Gali perigi sedalam-dalamnya,
Ikan gelama dimasak bercuka,
Bertemu lagi sekalian kalinya,
Sekian lama tidak bersua.
Ikan bilis si ikan tuna,
Diborong bonda buat belanja,
Rial kan habis bila diguna,
Ilmu berganda andai diguna.
Lepas asyar menunggung unta,
Riyal dibayar upah diminta,
Bayangan di Mashyar bukan auta,
Jika dikenang berdiri roma.
Masak nangka dalam pinggan,
Rambut ikal dipintal rotan,
Azab neraka tiada bandingan,
Tiada terjangaku akal
dek insan.
Asap pelita di rumah pangsa,
Anak itek di atas batu,
Allah mencipta bersuku bangsa,
Untuk mendidik kita bersatu.
Esok tulat keris tergantung,
Panglima garang duduk
berkurung,
Pahala solat tak terhitung,
Hanya untuk orang beruntung.
Angin ribut tak dapat ditangkal,
Kalau ditangkal tidak berkesan,
KuasaNya tak dapat disangkal,
Tak tercapai dek akal insan.
Gula kabung si daun sirih,
Igal dirawai dalam makrifat,
Menabung di dunia selaku benih,
Bakal dituai di alam akhirat
Berkarat besi bertaut rotan,
Besi dibersih tampak menyerlah,
Rahmat Allah seluas lautan,
Jika terpilih suatu anugerah
Emas lebur di gerai tamu,
Sayur peria pahit isinya,
Tabur terus amal baktimu,
Selagi usia dipinjamkanNya
Bukit berbatu tidaklah rata,
Jikalau rata di bina parit,
Di situlah tumpahnya air mata,
Pabila mengimbau pejuang Sahid.
Tidur lena mimpi beraya,
Dijerut buaya dikunyah mentah,
Di dalam dada disiat-siatnya,
Jika kena dengan niatnya,
Tiap biaya di Mekah Madinah,
Akan diganda pahala olehNya.
Padi
dijemur oleh Pak Kassim,
Laskar
berbaris satu pelatun,
Budi
ditabur cuma semusim,
Hasil
dituai sepanjang tahun.
Duduk di anjung memilih gagak,
Menunggu luruh buah ranumnya,
Jika tiangnya tidak ditegak,
Ranaplah seluruh bangunannya.
Menyusur sahara kaum badwi,
Dingin mengigil bersiram di kali,
Mengimbau memori di dataran Nabawi,
Rasa terpanggil mengeletik hati.
Buat pondok tidak beratap,
Tempat orang merungkai kitab,
Hati bertaut jantung berdetap,
Di situ pernah daku meratap.
Kumpul berkayat membuat ayat,
Bahasa lunak diiringi rebab,
Menjadi igauan sepanjang hayat,
Lebih enak makan beradab.
Lalat langau dengan pepijat,
Makan sahur bulan ke barat,
Haji mabrur sungguh dihajat,
Penyelamat dunia akhirat.
Lalat langau dengan pepijat,
Makan sahur bulan ke barat,
Tetamu di layan tanpa penat,
Dapat bekalan dunia akhirat.
Kelapa dibelah di pokok angsana,
Ikan berinsang sedap isinya,
Reziki Allah ada di mana-mana,
Pasti ada pasang surutnya.
10 Disember 2013