram kerana aura yang terdapat di dalamnya. Atas kehendak Allah, Jibril mengubah kondisi badan baginda kepada tenaga yang penuh agar boleh bergerak dengan kelajuan yang teramat tinggi untuk ke arah tujuannya.
Fakta kedua nilai seratus ribu ialah, semua yang bersolat di sekitar Baitullah memperoleh tenaga positif darinya. Jutaan jemaah yang solat di sekitarnya menghimpunkan tenaga yang sangat besar. Ini ditambah pula dengan aura aktiviti keluarga Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar yang semuanya ada kaitan dengan Baitullah.
Kesimpulannya, waima di mana kita mengerjakan solat, solat itu menyerap getaran hati kita dan beroleh pancaran tenaga positif dari Allah, lebih-lebih lagi andai solat itu ditunaikan di Masjidil Haram.
Hampir jam dua pagi, keriuhan rombongan ibadah umrah transit di Mesir mengejutkan kami berdua. Alhamdulillah, suasana tenang kembali selepas itu untuk kami meneruskan mimpi-mimpi indah kami.
Hari ke-3 di Mekah- (9 Disember 2018- Ahad)- Bebas
Jam 3.05 pagi, terjaga di awal pagi untuk membancuh kopi buat sarapan pengalas perut kami berdua. Kami mandi sunat ihram kerana pada pagi ini kami bercadang untuk miqad di Tanaim. Kami ingin memanfaatkan hari bebas yang diaturkan oleh agensi umrah kami. Aku memasukkan dua helai kain ihramku ke dalam beg galas belakang. Aku sengaja tidak menyarung kain ihram dari hotel penginapan, kerana risau dikatakan menunjuk-nunjuk. Aku mengelak fitnah sesama jemaah yang mengakibatkan penambahan dosa bukan pahala.
Usai kami berdua lengkap bersiap jam 4.18 pagi, lantas kami bersegera menuju ke masjid. Rutin biasa membaca doa di balik pintu, memohon agar perjalanan kami mendapat restu-Nya, dilindungi, dipermudahkan dan memperoleh umrah mabrur. Dalam suasana dingin yang masih membaluti sekejur tubuh kerdil ini, dengan berpegangan tangan kami bergerak ke masjid di cuaca 24 darjah celcius mengikut catatan di luar Al-Haram. Pagi itu, kami memilih masuk ke haram melalui pintu 82 83.
Sebelum subuh, kami bergerak untuk mencari lokasi lain bagi menunaikan solat sunat lain dan terus-terusan menadah tangan memanjatkan doa, mengadu sepuas-puasnya …. Kepada Allah. Aku pohon keampunan dan dipermudahkan segala urusan. Tidak ada yang dilakukan kecuali mensyukuri nikmat kesempatan berkunjung dan solat di depan Baitullah.
Jam 6.20 pagi usai subuh, kami menuju ke Exit 5 di mana terdapat escalator turun ke bawah terowong untuk menaiki teksi ke Tanaim. Indahnya perancangan hebat Allah ...... Ya Allah begitu mudah untuk memperoleh teksi di kawasan berkenaan, sebuah teksi berparkir di situ seolah-olah menunggu kedatangan kami berdua. Setelah rundingan harga dibuat melalui bahasa kalkulitor, kami bergerak ke Tanaim. Jam 6.42 pagi kami tiba di Tanaim, lantaran tiada kesesakan.
Suasana di dalam Masjid Tanaim lenggang di awal pagi. Aku boleh memilih lokasi yang aku sukai. Usai membuka pakaian dan memasukkan ke dalam beg galasku, aku mengenakan kain ihram. Aku menunaikan Solat tahaiyatul masjid, solat sunat ihram, solat syukur dan solat taubat. Aku menemui isteriku di dekat tandas luar masjid Tanaim untuk melafazkan niat umrah. "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala".
Semasa bergerak ke Haram, aku dan isteri membaca tarbiah dengan suara perlahan antara kedengaran dengan tidak. Di perjalanan, beberapa kali kami terserempak dengan kanak-kanak melintasi jalan-jalan raya menuju ke pusat pengajian mereka. Tidak siapa yang menduga percaturan yang disusun oleh Allah. Kami diturunkan di kawasan deretan bas awam merah SAPTCO Mekkah-Tanaim, dan memasang niat untuk ke Tanaim menggunakan perkhidmatan bas awam tersebut pada hari-hari berikutnya. Kami masuk melalui pintu 82 83 kerana pintu tersebut menuju ke dataran Kaabah. Aku tinggalkan beg berisi pakaian di suatu kawasan dan menuju ke Lampu Hijau untuk melafaz niat tawaf umrah dan memulakan tawaf. Kami bergerak dengan santai kerana situasi di sekitar Kaabah tidak terlalu ramai kerana kebanyakkan para Duyufurrahman kembali ke hotel untuk menikmati sarapan pagi. Aku dapat merasai suasana tenang damai di pagi hari dengan cuaca sekitar 23 dariah celcius. Aku istilam tiap kali melalui Hajrul Aswad, aku kucup tangan ini dengan penuh tawaduk, kurenung Maqam Ibrahim, kurenung Hijir Ismail dan ku tadah tangan memohon keselamatana dunia akhirat ketika berada di lokasi Rukun Yamani dan memohon dimasukkan ke Firdaus tanpa dihisab bersama keluarga. Ya Allah sungguh syahdu menggamit rasa di jantung hatiku ketika itu. Mataku tidak terlepas menghayati keistimewaan dan keindahan khat ayat Al Quran yang bersalut keemasan. Di pusingan keenam kami berdua melonggarkan pusingan agar mudah bergerak ke Multazam.
Usai selesai tawaf, kami berdua berundur ke Multazam. Aku ke kawasan saf lelaki manakala suriku menuju ke arah saf wanita untuk menunaikan solat sunat tawaf. Aku berlama di saat-saat menyentuhkan dahiku di sujud terakhir untuk melanjutkan deretan ritual doa. Kutadah tangan menghadap ke Kaabah untuk berdoa selepas solat. Aku berdiri sekali lagi untuk menunaikan solat Dhuaa, sebelum bergerak ke Safa. Kami memulakan saie di lantai bawah yang juga kelihatan lenggang. Kami mengangkat tangan ketika melalu deretan lampu hijau lokasi di mana Siti Hajar berlari-lari anak ketika mencari air untuk anaknya Ismail. Aku membayangkan betapa perit dan lamanya masa yang diambil oleh suri Nabi Ibrahim untuk melengkapkan ulak-alik tersebut, dalam cuaca terik dan laluan berbatu. Mengapa kita tidak bersyukur, dalam surah Ar Rahman, berulangkali Allah menyebut, “Mana satu nikmat yang Allah berikan yang dapat kita dustakan,” kerana dewasa ini kita melakukan ritual saie di kawasan rata dengan suasana berpenghawa dingin. Kami bertahalul pada jam 9.15 pagi. Pagi ini, aku menerima W’sap dari sahabatku Mohd Latfee, mengenai lokasi hotel penginapannya. Hotel beliau berjarak tidak berapa jauh dari hotel penginapan kami.
Usai tahalul, kami bergerak ke arah tempat menyimpan pakaian dan meyarung pakaian biasa untuk makan tengah hari di Restoran D’Saji kompleks Safwah. Usai makan, kami ke kedai bersebelahan di mana aku sempat membeli beberapa pasang jubah. Jam 11.50 pagi, kami masuk semula ke masjid melalui pintu 82 83 untuk ritual rentetan solat sunat, dzohor, jenazah dan solat sunat lain. Jam 1.15 petang, kami berdua bercadang untuk berdoa di Hijir Ismail. Allah Ya Allah, dengan izin-Mu, Engkau mudahkan kami untuk menyusup ke Hijir-Nya tanpa tolak-menolak antara sesama Duyufurrahman. Aku cuba menghadang rempuhan jemaah terhadap seorang jemaah wanita (dari paras rupanya dia adalah wanita India) yang bersolat, bersolat dan berdoa selepas itu. Allah Ya Allah, usai bersolat sepuasnya, wanita tersebut membuka ruang untuk aku menunaikan solat di Hijir-Mu. Amat cantik percaturan yang Engkau sediakan untuk insan pendosa seperti aku. Aku tidak berniat untuk berlama di Hijir-Mu Ya Allah. Sebelum meninggalkan Hijir, aku berdoa agak panjang. Ketika perjalanan keluar meninggalkan Hijir, sekali lagi Allah mudahkan pergerakan keluar kami berdua diikuti oleh seorang wanita Indonesia yang mengikuti di belakang kami. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih kepada kami berdua kerana dengan izin Allah, beliau juga mudah untuk keluar dari Hijir.
