Assalamu Alaikum,
Badan buntak rambutnya ikal,
Batang piasau di buat titi;
Rindu dendam tak dapat disangkal,
Rindu berbekas hingga ke mati.
Travelog ringkas ini adalah itinerari apa yang kami lakukan di dua kota suci. Waima ia
bukanlah yang terhebat untuk dijadikan sandaran iktibar, juga bukan untuk ujub
atau menunjuk-nunjuk, namun niatku hanya sekadar berkongsi detik-detik indah
beribadah di kedua-dua kota suci-Nya. Aku wakafkan travelog ini andai ada
sesiapa yang ingin mengamal sebarang doa, meniru santunan mahupun mencontohi
amalan kami yang tidak seberapa ini. Apa-apa yang aku lalui mungkin hanya
terpakai untuk diri kami dan dengan harapan akan menjadi panduan kepada mereka
yang berhajat.
Diri yang fakir ini merujuk kepada hadis daripada
Ibnu Omar r.a “Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah saw yang sedang
berada dalam kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat
daripada Ansar bertanya kepada baginda dengan berkata, “Ya Rasulullah !
Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Yang paling cerdas dan pintar
ialah orang yang paling banyak
mengingati mati dan paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling
pintar dan cerdas kerana mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di
Akhirat.” (Pesan ke-70 dari buku 100 pesanan terakhir Rasulullah – nukilan Muhd
Nasaruddin Dasuki).
Hadis tersebut sering menerobos ke gerbang minda
ini, dan seribu persoalan sering membelah ufuk mindaku dengan pertanyaan, di
golongan yang mana satukah aku ini
berada? Perasaan gundah gulana sering meruntun jiwa untuk menggandakan ibadah
kerana pahala beribadah di sana dikatakan berlipat ganda. Lalu dengan hati yang
meronta-ronta aku membuat ikrar suci untuk mengunjungi dua tanah suci dengan
satu hasrat untuk membenih ibadah yang masih longgar pada anggapanku sendiri. Dengan
kurniaan rezeki anak-anak, dan atas kesepakatan mereka, kami memutuskan untuk mengunjungi
tanah suci di bulan Februari.
Tiap usai solatku, solat dhuaaku serta solat
hajatku, aku melangitkan doa ini, “Syukur Ya Rabb, Engkau layangkan
jemputan-mu kepada aku, suriku dan anak-anak permata hatiku untuk hadir
beribadah ke tanah suci-Mu.”
Hadirnya sebagai pelengkap bukan penumbir (penumpang)
Kepada rakan DuyufurRahman serombongan, aku dan
keluarga mohon ampun andai terdapat kesilapan tingkah semasa berada di dua kota
suci Allah. Terima kasih kerana kalian telah melayan kami sebagai sahabat,
waima pada mulanya, sebenarnya sebahagian besar antara kita tidak mengenali
antara satu sama lain. Sebagai insan biasa-biasa, kita tidak terlepas dari
kesilapan. Sesungguhnya, keriuhan kalian sepanjang ziarah merupakan pemangkin
roh ibadah kami sekeluarga. Andai ada cerita kurang baik sepanjang ibadah
ziarah, tinggalkan sahaja sebagai sejarah lampau dan bawalah balik cerita yang
baik-baik sahaja.
Waima kini kita tidak lagi dapat menatap Baitullah
seperti selalunya, apabila kaki berpijak ke tanah air, yang tinggal hanyalah
sejuta kerinduan terhadapnya. Betapa luluhnya perasaan ini andainya kunjungan
singkat itu merupakan kunjungan yang penghabisan buat kita, akan tetapi di hati
ini tetap berdoa agar dijemput untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Itulah
intipati doaku saban kali usai solat sekembalinya ke tanah air. Moga Allah
memberi keizinan kepada kita dan keluarga kita untuk mengunjungi tanah suci itu
untuk yang sekelian kalinya.
Mohon maaf, aku hanya sempat menyunting beberapa
nama di travelog ini, bukan bererti anda tidak penting dalam catatan singkat
ini, tetapi terlalu padat untuk diceritarakan. Yang lain aku simpan di benak
ini untuk kenang-kenangan yang sukar terpadam.
Misi kami anak beranak
Bertekad untuk :
1. Memohon dihimpunkan bersama keluarga di Jannatun Naim
2. Marathon solat
3.Maraton selawat sebaik saja melabuhkan punggung
di dada pesawat dan sepanjang berada di Madinah)
4.Maraton dzikir (tasbih, tahmid dan takbir) ketika
di Mekah
5. Menunaikan ibadah yang jarang dilakukan di tanah air (pesanan Ustazah Lilis Mulyani)
6.Infaq
7.Puasa sunat.
8. Solat syukur bila tiba di mana-mana kesempatan
9.Merebut peluang untuk berdoa di beberapa tempat mustajab doa.
Aku hadirkan beberapa rangkap pantun yang
berpembayangkan bahasa ibundaku buat lintasan hati kalian ;
Ambak-ambak kaluang,
Mengambak di ranting buluh;
Kunjungi kota suci selagi berpeluang,
Nda usah dipaksa suruh.
Ambak-ambak kaluang,
Balatuk batinjak di pohon parapat;
Selagi Allah membuka ruang,
Kunjungi sebarapa yang dapat.
Ambak-ambak kaluang,
Mengambak di ujung galah;
Kunjungi haramain
sebelum dilagau pulang,
Selagi jasad dipinjam gagah,
Dahan putat rapuh rantingnya,
Kacip pinang kala kati;
Rindu mendalam terbara bahangnya,
Rindu melekat ke jantung hati.
Aktiviti sebelum berlepas
Syukur Ya Allah, Engkau beri aku ruang untuk
menghadirkan diri di solat subuh macam Jumaat (Pejuang Subuh) di tiga lokasi
iaitu Masjid Negeri Sabah pada 1 Januari, Masjid daerah Putatan pada 14 Januari dan Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru
pada 20 Januari.
Terima kasih kepada keluarga tercinta yang
menyantuniku sempena sambutan hari lahir yag disambut di Richiamo Coffee Aeropod
dengan makanan yang sedap diiringi dengan penyerahan SR satu ribu sumbangan
anak isteri untuk wang saku menunaikan ibadah umrah.
Allah juga telah merahmati untuk aku luangkan penyerahan
infaq Saidul Ayam di masjid Kg. Contoh Putatan, masjid Kampung Lok Kawi Baru,
Pengurus Van Kasih Amal Sri Pandan Putatan, masjid Bukit Padang, Surau Kampung
Sungai Padang, masjid Kampung Somboi Kinarut, Surau Taman Keramat, masjid Pekan
Kinarut dan salah satu masjid di Ranau.
Allah takdirkan aku Qhatam Al-Quran dan terjemahan
beserta Ensiklopedianya pada 16 Januari 2024, quran yang aku beli di Kilang
Percetakan Nasyrul Quran, Presint 14, Putra Jaya pada 9 Jun 2022.
Itinerari Ahad 18 February 2024 (08 Syabaan 1445
H) (Musafir ke Brunei)
Usai menunaikan solat
maghrib, kami berangkat ke Airport dengan doa yang diakhiri, “Subhanal
lazi sahaaralana haza ….. Waaina illa rabbina laa mun kalibun.” Iaitu
sebahagian ayat 13 Surah Az-Zukruf dan ayat 14 surah yang sama, yang membawa
erti “Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk
kami. ……. Dan sesungguhnya, kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”
Kami berangkat ke Airport
Kota Kinabalu menaiki dua kenderaan serentak memandangkan jumlah bagasi yang
tidak mengizinkan untuk sekali perjalanan. Ketibaan di sana disambut mesra oleh
kakitangan Nurmultazam untuk proses mendapatkan tiket berlepas, lencana dan
buku panduan. Aku dikejutkan dengan dakapan seseorang, rupa-rupanaya beliau
adalah Tuan Hassan yang sama-sama satu rombongan di ibadah umrah yang lepas.
Sempat menyantuni beliau, CEO Nurlumtazam, suami, menyantuni pegawai Tabung
Haji yang berurusan sama seperti kami dan bersalaman dengan Duyufurrahman lain
(Tuan Sahahlan, Tuan Haji Basri dan beberapa orang lagi). Juga dikejutkan
dengan kehadiran cucu kesayangan yang menyelit di tengah-tengah antara kami.
Kasihan mereka, mereka tiga beranak terpaksa bergegas dari Ranau setelah menghadiri kenduri keluarga sebelah mertua
anak sulungku semata-mata untuk menyantuni aku dan suriku serta dua adiknya.
Kami layan cucu kami dengan santunan mesra, lantaran akan berpisah hampir dua
minggu. Cerita Ranaunya menyebabkan kami semua terhibur.
Usai selesai semua
urusan, kami mendengar taklimat serta mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Haji Syamsul Alang. Seramai 24 duyufurrahman trip 20 February
hingga 3 Mac berlepas pada malam tersebut, selebihnya 20 orang berlepas dari
Kota Kinabalu pada pagi 20 February nanti. Syukur Ya Allah, dengan perkenan-Mu,
kami akan berehat selama 2 malam di negara Brunei.
