1Mencari agensi umrah yang anda yakini dan berpengalaman
2Meminta pertolongan agensi mengenai dengan kesahihan
suntikan dan menyemak pasport masih sah laku untuk memudahkan permohonan visa
waima itu urusan agensi
3Membetulkan niat Umrah semata-mata kerana Allah
4Melakukan seberapa banyak solat taubat sebelum ziarah
5Memohon doa diberikan kesihatan sebelum, semasa dan selepas
pemergian ke tanah suci
6Menyediakan perbelanjaan secukupnya untuk ahli keluarga
yang ditinggalkan
7Menyenaraikan list keperluan sebelum berangkat
8Sediakan sedikit tukaran Rial Saudi untuk persediaan awal
seperti membeli kad sim ketika di Lapangan Terbang Arab Saudi (tukaran pada
10/4/2016 SR1,000.00 = RM877.19)
9Membawa bekalan ubat-ubatan yang mencukupi
10Membawa pakaian yang perlu sahaja (lelaki):
kain ihram, tali pinggang ihram, selipar yang terbuka depan belakang , 2
pasang jubah, seluar panjang, kain sarung. (perempuan): 3 pasang kelengkapan pakaian solat, telekung, anak
tudung, kain sarung, selipar, pakaian dalam, stokin yang secukupnya, tuala
mandi, sabun mandian, berus dan ubat gigi.
11Mempelajari manasik umrah secukupnya
12Menghadiri taklimat yang diberikan oleh agensi
13Membaca buku panduan
14Mempelajari dan menghafal doa-doa penting seperti doa
masuk ke masjid (iktikaf), doa ketika solat jenazah dan doa-doa lain
15Menunaikan solat musafir sebelum meninggalkan tanah air
16Berdoa di halaman pintu rumah sebelum berpergian
17Membaca doa ketika menaiki kenderaan / pesawat
18Bertukar kerusi setelah pesawat stabil di udara bukan
memilih kerusi untuk bersama pasangan ketika sebelum berlepas. Ini mengganggu
tugasan anak-anak kapal
19Sentiasa memakai tag nama sepanjang berpergian seperti
yang disediakan oleh agensi umrah
20 Gunakan masa terluang di dada pesawat untuk menyemak buku
panduan atau isikan dengan zikir
21Tidak menonton wayang yang disediakan di dalam pesawat
22Solat menghormati waktu di dada pesawat
23Bersabar ketika berada di pos pemeriksaan imigresen di
lapangan terbang Arab Saudi (Jeddah / Madinah)
24Bersabar ketika menunggu ketibaan bagasi
25Pastikan bagasi mencukupi dan diurus sendiri
26Qada solat setelah mendarat di lapangan terbang Arab Saudi
27Jangan lupa sujud syukur
28Tidak berebut-rebut ketika menaiki bas. Baca doa dalam
perjalanan.
29Berzikir semasa dalam perjalanan
30Ketika berehat di hentian, pastikan pili air mempunyai air
sebelum membuang hajat
31Gunakan peluang rehat di hentian tersebut untuk solat
jamak
32Membaca doa ketika memasuki kota Madinah
33Ketika tiba di hotel penginapan, bersabar ketika menunggu
kunci bilik
34Berusaha untuk mengenali rakan sebilik (jika ziarah
berseorangan), bukan menanamkan bibit perkelahian sesama rakan
35Hantar pakaian ke dobi untuk mengelak tandas dipenuhi
dengan kain basuhan
36Bersegera ke masjid. (Andai kunjungan pertama, hubungi
mutawif yang disediakan oleh agensi untuk panduan ke masjid).