Ketika sejam sebelum Asar, kami berdua keluar ke tandas. Aku mengajak suriku ke kedai Dawood dan sempat membeli Beg Galas untuk cucuku dan membeli 4 biji donat untuk mengisi perut. Syukur Ya Allah Engkau berikan kami kesempatan beriktikaf di haram-Mu sedari jam 4.18 pagi hingga ke Isyak.
Sebelum tidur, aku menanak nasi untuk sahur pada keesokkan harinya, membantu suriku untuk menggosok pakaian esok hari. Syukur Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesempatan berlama di haram-Mu dan kesempatan tersebut kami rebut dengan mempelbagaikan solat kerana solat di Masjidil Haram tiada waktu tahrimnya.
Hari ke-4 di Mekah- (10 Disember 2018- Isnin)- Miqat di Ji’ranah untuk umrah kedua
Kami terjaga awal pagi sebelum loceng berbunyi, lantas membaca doa bangun tidur. Memakan buah kiwi, buah pulm dan membancuh minuman lalu makan berlaukkan sardin ayam bersama isteri untuk bersahur. Rutin yang telah kami amalkan semenjak berpijak di Madinah kami teruskan di Mekah seperti membaca doa di balik pintu. “Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami menuju ke Masjid-Mu, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Jagalah lisan dan jagalah perilaku kami dan permudahkanlah kami untuk bersolat di dekat Baitullah-Mu”.
Aku menghantar pesanan ringkas kepada abangku untuk bertemu di lobby hotel jam 4.30 pagi. Semasa azan pertama dikumandangkan, kami berempat menuju ke pintu King Fhad (pintu 91), naik Escalator ke lantai paling atas Masjidil Haram. Usai solat tahaiyatul masjid, kami berempat menapak ke pagar yang mengelilingi lantai masjid untuk melihat para tetamu Allah melakukan tawaf. Kami berempat menikmati suasana itu dengan ditemani oleh ratusan jemaah lain. Sebelum azan subuh, aku menunaikan pelbagai solat-solat sunat seperti selalunya, solat tahajud, solat taubat, solat syukur, solat hajat dan beberapa solat-solat sunat lain.
Saat azan subuh dikumandangkan, aku memerhatikan gelungan lampu hijau di Zam-zam Clok Tower menyala dengan cantik. Subuh di Masjidilharam dengan berbumbungkan langit terbuka cukup mengujakan. Terasa dekat sangat diri ini dengan Allah apabila dapat bersolat di lantai atas, bertawajuh menghadap-Nya menjadikan diri merasa terlalu kerdil. Berbilion umat Islam bersolat dari pelbagai penjuru dunia menghadap ke Kaabah, dan kami pula disantuni-Nya bersolat betul-betul di tempat istimewa di mana kami dapat menyaksikan keseluruhan Masjidil Haram. Kedinginan tiupan bayu di Masjidil Haram tanpa bumbung di pagi itu menyusup ke segenap roma ubun-ubunku. Ku dongak ke atas langit kosong, syukur Ya Allah, engkau pilih kami antara jutaan insan seluruh dunia serta Engkau izinkan kami bersolat di rumah suci-Mu.
Hari ini kami sepakat balik awal dan menuju ke cafe hotel untuk bersarapan. Kami bersedia untuk menyertai lawatan ke Jabbar Rahmah tetapi tidak ikut bermiqad di Jaranah. Kumpulan kami bergerak ziarah ke Jabar Tsur dan Jabar Rahmah. Kami tiba di Jabal Nur pada jam 8.50 pagi. Di kejauhan tampak gagah Jabar Rahmah. Pemandu mendekati bukit tersebut dan menempatkkan basnya di tempat yang paling strategik. Jabbar Rahmah, bukit yang terletak di Arafah. Ia adalah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah terpisah 200 tahun (40). Arafah tidak pernah sunyi dengan kunjungan umat Islam seluruh dunia. Kita perlu mendaki dengan menaiki 168 anak tangga untuk tiba di atasnya.
Fakta kedua nilai seratus ribu ialah, semua yang bersolat di sekitar Baitullah memperoleh tenaga positif darinya. Jutaan jemaah yang solat di sekitarnya menghimpunkan tenaga yang sangat besar. Ini ditambah pula dengan aura aktiviti keluarga Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar yang semuanya ada kaitan dengan Baitullah.
Kesimpulannya, waima di mana kita mengerjakan solat, solat itu menyerap getaran hati kita dan beroleh pancaran tenaga positif dari Allah, lebih-lebih lagi andai solat itu ditunaikan di Masjidil Haram.
Hampir jam dua pagi, keriuhan rombongan ibadah umrah transit di Mesir mengejutkan kami berdua. Alhamdulillah, suasana tenang kembali selepas itu untuk kami meneruskan mimpi-mimpi indah kami.
Hari ke-3 di Mekah- (9 Disember 2018- Ahad)- Bebas
Jam 3.05 pagi, terjaga di awal pagi untuk membancuh kopi buat sarapan pengalas perut kami berdua. Kami mandi sunat ihram kerana pada pagi ini kami bercadang untuk miqad di Tanaim. Kami ingin memanfaatkan hari bebas yang diaturkan oleh agensi umrah kami. Aku memasukkan dua helai kain ihramku ke dalam beg galas belakang. Aku sengaja tidak menyarung kain ihram dari hotel penginapan, kerana risau dikatakan menunjuk-nunjuk. Aku mengelak fitnah sesama jemaah yang mengakibatkan penambahan dosa bukan pahala.
Usai kami berdua lengkap bersiap jam 4.18 pagi, lantas kami bersegera menuju ke masjid. Rutin biasa membaca doa di balik pintu, memohon agar perjalanan kami mendapat restu-Nya, dilindungi, dipermudahkan dan memperoleh umrah mabrur. Dalam suasana dingin yang masih membaluti sekejur tubuh kerdil ini, dengan berpegangan tangan kami bergerak ke masjid di cuaca 24 darjah celcius mengikut catatan di luar Al-Haram. Pagi itu, kami memilih masuk ke haram melalui pintu 82 83.
Sebelum subuh, kami bergerak untuk mencari lokasi lain bagi menunaikan solat sunat lain dan terus-terusan menadah tangan memanjatkan doa, mengadu sepuas-puasnya …. Kepada Allah. Aku pohon keampunan dan dipermudahkan segala urusan. Tidak ada yang dilakukan kecuali mensyukuri nikmat kesempatan berkunjung dan solat di depan Baitullah.
Jam 6.20 pagi usai subuh, kami menuju ke Exit 5 di mana terdapat escalator turun ke bawah terowong untuk menaiki teksi ke Tanaim. Indahnya perancangan hebat Allah ...... Ya Allah begitu mudah untuk memperoleh teksi di kawasan berkenaan, sebuah teksi berparkir di situ seolah-olah menunggu kedatangan kami berdua. Setelah rundingan harga dibuat melalui bahasa kalkulitor, kami bergerak ke Tanaim. Jam 6.42 pagi kami tiba di Tanaim, lantaran tiada kesesakan.
Suasana di dalam Masjid Tanaim lenggang di awal pagi. Aku boleh memilih lokasi yang aku sukai. Usai membuka pakaian dan memasukkan ke dalam beg galasku, aku mengenakan kain ihram. Aku menunaikan Solat tahaiyatul masjid, solat sunat ihram, solat syukur dan solat taubat. Aku menemui isteriku di dekat tandas luar masjid Tanaim untuk melafazkan niat umrah. "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala".