Jam 8.31 malam, kami menuju ke Balai Berlepas. Kami berempat duduk sebaris di kerusi 23, mengaminkan doa safar dan doa dalam perjalanan yang dilaungkan di corong pesawat. “Allahumma anta sohibu fii saffar. Wa antal Haliffatu fiahli walmaali wall waladi ….” Di sebelah kiriku, aku menyantuni Tuan Shahlan dari Tuaran, insan yang baru dikenali. Penerbangan yang berlepas tepat pada waktunya, dan tiba juga hampir tepat pada waktunya iaitu jam 10.00 malam. Bagasi dari Kota Kinabalu tidak dimasukkan ke dalam pesawat ke Jeddah malah diturunkan di Brunei memandangkan kami menginap untuk dua malam di sana. Menunggu dan terus menunggu di hujung kerusi, namu bagasi kami tidak muncul-muncul, rupa-rupanya telah dihimpunkan oleh Tuan Shahlan,Cikgu Fakrur dan rakan-rakan.
Kami disantuni dengan
sebuah coestar yang membawa kami ke Hotel Wafa Brunei. Waima tiba sedikit lewat lantaran kesesakan
bagasi yang terpaksa diangkut ke dalam coster, akan tetapi semua Duyufurrahman
kelihatan tenang menikmati “welcome drink” dan bingka enak di lantai tiga. Bermalam
dua malam di Hotel Wafa bilik PH33 lantai empat. Buka saja pintu, terpampang
ruang dapur dengan sebuah peti ais mega, pemanas air serta lengkap
dengan dapur elektrik yang elegan. Bilik kecil berkembar satu katil, tandas dan
mesin basuh dan mesin pengering kain. Bilik dua katil di penghujung Wafa
Apartment juga dilengkapi dengan dua buah tandas, telivisen dan almari pakaian
beserta strika kain. Kami bersegara membongkar bagasi mengeluarkan sejadah
untuk menunaikan solat isyak dan solat syukur.
Itinerari malam pertama di Brunei diakhiri dengan
masuk tidur di bilik tengah, dengan membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika
Amud, membaca ayat Al’Muawizat (tiga Qul) 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah,
doa tahayat, membaca Ayat Kursi sekali.
Itinerari Isnin 19 February 2024 (09 Syabaan 1445
H)
Jam 4.15 pagi, kami terjaga dari tidur sebelum jam
loceng berdering. “Alhamdulillailazi Ahhyanaa Badamaa ….. Aku kejutkan anak-anak di bilik sebelah untuk
solat subuh.
Usai solat subuh, aku langitkan doa ini, “Ya Rabb,
janganlah Engkau jadikan kunjungan kami ke Tanah Suci-Mu ini sebagai
yang terakhir. Engkau jemputlah kami untuk kunjungan-kunjungan yang
berikut-berikutnya. Dekatkanlah kami dari kejauhannya. Kurniai kami dengan
kesihatan di dalam perjalanan, sihat semasa berada di Tanah Suci-Mu dan sihat
selepas kembali ke Tanah Air”. Usai berdoa, aku mulakan rutin harian tilawahku dengan mendahulukan membaca Sab’ul Matahani,
kemudian membaca surah An-Nissa ayat 1-10, dan diakhiri dengan 10
ayat terawal surah Al-Kafi.
Jam 6.54 pagi, kami empat beranak adalah orang yang pertama mengambil
sarapan pagi,bukan apa, perut tidak sabar untuk diisikan rezeki seawal pagi. Pagi
di Brunei diawali dengan solat dhuaa, taubat dan solat syukur. Doa solat pagi
itu diakhiri dengan lantunan syahdu, “Ya Allah, sejuta syukur aku panjatkan
terhadap-Mu kerana merealisasikan hajat kami untuk ke Haramain-Mu anak beranak.”
Pengisian sepanjang hari disibukkan dengan membaca buku panduan haji umrah.
Uasi solat zamak zohor asar, aku dan suriku keluar ke lantai bawah untuk
membeli pembasuh mulut, dan lain-lain keperluan. Anak-anak permata hati kami
mengambil kesempatan untuk membasuh pakaian kami sekeluarga. Sempat membeli
serban dan suriku membeli tudung.
Seperti malam kelmarin, itinerari malamnya diakhiri
dengan membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, membaca ayat
Al’Muawizat 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat
Kursi sekali dan berselawat hingga terlena.
Itinerari Selasa 20 February 2024 (10 Syabaan 1445
H)
Jam 4.25 pagi, kami terjaga dari tidur sebelum jam
loceng berdering. “Alhamdulillailazi Ahhyanaa Badamaa …..
Kami seboleh-bolehnya, tidak terniat di hati ini
untuk melalai-lalaikan solat. Aku bermonolog
melayani mindaku yang kian terbius oleh getaran untuk segera menapak ke Madinah
al-Munwarah dan Mekah al-Mukaramah
dengan menyingkap apa yang tercatat dalam surah Al-Hasyr (pengusiran) ayat 21.
“Sekiranya kami menurunkan al-Quran ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khyusuk serta hancur berkecai kerana takut kepada Allah …….. (mengapa manausia tidak mahu berfikir).
Usai berdoa setelah selesai solat subuh, aku mulakan rutin harian tilawahku dengan mendahulukan membaca Sab’ul Matahani,
kemudian membaca surah An-Nissa bermula ayat 11 hingga 20, dan diakhiri
dengan 10 ayat terawal surah Al-Kafi.
Jam 6.45 pagi waktu Brunei, kami bergerak ke lantai satu untuk menjamu
selera. Naik semula ke bilik untuk urusan seterusnya.
Di solat musafir selepas solat dhuaa, aku baca doa
berikut, “Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa anak
isteriku, ampun dosa guru-guruku dan dosa seluruh umat Islam. Ya Allah, hari
ini kami akan bergerak untuk penerbangan dari Brunei dan seterusnya ke Tanah
Suci-Mu. Aku memohon, Engkau mudahkanlah perjalanan kami, Engkau labuhkan
payung perlindungan ke atas pemergian kami, Engkau dekatkanlah dari
kejauhannya, dan pelihara kesihatan kami di dalam perjalanan, sihat ketika
berada di tanah suci-Mu dan sihat selepas balik dari tanah suci serta kurniakan
kami dengan umrah maqbullah. Ya Allah, aku serahkan harta benda dan anak cucu
yang aku tinggalkan di bawah payung perlindungan-Mu. Aku mohon Ya Allah.
Memakai
Jubah Atthobe
Aku memakai Jubah Atthobe berwarna kehitaman (jubbah
kebangsaan orang Arab) bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi terasa agak selesa dipakai ketika dalam
perjalanan jarak jauh yang memakan masa lebih sepuluh jam. Bila mana nanti di
dalam penerbangan kita akan mengunjungi tandas untuk membuang hajat. Singkap
saja jubbah, langsung membuang hajat, berbanding membuka zip seluar yang
berkemungkinan air kencing terpercik pada pakaian. Seperti juga tatkala dalam
perjalanan panjang antara Jeddah dan Madinah, kita akan singgah solat jamak di
R&R, perkara yang sama akan berlaku. Atthobe, jubbah yang berkolar, ada
butang pada lehernya dan ada butang pada hujung lengannya. Anak=anak dan
suriku juga memakai pakaian sedondon
hitam.
Sebelum jam 9.30 pagi, kami menuju ke lantai tiga mengangkat lapan
bagasi. Setibanya di Airport, kami meneruskan urusan seterusnya iaitu
pemprosesan daftar masuk. Jam 10.24, kami melepasi pemeriksaan imigresen.
Berkumpul di bilik berlepas bersma jemaah yang baru tiba pada pagi tersebut. Kami
disantunii oleh isteri Cikgu Junaidi untuk menyerhkan kiriman barang isteri melalui
ipar Puan Rosni. Suriku menyantuni isteri Tuan Junaidi dan melafazkan terima
kasih atas urusan yang bukan sedikit nilainya di mata kami dengan iringan doa
“Moga Allah Akan memudahkan urusan mereka sekeluarga sepertimana mereka telah
memudahkan urusan keluargaku.”
Di dalam pesawat, kami antara duyufurrahman yang terakhir memasuki
pesawat memandangkan kerusi kami di baris keempat dari kerusi yang menempatkan penumpang
perniagaan (first class).
Duduk melabuhkan punggung sebaris
di kerusi 29, anak dan suriku di baris tengah manakala di kiriku ialah Tuan
Shahlan bersama dengan surinya. Jam 11.24 tengah hari, kami mengaminkan
rentetan doa perjalanan dan doa safar. , “
Bismillahi majreaha walmursaha, innarabbi laqafurrahim ………“Dengan nama Allah di
waktu berangkat dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun
dan Maha Penyayang. Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang
semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat, dan
langit digulung dengan kekuasaan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari
apa yang mereka persekutukan.”
Pesawat Royal Boeng 787 yang berkapisiti
290 penumpang yang berkelajuan 776 Mph, berlepas ke Jeddah dengan
tenang sekali bagaikan memahami yang hampir sembilan puluh lima peratus penghuni
dadanya diisi dengan para duyufurrahman.
Setelah pesawat melepasi gumpalan awan-awan yang pada firasatku sentiasa
mendoakan keselamatan penerbangan kami, almaklum penerbangan akan mengambil masa lebih sepuluh
jam. Usai pesawat meluncur tenang, aku kunci
peta mindaku dari urusan dunia lalu mencapai tasbih analogku untuk mulakan misi
keduaku iaitu maraton selawat. Kami hanya membuka LCD pesawat yang memaparkan
pergerakan pesawat ke Jeddah, walhal kami boleh saja membuka pilihan lain
seperti muzik, tayangan wayang, dan pelbagai pilahan lain.
Aku menyantuni tuan Shahlan dan isterinya. Rupa-rupanya, isteri beliau
adalah kerani sekolah di tempat aku bertugas dahulu (SMK. Sanzac) yang
menggantikan ketua kerani Puan Osong Gusta.
