Thursday, September 6, 2012

Allahu Alam


Jika cinta itu seperti gunung
yang perkasa dan ke angkasa ia terjulang
sering didaki bukti kegagahan
tetapi keutuhannya tetap kecundang
bila akhirnya ia menjadi batuan jalanan

Jika cinta itu umpama lautan
yang terbentang tanpa sempadan
airnya membiru menawan perhatian
tetapi ia tetap memahat pahitnya kenangan
bila akhirnya ia menjadi Tsunami
membunuh ribuan insan

Jika cinta itu ibarat ais
menyegarkan dan menyejukkan
hanya tengkok yang merasakan
tiba- tiba berubah menjadi cair
dek kerana panasnya persekitaran

Cintaku kepada Allah
melebihi segalanya
tidakkan padam
sentiasa menyejukkan
sentiasa menyegarkan
sentiasa merindukan
saat diriku dan dia bertemu kembali
di hari akhir nanti

Saat aku mengingati Allah
aku teringat anak isteri
dan zuriatku
serta ibu bapaku
semoga semuanya beroleh
perlindunganmu Ya Allah

6 Sept 2012