Semasa bergerak ke Haram, aku dan isteri membaca tarbiah dengan suara perlahan antara kedengaran dengan tidak. Di perjalanan, beberapa kali kami terserempak dengan kanak-kanak melintasi jalan-jalan raya menuju ke pusat pengajian mereka. Tidak siapa yang menduga percaturan yang disusun oleh Allah. Kami diturunkan di kawasan deretan bas awam merah SAPTCO Mekkah-Tanaim, dan memasang niat untuk ke Tanaim menggunakan perkhidmatan bas awam tersebut pada hari-hari berikutnya. Kami masuk melalui pintu 82 83 kerana pintu tersebut menuju ke dataran Kaabah. Aku tinggalkan beg berisi pakaian di suatu kawasan dan menuju ke Lampu Hijau untuk melafaz niat tawaf umrah dan memulakan tawaf. Kami bergerak dengan santai kerana situasi di sekitar Kaabah tidak terlalu ramai kerana kebanyakkan para Duyufurrahman kembali ke hotel untuk menikmati sarapan pagi. Aku dapat merasai suasana tenang damai di pagi hari dengan cuaca sekitar 23 dariah celcius. Aku istilam tiap kali melalui Hajrul Aswad, aku kucup tangan ini dengan penuh tawaduk, kurenung Maqam Ibrahim, kurenung Hijir Ismail dan ku tadah tangan memohon keselamatana dunia akhirat ketika berada di lokasi Rukun Yamani dan memohon dimasukkan ke Firdaus tanpa dihisab bersama keluarga. Ya Allah sungguh syahdu menggamit rasa di jantung hatiku ketika itu. Mataku tidak terlepas menghayati keistimewaan dan keindahan khat ayat Al Quran yang bersalut keemasan. Di pusingan keenam kami berdua melonggarkan pusingan agar mudah bergerak ke Multazam.
Usai selesai tawaf, kami berdua berundur ke Multazam. Aku ke kawasan saf lelaki manakala suriku menuju ke arah saf wanita untuk menunaikan solat sunat tawaf. Aku berlama di saat-saat menyentuhkan dahiku di sujud terakhir untuk melanjutkan deretan ritual doa. Kutadah tangan menghadap ke Kaabah untuk berdoa selepas solat. Aku berdiri sekali lagi untuk menunaikan solat Dhuaa, sebelum bergerak ke Safa. Kami memulakan saie di lantai bawah yang juga kelihatan lenggang. Kami mengangkat tangan ketika melalu deretan lampu hijau lokasi di mana Siti Hajar berlari-lari anak ketika mencari air untuk anaknya Ismail. Aku membayangkan betapa perit dan lamanya masa yang diambil oleh suri Nabi Ibrahim untuk melengkapkan ulak-alik tersebut, dalam cuaca terik dan laluan berbatu. Mengapa kita tidak bersyukur, dalam surah Ar Rahman, berulangkali Allah menyebut, “Mana satu nikmat yang Allah berikan yang dapat kita dustakan,” kerana dewasa ini kita melakukan ritual saie di kawasan rata dengan suasana berpenghawa dingin. Kami bertahalul pada jam 9.15 pagi. Pagi ini, aku menerima W’sap dari sahabatku Mohd Latfee, mengenai lokasi hotel penginapannya. Hotel beliau berjarak tidak berapa jauh dari hotel penginapan kami.
Ketika sejam sebelum Asar, kami berdua keluar ke tandas. Aku mengajak suriku ke kedai Dawood dan sempat membeli Beg Galas untuk cucuku dan membeli 4 biji donat untuk mengisi perut. Syukur Ya Allah Engkau berikan kami kesempatan beriktikaf di haram-Mu sedari jam 4.18 pagi hingga ke Isyak.
Sebelum tidur, aku menanak nasi untuk sahur pada keesokkan harinya, membantu suriku untuk menggosok pakaian esok hari. Syukur Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesempatan berlama di haram-Mu dan kesempatan tersebut kami rebut dengan mempelbagaikan solat kerana solat di Masjidil Haram tiada waktu tahrimnya.
Hari ke-4 di Mekah- (10 Disember 2018- Isnin)- Miqat di Ji’ranah untuk umrah kedua
Kami terjaga awal pagi sebelum loceng berbunyi, lantas membaca doa bangun tidur. Memakan buah kiwi, buah pulm dan membancuh minuman lalu makan berlaukkan sardin ayam bersama isteri untuk bersahur. Rutin yang telah kami amalkan semenjak berpijak di Madinah kami teruskan di Mekah seperti membaca doa di balik pintu. “Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami menuju ke Masjid-Mu, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Jagalah lisan dan jagalah perilaku kami dan permudahkanlah kami untuk bersolat di dekat Baitullah-Mu”.
Aku menghantar pesanan ringkas kepada abangku untuk bertemu di lobby hotel jam 4.30 pagi. Semasa azan pertama dikumandangkan, kami berempat menuju ke pintu King Fhad (pintu 91), naik Escalator ke lantai paling atas Masjidil Haram. Usai solat tahaiyatul masjid, kami berempat menapak ke pagar yang mengelilingi lantai masjid untuk melihat para tetamu Allah melakukan tawaf. Kami berempat menikmati suasana itu dengan ditemani oleh ratusan jemaah lain. Sebelum azan subuh, aku menunaikan pelbagai solat-solat sunat seperti selalunya, solat tahajud, solat taubat, solat syukur, solat hajat dan beberapa solat-solat sunat lain.
Saat azan subuh dikumandangkan, aku memerhatikan gelungan lampu hijau di Zam-zam Clok Tower menyala dengan cantik. Subuh di Masjidilharam dengan berbumbungkan langit terbuka cukup mengujakan. Terasa dekat sangat diri ini dengan Allah apabila dapat bersolat di lantai atas, bertawajuh menghadap-Nya menjadikan diri merasa terlalu kerdil. Berbilion umat Islam bersolat dari pelbagai penjuru dunia menghadap ke Kaabah, dan kami pula disantuni-Nya bersolat betul-betul di tempat istimewa di mana kami dapat menyaksikan keseluruhan Masjidil Haram. Kedinginan tiupan bayu di Masjidil Haram tanpa bumbung di pagi itu menyusup ke segenap roma ubun-ubunku. Ku dongak ke atas langit kosong, syukur Ya Allah, engkau pilih kami antara jutaan insan seluruh dunia serta Engkau izinkan kami bersolat di rumah suci-Mu.
Hari ini kami sepakat balik awal dan menuju ke cafe hotel untuk bersarapan. Kami bersedia untuk menyertai lawatan ke Jabbar Rahmah tetapi tidak ikut bermiqad di Jaranah. Kumpulan kami bergerak ziarah ke Jabar Tsur dan Jabar Rahmah. Kami tiba di Jabal Nur pada jam 8.50 pagi. Di kejauhan tampak gagah Jabar Rahmah. Pemandu mendekati bukit tersebut dan menempatkkan basnya di tempat yang paling strategik. Jabbar Rahmah, bukit yang terletak di Arafah. Ia adalah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah terpisah 200 tahun (40). Arafah tidak pernah sunyi dengan kunjungan umat Islam seluruh dunia. Kita perlu mendaki dengan menaiki 168 anak tangga untuk tiba di atasnya.
Jabbar Rahmah yang menggamit kenangan |
Jabal Nur (2,500 kaki) dari paras laut. Di puncaknya terletak Gua Hira tempat Rasulullah menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibril. Khadijah bersusah payah memanjat bukit berbatu Jabal Nur (2,500 kaki) yang begitu tinggi untuk menghantar makanan kepada Rasulullah. Kami hanya mendengar takzirah dan taklimat mutawif.
Kami menuju ke Ji’ranah sekadar ziarah. Ji’ranah mempunyai sejarah yang tersendiri. Rasulallah SAW sendiri melakukan umrah dari Ji’ranah. Di sinilah juga tempat Rasulallah saw berihram untuk melakukan umrahnya yang ke tiga kalinya. Ibdu Abbas meriwayatkan bahwa bahwa Rasulallah saw melakukan umrah selama hidupnya sebanyak 4 kali, pertama umrah Hudaibiyah, kedua umrah Qadha’, ketiga umrah yang dilakukanya dari Ji’ranah sepulangnya dari perang Hunain, keempat umrah pada saat melakukan Haji wada’. Di Ji'ranah, kami disantuni oleh sekumpulan peniaga jalanan yang menawarkan pelbagai barangan seperti jubah, barang hiasan, songkok, tasbih dan lain-lain. Ada beberapa peniaga menaiki bas kami merayu agar membeli barangan dagangan mereka. Ada juga peniaga yang menawarkan jubah perempuan semurah SR 50.00 untuk tiga helai menaiki bas kami .
Usai bas dihuni seramai 30 orang jemaah lengkap dihitung oleh Mutawif Ali Amin, kami bergerak kembali ke hotel. Bas kami terhalang untuk tiba dekat hotel penginapan. Kami terpaksa berjalan kaki balik ke hotel, kerana bas tidak dibenarkan memasuki kawasan Jalan Ibrahim Khalil kerana jalan-jalan raya dipenuhi oleh jemaah yang menghamparkan sejadah bersiap untuk solat Dzohor. Di bahu jalan, tetamu Allah sedia menghamparkan sejadah untuk solat zohor.