Jam 12.25, kami menghadapi hidangan pertama. Setelah melepasi apa yang
dikatakan sempadan untuk membolehkan kami untuk bersolat, kami didatangi oleh
paramugara yang memberitakan yang kami sudah boleh melakukan solat. Bertenang
di sepanjang perjalanan diselang selikan dengan rehat melelapkan mata diselangi
dengan menggentel tasbih analogku.
Kekadang sambung cerita dengan jiran sebelah kerusiku. Hidangan kedua disajikan
pada jam 7.23 malam waktu setempat.
Bertenang namun minda diterjah dengan gambaran tanah suci yang
bakal kami santuni. Kadangkala mata
terlelap dan tatkala bangun, tangan tidak henti menggentel tasbih selawat. Jam
di tangan dibelek beberapa kali menghitung perjalanan dan jarak yang kami
tempuhi. Pergerakan pesawat dapat dilihat dalam paparan LCD di hadapan yang
terlekat pada kerusi penumpang hadapan.
Mindaku ligat memikirkan tentang Syurga Neraka apabila mengimbau apa yang disebut dalam surah Al-Hijr ayat 44 menerangkan pintu-pintu neraka iaitu 1.Pintu Jahanam – untuk ahli tauhid yang melakukan maksiat. 2. Pintu Sa’ir untuk orang Yahudi. 3. Pintu Laza untuk orang Nasrani penyembah api 4. Pintu Hutamah untuk orang Sabiah (penyembah berhala) 5. Pintu Saqar untuk orang Majusi. 6. Pintu Jahim untuk orang musyrikin dan 7. Hawiyah untuk orang munafik
Minda dikejutkan dengan pengumuman dari juru terbang melalui corong pembesar suara yang memberitakan sedang
menerbangkan turun pesawat. Hati bagai diguris-garu riang, menandakan kami akan
tiba di Jeddah tidak berapa lama lagi. Jam 9.20 malam, pengumuman dibuat yang
pesawat berada di kedudukan apa yang disebut Qarnul Manazil iaitu bagi
memaklumkan untuk melafazkan niat umrah bagi duyufurrahman yang akan bergerak
ke Mekah.
Syukur Ya Allah, pesawat mencecah landasan Jeddah
pada 5.10 petang waktu Saudi ketika mana selawatku mencecah bilangan 6128
hitungan. Menaiki earotriain menuju ke ruang pemeriksaan i\migresen dan kastam.
Allah Ya Allah, syukur Ya Allah, kerana memudahkan urusan pemeriksaan passport
apabila kumpulan kami diarah ke suatu kaunter yang tidak ramai duyufurrahman.
Jam 6.00 petang kami sekeluarga melepasi pemeriksaan tanpa kerenah. Aku
dikejutkan oleh WhatsApp anakku yang sedang menunggu kami di luar airport
bersama dengan mutawif.
Menapak ke luar, usai merakam kenangan bersama
kumpulan, jam 7.04 malam kami disantuni oleh mutawif Haji Ali Amin.Usai berpeluk salam dan saling bertanyakan
khabar, aku perkenalkan dua orang pengarang jantungku kepada beliau lalu bergerak menaiki
bas yang berpendingin hawa menuju ke Madinah. Kami mengaminkan doa safar dengan
dipimpin mutawif Haji Ali, “Subhanal lazi sahaaralana
haza ….. Waaina illa rabbina laa mun kalibun.” yang membawa erti “Maha suci
Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami. ……. Dan
sesungguhnya, kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.” Mutawif
membahagi-bagikan makanan dan minuman untuk disentap di perjalanan yang akan
memakan masa enam jam untuk tiba di Madinah al Munawarah.
Bas meluncur dalam kepekatan malam dengan tazkirah yang menggetarkan tangkai jantung dan pengumuman memasang niat solat jammak takkhir. Antara kandungan tazkirah yang mengesankan lebih kurang begini bunyinya, “Jutaan insan di dunia ini berniat untuk mengunjungi tanah suci-Nya, mereka punya segalanya, ada wang, ada upaya, namun banyak alasannya. Oleh itu, bersyukurlah kita kepada-Nya, dengan nikmat dan kasih sayang-Nya, dengan rahmat-Nya, kita antara yang terpilih dijemput-Nya pada kesempatan ini.”
Usai tazkirah, mutawif membahagi-bahagikan makanan dari kerusi ke kerusi, di masa yang sama, penjual kad sim Saudi menumpang bas dengan tugasan jualan kadnya. Akan
tetapi hanya sebahagian kecil tetamu
rasulullah yang membelinya sedangkan yang lain memilih aplikasi roaming
semata-mata. Tangan ini terus menggentel tasbih analog berselawat ke atas
Kekasih Allah.
Singgah di R & R
Pemandu Indonesia memacu laju basnya dengan kelajuan yang terkawal sehingga membuaikan para duyufurrahman yang keletihan. Lantaran melayan kerenah keletihan, para duyufurrahman termasuk mutawifnya terlelap. Bas terlepas beberapa R&R tanpa disedari oleh mutawif anaknda Haji Ali dan Puan Siti yang langsung terlena, mana tidaknya, beliau baru saja selesai menyantuni tetamu NurMultazam yang sebelum kami.
Usai tersedar, supir bas dipohon singgah di Hentian
Rehat yang paling dekat dengan sempadan tanah haram Madinah. Bas berhenti di kawasan
yang hanya lebih kurang setengah jam sebelum memasuki kota Madinah. Turun dan
menunaikan solat jamak isyak dan maghrib. Dengan idzin-Nya, kami tiba di hotel
Ruaa International pada jam 11.56 malam. Bagasi kami dihimpunkan di lantai tiga
belas hotel.
Itinerari Rabu 21 February 2024 (11 Syabaan 1445 H)
Jam 12.07 dinihari, kami
memperoleh kunci bilik 1315, bilik empat katil yang diberi kemudahan dengan
tempat dihimpunnya bagasi seluruh keluarga Nurmultazam. Ya Allah, mudah bagi
kami untuk mengesan dan membawa masuk bagasi ke dalam bilik. Bersilih ganti
menggunakan tandas, aku mulakan aktiviti pertamaku di bumi Madinah dengan
menunaikan solat syukur di bilik hotel. Kami berempat sempat melelapkan mata.
Jam 4.53 pagi, aku
menadahkan tangan di balik pintu bilik diaminkan oleh suri dan anak-anakku,
“Alhhamdulillah Ya Allah, sejuta syukur kami panjatkan terhadap-Mu atas
jemputan menjadi duyufurrahman-Mu, selamatkan kami dalam perjalanan menuju ke
masjid-Mu, jagalah lisan kami, lindungi kami dan jagalah wuduk kami sehingga
kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Engkau buanglah segala kejahatan kami,
nyahkan kelakuan buruk kami, ampunkanlah dowsa-dosa kami dan jangan Engkau
biarkan kami balik ke bumi keliharan kami dengan membawa beban perkara-perkara
yang sama. “
Kami bergerak ke lobby
hotel dan seterusnya menapak ke pintu 338. Di kiri kanan perjalanan masih sepi,
hanya yang kelihatan ialah pergerakan keluar masuk para tetamu kekasih Allah.
Sebelum masuk ke pintu tersebut, aku mengetuai bacaan memasuki masjid diaminkan
oleh suri dan anak-anakku, “Allah
humaaftahli afwaba rohmatik ………”
Aku perhatikan permata
hati kami dengan pesanan, “Jagalah ibu kamu sebaiknya, kita jumpa di bilik
makan”. Memerhatikan mereka menapak ke ruang solat wanita sedang aku menuju ke pintu
22. Meminum air zam-zam di ruang yang disediakan dan meletak selipar di dalam
masjid (rak 355).
Memulakan marathon
solat-solat tahaiyatul masjid, solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan
diakhiri dengan solat witir. Getar suara mendayu pak imam Masjid Nabawi yang
menusuk menyebabkan mataku bergenang kerana memutarkan minda yang menyatakan
rasa sejuta syukur masih diberi peluang oleh-Nya, solat di kawasan yang hanya
beberapa meter di mana jasad kekasih Allah dikebumikan.
Usai solat, aku menapak
balik menuju ke ruang makan hotel di mana keluargaku sedia menunggu. Menapak ke
bilik, mengguna tandas silih berganti dan memakai jubbah putih untuk ziarah
dalam.
Ziarah dalam
Jam 8.14 pagi, tetamu
kekasih Allah berhimpun di lobby untuk pengedaran earphone bagi mendengar
taklimat sepanjang ziarah dalam. Sebelum bergerak, mutawif Haji Ali
Amin mengongsikan lokasi-lokasai penting di sekitar kawasan hotel antaranya
kedai dhobi, premis menukar wang, kedai satu rial dan premis makanan asia
(Indenesia).
Aku mengimbau sedikit mengenai Rasulullah s.a.w . Muhammad Rasulullah ketika lahirnnya dibidankan oleh Asy-Syifa binti Abdul Rahman bin Auf pada subuh 12 Rabiul Awal (20 April 570 Masihi). Merujuk kepada surah Al-Insan (manusia) ayat 20. Rumah kediamannya hanya beberapa puluh meter dari masjid.
Hebatnya Muhammad bin Abdullah
Ikrimah r.a meriwayatkan, suatu hari Umar Al Khattab menangis menemui
baginda Rasulullah s.a.w. yang tidur hanya beralaskan pelepah kurma hingga
berbekas pada badannya. Lalu baginda bertanya, “Mengapa engkau menangis?” ´”Ya
Rasulullah, Aku teringat Kisra dan kerajaannya,
Hurmuz dan kerajaannya serta Raja Habsyah dan kerajaannya, sedang Engkau
adalah utusan Allah tetapi tidur beralas pelepah.” “ Lalu baginda bersabda,
Apakah engkau tidak redha jika mereka memiliki dunia, sedangkan kita memiliki
akhirat.”
