Tuesday, May 6, 2008

Karya kreatif asli dicipta pada 14 Januari 2009

Barumbun api pakai calana
Cuik ramuk banyak pacahnya
Riput matanya si anak cina
Sampai bartamu kirai matanya

Pangalaban buahnya labat
Palau mata malangui ka atas
Ampai-ampai kanalah ambat
Ratas dahi ampirkan tatas

Rabus kapayang dalam pariuk
Masak ulam di dalam cerek
Lauk bangas sudah bargiok
Bajurit najis jika takirit

Anak kambing putut ekongnya
Kabat pintu takut pancuri
Capi-capi banar olahnya
Bakunyanyang sapanjang hari

Bangun siang bartapus mua
Tumpah katupang ka dalam kari
Malu banar merahlah mua
Manyuap makanan tangan kairi

Butir tumbuh di indung batis
Tudung kalas dibuat tabir
Mata mamancar mamakai pantis
Gigi bapancar sanyum tarukir

Gulambir ayam warnanya merah
Ampalus kambang tabarus makan
Kalau baibun salarah-larah
Tartawa basar karayah-kayahan

Rumpun galagah dibuat panjar
Duduk di atas kayu bapanga
Hutang usin boleh ku bayar
Bakulimat sikit ku tunai juga

Jangan muras labih baibun
Batagar sangkuh randam di sungai
Jika tak dapat cara barsantun
Baiktah guna ilmu pamugai

Langit hitam tandakan hujan
Aying suak manitis lacah
Sadap sambal cacah balacan
Ambuyat sabalanga apa diacah

Taburanga tapih di pinggang
Tabalurut kain sampai ka paha
Kipat-kipat karuk dipanggang
Ratah lauk luan tamaha

Tutuh ranting bujak tambaga
Tangan pilai kana pijara
Ulam pawas pucuk pangaga
Rabah kapunan jangantah jara

Kulat kadap nyaman dirabus
Orang babau mambari rawan
Daging buaya ubatnya ampus
Tabung balakang ubatnya sawan

Tatacara berdoa

Membaca surah al-Fatihah dengan niat mencari keredaan Allah s.w.t. (sekali).-Hadiah surah al-Fatihah kepada Nabi Muhammad s.a.w. (sekali).-Hadiah surah al-Fatihah kepada kedua ibu bapa, guru, wali Allah dan ulama (sekali).-Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. (sekali).-Selepas itu, sambung dengan membaca hizib itu yang bermaksud:“Ya Allah Zat Yang Maha Mencukupi, aku mengharap kepada Zat Yang Mencukupi, dan aku memperolehi (sesuatu dari) Zat Yang Maha Mencukupi, hanya Allah yang mencukupi segala sesuatu, Allah yang mencukupi, dan sebaik-baik yang mencukupi (hanyalah Allah), dan segala puji-pujian adalah milik Allah.

Seloka sempena hari bumi pada 28/3/2009

Makan rahu bulan di kali
Tabuan basarang di ranting mangga
Khianat bumi jangan sekali
Amanah Allah selalu dijaga

Kembara

Taman Tasik Taiping, taman tasik tertua di Semenanjung dibuka pada 1880 ini. Landskap semula jadi tasik berlatar belakangkan Gunung Hijau mewujudkan 'mood' romantis. Keheningan taman ini seolah-olah mewakili kehidupan bandar yang pernah menjadi ibu negeri Perak ini, pernah menjadi 'lombong emas hitam' apabila bijih timah dijumpai di sini, dan kemudian berkembang maju dengan pelbagai infrastruktur yang dibina British untuk memudahkan perdagangan bahan komoditi itu. Di bandar ini, laluan kereta api pertama dibuka antara Taiping dan Port Weld pada 1885. Padang golf pertama di Semenanjung dibuka di Taman Tasik Taiping pada 1885.

Aku pernah berkunjung sekali di tahun 1974 semasa aku masih belajar di Sekolah Abdullah Munshi Pulau Pinang. Anak bongsuku baru saja berkhemah di situ pada 11-14 Ogos 2008 dan dia dijangka ke sana lagi bagi mewakili sekolahnya dalan karnival sukan pada pertengahan April 2009 ini.