Usai makan, tengahhari itu kami bergerak ke haram dan berlama di sana. Usai solat asar, aku keluar ke kedai Dawood untuk membeli juadah berbuka (dua biji donat dan dua biji bun) dan kembali semula ke lokasi asal. Sebelum maghrib, aku memerhatikan gelagat beberapa Pak Arab membawa karung makanan untuk berbuka. Di lantai bawah pintu 82 82, kami bergabung di tengah-tengah laluan, menyandar di tepi tiang untuk berbuka puasa. Kami hanya balik selepas solat Isyak.
Di perjalanan balik ke hotel, Allah hamparkan peluang kami untuk berinfaq. Kami didatangi oleh peniaga makanan (Al Basha Restoran) yang menawarkan sedekah kepada fakir. Oleh sebab tidak membawa Rial Saudi tetapi dipersetujui dengan Ringgit, kami menyerahkan Ringgit Malaysia dengan kadar yang tidak perlu aku kongsikan. Sememangnya semenjak menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, kami berdua tercari-cari cerita sedekah kepada fakir dalam cerita “Kenangan Haji dan Umrah,” suatu Faccebook yang direka khas untuk berkongsi cerita pengalaman berhaji dan berumrah.
Di laluan pulang juga, kami berdua membeli dua buah tasbih panjang yang tidak kesampaian kami beli di Madinah. Malam hari ini, kami dihidangkan dengan Nasi Mandi Kambing, makan nasi kambing kali kedua selepas memakannya ketika berada di Sarjah Dubai. Sempat juga menapau untuk santapan di bilik penginapan. Aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Hari ke-5 di Mekah- (Selasa 11 Disember 2018- tidak menyertai ziarah ke Hudaibiyah tetapi memilih miqad di Tanaim dengan menaiki bas awam)
Terjaga di awal pagi dengan rutin biasa membancuh kopi buat sarapan pengalas perut kami berdua. Hari ini kami berdua sepakat untuk tidak menyertai misi ziarah luar serta bermiqad di Hudaibiah, tetapi memilih untuk bermiqad di Tanaim. Kami melunaskan mandi sunat ihram. Kerana tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk, aku memasukkan kain ihram ke dalam beg sandang. Rutin biasa membaca doa di balik pintu, dalam suasana dingin yang masih membaluti sekejur tubuh kerdil ini. Doa ditambah dengan menyebut, “Ya Allah, hari ini kami akan berniat umrah semata-mata kerana-mu Ya Allah, semata-mata kerana-Mu Ya Allah, semata-mata kerana-Mu Ya Allah, lindungi kami dalam perjalanan, kurniakan kami dengan umrah yang mabrur dan kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu.” Dengan mengenakan pakaian biasa, kami bergerak ke masjid sambil berpegangan tangan. Wuduk tetap terjaga kerana adalah menjadi amalanku semenjak di Madinah, memakai sarung tangan tika bergerak ke mana-mana.
Dengan berpegangan tangan kami bergerak ke masjid menuju ke pintu 82 83 bagi memudahkan kami bertemu dekat tiang di masjid tersebut. Usai subuh, kami bergerak keluar ke Exit 5 dan menuju ke perhentian bas awam berwarna merah (SAPTCO), bas awam ulang alik Tanaim-Haram. Stesen bas terletak di tepi hotel Anjum di Jalan Ibrahim Khalil. Deretan bas merah sedia untuk menyantuni para Duyufurahman untuk bermiqad di Tanaim. Jam 6.45 pagi, dengan tambang SR 3.00 seorang bagi perjalanan sehala, kami berdua bergerak ke Tanaim. Bas dipenuhi oleh tetamu Allah warga Pakistan / India diserti dua orang Melayu (aku dan isteri). Bas awam tersebut berhenti beberapa kali untuk menurunkan penumpang awam. Aku sempat menghantar foto selfi kami berdua di dalam bas dan menghantar kepada Group W'sap Nurmultazam bagi memaklumkan yang kami tidak menyertai lawatan ke Hudaibiyah.

![]() |
Bas awam yang kami tumpangi di perkarangan Hotel Anjum |
Jam 7.05 pagi bas tiba di Tanaim. Di Tanaim yang lenggang dan belum ramai tetamu Allah, aku menyalin pakaian biasa kepada kain ihram. Usai solat tahayatul masjid, solat sunat ihram dan solat taubat, aku membeli tiket bas SR6.00 untuk dua orang. Jam 7.46 pagi, bas bergerak meninggalkan Tanaim selepas berniat umrah. Aku disantuni oleh seorang jemaah Malaysia. Ku kira, hanya kami bertiga jemaah Malaysia, yang selebihnya orang India / Pakistan. Di tengah perjalanan, bas berhenti menurunkan penumpang yang aku kira jemaah yang solat subuh di Masjid Tanaim. Terlihat juga kelibat remaja lelaki berjubah dengan beg sandang di jinjing, berjalan menuju ke suatu destinasi. Ku kira mereka ini merupakan pelajar yang menuju ke sekolah masing-masing.
Kami tiba di Haram jam 8.14 pagi. Jam 9.02 pagi kami berdua memulakan tawaf dengan santai untuk membolehkan kami mempelbagaikan bacaan seperti selawat, zikir dan doa-doa tertentu yang tidak aku kogsikan di sini.
Seperti rutin biasa, kami berundur ke Multzam untuk menunaikan solat sunat tawaf dan meneruskan rangkaian solat dhuaa dan solat sunat lain. Kami menuju ke ruang Sai'e aras bawah yang tidak begitu ramai. Kami membaca niat Sai'e di batuan Safa menuju ke Marwah dan diulang sebanyak tujuh kali. Di kawasan lamou hijau, aku berlari-lari anak sambil membaca doa. Jam 10.14 pagi, kami selesai tahalul. Allah Ya Allah, syukur Ya Allah yang memudahkan urusan tawaf, Saie dan tahalul kami berdua.
Misi kami berdua dengan menaiki bas ke Tanaim berjaya. Insya Allah, usaha ini akan melorong kepada tetamu Allah lain selepas ini untuk ke Tanaim dengan menggunakan bas awam, bukan menaiki teksi dengan membelanjakan tidak kurang SR 50. Kami berdua kembali ke pintu 82 83 yang lengang kerana sebahagian tetamu Allah sudah balik ke hotel penginapan. Suasana lenggang itu membolehkan aku menanggalkan kain ihram dan menyarung jubah untuk sarapan di Felda de Saji Safwah Tower.
Kami kembali ke haram dengan , menaiki Escalator memilih lantai satu pintu 91 (pintu King Fhad). Aku meneruskan misi maraton beberapa solat, berdoa, zikir dan aktiviti lain di kawasan karpet hijau kawasan King Fhad. Selepas zohor, kami ke Felda Di Saji sekali lagi untuk makan tengah hari. Sempat menemankan isteri membeli jubah. Kami berlama di masjid dan hanya balik ke hotel selepas solat Isyak.
Kami berdua menyertai makan malam di kafe hotel. Alhamdulillah, hari ini aku berjaya melunaskan misi zikirku yang jumlahnya tidak perlu aku kongsikan untuk mengelak diri ini dari sifat riak, salah -amat aku satu yang teramat aku takuti. Kini aku lega untuk meneruskan untuk zikir-zikir tambahan.
Hari ke-6 di Mekah- (12 Disember 2018 - Rabu)- Bebas
Rutin harian diteruskan apabila terjaga seawalnya untuk memasak air, menanak nasi dan bersarapan dengan roti bantal dengan isteri. Sesekali keluar makan di D'saji dan pulang semula ke hotel lewat malam hanya untuk merehatkan badan dan membersihkan diri. Itulah antara rutin di saat-saat akhir yang berbaki beberapa hari sebelum meninggalkan bumi ambiya ini. Usai bersiap, kami meninggalkan hotel jam 3.00 pagi, dalam suasana berbaur pelbagai rasa. Jari-jemari suriku ku genggam erat kerana aku memakai sarung tangan. Di pintu bilik, aku membaca doa sambil diaminkan oleh isteriku. Kilauan lampu limpah yang terang benderang dan indah menyebabkan Masjid Haram bergemerlapan umpama tiada malam, sudah pasti akan kurindui tatkala kembali ke tanah air. Di laluan ke masjid dipenuhi dengan jemaah tempatan dan jemaah berziarah. Di laluan ke masjid, kedai-kedai terus dibuka, malahan kedai tersebut dibuka 24 jam, tidak seperti di Madinah. Kami dan tetamu Allah lain, berbondon-bondon menapak ke masjid. Kami berselilih dengan orang yang pulang dari masjid dengan berpakaian ihram. Aku membaca doa masuk ke masjid dan membaca doa iktikaf. Solat tahaitul masjid, solat-solat sunat dibuat dengan tenang sementara menunggu solat subuh.