Kita imbau Surah Al Hijr (Hijr ialah lembah antara Syam dan Madinah), Surah
yang diturunkan untuk menenangkan hati Nabi ketika mana Nabi dan kaumnya dicengkam
saat getir berikutan tekanan musyrikin Mekah.
Ibnu Abbas r.a menyatakan, orang Qurish mengadakan pertemuan di Dar
al-Nadwah “Ikat saja Muhammad, lalu biarkan dia begitu sehinggan mati ……..”
Diceriterakan dalam ayat 30 kandungan salah satu surah , “Bahkan mereka menuduh
Muhammad itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya”.
Begitulah keazaman puak Qurish hendak menamatkan riwayat si penamaMuhammad.
Usai berdakwah selama 13 tahun di Mekah dengan
hanya seratus pengikut, lalu baginda menerima perintah Allah untuk berhijrah ke
Madinah. Sebelum baginda berhijrah, ada beberapa individu dan kumpulan yang
berhijrah ke Madinah secara sembunyi-sembunyi. Penghijrah pertama yang berjaya
berlepas ke Kota Madinah bernama Abu Salamah, akan tetapi gagal untuk membawa
surinya Umu Salamah dan si kecil Salamah.
Bersembunyi di Gua Tsur yang terletak di Selatan
Mekah bersama sahabat Saidina Abu Bakar bagi mengelak djejaki oleh musyrikin Mekah.
Mereka bermalam tiga malam di sana dan keluar ke Madinah setelah suasana tenang
dari gangguan musuhnya.
Surah Al-Hasyr (pengusiran) ayat 9. Usaha awal setelah tiba di Madinah,
baginda menjalinkan hubungan antara orang Muhajirin dan Ansar di rumah Anad bin
Malik r.a yang dihadiri oleh seramai 90 orang. Mempersaudarakan antara Abd
Rahman Aauf r.a dengan Saad al-Rabi, Abu Bakar Assidiq r.a dengan Kharijah bin
Abu Zuhair, Umar Al Khattab r.a dengan ‘Itiban bin Malik dan ramai lagi.
Dakwah dengan
bantuan Allah
Rasulullah, tidak bergerak sendirian, akan tetapi bantuan Allah akan
tiba merujuk kepada beberapa situasi. Antaranya digarapkan dalam kandungan
surah Al Ra’ad ayat 13. Rasulullah menghantar utusan mengajak seorang pembesar
Jahiliah untuk beriman sebanyak tiga kali. Allah mengirimkan petir Al Ra’ad
(petir) membakar pembesar tersebut.
Lawatan ke kawasan
kios,
Di kawasan kiosk pelbagai citarasa makanan antarabangsa, kami bergerak
ke kawasan Frame Foto Gergasi untuk berfoto. Mutawif membuka ruang untuk
pasangan-pasangan suami-isteri atau keluarga untuk mengambil tempat bagi
berfoto. Tatkala Tuan Shahlan dan isteri mengambil tempat, berderai ketawa para
duyufurrahman apabila mutawif Haji Ali
Amin mengusik dengan kata-kata, “Bang, ini macam sudah Hari Raya ne.” kerana
pasangan ini memakai pakaian umpama pakaian raya di mana Tuan Shahlan berfoto
Syakifah Bani
Saaidah,
Para Duyufurrahman (tetamu Rasulullah) bergerak ke
Syakibah Bani Saadah, dan tiga buah masjid yang berdekatan sebelum menuju ke
Kubah Hijau di mana jasad Rasulullah dimakamkan. Di setiap lokasi,
mutawif menerangkan sejarah yang panjang yang dimulai dengan sessi berfoto.
Masjid Awan
Jam 9.40 pagi, tiba di masjid Qhammah, masjid di mana Rasulullah s.a.w menunaikan solat Istisqa memohon agar Allah menurunkan hujan tatkala kemarau yang panjang. Di masjid tersebut juga tercatat peristiwa pelaksannan Solat Jenazah Ghaib pertama tatkala mana Rasulullah mendengar berita kemangkatan Raja Najasi (Ethopia).
Jam 9.51 pagi, Peluang
terbuka di mana aku melaksanakan marathon solat sunat tahiyatul masjid, solat
dhuaa, solat taubat dan solat syukur di
Masjid Qhammah. Rentetan doa yang agak panjang hinggakan tanpa sedar para tetamu Rasululah telah menapak pergi.
![]() |
Masjid Qhammah, Madinah |
Ziarah kekasih Allah
Aku menyertai
duyufurrahman ziarah kekasih Allah di depan kubah hijau. Di
hadapan maqam Rasulullah, mutawif Haji Ali Amin meminta tetamu
Rasulullah meletakkan tangan kanan di jantung hati, menundukkan kepala dan
mengetuai bacaan selawat dengan nada sayu dan cukup perlahan. Air mata
bergenang menyampaikan salam kepada Kekasih Allah dan sahabatnya
Saidina Abu Bakar As-sidik serta Sayidina Umar Al-Khattab. Aku juga turut
menyampaikan salam anak-pinak dan rakan-rakan.
Ziarah ke
perkuburan Baqi.
Lokasi terakhir ziarah
dalam kami ialah Permakaman Baqi. Dengan pimpinan mutawif, kami membaca doa di
depan Baqi. Selepas itu kami menapak balik ke hotel penginapan sebelum bersurai
membawa haluan masing-masing. Jam 11.27
pagi, aku dan suriku menuju ke belakang
bangunan seperti yang diterangkan oleh mutawif untuk menjamu selera di Restoran
Jawa. Kami memesan nasi campur SR25 dan teh ais SR 5, teh yang mempunyai aroma
yang tidak akan dijumpai di tempat-tempat lain melainkan di Jeddah, Madinah
danMekah dan berkemungkinan di lain-lain tempat di Arab Saudi.
Usai sarapan, kami berdua menapak ke kawasan premis jualan pelbagai barangan sekitar hotel dan bergerak ke pintu 338, membaca doa iktikaf dan menghantar suriku ke ruang solat wanita sambil diri ini masuk ke masjid untuk menunaikan solat-solat sunat sementara menunggu azan merdu Madinah untuk solat Zohor. Anak-anak tidak menyertai kami kerana ingin mencari sesuatu untuk diri mereka. Sudah tentu pintu pilihan ku ialah pintu masjid bernombor 22 dan menyimpan sepatu di rak dalam bernombor 355, ruang kasut yang selamat tidak pernah penuh berbanding rak kasut di pintu masjid. Kami berlama di situ untuk tilawah, iktikaf dan hanya balik ke hotel usai solat asar. Di perlaksanaan solat dzohor pertamaku di bumi haramain, aku terbuai dengan rasa haru, berbaur gembira. Usai solat aku selengselikan antara solat-solat sunat dan tilawah. Masa antara dzohor dengan asar tidak terasakan lantaran iktikaf berpanjangan serta mengunci peta minda dari urusan lain-lain. “Ya Allah, sejuta syukur aku panjatkan terhadap-Mu atas jemputan mulia ini”,
Usai asar, aku mengintai anak isteriku di tepi bangunan di luar pintu 338. Setelah melihat kelaibat mereka, aku menyertai mereka untuk balik ke hotel bersama-sama. Kami sempat membeli beberapa helai jubbah bernilai SR 105 untuk buah tangan rakan
kenalan.
Usai mandi petang kami sepakat untuk ke masjid
bersama-sama untuk solat asar. Perkara yang sama diulang buat, iaitu berdoa di
balik pintu dan membaca doa iktikaf sebelum memasuki pintu 338.
Di pelaksanaan solat maghrib, aku terkedu apabila imam melantunkan Surah
al-Qari’ah di rakaat pertama dan surah al-Humazah di rakaat kedua. Usai solat,
aku terasa teruja melihat kalibat begitu ramai anak-anak Madinah yang sedang
diuji membaca al`Quran oleh pak-pak guru mereka. Mereka diuji dalam kumpulan
seorang demi seorang, sedang aku sendiri meneruskan tilawah diselang-seli
dengan bacaan munajat doa-doa.
Balik ke hotel selepas isyak, membeli roti dan mayonis untuk santapan sahur dan menyertai kumpulan anak isteri di meja makan. Balik ke bilik, berhimpun sekeluarga dengan cerita-cerita momen-momen lucu semasa hari pertama ziarah.
Itinerari malam di hotel Ruaa International
diakhiri dengan membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, membaca ayat
Al’Muawizat 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat
Kursi sekali.
Itinerari Khamis 22 February 2024 (12 Syabaan 1445
H) puasa sunat
Jam 3.52 dinihari,
aku terjaga dari tidur sebelum jam loceng berdering. “Alhamdulillailazi
Ahhyanaa Badamaa ….. memasak air panas, membancuh minuman dan silih berganti
menggunakan tandas.
Sahur sebelum menapak ke masjid sekitar jam 4.53
pagi. Di balik pintu aku bacakan doa, “Alhamdulillah, Syukur terhadap kasih saying-Mu Ya Allah atas
perkenan untuk umrah ziarah ke tanah suci-Mu. Kekalkah wuduk kami sehingga kami
selesai beritikaf di masjid-Mu, payungi keselamatan kami dan pelihara lisan
kami, pelihara perilaku kami dan berikan
kami keselesaan beribadah di tanah suci ini.”