Sayangi diri anda

1· Tubuh adalah teman anda. Fikirlah segala yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Hormati tubuh anda dan jangan berasa kecewa jika berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hati dengan bentuk tubuh yang dimiliki.
2· Berhenti membandingkan diri sendiri. Sifat untuk meniru memang ada pada setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru penampilan model bergaya di majalah. Namun, membandingkan diri anda secara terus-menerus dengan bentuk tubuh mereka mungkin kurang sesuai untuk anda. Belajarlah menghargai diri sendiri.

Solat

Muslim sejati mentaati segala perintah Allah dan me melihara diri daripada perkara ditegah, malah berhati-hati dalam beribadat termasuk solat yang menjadi tiang agama.Apabila bersolat, golongan ini mengerjakannya dengan ikhlas dan khusyuk, sama ada secara bersendirian atau berjemaah, dengan penuh adab serta tertib.Tetapi sekiranya seseorang Muslim itu tiada pengetahuan, sudah tentu solat tidak dapat dikerjakan dengan sempurna, malah gagal mencapai darjat khusyuk yang sebenar.

Pantun untuk sahabat yang menghadiri kursus Digital foto di Ipoh 23 hingga 26 Mac 2009:

Kail panjang tiada berumpan
Lelah tangan memegang joran
Semoga sukses dalam kehidupan
Kepada Allah doa dipanjatkan

Nukilan

Dia insan agung
dia terpekik terlolong
tapi dia bukan hantu polong
dia bukan juga ah long
dia cuma nak tolong
membebas katak bawah tempurung

Dia yang teragung
sewaktu aku setahun jagung
dia tempat aku berlindung
dinginku dipakai kain sarung
panasku dipayung
demamku digendong
nangisku dihulur anak patung
kalaku bingung, dia hulur kain telekung

Dia maha agung
semua ilmu diajar borong
dia tidak pandai kelentong
walau bercakap ibarat pengulas sukan siaran langsung
dia tidak mahu aku bagai tin kosong
dia mahu aku umpama gong
mengiringi persembahan Mak Yong
di persada Balai Rong

Dia guru agung
pintanya tiap kali bertembung
katanya menuntut ilmu itu ibarat kita menabung
umpama emas, hari ini simpan esok-esok tinggi melambung
mahunya aku menjadi, bukan setakat ikan basung
tetapi katanya sebesar ikan jerung
bukan sekadar menanam sebatas sayur kangkung
tetapi menanam padi huma beribu relung


Selamat Menyambut Hari Deepavali pada 17 Oktober 2009

Perihal atuk

Saya membesar di desa dengan 3 kediaman. Kediaman pertama di kampung halaman, dikelilingi dengan tanaman kontan seperti cekur, lempuyang, belimbing pucung, galagah, biabas, jagus, jambu ambuk, kedondong, ubi rambat, putat, pawas, nangka, durian kapal, kamangsi, ampalam dan bambangan. Kediaman ke-2 ( sulap) di atas bendang seluar 5 ekar (Kg. Langkawit), diguna tika musim berpadi. Kediaman ke-3 merupakan teratak di atas bukit seluas 5 ekar (Kg. Gadong, Kimanis), diguna ketika mengerjakan kebun getah keluarga. Gua ada sedikit sedih kerana ibundaku telah meninggal dunia pada 10 Ogos 2008 (82 tahun). Papa (Ngian) telah meninggal dunia pada 25 September 1968 (batah sudah).

Saya dikurniai empat puteri kesayangan. Yang sulung telah menunggu di pintu syurga. Yang ke-2 telah beroleh ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dan telah bertugas sebagai guru bermula 28 Januari 2009, yang ke-3 baru saja menerima ijazahnya pada 31 Oktober 2009 lalu manakala anak bongsuku sedang menunggu keputusan SPM March 2010. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan tahniah kepada semua anak-anakku kerana telah mengangkat martabat keluarga ke tahap yang sepatutnya. Tahniah