Tok Mamat menghias kaca,
Empulur pisang buat sisipan,Salam hormat buat pembaca,
Pantun ku hulur buat santapan.
Berkarat zarah sukar dipunah,
Akar melilit di pangkal azimat,
Pijat meniti dimakan gelama,
Bertapa di dahan pohon angsana,
Rahmat ziarah Mekah Madinah,
Sukar dilafaz manis diingat,
Hajat di hati hendak ke sana,
Dengan berdoa mudah terlaksana.
Azimat diserah sebagai kurnia,
Sebalik dinding digantung sudah,
Rahmat ziarah seantero dunia,
Tidak sebanding di bumi Madinah.
Terkenang sujud di karpet merah,
Dua pedang terpapar di tengah,
Dari kejauhan nampak menyerlah
Kepada Allah daku berserah,
MenatapMu Raudah buatku gundah,
Moga dijemput kunjung ke Madinah.
Buah papaya bertangkai satu,
Tangkai terurai lerai melata,
Bertuah andainya dijemput ke situ,
Bagai terburai si air mata.
Bertuah andainya dijemput ke situ,
Bagai terburai si air mata.
Kurma halwa pelengkap juadah,
Kupetik gitar puisi ku gubah,
Tersentuh jiwa melihat Raudah,
Hati bergetar tangan kutadah
Angsa berenang menyanggah ribut,
Tangan ditadah separas lengan,
Hati terkenang mulut menyebut,
Memori di Raudah tiada bandingan.
Apa diharap emas dicatu,
Memborong jamu buatan terkini,
Seberapa kerap kumelintas di situ,
Masih terbayang sehingga kini.
Misai tebal troli beroda,
Roda besar membawa pelana,
Beli serban bersendi ragi,
Usai subuh hingga ke dhuaa,
Enak rasanya berada di sana,
Sanggup kukorban sarapan pagi.
Angsa berenang di bawah atap,
Tepi telaga atap disentap,
Mata bergenang jantung berdetap,
Di Taman Syurga tempat meratap.
Kelulut kecil terbang ke laut,
Ombak rata sayap binasa,
Mulut terkunci hati terpaut,
Air mata melakar rasa.
Telur dadar makanan dicatu,
Disimbah merah roti parata,
Bukan sekadar memohon restu,
Menyingkap sirah Rasul tercinta.
Hendak ke seberang taktahu berenang,
Patah kemudi perahu tenggelam,
Hati berdebar mata bergenang,
Memori di situ entahkan padam.
Buat nisan dahan angsana,
Asap dapur penuh jelaga,
Tiap insan yang berhajat ke sana,
Moga mabrur dapat digapainya.
Nisan papan kayu bangkita,
Dahan lurus pilihan utama,
Insan terpilih hajat dicita,
Syurga firdaus mohon dipinta
Apa ramai di hujung sana,
Tali pedati diikat erat,
Menyemai ibadat tika di dunia,
Mengutip pahalanya tika di akhirat.
Lada padi si udang galah,
Pembuka selera pelengkap juadah,
Kepada semua tetamu Allah,
Peluang terbuka memaksimumkan ibadah.
Labuhkan jilbab tutup aurat,
Jilbab terselak mohon betulkan,
Doa dipohonkan selepas solat,
Berhimpun di akhirat dipermudahkan.
Anak Jawa berlapang dada,
Duduk menyorok atas landasan,
Alangkah tenang jiwa dan minda,
Solat khyusuk tiada batasan.
Rumah jati tidak beratap,
Bertingkap lawa senget sebelah,
Berdegup hati jantung berdetap,
Rasa di jiwa nak rangkul Kaabah.
Ikan bawal resepi temurun,
Makan berjimat di pokok angsana,
Puasa Syawal umpama setahun,
Lebih nikmat berpuasa di sana.
Asap api dalam rombongan,
Asap kereta hindar-hindarkan,
Azab neraka bukan omongan,
Wajib kita membuat persiapan
Hias perigi jenuh berlari,
Rumput di tanah di kaki lima,
Kisah di syurga bersama bidadari,
Berhimpun di Janah impian bersama.
Kain sutera tidak berurat,
Tampak bersinar gemerlapan cahaya,
Taat pada-Nya ketika solat,
Terapkan juga di lain ketika.