37Hadkan lisan anda, setiap gerak laku orang lain yang tidak
disenangi harap disimpan di dalam hati. Mungkin itu ujian untuk kita
38Baca doa memohon keselamatan di muka pintu bilik
penginapan setiap kali sebelum meninggalkan hotel untuk ke masjid
39Berniat iktikaf setiap kali sebelum masuk ke masjid
40Mengingat pintu masuk untuk keperluan keluar dari masjid
ke hotel penginapan
41Tinggalkan sepatu anda di kotak(almari) yang disediakan di Masjid Nabawi (hafal nombor kotak) dan basuh
sepatu anda terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam bakul plastik jika
ingin membawa sepatu ketika berada di Masjidil Haram
42Cari lokasi air zam-zam dan minumlah air itu dengan
menghadap Kiblat setiap kali berada di dalam masjid (mekah dan Madinah). Mohon
disembuhkan segala penyakit zahir dan penyakit batin
43Sampaikan selawat ke atas baginda sebaik-baik sahaja tiap
kali kita mendepani Maqam Baginda Rasulullah
44Perbanyakkan solat ketika berada di dalam masjid Nabawi
dan Masjidil Haram
45Setiap selepas solat fardu, jangan terburu-buru untuk
balik ke hotel, tunaikanlah solat jenazah terlebih dahulu
46Berusaha untuk berdoa di Raudah (tempat makbul doa). Jika
keadaan sesak, tidak perlu solat di sana
47Untuk memudahkan memasuki Raudah, jangan terburu-buru
balik ke hotel selepas solat Dzohor. Ketika jemaah lain berbondon-bondon balik
untuk makan, bertahan seketika, pasti ada ruang kosong untuk anda
48Solat hajat terlebih dahulu dan mohon agar Allah
permudahkan untuk anda memasuki kawasan Raudah
49Adab berdoa di Raudah (Masjid Nabawi). Berdoa menghadap kiblat bukan menghadap maqam
50Bertolak seawal pagi, untuk mengelak kepadatan tetamu
Allah dan tetamu Rasulullah. Raudah dan Masjidil Haram (Hijir Ismail) pasti
mudah untuk dimasuki
51Setiap selepas solat subuh dan isyak, jangan terburu-buru
untuk balik ke hotel kerana takut kehabisan makanan. Utamakan ibadah dari
mementingkan makan minum. Kalau tidak sempat, bersabarlah dan makanan boleh
dibeli di mana-mana kedai makanan.
52Andai berdepan dengan sebarang kesulitan, masalah atau
ditimpa musibah, segera tunaikan solat taubat. (yakinlah, mungkin itu ubat mujarabnya)
53Bersabar ketika menunggu giliran untuk menaiki lif hotel
54Bersabar tiap kali mendepani kesesakan di dewan makan
55Bersifat Qanaah, sentiasa berpuas hati dengan hidangan
makanan yang disediakan
56Berusaha untuk puasa sunat Isnin dan Khamis, bagi
membolehkan kita berlama di masjid
57Jangan terpedaya dengan ujian panas, lantas kelam-kabut
balik ke hotel untuk menikmati penghawa dingin
58Lebihkan lama berada di masjid dari di bilik hotel
59Kurangkan cakap-cakap kosong sepanjang berziarah
60Lebihkan kepada tasbih, tahmid dan zikir
61Andai membuat pembelian, usah dihebahkan dengan rakan
sebilik
62Hadkan barangan yang dibeli untuk mengelak membayar lebih
ketika penerbangan balik
63Sentiasa membaca pengumuman yang dilekat di mana-mana
64Bersiap-siaga lebih awal andai ada lawatan
65Hubungi mutawif andai ada permasalahan umrah yang
dihadapi, bukan mendapatkan pandangan rakan-rakan
66Kekalkan hubungan dengan sesiapa sahaja yang kita temui,
dan hulurkan salam
67Andai berpergian bersama pasangan, kekalkan hubungan baik
seperti berbimbing tangan ketika ke masjid. Andai takut terbatal, pakailah
sarung tangan
68Ringankan tangan untuk menghulurkan sedekah kepada warga
kurang upaya semasa ziarah
69Perbanyakkan solat ketika berada di masjidil haram. Gunakan
peluang tersebut kerana di sana tiada larangan solat
70Berdoa ketika mana kita melihat Baitullah buat pertama
kalinya atau setiap kali kita melihatnya
71Kesan kedudukan lampu hijau sebelum memulakan tawaf
72Pastikan kita berada di lampu hijau sebelum memulakan
istilam
73Pastikan aurat ketika mengangkat tangan semasa istilam
(perempuan)
74Mengekalkan mengkirikan Baitullah semasa tawaf
75Tidak menyentuh dinding Baitullah mahupun lingkaran Hijir
Ismail ketika bertawaf
76Membaca doa memohon keselamatan dunia dan akhirat setiap
kali berada di Rukun Yamani semasa tawaf
77Tidak menguatkan suara ketika berdoa untuk mengelak
gangguan terhadap jemaah lain
78Bawalah penunjuk bilangan tawaf seperti getah atau apa-apa
sahaja agar bilangan mengelilingi Baitullah untuk bertawaf lengkap tujuh
keliling. Andai ada perasaan was-was, lebihkanlah tawaf tersebut.