Rutin harian di pintu
338, aku tadahkan tangan mengetuai bacaan memasuki masjid diaminkan oleh suri
dan anak-anakku, “Allah humaaftahli
afwaba rohmatik ………” aku perhatikan mereka menapak ke pintu wanita manakala aku
menapak ke pintu 22. Menuju jauh ke ruang depan kerana di situ masih banyak
ruang solat kosong, lagipun lokasi itu amat dekat dengan jasad Kekasih Allah disemadikan.
Menunaikan beberapa
solat-solat sunat dan amalan biasa tilawah Al-Quran.
Aku menyertai keluarga untuk solat zohor. Membaca doa di balik
pintu, menunggu lif yang agak sesak dan membaca doa iktikaf di luar pintu 338.
Di perjalanan menuju ke pintu solat lelaki, aku disapa tiupan angina yang
sepoi-sepoi bahasa, yang seolah-olah menyantuni hamba Allah yang berpuasa. Usai
dzohor, seperti pagi tadi, aku terus menapak ke bilik penginapan, sedangkan
anak-anak ke kafe untuk makan tengah hari.
Jam 3.27 petang aku
memohon idzin keluarga untuk bergerak solo bagi membuka peluang untuk aku
membeli bekalan berbuka puasa (setapau kurma dan tiga bungkus berlainan
perisa). Usai solat asar, aku berjaya mengenapkan selawatku ke hitungan sepuluh
ribu. Aku menyambung dengan tilawah surah an-Nisa. Aku menghantar pesanan
melalui WhatsApp kepada mutawif untuk tidak berkumpul di lobby hotel malah
menunggu di kawasan tandas di pintu 338 untuk bergerak bersama-sama ke
Taman-taman Syurga atas tiket muasasah. Aku segera merapat ke jemaahNurmultazam
setelah melihat kelibat mutawif yang meliar matanya mengesan lokasi di mana aku
sedang menunggu Jemaah.
Sebelum
bergerak, mutawif mengongsikan taklimat ringkas. Sebelum azan maghrib, kam berjaya
melepasi cek point pertama menapak ke petak pertama untuk menunggu kebenaran
menapak ke Taman-taman Syurga. Semasa
azan dilaungkan, aku membuka bungkusan kurma dan roti-roti untuk disantap bersama
rakan-rakan. Di situ terdengar usikan lucu mutawif diikuti dengan gelak ketawa,
“Hanya satu orang berpuasa, tapi kita makan beramai-ramai.” Masih sempat
mengongsi resiki dengan beberapa orang di barisan depan dan belakang.
Sedari awal, aku
menyedari seseorang di hadapanku memerihatikan aku dengan tolehan yang beberapa
kerap. Aku agak, ia mirip kepada warga Bangladesh. Baru aku sedar yang aku ada
membawa beberapa jubbah di beg galas
belakangku untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang aku fikirkan layak. Tanpa
membuang peluang yang tersaji di depan mata, aku membuka beg galas dan memilih
jubbah yang sesuai untuknya. Aku melambaikan tangan dan menyerahkan hadiahku.
Usai duduk ditempat asalnya, beliau menilik bungkusan tersebut dan mengangguk
sambil menadah tangan ke atas seolah-oleh menyatakan rasa syukur atas hadiah
tersebut. Kami menunaikan solat maghrib di lokasi tersebut.
Hati koyak di maghrib yang mendamaikan
Allah ya Allah, Engkau
luangkan seluas kemudahan bagi kami rombongan NurMultazam memasuki Taman-taman
Syurga-Mu. Kami berbondon-bondon menuju ke kawasan permaidani
kehijauan (luas 22 X 15 m) berbeza dengan karpet hijau sedikit pekat di luar
Taman Syurga. Raudah yang terkenal sebagai lokasi makbul doa di Masjid Nabawi,
oleh itu berdoalah sepuas-puasnya. Andai mampu solat di dalamnya, tunaikanlah
solat. Akan tetapi lakukanlah kedua-duanya sekali dan berlamalah di sujud
terakhir di setiap sujud terakhir di setiap rakaat untuk
berdoa. `
Rasa terbius ketika
menunaikan hanya dua solat iaitu solat taubat dan solat hajat akan tetapi aku
melisankan rentetan doa pengharapan yang agak panjang (untuk diri sendiri, ibu
bapa, anak isteri, datuk nenek, seluruh kaum muslimin), termasuk doa khas untuk
warga Palastin yang berdepan dengan puak zionis.
“Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika
ya habibullah. Selawat dan salam ke atas mu junjungan besar dan kekasih Allah.
“Assalamualaika Ya Rasulullah ……..aku sampaikan kiriman salam dari anak menantu
serta cucuku, salam dari ahli keluargaku, sahabat dari jemaah surau rumah
pangsa dan keseluruhan penghuninya, geng masjid RTM dan rakan kenalanku.”
Kemudian mengucap salam kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq pula.
"Assalamualaika ya Sayidina Abu Bakar as-Siddiq warahmatullahi
wabaratuh." Seterusnya memberikan salam kepada Sayidina Umar al-Khattab.
"Assalamualaika ya Sayidina Umar al-Khattab warahmatullahi
wabaratuh."
Aku berdoa, “Allah Ya Allah, Engkau ampunkanlah
dosa-dosa kami, dosa anak-anak kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
adik-beradik kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa guru-guru kami, dosa
jiran-jiran kami dan dosa seluruh kaum muslimin. Engkau mudahkan urusan kami,
murahkan reziki kami, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dengan keberkatan
usia, Engkau kurniakan kepada kami umrah yang maqbullah, Engkau jadikan
anak-anak kami anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang berwawasan, anak
yang senantiasa mendoakan ibu bapa, anak yang berjasa kepada agama keluarga,
bangsa dan Negara. Engkau pertemukan jodoh anak-anak kami dengan insan yang
boleh membawa mereka ke Syurga-Mu. Engkau jemputlah anak-anak dan menantu kami
untuk menunaikan haji dalam masa terdekat. Engkau hidupkan dan matikan kami
dalam keadaan Islam yang sempurna, terhindar dari fitnah dazal, terhindar dari
api neraka, Engkau masukkan kami ke Jannatun Naim-Mu bersama keluarga kami
tanpa dihisab. Allah Ya Rab, janganlah hendaknya Engkau jadikan kunjungan ini
yang terakhir buat kami. Jemputlah kami sebagai Duyufurahman-Mu serta berilah
kami kecukupan untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga
anak-anak dan menantu kami, adik beradik kami, ipar-duai kami, jiran-jiran
kami, sahabat Surau Al Mukminin, sahabat seagama rumah pangsa, ahli group Islam
Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini untuk berumrah mengunjungi
dua kota suci-Mu. Engkau berikan kesihatan berpanjangan kepada anak,
menantu dan cucu tunggalku. Aku mohon beberapa mahligai di Jannatun
Naim-Mu, mahligai untuk kami sekeluarga, mahligai untuk kedua ibu bapa ku,
mahligai untuk ibu bapa mertuaku dan mahligai untuk sahabat-sahabatku. Ya
Allah, Engkau bebaskanlah bumi Palastine dari cengkaman Yahudi Laknatullah”.
Dalam masa terbius dengan situasi di Taman-taman
Syurga aku tidak ingat langsung dengan tiang-tiang yang terdapat di dalamnya,
padahal ada Tiang Sarir- (Pangkin) tempat Nabi Muhammad berehat. Terdapat
pangkin tempat di mana Saidatina Aishah R.A menyikat rambut Nabi, ada. Tiang
Ali / Tiang Pengawal-Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal
sebagai lokasi untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W.. Tiang Wufud
(Deligasi) -Suatu masa dahulu tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk
berjumpa dengan pemimpin deligasi luar yang datang ke Madinah. Tiang Aishah -
Tiang ini sangat istimewa, tempat di mana Nabi Muhammad selalu mengerjakan
solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh
Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke Raudhah, cubalah
memohon doa sebanyaknya di sini. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) tempat di
mana Abu Lubabah berkata berbohong kepada Nabi Muhammad. Akibat rasa bersalah
pada Nabi Muhammad, Abu Lubabah mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari.
Tiang Muhallaqah - (Tiang Wangi) Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma.
Batang pokok ini menangis apabila dia ditukarkan dengan batang pokok yang
baharu. Batang kurma itu berhenti menangis setelah dijanjikan akan bersama-sama
dengan baginda di Syurga nanti. Mehrab Nabi - (Mehrab baharu) lokasi nabi solat
berjemaah bersama sahabat baginda. Andai dapat bersolat di sini, dikatakan seolah-olah
kita telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar
ditikam oleh Abu Lulu'ah Al-Majusi ketika sedang mengimamkan solat subuh. Waima
mempunyai sedikit pengetahuan mengenai perkara di atas, aku simpan saja di benak
ini melainkan fokus solat dan berdoa. Hampir dua puluh minti berlalu, aku
meninggalkan RAUDAH dengan perasaan yang teramat sayu.
Waima aku boleh berlama di sana, akan tetapi demi
untuk menyantuni tetamu Allah yang lain yang juga menunggu-nunggu peluang yang
sama, aku menapak pergi dengan hajat di hati akan datang lagi untuk kunjuungan
yang berikut-berikutnya, Insya Allah.
Usai keluar dari
Taman-taman Syurga, aku gagal mengesan pintu masuk untuk ziarah Kekasih Allah.