Pagi ini kami sepakat untuk bersarapan di kafe kerana berhajat untuk menyertai lawatan ke Thaif. Tambang tambahan dikenakan sebanyak RM50.00 seorang untuk tujuan perjalanan tersebut, tetapi amat berbaloi kerana disertakan dengan makan minum sekali (Nasi Mandy kambing). Bas meninggalkan perkarangan hotel pada jam 8.29 pagi. Seramai 22 orang jemaah dari tiga buah bas, bersatu dalam sebuah bas yang dikendalikan oleh sahabat seiman ‘Jabir’. Di dada bas, kami terdiam seketika lantaran terbuai menyaksikan lanskap kehijauan di kiri kanan jalan menuju ke Thaif. Tidak berapa lama kemudian, salah seorang mutawif kami memohon Ustazah Lilis mengetuai nasyid. Kami disantuni dengan selawat dan Qasidah yang diketuai oleh Ustazah Lilis Mulyani. Hati merewang, dada menyempit ketika menyertai zikir dan selawat sepanjang perjalanan. Jam 10.31 pagi, kami tiba di Masjid Othman Al Afan. Sempat solat dhuaa dan solat taubat di masjid tersebut. Tetamu Allah sempat mengeluarkan Rial Saudi di lokasi tersebut utnuk membeli pelbagai barangan yang dijual di sana. Para peniaga menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan, jubah, pakaian, minyak wangi dan sebagainya. Aku sempat membeli dua botol minyak wangi kasturi, sebotol wangian kasturi biasa (cecair) dan sebotol wangian kasturi pekat berwarna putih susu. Kami teruja dalam barisan panjang untuk merasai keenakan ais krim Saudi di van ais kerim di luar kawasan masjid. Allah Ya Allah, kami tidak mengeluarkan Rial Saudi kerana salah seorang jemaah berinfaq kepada kami yang ramai itu. Jam 12.19 tengah hari, aku sempat merakam kenangan beramai-ramai.
Tiga orang mutawif remaja, Ustaz Ali Amin, Ustaz Tholib dan Ustaz Sukran silih ganti menceritakan sejaran Thaif. Thaif mencipta sejarah yang tersendiri. Sezaman dengan Rasulullah, sejumlah 41 orang bayi telah dilahirkan di Kota Mekah. Adalah menjadi kebiasaan kepada para ibu dari bangsa Arab Badwi yang tinggal jauh di pendalaman (Thaif), berduyun-duyun datang ke kota Mekah untuk mengambil upah menyusui bayi-bayi yang baru dilahirkan. Sudah semestinya mereka berebu-rebut mendapatkan anak-anak pembesar Quraisy Mekah yang hartawan, lantaran upah yang lumayan.
Halimah binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal dengan nama Halimatus Sa'adiah (dari perkampungan Bani Saad), merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah) dan rakan-rakannya keluar ke Mekah dengan menaiki unta. Unta kenderaan Halimatus Sa’adiah yang tua jauh tertinggal di belakang. Akhirnya sejumah 40 bayi bangsawan yang dibaluti dengan kain sutera diserah kepada 40 orang ibu susuan.
Malang kepada Aminah (ibu Rasulullah) kerana dia telah kematian suami, iaitu Abdullah. Maka wanita desa yang datang untuk menawarkan perhidmatan tidak singgah lansung ke rumah Aminah, kerana mereka tahu tidak akan ada upah tinggi diberi jika mereka menyusui puteranya (Muhammad).
Halimatus Sa'adiah yang sangat lemah lembut dan penyabar, akhirnya tiba di depan rumah Abdul Muttalib. Kerana keluarga Rasulullah SAW miskin, maka Rasulullah SAW dibungkus dengan kain ala kadar semata-mata di saat baginda diserah kepada Halimatus Saadiah.
Bila rombongan Bani Sa’ad datang, adalah menjadi tradisi kesemua bayi itu diletakkan di Kaabah untuk dikucupkan kepada Hajrus Aswad. Ketika tiba giliran Halimatus Sa’adiah, alangkah terkejutnya beliau apabila tiba-tiba batu Hajar Aswad keluar dari sarangnya dan pergi kepada Rasulullah SAW dan terus menciumi Rasulullah SAW. Halimah berkata, “Alangkah bahagianya saya, bayi ini mesti ada masa depan’. Setelah itu, Halimah pulang bersama abang susuan Nabi dan suami Halimah. Ketika mereka naik unta, terkejutlah mereka, unta tua mereka menjadi perkasa dan dapat mendahului semua rombongannya. Selama 4 tahun Rasulullah SAW dipelihara. Halimah itu orang miskin, seperti Siti Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah SAW, rezekinya mewah. Rumah mereka bercahaya pada setiap malam tanpa menyalakan pelita, lantaran cahaya yang muncul dari wajah baginda. Semenjak kecilnya, baginda sudah menunjukkan sikap bertimbangrasa yang tidak mahu menghisap air susu milik abang sesusuannya.
Suatu ketika, Rasulullah SAW bermain-main di padang pasir dengan abang susuannya yang bernama Damrah. Tiba-tiba baginda terlentang seolah-olah pengsan. Selepas Rasulullah SAW puas dipeluk oleh Halimtus, Rasulullah SAW mengatakan, “Ada 3 orang menangkapnya dan membelah dada tanpa rasa sakit,” Semenjak itu, baginda dijaga rapi oleh keluarga Halimatus.
Kami ziarah ke beberapa tempat bersejarah nabi, seperti Masjid Siku. Jam 1.11 petang, kami tiba di lokasi di mana nabi berehat selepas dihujani batu oleh para musuh baginda. Jam 1.54 petang, kami tiba di kilang wangian Al Qorashei. Kami disajikan dengan tayangan tatacara pembuatan wangian, talkum pewangi badan dan beberapa produk lain, namun tidak berminat untuk membelinya. Jam 3.18 petang, kami berkumpul di Restoran Nasi Mandy Ayam / Kambing untuk makan tengah hari. Memang diakui ramai bahawa Nasi Mandy Thaif berbeza dari nasi mandy di tempat lain, sedap dan terasa bahan-bahannya. Di sini juga kami dihidangkan dengan makanan pencuci mulut Arab yang lazat dipanggil 'Khunafa". Aku berjaya merakam foto di hampir di kesemua lokasi di Thaif. Jam 4.37 petang, kami singgah di pasar buah Thaif. Berdekatan pasar tersebut ada sebuah kedai menjual produk dari kilang wangian Al Qorashei. Aku membeli talkum pewangi badan SR 10.00 apabila terdengar seorang jemaah menyatakan produk yang dijual lebih murah dari di kilang asalnya.
Di tengah perjalanan, bas kami singgah di suatu lokasi masjid kecil di tengah-tengah kawasan perkampungan dan deretan kedai untuk solat jamak zohor asar. Bas yang kami naiki meneruskan perjalanannya. Jam 6.48 malam, kami solat jamak Maghrib Isyak di Qarnul Manazil (salah satu tempat bermiqad). Qarnul Manazil yang selama ini hanya didengari melalui pembesar suara di dalam pesawat yang mengumumkan untuk melafazkan niat umrah bagi jemaah yang terus ke Mekah. Masjidnya agak besar dalam kawasannya lapang dan luas. Di kiri kanan jalan terdapat deretan puluhan kedai menjual aneka barangan, namun kedai-kedai tersebut tidak kami singgahi. Bas kami tiba di hotel pada jam 8.32 malam.