79Berusaha untuk tidak mendekati kawasan antara Pintu
Baitullah dengan kawasan Maqam Ibrahim (kawasan ini amat padat)
80Pada pusingan ke-7, cuba untuk semakin menjauhi Baitullah
untuk memudahkan kita keluar ke Multazam
81Pastikan di pusingan ke-7, kita melepasi lampu hijau
sebelum ke Multazam
82Elakkan dari menyiku atau tolak menolak sesama jemaah
ketika bertawaf
83Tunaikan solat sunat tawaf di Multazam dan berdoalah
sepuasnya
84Doa yang utama ialah agar umrah kita diterima sebagai
umrah yang mabrur dan mohon dimasukkan ke Syurga Allah tanpa dihisab
85Adab berdoa. Berdoa dengan sungguh-sungguh, bukan berdoa
sambil memerhatikan situasi keliling (seperti melihat lampu yang indah ketika
di Raudah ).
86Ikut arahan untuk berkumpul sebelum bergerak ke Safa untuk
bersaie
87Jika berhajat untuk tidak menyertai rombongan, maklumkan
kepada mutawif atau wakil agensi agar jemaah lain tidak tertunggu-tunggu. (Biasanya
mutawif akan mempastikan jemaahnya mencukupi sebelum bergerak ke Safa).
88Lelaki hendaklah menutup kedua-dua bahu ketika bersaie
89Ketika berada di Lampu hijau, berlari-lari anak hanya
untuk jemaah lelaki sahaja
90Membaca doa ketika bertahalul
91Jika berhajat untuk mengucup Hajrul Aswad, elakkan dari
mengupah orang lain untuk mendorong anda ke sana
92Jika berada di Hijir Ismail dalam keadaan sesak, berdoalah
sahaja itu lebih utama (bersolat jika situasai mengizinkan)
93Gunakan kesempatan untuk menggandakan umrah ketika berada
di Mekah
94Pergilah ke Tanaim untuk berniat umrah. Kumpul rakan-rakan
untuk menaiki bas atau mohon bantuan mutawif atau wakil agensi
95Umrah-umrah yang seterusnya. Niatkan untuk orang tua kita
yang telah tiada
96Jika naik teksi, biarkan jemaah lelaki masuk terlebih
dahulu.
97Andai keluar teksi, biarkan jemaah wanita keluar terlebih
dahulu
98Jika berada di Jabar Rahmah, berdoa menghadap kiblat bukan
menghadap tugu putih
99Tawaf widak sebelum meninggalkan Kaabah untuk pulang ke
tanah air dan berdoa agar kunjungan kalian bukannya kunjungan terakhir, mohon
dijemput menjadi tetamu Allah di masa akan datang
100Jangan menceritakan apa-apa hal yang tidak baik kepada
orang lain setelah balik dari umrah (sama ada kelakuan sesama jemaah, fasiliti
hotel, ketidakselesaan, kelemahan agensi, layanan di pos imigresen, hal
makan-minum atau sebarang kelemahan).
Berpusahatilah kerana kesemua itu adalah ujian Allah.
Semoga anda adalah
antara yang terpilih atau dibukakan hati untuk menjadi tetamu Allah di tahun
2016 ini.
AMAM. 13 April 2016