Akhirnya, aku masuk semula ke dalam masjid dan memilih lokasi paling kiri bagi
memudahkan aku untuk mencari pintu keluar masjid. Meneruskan tilawah sambil
mengintil tasbih tatkala rehat sebelum solat isyak.
Sisi lain Raudah
Merujuk kepada ayat 1 dan 2 Surah Al-Mumtahanah – (wanita yang diuji). Rasulullah
memerintahkan Ali bin Abi Talib berangkat ke Raudah untuk bertemu dengan seorang wanita yang
membawa surat. Wanita itu duduk di belakang unta. Setelah didesak wanita itu
menyerahkana sepucuk surat yang disembunyikan dalam gulungan rambutnya.
Kandungan surat tersebut ialah isu penyelewangan Hatib bin Abi Balta’ yang
membocorkan rahasia kepada musyrikin Mekah.
Berkelambu di tirai
malam
Usai solat isyak, kami berkumpul di dewan makan
untuk makan bersama-sama. Sebaik-baik tiba di kawasan caffe, terlihat olehku
kelibat lambaian suriku dan dua opengarang jantung hati kami yang telah
menyediakan santapan untuk ayah mereka. Malamnya, giliran suriku bersama-sama
permata hatiku untuk mengunjungi Taman-taman Syurga pula, sedangkan aku rehat
di bilik, usai selesai membersihkan diri.
Anak dan suriku balik dari kunjungan mereka ke
Tamaqn-taman Syurga lebih awal dari yang mereka jangkakan. Itinerari hari ini
diakhiri dengan masuk tidur dengan cerita-cerita kunjungan ke Raudah. Sejuta
syukur Ya Allah, engkau permudahkan urusan mengunjungi Kekasih-Mu. Situasi
keberadaan di sana amat sukar untuk digarap mahupun dilisankan dengan
kata-kata.
Sebelum melabuhkan jasad, aku membaca doa sebelum
tidur, Bimikallah Wabika Amud, membaca ayat Al’Muawizat 3 kali, Al-Nas 3
kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat Kursi sekali.
Seboleh-bolehnya, aku ingin mengikuti apa yang diamal oleh kekasih Allah,
sebelum baginda tidur.
Itinerari Jumaat 23 February 2024 (13 Syabaan 1445
H)
Aku terjaga dari tidur sebelum jam loceng berdering
jam 3.52 pagi,. “Alhamdulillailazi Ahhyanaa Badamaa ….. “ Usai menggerakkan
kesemua ahli keluarga, kami menggunakan tandas silih berganti.
Jam 4.37 pagi, di muka pintu bilik, aku langitkan doa
diamninkan oleh suriku dan anak-anakku, “Aamin Ya Rabbil Alamin. Syukur
Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesempatan dan kesihatan. Ampunkan
segala dosa-dosa kami Ya Allah. Selamatkanlah kami dalam perjalanan ke
masjid-Mu. Engkau peliharalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga kami
selesai beriktikaf di masjid-Mu. Kami insan yang amat kerdil ini memohon semoga
Engkau nyahkan segala keburukan kami dan Engkau berkahi kami dengan Rahmat-Mu.
Janganllah hendaknya, kunjungan ini Engkau jadikan kunjungan terakhir kami.
Jemput kami untuk kunjungan-kunjungan yang berikut-berikutnya.”
Aku genggam erat tangan suriku sambil bergerak
menuju ke pintu 338 dengan berganding tangan namun aku berlapik sarung tangan,
diikuti oleh dua pengarang jantung kami. Di luar pintu 338, kami membaca doa
masuk masjid dan berniat iktikaf.
Aku intai suriku dengan permata hati kami dengan
perasaan sayu semasa mereka menapak ke pintu wanita dalam suasana yang padat
dengan duyufurrahman. Aku hanya bergerak setelah mereka hilang dari radar
penglihatanku.
Aku sendiri menapak ke masjid melalui pintu 22,
berbondon-bondon bersama tetamu Rasulullah lain, menyimpan selipar di rak dalam
(rak 355) mencari tong air zam-zam , menghadap ke kiblat sambil melangitkan
doa, “Ya Allah, angkatlah segala penyakit zahir dan penyakit rohani, bebaskan
aku dari ikatan sebarang masaalah dunia.” Aku menunaikan solat-solat tahaiyatui
masjid, taubat, syukur dan solat hajat. Sukar untuk menukilkan apa yang aku
rasakan tika itu, teramat sukar untuk
diungkap dengan kata-kata, melainkan dirasa oleh diri ini.
Di solat taubatku, aku langitkan permohonan kepada
Allah agar menerima taubatku, memohon ampun untuk diri sendiri, keluarga, ibu
bapaku, sahabat dan seluruh umat Islam seantero dunia, di solat syukurku, aku
memanjatkan sejuta`kesyukuran kerana Allah menjemput kami menjadi tetamu-Nya,
di solat hajatku aku memohon beberapa hajat, dijemput kembali ke tanah suci,
diakhiri lisan dengan kalimah La Illaha Ilallah tika nafas terakhir tiba di
kerongkong, dipohonkan doa dari anak-anak solehah, dilapangkan liang lahad dan
beberapa pengharapan setulusnya . Aku meneruskan marathon selawatku sementara
menunggu solat witir.
Aku juga boleh membayangkan rakan-rakan kainnya
yang perasaan mereka sama seperti yang aku rasakan. Sebak, sayu, gementar, rasa
syukur dan pelbagai rasa yang dapat aku rasakan yang tidak ternukilkan.
Semasa solat subuh, pak imam membacakan
surah as-Sejadah. Hati ini bagai tertusuk sembilu, mata bergenang lantaran
Allah memberi peluang seluruh duyufurrahman sujud sejadah di Masjid
Kekasih-Nya. Allah juga memberi peluang dan rebutlah peluang tersebut untuk
sujud ketika kita membaca Al-Quran kita menemui ayat sajadah di lima belas
tempat di dalam kitab suci iaitu 1.Surah Al-A'raf (ayat 206) 2.Surah .Ar-Ra'du (ayat 15) 3.Surah Al-Nahli (ayat 49) 4.Surah Al-Isra (ayat 107) 5.SurahMaryam (ayat 58) 6.Surah Al-Hajj (ayat 18) 7.Surah Al-Hajj (ayat 77) 8.Surah Al-Furqan (ayat 60) 9.Surah An-Naml (ayat 25) 10.Surah Sajadah (ayat 15) 11.Surah Sad
(ayat 24) 12.Surah Fusilat (ayat 37) 13.Surah An-Najm (ayat 62) 14.Surah Al-Insyiqaq (ayat 21) dan 15.Surah Al-Alaq (ayat 19)
Saidul Ayam
Aku bukanlah yang terbaik, namun berhasrat untuk
mengajak kalian berbuat yang terbaik. Syukur Ya Allah. Engkau memberi peluang
kepadaku tanpa menunggu lama untuk menyerahkan infaq Saidul Ayamku kepada Tuan
Haji Basri bagi kegunaan Van Jenazah Percuma mereka melalui besan beliau
sebelum bergerak turun ke masjid untuk solat Jumaat.
Merujuk ayat 18 surah Al-Ma’aru, Asma
Abu Bakar meriwayatkan sabda Rasulullah, “Bersedekahlah, jangan kamu
berkira-kira, supaya Allah tidak berkira-kira pemberiannya kepadamu dan
janganlah kamu menahan supaya Allah tidak menahannya (rezeki) ke atasmu.”
Jam 11.30, aku meninggalkan hotel usai selesai
rutin membaca doa di balik pintu untuk memohon
perlindungan.keselematan dalam perjalanan menapak ke Masjid Nabi.
Suasana padat seawal pagi menyebabkan petugas masjid mengarahkan aku dan
rombongan terlewat ke Roof Top.
Premis
Adnan
Dalam perjalanan untuk solat asar, aku singgah ke
kedai Adnan yang sekian harinya sering memanggil aku ayah mengajak singgah di kedainya.
Aku membeli jubah putih saiz 56 untuk menantuku Fendy yang kami sepakati untuk
dipakai semasahari lebaran nanti.
Usai makan malam, balik ke bilik membersihkan diri
dan berkongsi pengalaman di beberapa hari berada di Kota Madinah. Itinerari
hari ini diakhiri dengan masuk usai selesai membersihkan diri.
Sebelum melabuhkan jasad, aku membaca doa sebelum
tidur, Bimikallah Humaahya Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali,
Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat Kursi
sekali. Rutin ini telah aku amalkan sejak beberapa tahun. Seboleh-bolehnya,
aku ingin mengikuti apa yang diamal oleh kekasih Allah, sebelum baginda tidur. Kadangkala
aku menambah bacaan dengan membaca sebahagian dari ayat Kursi, “Wajaalna
mimbaina aidihim …….. doa ketika Rasulullah menabur pasir kepada kaum musrikin
ketika sebelum baginda meninggalkan rumah baginda dan meniupkan dalam bayangan
keempat penjuru rumah kediaman di tanah air. Jam disetkan 3.40 pagi untuk
bangkit keesokkan harinya.
Itinerari Sabtu 24 February 2024 (14 Syabaan 1445
H)
Hari ini tidur sedikit lewat kerana menunggu dua pengarang jantungku, ke
Taman-taman Syurga dengan keizinan tempahan Nusuk. Mereka tiba di bilik jam
12.20 pagi.
Jam 4.07 pagi, kami terjaga dari tidur dikejutkan
oleh jam loceng yang berdering. “Alhamdulillahi lazi Ahyana …..”
Syukur ya Allah, masih diberi pinjaman untuk menghirup udara
kurniaan-Nya yang tidak terhingga.