Restoran bertingkat "Nasi mandy kambing / ayam di Thaif". |

Duduk bersimpuh menikmati nasi mandy kambing / ayam yang menyelerakan |
Aku dan suriku terus masuk ke bilik kerana perut masih terasa kenyang lantaran penangan nasi mandy kambing di Thaif. Usai mandi, kami berdua menapak ke tingkat 1 untuk taklimat wida. Semasa merakam foto sessi taklimat, aku mengesan kelibat seseorang Duyufurrahman yang seakan-akan aku kenali ketika remajanya. Mungkinkah ia Akbar anak Makcik Tiayah (Kampung Tanjung Aru) rakan setugasku di SMK Sanzac. Mungkin? Tamat traklimat, aku turun ke bawah untuk bergunting rambut dan mencari kedai menjual telur. Aku bertegur sapa dan disantuni oleh Mutawif Ali Amin untuk tunjuk arah kedai menjual telor. Aku membeli 6 biji telur berkulit putih Saudi dengan bayaran SR 4.00. Aku sempat membeli 10 helai barangan untuk cenderamata jemaah Surau Al Mukminun Pangsa Puri Tanjung Aru. Kami merebus telur berkenaan dan membungkusnya dengan tisu untuk mengelak pecah untuk dibekal balik ke tanah air.
Sebelum tidur, kami mengemas barangan kami ke dalam dua beg besar dan tiga beg kecil. Aku labuhkan tirai malam dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Hari ke-7 di Mekah- (13 Disember - Khamis)- (Hibanya meninggalkan Baitullah ketika tawaf wida)
Anak bedagung lagas dahinya
Tajam melintang alis matanya
Rindu berkumpul di dalam dada
Entah bila pantan lukanya
Terjaga di awal pagi untuk membancuh kopi buat sarapan pengalas perut kami bedua. Aku menghantar pesanan ringkas kepada abangku untuk menunggu di loby hotel jam 4.00 pagi. Kami meninggalkan hotel menuju ke pintu 82 83 untuk solat subuh di loksi tersebut bagi memudahkan pergerakan ke dataran Kaabah tempat di mana kami diarah berkumpul untuk Tawaf Wida.
Pagi itu agak sayu kerana hari tersebut merupakan hari terakhir kami berada di Mekah. Kami atur langkah kami dengan agak perlahan bagi menyerap segala kenangan selama beberapa hari di bumi suci kota Mekah. Dengan mata bergenang, kami renung sepuas-puasnya apa yang ada di depan mata kami. Dari mula kami bergerak meninggalkan hotel, kawasan sekitar hotel, kawasan para peniaga yang selama ini tidak jemu-jemu mempelawa kami untuk bertandang ke kedai mereka seperti kedai ais kerim, gedung pakian, surau kecil, gedung makanan, kedai tasbih dan pelbagai barangan hinggalah ke dalam masjid, semuanya meninggalkan bekas yang mendalam di hati ini. Apa yang paling menyayukan hati ialah Baitullah. Hati ini berbisik, bila lagi Allah berkenan untuk menjemput kami untuk ibadah zirah ke sana. Dari dataran masjid, aku mengunyah sepuasnya semua kedamaian yang terdapat di sana. Ku tenung dalam perasaan yang paling dalam, ku toleh menara Jam Mekah, paparan LCD lebar di Kompleks Safwah, kubah-kubah indah, lampu limpah yang mengesankan dan binaan dalaman yang mengelilingi Baitullah. Aduh, sungguh dalam kerinduan yang bakal kubawa pulang nanti, yang entah bolehkah kutenung untuk sekalian kalinya dalam masa mendatang. Ya Allah bagaimana aku dapat meninggalkan rumah-Mu ini untuk kembali ke tanah airku, sedangkan baru saja beberapa hari menyerap rasa bahagia ketika mendampingi Kaabah-Mu pada saban waktu.
Waima masih banyak jahitan luka kerinduan di hati ini yang masih belum pantan, namun hakikatnya kami terpaksa berpisah dengan Baitullah-Mu. Aku seolah-olah tidak sanggup menahan rindunya terhadap Rudah dan Baitullah. Usai brkumpul di kawasan yang dijanjikan (King Fhad Gate), dengan rasa berat, kami merapat ke garisan lampu hijau untuk memulakan tawaf Wida (tawaf perpisahan). Aku genggamkan segala-galanya apa yang aku lakukan selama beberapa hari di dataran Baitullah, aku rangkulkan segala kenangan dalam benakku dan aku berdoa sepenuh hati menanam hasrat untuk kembali lagi ke dua kota suci Allah dalam masa terdekat. Kami mendekati lampu hijau untuk memulakan tawaf wida dengan bimbingan mutawif Ali Amin. Mataku tidak terlepas dari memandang setiap sisi Baitullah. 7 pusingan yang menyiksa aku layan perasaan yang cukup dalam.
Kemudian kami berundur ke Multazam. Aku solat sunat tawaf dengan berlama di sujud terakhirku dengan deretan doa. Kami berpelukan sesama jemaah dengan linangan air mata. Sebelum meninggalkan Baitullah, aku dan suriku berundur ke suatu sudut untuk ritual doa yang agak panjang sambil menghadap dan mendepakan tangan ke arah Baitullah.
Kami meninggalkan Baitullah dengan langkah yang agak berat. Setibanya di bilik, jam 10.55 pagi kami menurunkan bagasi kami dengan bantuan Mutawif Ustaz Thoib. Di saat-saat sebelum menaiki bas, aku beredar ke hotel Tharawat Diyafat Al Rahman untuk bertemu sahabatku Mohd Letfee Ahmad, sahabat Maktab Perguruan Gaya yang tidak pernah aku temui (41 tahun) setelah berpisah. Kami hanya berpelukan dan bersembang sekejap. Beliau sempat memperkenalkan isteri dan anaknya. Kami tidak berpeluang untuk berpotret kerana ia adalah antara pantang larang selepas tawaf wida. Sesungguhnya Allah tidak mahu tetamunya kecewa, kerana sahabatku ini berhajat untuk bertemuku semenjak di Madinah. Syukur Ya Allah, waima aku gagal untuk bertemu dengan CEO nombor dua Hiddan Travel Sdn Bhd Haji Zaharudin, dan gagal mengesan Cikgu Mat Weston, aku memperoleh peluang untuk pertemuan lain atas perkenan Allah.
Setiap kali hendak bertemu ada sahaja penyebab kegagalan pertemuan tersebut. Antaranya, ziarah luar, ada rancangan lain dan pelbagai rintangan, walhal ketika ziarah luar, beliau juga terlibat dengan ziarah tersebut, begitu juga dengan ziarah Thaif.
Jam 11.21 pagi, bas bergerak meninggalkan hotel penginapan. Jam besar kurenung dari kejauhan dengan perasaan pilu yang cukup dalam. Kami melintasi kawasan masjid Tanaim dan kali terakhir aku melihat kelibat jam tersebut ialah pada jam 11.31 pagi. Aku melayan emosi laraku sehingga ke Jeddah. Di tengah perjalanan, ada beberapa ketika aku mencapai kameraku untuk merakam kehijauan bukit-bukit di sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Haji Jeddah. Ternyata bukit yang menghijau itu adalah antara tanda-tanda kiamat akan muncul dalam masa yang cukup dekat. Kami tidak berpeluang singgah di bandar Jeddah kerana larangan kerajaan Arab Saudi, memandangkan kejadian kemalangan maut melibatkan jemaah Indonesia beberapa minggu terdahulu berlaku di Jeddah.
Bas berhenti di saat mendekati Airport Jeddah. Mutawif Ali Amin merakamkan beberapa ucapan, antaranya beliau tidak dapat bersama ke airport Jeddah, dan terpaksa turun di tengah padang pasir. Hati begitu terbungkam. Aku menginfakkan sedikit barangan yang diisikan di dalam beg sandang NurMultazam dan kuserahkan kepada beliau berserta begnya sekali. Usahaku ini juga diikuti oleh tetama Allah yang lain. Jelas di raut wajah beliau terpancar rasa kesedihan tatkala berpelukan dengan para duyufurrahman setelah bersama hampir dua minggu menyantuni dan membimbing jemaah di dua kota suci.
Di saat tiba di Lapangan Terbang Jeddah, aku mencari lokasi surau untuk solat jamak Zohor Asar. Sempat merakam kenangan kelibat jemaah membungkus beg dan makan tapau yang dibekal oleh pihak agensi.
Jam 2.55 petang, aku mendepani barisan panjang untuk cek-in pesawat Royal Brunei. Allah Ya Allah, aku berada di barisan depan dan merupakan orang yang pertama cek-in dengan bantuan pengurus Nurmultazam, Puan Siti Sulhayati (2 bagasi besar beserta 4 beg kecil). Aku beroleh kerusi 35 A manakala suriku di kerusi 36 A. Aku juga masih berkesempatan untuk menolong jemaah menghantar air zam-zam ke kaunter khas.
