Pisau
diguna mengerat tuba,
Bakat
menulis takkan terserlah,
Selagi
kita tidak mencuba.
Lebar
berkaca pelita jaya,
Meratah
petai tumisan Jawa,
Banyak
membaca waima maya,
Nota
santai menusuk jiwa.
Kekabu
ringan empunya nama,
Kekabu
dipintal dipilis lada,
Biar
papa dengan harta di dunia,
Asal
kental ilmu di dada.
Barang
yang mudah aku coretkan,
Cerita
cinta kepada Tuhan,
Supaya
menjadi orang yang beriman,
Amal
ibadat kita teguhkan.
Hias
labuci di lengan ketat
Labuci
dipilih yang tahan karat
Solat
itu kunci ibadat
Penyelamat
kita dunia akhirat
Samping
cerah bergemerlapan malam,
Menyambut
tamu berjilbab merah,
Agungnya
Allah pencipta alam,
Hanya
padaNya aku berserah.
Simpul
kain koyak tertusuk
Kain
terbelah bertinta merah
Pada
insan lain niat dirujuk
Kepada
Allah hajat diserah
Buah
kelat tebal isinya
Tidak
sebanding buah rumbia
Bangun
solat seawalnya
Menghadap
Ilahi tiada tandingnya
Sungai direntas sedalam lautan
Di akhirat nanti kita dibangkit
Membuat hitungan di hadapan Tuhan.
Berundur
beralah diberi nama,
Pokon
pulasan rendang daunnya,
Memuji
Allah lebih utama,
Nescaya
balasan diberi setimpalnya.
Panjat
rotan di kaki lima,
Buat
juadah ulam pengaga,
Nikmat
makanan di tekak cuma,
Nikmat
ibadah seluruh raga.
Kota
dibedil laskar berani,
Wilayah
dituntut luas terserlah,
Terasa
kerdil diriku ini,
Tatkala sujud menghadap Allah.
Cinta
mendalam kepda Allah,
Sering membaca Astafirullah,
Cinta pula kepada Rasusullah,
Tidak luak walau sezarah.
Sering membaca Astafirullah,
Cinta pula kepada Rasusullah,
Tidak luak walau sezarah.
Tinggi
bercabang si tanduk rusa,
Bawa
bersama berpacu kuda,
Allah
mencipta pelbagai rasa,
Manusia
berpeluang untuk membeda.
55
tahun, enam bulan 20 hari,
Pahala
itu berlipat kali,
Itulah
yang perlu kita cari,
Berkunjunglah
ke tanah suci.
Mengabdi
Allah sepenuh hati,
Penguasa
agung hebat sekali,
Terasa
kerdil diri ku ini,
Di
hadapan Allah Rabul Izzati.
Hati
terpanggil untuk ke sana,
Surat rayuan dilayang segera,
Setiap malam ku panjat doa,
Allah juga yang maha berkuasa.
Surat rayuan dilayang segera,
Setiap malam ku panjat doa,
Allah juga yang maha berkuasa.
Tumis
lada rempah Malaysia,
Mengkal
lengan sumur berbisa,
Jika
muda umur dipersia,
Beramallah
dengan umur tersisa.
Membeli
jubah di tepian jalan,
Jubah
berenda di tepi lengan,
Jika
ibadah diamal berterusan,
Hati
puas tiada kesalan.
Ambil
galah jolok pulasan,
Dahannya
patah buah kudapat,
Kuasa
Allah melebihi batasan,
Dia
pemaaf dia penyelamat.
Berakit
ke hulu mengutip lukah,
Lukah
dibuat jiran sebelah,
Setiap
yang lalu menjadi sejarah,
Beruntunglah
kepada insan yang pasrah.
Anak
kecil dalam buaian,
Atas
buaian dipagar galah,
Insan
yang kerdil mengharap bantuan,
Diserah
saja kepada Allah.
Apa
dilurut padi yang merah
Jika
dilurut mentah nasinya
Apa
diturut kudrat yang lemah
Jika
diturut rugi padahnya
Apa
diramal apa dirasa,
Sambal ketam digaul lada,
Al-Quran
diamal setiap masa,
Harus
khatam di usia muda.