Emas lebur dalam takungan,
Segar nyaman kalungkan di tangan,
Suburkanlah hati dengan iman,
Dengan iman kita dimuliakan.
Pelanduk betina dimasak bunjut,
Daun palas buat alasnya,
Tunduk padaNya tika bersujud,
Kita perluaskan ke lain ketika.
Hujan api jangan ditadah,
Jika ditadah melecur tangananya,
Menadah tangan ke hadrat Allah,
Moga urusan dipermudahkannya.
Kepala dicukur rambut dibelah,
Arang sabut membakar juadah,
Bersyukur kita ke hadrat Allah,
Rebutlah peluang mengganda ibadah.
Tepung diuli di hujung sudut,
Kuih wajik berulam nangka,
MensyukuriNya bukan semata sujud,
Wajib diperluas ke seluruh ketika.
Anak serindit terbang ke bukit,
Patah sayapnya dilanda ribut,
Ribuan ringgit bukan sedikit,
Ibadat berlipat perlu direbut.
Rambut ikal dipintal dahan,
Keluar berniaga di ruang laman,
Ajal dan maut rahasia Tuhan,
Bersiap siaga usaha insan.
Kepala dicukur pelengkap ibadah,
Burung keluang membongkar rahasia,
Rasa bersyukur tetamu Allah,
Peluang beribadat jangan disia.
Nukil tinta hias juadah,
Pisau belati asah tajamkan,
Rasa cinta kepada Allah,
Solat berkualiti kita serlahkan.
Hampar sejadah atas pelana,
Pelana disangkut belakang kuda,
Reziki Allah yang kurnia,
Rahasia sebaliknya tentu ada.
Karat besi bertaut rotan,
Besi dibersih tampak menyerlah,
Rahmat Allah seluas lautan,
Jika beroleh suatu anugerah
Nukil tinta catatan alam,
Pusaka adat dipagar rawa,
Bila cinta amat mendalam,
Nikmat ibadat menusuk ke jiwa
Ikan tuna memakan lalat,
Pendekar hulu memakai tanjak,
Bukan semborono tunaikan solat,
Perkukuhkan ilmu sebelum terlajak.
Solat asar memakai gebar,
Gebar diborong 20 puluh rial,
Situasi di Mashyar sukar digambar,
Di alam nyata atau di alam khayal.
Janda Baik gagah dinamakan,
Nama tersemat didakap erat,
Benda yang baik jangan tangguhkan,
Jadi penyelamat dunai akhirat.
Melaka indah mendapat namanya,
Kiri kanan kemajuan tercapai,
Doakan daku sejahtera selamanya,
Semoga cita dapat digapai.
Sebilah paku semalu berduri,
Bata liat kukuh dijemur,
Sebelum daku mengundur diri,
Sejuta maaf tangan kuhulur.
25 Sept 2013
Tersentuh jiwa melihat Raudah,
Hati bergetar tangan kutadah
Angsa berenang menyanggah ribut,
Tangan ditadah separas lengan,
Hati terkenang mulut menyebut,
Memori di Raudah tiada bandingan.
Apa diharap emas dicatu,
Memborong jamu buatan terkini,
Seberapa kerap kumelintas di situ,
Masih terbayang sehingga kini.
Misai tebal troli beroda,
Roda besar membawa pelana,
Beli serban bersendi ragi,
Usai subuh hingga ke dhuaa,
Enak rasanya berada di sana,
Sanggup kukorban sarapan pagi.
Angsa berenang di bawah atap,
Tepi telaga atap disentap,
Mata bergenang jantung berdetap,
Di Taman Syurga tempat meratap.
Kelulut kecil terbang ke laut,
Ombak rata sayap binasa,
Mulut terkunci hati terpaut,
Air mata melakar rasa.
Telur dadar makanan dicatu,
Disimbah merah roti parata,
Bukan sekadar memohon restu,
Menyingkap sirah Rasul tercinta.
Hendak ke seberang taktahu berenang,
Patah kemudi perahu tenggelam,
Hati berdebar mata bergenang,
Memori di situ entahkan padam.
Buat nisan dahan angsana,
Asap dapur penuh jelaga,
Tiap insan yang berhajat ke sana,
Moga mabrur dapat digapainya.