Di dewan berlepas, aku memberanikan diri untuk menyantuni anak muda yang mirip Akbar anak Makcik Tiayah. Memang sangkaanku tepat, dialah orang yang aku maksudkan dan kami berbual seketika sementara menunggu pesawat berlepas.
Usai solat jamak Maghrib Isyak di kawasan sempit di ruang berlepas, pesawat Royal Brunei BI 1002 meninggalkan Jeddah. Penerbangan memakan masa 9 jam 15 minit. Apabila pesawat tenang, aku ke ruang belakang untuk mengesan kerusi kosong dan mengajak suriku untuk berpindah ke situ. Kami berjaya duduk sebaris berdekatan antara satu sama lain. Tiada ungkapan yang dapat membayangkan betapa memori di dua kota suci ini masih terbayang di ruang mata ini. Hati teramat sayu meninggalkan bumi ambia. Di tengah perjalanan, aku bergerak ke kerusi asal dan mengambil dua beg kami untuk dipindahkan ke ruang penyimpanan barang di tempat kerusi yang kami duduki. Di saat hendak mendarat, barulah tergerak hati ini untuk merakam foto kenangan di dalam pesawat. Aku mencari lokasi rakan-rakan sejemaah untuk rakaman tersebut, akan tetapi tidak kesemuanya dapat dirakam kerana sebahagian dari 110 orang jemaah di bawah NurMultazam masih melayan diri dengan mimpi (keletihan) yang tidak akan pernah padam.
Tiba di Brunei (14 Disember 2018- Jumaat)
Kereta lumba tidak bertayar,
Ada tayar pancit sebelah,
Kerinduan padamu sukar dibayar,
Itu penangan Mekah Madinah.
Setelah tiba di Brunei, kami berdua ditempatkan di bilik 303 Hotel Badi'ah Tutong (tel: 6732222888) Brunei Darussalam. Jam 12.30 tengah hari, atas keprihatinan salah seorang pertugas hotel, aku, Haji Samsul dan Haji Syaifuddin menapak ke Jalan Laksamana Abdul Razak, melintasi jejantas Sungai Kedayan untuk solat Jumaat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Sempat merakam gambar kenangan di sekitar masjid berkenaan dengan landskap Bahtera di tasik Sungai Kedayan. Di laluan balik, dari atas jejantas, kami juga merakam kenangan dengan ladskap Mahkota Jubli Emas Park. Dapat menyaksikan landskap yang mengujakan dengan berlatarkan perkampungan atas air.

Foto berlandskapkan Bahtera di tasik Sungai Kedayan |
Usai makan nasi tapau di hotel, aku mengajak suriku untuk minum petang di kedai berdekatan dengan hotel. Sempat membeli 3 helai seluar sukan dan lima helai baju T sukan pelbagai jenama kerana duit Brunei masih berbaki. Kami berdua minum petang dan makan roti jantan serta roti kuning Made In Brunei di Rasa Idaman Cafe. Semasa berada di First Emporium Supermarket, kami bertemu dengan Tuan Mimol dan Tuan Amidin.
Sebelum maghrib, aku terbaca status Facebook adik ipar (Saudara Zainal, suami Malai Salmah) yang melaporkan lokasi mereka sedang menghampiri cek point memasuki negara Brunei Darusalam. Aku menghantarkan komenter melaporkan lokasi kediaman kami bermalam di Brunei. Sebenarnya mereka berkunjung ke Sabah kerana menghadiri majlis perkhwinan anak buah isteri pada 8 Disember 2018 di Dewan Tabung Haji Sabah.
Pada malamnya, usai makan malam, sekali lagi kami keluar ke kedai berhampiran untuk menukar baju yang tersalah saiz. Balik ke bilik untuk mengemas kembali bagasi yang bakal dibawa pulang keesokkann harinya. Sempat menggosok baju yang akan dipakai balik ke kampung laman. Seperti malam-malam sebelumnya, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Brunei-Sabah “Selamat tiba ke tanah air “ (15 Disember 2018- Sabtu)
Ke seberang sungai naik palampung
Melastik pimping si buah kana
Jiwa ragaku mulih di kampung
Namun hatiku tertambat di sana
Usai subuh, apabila mantari mula menampakkan wajahnya, kami berempat menuju ke kafe hotel untuk sarapan pagi. Sekali lagi kami dihidangkan dengan pelbagai makanan, kali ini sarapan ikut selera Asia. Paginya, kami mengemas barang buat yang sekian kalinya untuk persediaan balik ke tanah air.
Allah Ya Allah, sempat juga bertemu dengan suami adik ipar (Zainal) yang bertandang ke hotel khas untuk bertemu kami. Kami berborak bertiga dengan panjang lebar. Usai berpeluk salam, aku memberikan cenderamata kepada beliau berupa sebotol minyak wangi kasturi susu yang bukan
cecair yang aku beli semasa ziarah Thaif.
Jam 12.26 tengah hari, aku sempat merakam kenangan terakhir di Hotel Badi’ah Tutong. Jam 12.30 tengah hari, bas coester dipenuhi dengan bagasi dan 15 para mantan Duyufurahman bergerak meninggalkan hotel penginapan di Brunei. Kesabaran untuk tidak memaksakan diri ke dalam bas tersebut mendapat kemudahan Allah. Kami bertiga (Aku, Cigku Abd Rahman dan Hj Mimol) dihantar ke Airport menggunakan Van serbaguna mewah, malahan kami tiba di Airport lebih awal dari bas coester yang bertolak terlebih dahulu dari van kami.
Kami terdiri dari 11 orang Group Dubai disertai oleh tiga sekeluarga dari Buang Sayang, sepasang suami isteri Kg Kuala dan Suami isteri Haji Saifuddin (sejumlah 18 orang semuanya), selamat cek-in penerbangan BI 825 tanpa sebarang masalah. Aku beroleh kerusi 37 A manakala suriku 37B. Usai solat jamak di surau airport, tanpa segan silu, kami menjamu nasi tapau di Lapangan Terbang Brunei.
Jam 4.30 petang, para Duyufurrahman selamat tiba di Kota Kinabalu. Sempat bersalaman sebelum berpisah. Masing-masing disantuni oleh ahli keluarga dan anak-pinak.
Aku bukan yang terbaik dan bersedia mengaku kekurangan diri, namun ingin mengajak anda melakukan amal yang terbaik
Sebelum maghrib, aku terbaca status Facebook adik ipar (Saudara Zainal, suami Malai Salmah) yang melaporkan lokasi mereka sedang menghampiri cek point memasuki negara Brunei Darusalam. Aku menghantarkan komenter melaporkan lokasi kediaman kami bermalam di Brunei. Sebenarnya mereka berkunjung ke Sabah kerana menghadiri majlis perkhwinan anak buah isteri pada 8 Disember 2018 di Dewan Tabung Haji Sabah.
Pada malamnya, usai makan malam, sekali lagi kami keluar ke kedai berhampiran untuk menukar baju yang tersalah saiz. Balik ke bilik untuk mengemas kembali bagasi yang bakal dibawa pulang keesokkann harinya. Sempat menggosok baju yang akan dipakai balik ke kampung laman. Seperti malam-malam sebelumnya, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Brunei-Sabah “Selamat tiba ke tanah air “ (15 Disember 2018- Sabtu)
Ke seberang sungai naik palampung
Melastik pimping si buah kana
Jiwa ragaku mulih di kampung
Namun hatiku tertambat di sana
Usai subuh, apabila mantari mula menampakkan wajahnya, kami berempat menuju ke kafe hotel untuk sarapan pagi. Sekali lagi kami dihidangkan dengan pelbagai makanan, kali ini sarapan ikut selera Asia. Paginya, kami mengemas barang buat yang sekian kalinya untuk persediaan balik ke tanah air.
Allah Ya Allah, sempat juga bertemu dengan suami adik ipar (Zainal) yang bertandang ke hotel khas untuk bertemu kami. Kami berborak bertiga dengan panjang lebar. Usai berpeluk salam, aku memberikan cenderamata kepada beliau berupa sebotol minyak wangi kasturi susu yang bukan
cecair yang aku beli semasa ziarah Thaif.
