Sahabat-sahabatku...
jadilah seperti bulan Ramadhan
bernilai kerana pahala di dalamnya
jangan jadi seperti bulan gerhana
dihindar kerana kegelapannya
Sahabat-sahabatku...
jadilah seperti gaharu
bernilai kerana kulitnya
jangan jadi seperti jadam
dihindar kerana pahitnya
Sahabat-sahabatku...
jadilah seperti manusia
yang mulia kerana imannya
jangan jadi seperti sembilu
dihindar kerana tusuknya
Sahabat-sahabatku...
jadilah seperti banjaran Himilaya
dikagum kerana julangnya
jangan jadi seperti buaya tembaga
dihindar kerana ganasnya
Sahabat-sahabatku...
jadilah seperti emas permata
bernilai kerana harganya
jangan jadi seperti kera
dihindar kerana sumbangnya
Sahabat-sahabatku...
jadilah seperti habatus sauda
bernilai kerana mujarabnya
jangan jadi seperti tuba
dihindar kerana bisanya
19/7/2013
Sukan
-
BEKAS juara WWE, John Cena tampil dengan kenyataan ‘paling lantang’
terhadap juara WWE ketika ini, Randy Orton dalam siaran Raw, Isnin
lalu.Cena berjaya me...
17 years ago