Usai bersiap, rutin biasa diteruskan. Dimulai
dengan melangitkan doa dibalik pintu, kami menuju ke depan lif yang agak
lenggang. Suasana pagi yang bening itu mendamaikan dan menyerap ke sanubari
ini. Aku genggam erat tangan suriku sambil berjalan menuju ke pintu 338. Tangan
kiriku menggentel tashih digital yang aku bawa dari rumah kediaman di Sabah
Di pintu 338, kami membaca doa iktikaf, “Allahum
Aftahli Afwaba …… “. Aku iringi suriku dan permata pengarang jantungku sehingga
ke pintu wanita dan intai kelibat mereka sehingga ia tidak kelihatan lagi.
Di pintu 22, aku masuk jauh-jauh ke ruang solat
lelaki dan menyimpan di ruang kasut simpanan bernombor 355 seperti selalunya.
Rak kasut Nampak kosong kerana rata-rata tetamu Rasulullah menyimpan kasut di
muka pintu masjid. Sebelum memulakan solat, aku menghadap tong air zam-zam
untuk mengisi botol yang aku bawa dari hotel sambil menghirup secawan bagi
melegakan tekak.
Aku mengambil ruang sebelah kiri bagi menunaikan
renteten solat-solat tahaiyatul masjid, solat tahajud, taubat, hajat dan solat
syukur. Pelbagai doa dilangitkan setiap selepas menunaikan solat sebelum
akhirnya menunaikan solat witir tiga rakaat dengan sekali salam.
Masjid Quba
Seawal jam 7.41 pagi, rombongan kami akan menapak ke
Masjid Quba. Sebelum bergerak, kami dinasihati untuk berwuduk di hotel kerana
pahala solat di Quba menyamai dengan pahala sekali umrah. “Subhanal
lazi sahaaralana haza ….. Waaina illa rabbina laa mun kalibun.” Iaitu
sebahagian ayat 13 Surah Az-Zukruf dan ayat 14 surah yang sama, iaitu doa sebelum
memulakan perjalanan yang dipimpin oleh mutawif.
Al-Aqsa
Di perjalanan,
mutawif Haji Ali memulakan bicara yang
menyentap jiwa dengan soalan yang tidak berjawab, “Mengapa Al-Aqsa dikuasai
Yahudi?” “Kerana apa, kerana umat Islam
tidak mendatang masjid tersebut seperti mana mereka kerap mengunjungi Mekah dan
Madinah.”
“Sama ertinya, andaikata
umat Islam tidak lagi mengunjungi
Madinah al-Munawarah dan Mekah al-Mukaramah, Nazubillah, boleh saja
kedua kota suci ini akan dirampas oleh mereka.” Begitulah haloba dan rakusnya
kaum Zionis Laknatullah.
Kaum Yahudi merupakan
satu bangsa yang berasal dari Keturunan Nabi Yaacob iaitu yang sdikenali dengan
al-Yahuda. Nabi Yaacob pula dikenali sebagai Israel.
Hebatnyan kaum ini
Kisah kaum Yahudi yang merupakan bangsa yang berasal dari keturunan Nabi
Yaccob iaitu yang dikenali dengan Yahuda (Surah Al-Baqarah 113, ada kaitannya
dengan kisah ini). Nabi Yaacob pula dikenali dengan nama Israel (Isra bermaksud
hamba ill adalah Allah – bahasa Hebrew) yang berkitabkan Taurat. Bani Israel berasal dari negeri Kan’an (dikatakan
Palestin di hari ini) di Syam berpindah ke Mesir atas jemputan Nabi Yussof. Dalam Surah Al-Aaraf
menjelaskan yang Nabi Yusof memukul batu yang mengeluarkan dua belas mata air
iaitu 12 suku Bani Israel (ayat 160).
Sejarahnya bermula apabila Nabi Yaacob a.s memohon agar anak-anaknya pergi ke Mesir tanpa Bunyamin (adik Yusof), untuk pertukaran barangan kepada barang makanan, lantaran kekurangan makanan di negerinya (kemarau). Sekembali anak-anak Nabi Yaacob ke negerinya, mereka menyampaikan amaran tidak akan memperoleh makanan lagi untuk kunjungan berikutnya tanpa Bunyamin. Bunyamin adalah adik beradik Nabi Yusuf a.s seibu yang bernama Rahil binti Lawi.
Sebelum berlepas dari negeri Kan’an, dengan berat hati melepaskan
Bunyamin, Nabi Yaacob berpesan agar anak-anaknya memasuki kota Mesir dari pintu
yang berlainan. Dengan helah memasukkan bekas minuman yang diperbuat dari emas
ke katung unta milik Bunyamin, Bunyamin tertangkap. Anak-anak nabi Musa kembali
ke negeri mereka tanpa Bunyamin dan abang sulong mereka yang enggan pulang
bersama.
Setelah mengakui bahawa Yussof adalah anak Nabi Yaacob a.s, baginda
menjemput seluruh keluarganya ke Mesir. Diceritarakan dengan panjang lebar di
Surah Yusof, sebelas orang adik beradik Yusof bersujud di hadapan baginda
sebagai penghormatan kepada baginda manakala kedua ibu bapa baginda didudukkan
di atas singahsana. Ini bersesuaian dengan bila mana pada masa kecilnya Nabi
Yusuf a.s pernah menceritakan mimpi baginda kepada ayahnya Yaacob yang beliau
bermimpi di kelilingi sebelas bintang dan bulan serta matahari (bintang
mewakili adaik beradiknya manakala bulan matahari mewakili ibu bapa baginda).
Menurut Sejarah, rasul pertama yang diangkat dalam kalangan Bani Israel ialah Nabi Yussof, manakala yang terakhir ialah Nabi Isa.
Ada beberapa ceritara
yang menarik yang pernah berlaku di suatu ketika dahulu. Diriwayatkan bahawa
hari Sabtu ditegah untuk berperang. Pada
petang Jumaat sebelum matahari terbenam, pemimpin mereka yang terkemuka (Nabi
Yusya As) telah menyeru matahari. “Wahai
matahari, aku adalah hamba Allah dan engkau juga adalah hamba Allah.
Berhentilah engkau bergerak. Tatkala matahari berhenti, mereka memerangi umat
Palastin sehingga memenangi pertempuran tersebut serta berjaya menawan Baitul Muqadis.
Setibanya di Quba, kami ditunjukkan ke suatu lokasi
untuk solat. Allah ya Allah, aku bukan setakat menunaikan solat tahaiyatul
masjid, malah sempat menunaikan solat hajat, solat taubat, solat syukur dan
solat dhuaa.
Solat dhuaa di Masjid Quba
Di solat dhuaaku, ini tambahan doa yang aku pohon,
“Allah ya Allah, andaikata reziki itu masih di langit-Mu, turunkanlah kepadaku,
andaikata reziki itu masih di bumi-Mu,keluarkanlah untukku, andaikata reziki
itu masih jauh, dekatkanlah kepadaku, andaikata reziki itu sukar,
mudahkanlah kepadaku, andaikata reziki itu
haram, sucikanlah kepadaku, enugerahi aku reziki sepertimana Engkau pernah
anugerahkan reziki kepada orang-orang sebelum aku.” Usai berfoto di hadapan
masjid Quba sebelum bergerak ke Ladang Kurma, sempat membeli dua kilo kurma
masak (SR 50).
Jam 9.53 pagi, rombongan kami tiba di ladang kurma.
Nun di kejauhan terdengar pekikan, “kurma ajwa, kurma syukari, kurma anbar,
kurma nabi.” Mutawif anaknda Haji Ali Amin bersama Puan Haji Hayati tidak
membenarkan kami bergerak malah membimbing kami suami isteri ke satu meja.
Mereka memesan empat mangkuk bakso Indonesia untuk santapan kami berempat. Kami
membiarkan anak-anak kami mengurus pembelian kurma dan kekacang.
Jam 10.47 pagi, gerak ke Bukit Uhud. Di
kejauhan, aku mengintai gunung berbatu kemerah-merahan, lokasi di mana berlakunya
peperangan yang berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah (Mac 625 Masihi. Di sana
gugur sahidnya suhadah Uhud seperti
Saiyidina Hamzah bin Abu Mutalib, Mus’ab bin Umair, Amru bin Al Jamuh yang
terkenal dengan pejuang tempang. Ada lagi seorang pahlawan yang bernama Anas
bin Nadir yang jarang disebut. Anas tidak ikut berperang dalam Perang Badar
dengan keizinan Rasulullah. Di Uhud, tatkala para tentera musliman berundur,
Anas Nadir maju ke medan perang waima dihalang oleh Sa’ad bin Mu’az.
Anas mengalami 80 luka panahan, tetakan dan tusukan senjata di seluruh badan
hingga mayatnya sukar dikenali. Ia dikenali oleh adiknya melalui hujung jari
Anas bin Nadir.
Suasana di dataran Uhud diserikan dengan puluhan
gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Mereka menjual serbuk inai dan pelbagai
barangan lain seperti tasbih, jubah, kurma, serban, ketayap dan pelbagai
barangan lain. Ada beberapa orang jemaah tidak turun ke perkuburan syuhada Uhud
termaasuk kami berdua suami isteri. Aku hanya bergerak sekitar kawasan perkir
bas dan membeli dua mangkuk aiskerim serta membeli sedozen songkok buatan Turki
untuk buah tangan balik ke tanah air.
Sabil Madinah
Jam 2.10 petang, sebelum bergerak, anaknda Haji Ali Amin menyatakan permohonan maaf beliau atas kelewatan menguruskan sabil lantaran mempunyai jadual yang amat padat untuk diuruskan.