Jam 12.26 tengah hari, aku sempat merakam kenangan terakhir di Hotel Badi’ah Tutong. Jam 12.30 tengah hari, bas coester dipenuhi dengan bagasi dan 15 para mantan Duyufurahman bergerak meninggalkan hotel penginapan di Brunei. Kesabaran untuk tidak memaksakan diri ke dalam bas tersebut mendapat kemudahan Allah. Kami bertiga (Aku, Cigku Abd Rahman dan Hj Mimol) dihantar ke Airport menggunakan Van serbaguna mewah, malahan kami tiba di Airport lebih awal dari bas coester yang bertolak terlebih dahulu dari van kami.
Sekali lagi kami Kumpulan Dubai disertai 7 berkeluarga direzikikan Allah bermalam semalam di Brunei. Terima kasih Nurmultazam. |
Jam 4.30 petang, para Duyufurrahman selamat tiba di Kota Kinabalu. Sempat bersalaman sebelum berpisah. Masing-masing disantuni oleh ahli keluarga dan anak-pinak.
Aku bukan yang terbaik dan bersedia mengaku kekurangan diri, namun ingin mengajak anda melakukan amal yang terbaik
![]() |
Bersama mutawif muda Ustaz Ali Amin dan Ustaz Tolib |
Merawai ikan tenggiri
Tidak termuat ke dalam baldi
Tidak terniat membangga diri
Cuma menukil pengalaman peribadi
Bagiku, pengalaman mengerjakan ibadah umrah amat luar biasa, berharga dan pasti menjadi antara detik berbekas di hati. Ia melibatkan aktiviti fizikal dan aktiviti kerohanian untuk menyucikan diri. Di sini kita akan melihat kerohanian manusia sebenar yang memperhambakan diri kepada Allah dengan meninggalkan urusan dunia yang sementara seperti suasana manusia berbagai bangsa berkejar mengunjungi masjid apabila tiba waktu solat dengan suasana pemandangan yang damai tatkala berada di dalam masjid di dua kota suci tersebut.
Travelog ibadah ziarah mempunyai roh yang berbeza dengan kembara ke tempat lain. Kembara ke sini merupakan lombong untuk memohon keampunan terhadap yang maha mencipta. Setiap penziarah sering merindui tanah Haram, baik Mekkah mahupun Madinah, kerinduan ini muncul dari rohiyah dan hubungan yang kuat antara pribadi seorang hamba dengan Sang Pencipta. Sekembalinya aku ke tanah air, aku bertekad untuk belajar menjadi mujahid (menundukkan hawa nafsu), kerana andai menurut kehendak hawa nafsu sukar untuk kita mencapai tahap makrifah terhadap Allah.
Di hadapan Kaabah, aku duduk bersimpuh menggelora semangat sehingga menggetar perasaan, meningkatkan iltizam dan menyulam beberapa hajat tersirat yang aku simpul nun jauh di lubuk hati yang tidak perlu aku kongsikan dengan pembaca. Kini, aku berikhtiar sejuta upaya untuk menjinakkan hati yang liar, memproses jiwa yang kotor dan menyimpulkan ibadah yang kian longgar.
Kepada rakan serombongan terutama Group Dubai, karenah kalian kerap memeterai ibadah ziarah ini lebih bermakna. Terima kasih Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kerana mempertemukan kami dengan para duyufurahman yang memberi peluang kepada kami untuk berinfaq, tanpa kalian siapalah kami. Kami memohon maaf kerana acap kali kita tidak dapat bersua lantaran kami kerap memerap diri di dalam masjid berbanding di bilik penginapan. Bukan menganggap diri sudah maksima baik, sebenarnya kami ingin merebut peluang keemasan untuk beribadah secara total di dalam masjid selagi berada di bumi ambia. Kami juga kerap tidak menyertai sarapan pagi kerana hajat kami semata-mata untuk solat Dhuaa di masjid terlebih dahulu. Semenjak berada di tanah air, kami telah berniat untuk tidak mensia-siakan peluang beribadah di kota suci Mekah Madinah setelah beribu batu datang dari Malaysia. Keriuhan kalian sepanjang ziarah merupakan pemangkin roh ziarah kami berdua. Andai kata kami membisu, bukan bermakna kami jelek dengan karenah anda dan andaikata ada ketika kami tumpang ketawa, itu bukan bererti kami hanya ingin menambat hati anda, sememangnya kami betul-betul terhibur dengan kenakalan anda. Andai ada sebarang tingkah kami yang tidak menyenangkan rakan serombongan, sekalung maaf kami pohonkan. Acap kali aku berebut keluar dari bas, bukan semata-mata aku rakus, tetapi niatku adalah untuk merakam memori pergerakan rombongan kita untuk diabadikan sebagai kenangan terindah kita di dua kota suci Allah. Andai ada cerita kurang baik sepanjang ibadah ziarah, tinggalkan sahaja di bumi ambia dan bawalah balik cerita yang baik-baik sahaja.
Kesudian kalian untuk membaca hingga ke noktah akhir, terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih. Andai ia bermanfaat, kongsikan dengan sahabat dan kenalan lain, andaikata tidak, nokhtakan di sini saja. Sebelum menutup kalam, jutaan maaf aku panjatkan. “Bumi mana yang tidak ditimpakan hujan”. Andai dokumentasi ini dilihat sebagai ego pribadi saya, maafkan saya. Yang salahnya kenakalan jari-jemari saya yang secara tanpa sedar mengetuk papan kekunci komputer riba ini. Kepada kalangan yang belum berhajat untuk ziarah, jangan sekali-kali mempermainkan seruan Allah dengan berselindung dengan pelbagai alasan standard. Allah maha adil dan yakinlah yang Dia telah menyampaikan seru-Nya sebaik-baik saja kita dilahirkan ke dunia ini, cuma terdapat segelintir kecil yang belum mahu menyahutnya.
Dengan Rahmat dan Redha-Nya, kepulanganku ke tanah air membawa wang berbaki Dirham 250.00, wang berbaki dari suriku SR 108.00, Ringgit Brunei 231.00, dan aku sendiri ada pundul untuk umrah berikutnya lebih seribu Saudi Rial. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku mampu melunaskan sejumlah target selawat serta dzikir serta berjaya pula melepasi target dzikir (bonus 7789). Insya Allah selawat dan dzikir ini akan ada kesinambungannya sekembaliku ke tanah air.
Lingkari pinggang si tali arat,
Dapat memanjat paradah-paradah,,
Andai nak jadi jutawan akhirat,
Bermuhajirlah ke Mekah Madinah.
Lagau si kadul jadikan dangan
Dangan bedudun inda taranah
Rutin ibadah tinggal kenangan
Moga tabungan dibawa ke Jannah
Naik titi ke ujung jungkar,
Dahan pangalaban dibuat galah,
Kudoakan moga semangat terbongkar,
Menanam niat ziarah Baitullah.
Kerbau maluku di tengah padang,
Mengandar pakul berlapis kain,
Terbuku rindu untuk bertandang,
Moga dianugerah di kesempatan lain.
Moga Allah Rabbul Jalil memberi balasan syurga buat sekelompok deretan penulis seperti buku Nota Daripada Tuhan (Abdullah Bukhari Abd Rahim Al-Hafiz), Dhuyufur-Rahman / Tetamu Allah (Mohamad Zaki Abd. Halim), Cikgu, Anak Saya Okey? (Wan Zayuhisham Wan Yusoff), Don’t Be Sad (Nurul Ezzati Abd Wahab), 9 Nasihat Buat Anda yang Menunaikan Ibadah Haji dan Umrah (Dr. Yahya bin Ibrahim Al Yahya), Dia Khalifah Hidupku (Shahrizad Shafian), Mencari Keberkatan Dalam Perjalanan (Hjh Siti Zaimah A. Rahman dan Drs. Hj Hanafi Mohammed), Pusaran Eneggi Kaabah (Agus Mustofa), Haji dan Umrah Tidak Diangkat Ke Langit (Haji Muhammad Nasib bin Zawawi), Buku Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan, Pembimbing Ke Tanah Suci (Haji Wan Mohd Nor Che Mohamed), serta barisan penulis lain, atas perkongsian yang dicatatkan dalam tulisan mereka yang menjadi asbab untuk Allah menjemput kami untuk melakukan ibadah ziarah.
Jutaan terima kasih kerana sudi membaca hingga ke nokhtah terakhir.
Sekian, Allahu Alam.

19/12/2018