Allahu alam. Saya sekadar meminjam kata-kata . . . . sampaikan walau hanya sepotong ayat.
Sekadar meminjam kata-kata dalam buku tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim (Universiti Taibah Madinah)
Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya?
(Terjemahan dari hadis sahih Bukhari dan Muslim).
Hari ini 5 Muhharam, semoga azam tiap umat Islam telah tertanam di jiwa masing-masing untuk melakukan beberapa perubahan untuk memperbaiki kualiti beragama di kalangan diri kita dan keluarga bagi menjamin saham kekal di alam akhirat nanti.