Nisan papan kayu bangkita,
Dahan lurus pilihan utama,
Insan terpilih hajat dicita,
Syurga firdaus mohon dipinta
Apa ramai di hujung sana,
Tali pedati diikat erat,
Menyemai ibadat tika di dunia,
Mengutip pahalanya tika di akhirat.
Lada padi si udang galah,
Pembuka selera pelengkap juadah,
Kepada semua tetamu Allah,
Peluang terbuka memaksimumkan ibadah.
Labuhkan jilbab tutup aurat,
Jilbab terselak mohon betulkan,
Doa dipohonkan selepas solat,
Berhimpun di akhirat dipermudahkan.
Anak Jawa berlapang dada,
Duduk menyorok atas landasan,
Alangkah tenang jiwa dan minda,
Solat khyusuk tiada batasan.
Rumah jati tidak beratap,
Bertingkap lawa senget sebelah,
Berdegup hati jantung berdetap,
Rasa di jiwa nak rangkul Kaabah.
Ikan bawal resepi temurun,
Makan berjimat di pokok angsana,
Puasa Syawal umpama setahun,
Lebih nikmat berpuasa di sana.
Asap api dalam rombongan,
Asap kereta hindar-hindarkan,
Azab neraka bukan omongan,
Wajib kita membuat persiapan
Hias perigi jenuh berlari,
Rumput di tanah di kaki lima,
Kisah di syurga bersama bidadari,
Berhimpun di Janah impian bersama.
Kain sutera tidak berurat,
Tampak bersinar gemerlapan cahaya,
Taat pada-Nya ketika solat,
Terapkan juga di lain ketika.
Emas lebur dalam takungan,
Segar nyaman kalungkan di tangan,
Suburkanlah hati dengan iman,
Dengan iman kita dimuliakan.
Pelanduk betina dimasak bunjut,
Daun palas buat alasnya,
Tunduk padaNya tika bersujud,
Kita perluaskan ke lain ketika.
Hujan api jangan ditadah,
Jika ditadah melecur tangananya,
Menadah tangan ke hadrat Allah,
Moga urusan dipermudahkannya.
Kepala dicukur rambut dibelah,
Arang sabut membakar juadah,
Bersyukur kita ke hadrat Allah,
Rebutlah peluang mengganda ibadah.
Tepung diuli di hujung sudut,
Kuih wajik berulam nangka,
MensyukuriNya bukan semata sujud,
Wajib diperluas ke seluruh ketika.
Anak serindit terbang ke bukit,
Patah sayapnya dilanda ribut,
Ribuan ringgit bukan sedikit,
Ibadat berlipat perlu direbut.
Rambut ikal dipintal dahan,
Keluar berniaga di ruang laman,
Ajal dan maut rahasia Tuhan,
Bersiap siaga usaha insan.
Kepala dicukur pelengkap ibadah,
Burung keluang membongkar rahasia,
Rasa bersyukur tetamu Allah,
Peluang beribadat jangan disia.
Nukil tinta hias juadah,
Pisau belati asah tajamkan,
Rasa cinta kepada Allah,
Solat berkualiti kita serlahkan.
Hampar sejadah atas pelana,
Pelana disangkut belakang kuda,
Reziki Allah yang kurnia,
Rahasia sebaliknya tentu ada.
Karat besi bertaut rotan,
Besi dibersih tampak menyerlah,
Rahmat Allah seluas lautan,
Jika beroleh suatu anugerah
Nukil tinta catatan alam,
Pusaka adat dipagar rawa,
Bila cinta amat mendalam,
Nikmat ibadat menusuk ke jiwa
Ikan tuna memakan lalat,
Pendekar hulu memakai tanjak,
Bukan semborono tunaikan solat,
Perkukuhkan ilmu sebelum terlajak.
Solat asar memakai gebar,
Gebar diborong 20 puluh rial,
Situasi di Mashyar sukar digambar,
Di alam nyata atau di alam khayal.
Janda Baik gagah dinamakan,
Nama tersemat didakap erat,
Benda yang baik jangan tangguhkan,
Jadi penyelamat dunai akhirat.
Melaka indah mendapat namanya,
Kiri kanan kemajuan tercapai,
Doakan daku sejahtera selamanya,
Semoga cita dapat digapai.
Sebilah paku semalu berduri,
Bata liat kukuh dijemur,
Sebelum daku mengundur diri,
Sejuta maaf tangan kuhulur.
25 Sept 2013