Daerah Putra luas terserlah,
Dihias
pelbagai warna-warninya,
Berserah
saja kepada Allah,
Maha
mengetahui atas segalanya.
Sampan
kayak meluncur laju,
Membelah
lautan membawa belati,
Banyak tamu antara tetamu,
Tetamu Allah terkesan di hati.
Bersampan
ke hulu mengenggam bara,
Bara
menyala upih kelapa ,
Manusia
selalu alpa berpura,
Umur
tua serupa tiada apa.
Hurai
tocang di rambut lebat,
Mahkota
terserlah intan berliannya ,
Andai
kita perancang terhebat,
Tapi
Allah maha penentunya.
Indah
panorama di pinggir selat,
Selat
bernama Tanjung Keramat ,
Pabila
menerima lebih nikmat,
Kesedaran
beragama menjadi penyelamat.
Bersalut merah serbuk kelapa,
Serbuk
diadun berjuta-juta,
Allah
menganugerah otak serupa,
Usaha
dan doa membezakan kita.
Berarak
awan melangkau bukit,
Bukit
sepejal batu-batuan,
Diusap
diterjah tetap perkasa
Reziki Allah sehamparan langit,
Ulat
di batu pun mampu makan,
Apatah
lagi manusia biasa.
Berarak
mega menjulang angkasa,
Mantari
terserlah di hujung senja,
Seluruh
raga kuserah semua,
Kepada
Allah kupanjat doa.
Musafir
ke Kangar hajat hatinya,
Singgah
di Muar terus ke Melaka,
Allah
mendengar hajat hambanya,
DitunaikanNya
dengan terbuka.
Nangka
jeruk ditabur kelapa,
Kelapa
batu menyilau cahaya,
Bersangka
buruk tindak mengapa,
Memfitnah
itu mengundang bahaya.
Berjalur
tenda ternampak mendung ,
Mendung
membawa hujan berkala,
Kepuasan
itu tiada penghujung,
Hanya
takwa penyelamat segala.
Tiram
berkutil ketam bercacah,
Sirip
tenggiri enak rasanya,
Kurangkan
bakhil lebihkan sedekah,
Nescaya
reziki tak putus selamanya.
Panji
diarak kuda pedati,
Pedati
beroda menuju muara,
Anak-anak
penyejuk hati,
Penenang
minda pelanjut doa.
Lepas
bersahur memunggah galah,
Galah rancung dibelah tiga,
Rasa
syukur ke hadrat Allah,
Dipanggil berkunjung ke bumi Ambia.
Kepah
lokan si udang galah,
Masak
lemak santan diperah,
Reziki
bukan gugur mencurah,
Perlu
dicari semua arah.
Bunga
lada di laman kiri,
Merah
terserlah di dinihari,
Pilihan
ada di tangan sendiri,
Restu
Allah wajib dicari.
Banyak
ubat antara ubat,
Ubat
misteri si bunga jati,
Ramai
sahabat kalangan sahabat,
Hanya
isteri peneman sejati.
Patah
seribu ranting di belukar,
Patah
keluli kerana ikan ,
Berfikir
seribu kepada mungkar,
Berfikir
sekali pada kebaikan.
Kelapa
lebat dimakan usia,
Patah
setandan air mencurah,
Betapa
hebat usaha manusia,
Hebat
lagi kuasa Allah.
Tongkang
Cina rapat ke dermaga,
Tongkang
muncung Teluk Bidara,
Semoga
ceria menambat keluarga,
Pabila
dikunjung saudara mara.
Sampan kayak kayu bangkita,
Pengayuh
papan patah kemudinya,
Jika
banyak berkata-kata,
Mungkin
lebih tokok tambahnya.
Tanjung
Daik padi Malinja,
Tempan
semayam bujang kelana,
Lebih
baik berdiam saja,
Andai
berdiam lebih bermakna.
Unggas
belatuk di atas takhta,
Takhta
dijemur di tanah rata,
Berbahas
untuk perkara nyata,
Baik
berdiam dari berkata.
Sayap
tuna bernilai tinggi,
Mari
dibaham si ikan pari,
Andai nasihat berguna sekali,
Sematlah
ia di sanubari.
19 Februari 2013
19 Februari 2013