Kami menyertai duyufurrahman Nurmultazam ke kawasan kiosk jualan makanan antarabangsa yang hanya berjarak lebih kurang 100 meter dari Hotel Ruaa International untuk menyerahkan 174 tapau sedekah sabil. Kemeriahan dan rasa bertuah tergambar di wajah para tetamu Rasulullah ketika menyampaikan sedekah sabil yang disedekahkan dalam masa yang amat singkat. Berkongsi reziki dengan penduduk di sana dengan santunan yang bersesuaian, membangkitkan rasa haru yang membenihkan keinsafan yang terjelma dari rasa rendah diri serta rasa kerdil
Baca
Yassin sekeluarga
Usai solat maghrib, kami berkumpul antara pintu
337-338 untuk membaca surah Yassin. Aku mulakan rutin harian tilawahku dengan
mendahulukan membaca Sab’ul Matahani. Ini adalah saranan dari beberapa pendakwah
yang ternama yang menyarankan agar membaca surah terebut sempena Nisfu Syaban.
Syukur Ya Allah, Engkau luangkan selaut peluang untuk membaca Yassin di
Haramain-Mu pada tahun ini. Secara tidak terancang, tetapi aku yakin, ini
adalah atas perkenan-Mu semata-mata.
Usai makan malam, di perjalanan balik ke bilik aku
menyantuni dua beranak Tuan Ghani dan ayahnya (Tuan Rudi) yang acap kali
bersantai di sofa yang disediakan di ruang legar depan lif. Terlerai cerita
yang mereka ini ada gerai pisang goreng di pekan Kepayan yang acap kali juga
aku kunjungi, cuma baru kali ini terjumpa taukehnya.
Itinerari hari ini diakhiri dengan masuk tidur jam
dalam jam sembilan malam, usai selesai membersihkan diri. Sebelum melabuhkan
jasad, aku melibas-libas tilam dengan tuala mandi. Aku membaca doa sebelum
tidur, Bimikallah Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali,
Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca
Ayat Kursi sekali. Memohon keampunan-Nya dan membaca dzikir hingga tertidur.
|
Itinerari Ahad 25
February 2024 (15 Syabaan 1445 H) puasa Nisfyu Syaban
Terjaga dari tidur apabila jam loceng
berdering. “Aku membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ………..
“. Usai memasak air panas, dan membuka bungkusan roti untuk pengalas perut buat
sahur untuk puasa.
Mengguna tandas silih berganti untuk membersihkan diri, dan akhirnya
kami bergerak pada jam 4.30 pagi ketika azan tahajud dikumandangkan.
Aku membaca doa di balik pintu bilik menghadap ke
kiblat diaminkan oleh suri dan anak-anakku, “Alhamdulillah ……. Ya Allah kami
mengucapkan rasa syukur kepada-Mu kerana masih sudi untuk menerima kami sebagai
tetamu-Mu. Licinkanlah pergerakan kami ke masjid-Mu, jagalah lisan kami,
kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf. Jangan biarkan kami
berkeadaan yang sama selepas kami balik ke tanah air kami. Mohon tinggalkan
kelakuan, dan perangai buruk kami dan tinggalkan dosa-dosa kami di tanah suci
ini.”
Di luar pintu 338, kami membaca doa iktikaf dan memerhatikan
ketiga-tiga insan tersayang menapak dengan santai ke ruang solat wanita. Aku
perhatikan suridan anak-anakku dan mengiringinya dengan ucapan salam dan
bertamu janji di pintu yang sama.
Di laluan ke masjid, aku terserampak dengan
duyufurrahman yang dipimpin oleh Mutawif Ustaz Syafiuddin. Masuk ke masjid
melalui pintu 21 kerana pintu 22 masih tertutup. Aku mengirikan laluan pintu 22
untuk maju ke ruang solat depan. Meninggalkan sepatu di rak 355 dan mencari air
zam-zam seperti hari-hari sebelumnya. Menunaukan marathon solat tahaiyatul
masjid, solat tahajud, solat taubat, solat syukur, solat hajat dan diakhiri
dengan solat witir.
Di rakaat pertama solat subuh, Pak Imam membaca
surah Al-Mulk yang menggetarkan insan kerdil si jantung hati pebdosa ini. Usai
solat subuh, aku balik ke bilik, sedangkan tiga insan tersayang menuju ke ruang
makan untuk bersarapan.
Usai solat dzohor, aku ke Money Changger membuat
tukaran wang BR 100 bersamaan Saudi Rial 270.00. Menemani suriku untuk membeli
kekacang, kurma dan choklet di premis berbangsa India yang berasal dari Pulau
Pinang. Di sana bertemu dengan seorang yang berasal dari Kelantan tetapi amat
fasih berbahasa Tamil yang menggeletek hati para Jemaah yang di bawah
bimbingannya. Sedang aku sendiri membeli jubbah SR100.00
Manasik umrah
Antara solat zohor, kami menghadiri taklimat
Manasik Umrah yang disampaikan oleh Haji Ali Amin. Antara intipati manasik
ialah bergerak awal dalam berpakaian ihram menaiki bas ke Masjid Bir Ali, solat
berjemaah di masjid tersebut dan membaca niat umrah bersama-sama di dalam bas
sebelum bas bergerak, menjaga tiga belas pantang larang ihram.perjalanan yang
akan mengambil masa enam jam ke Mekah Al-Mukaramah, kami dijangka singgah untuk
solat jamak Maghrib Isyak di suatu
Usai taklimat, aku menyerahkan empat biji buah
zuriat kepada Tuan Junaidi tanpa mengenakan bayaran. Kebetulan buah tersebut
aku terjumpa beli ketika melalui premis jualan kurma semasa menemani suriku
membeli buah tangan.
Balik ke bilik dan usai mandi aku meminta idzin
dari keluarga untuk bergerak lebih awal demi membeli judah berbuka di kedai
bawah hotel. Seperti selalunya menuju ke pintu 338, membaca doa iktikaf dan
menapak ke pintu 19. Di sana aku memilih seferah yang aku inginkan iaitu satu
hamparan yang menyediakan makanan berbuka dalam kekotak yang mengandungi kurma,
roti dan laban. Waima sebelum itu, aku dihadang oleh beberapa pekerja seferah
yang mendepakan tangan, meminta aku duduk di kawasan mereka. Ketahuilah, di
masa berbuka, boleh dikatakan hampir seratus hamparan dibuka untuk menyediakan
juadah percuma kepada Jemaah. Ketahuilah juga, sememangnya warga Saudi amat
pemurah dalam menyantuni para Jemaah yang berpuasa di haramain.
Terasa amat seronok apabila di solat maghrib, pak Imam membaca ayat Ad-Dhuaa di rakaat pertama dan membaca ayat Al- Insyirah di rakaat kedua, ayat yang lazim di lisan ini. Usai maghrib, aku menyertai ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah yang menggunakan Bahasa Indonesia. Di tengah-tengah ceramahnya, beliau mengemukakan soalan-soalan yang mana soalan yang tepat dihadiahi dengan senaskhah buku. Aku boleh meneka bahawa buku yang diberikan itu, adalah karangan beliau sendiri.
Allah ya Allah, ianya terbayar cash, di mana
penyerahan buah zuriat secara percuma kepada rakan kami Tuan Junaidi dibalas
dengan sepelastik buah badam yang aku terima dari Tuan Junaidi (cikgu SMK.
Benoni). Aku lisankan ucapan terima kasih atas hadiah tersebut.
Itinerari hari ini diakhiri dengan balik ke hotel
untuk menyertai makan malam bersama keluarga di café hotel. Sejuta syukur Ya
Allah, keluarga penyayangku telah menguruskan makananku tanpa aku perlu
berbaris panjang untuk mengambil makanan.
Melabuhkan tirai malam dengan melibas-libas tilam
dengan tuala mandi, mengamati ceritra-ceritara keluarga yang menyeronokkan. Sebelum
bersauh, aku aku membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud,
Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah
3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca Ayat Kursi sekali. Memohon keampunan-Nya
dan membaca dzikir hingga tertidur.
Itinerari Isnin 26 February 2024 (16 Syabaan 1445
H)
Jam 3.18 dinihari, dengan kekuatan dan semangat tidak
sabar-sabar untuk mendepani Baitullah Al-haram, aku membaca doa bangun tidur,
“Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “ sebaik-baik mata celik dari terpejam
sepanjang malam. Ungkapan pertama keluar dari lisanku selepas berdoa ialah
“Sejuta Syukur Ya Allah, kerana dengan izin dah rahmat-Mu, Engkau masih memberi
peluang untuk aku melihat dunia pinjaman-Mu ini. Aku mohon Ya Allah, atas
perkenan-Mu, licinkanlah pergerakan kami serombongan untuk tiba dengan selamat
di Haramain-Mu.”
Air zam-zam untuk mandian
Kami silih berganti menggunakan bilik air. Oleh
sebab hendak ke Mekah bagi menunaikan umrah, kami mandi sunat ihram di mana
mandian terakhir kami, kami sirami diri masing-masing dengan air zam-zam dengan
niat di hati, “Ya Allah, Engkau sucikanlah segala dosa-dosa ini,
gugurkan segala kekotoran di badan ini. Engkau ampun dosa-dosa kami, ampun dosa
kedua ibu bapa dan datuk nenek kami, dan amopun dosa keluarga kami. Izinkan
kami berpergian dengan keadaan yang suci.”
Usai mandi, kami mengemas bagasi untuk diangkut
oleh petugas hotel memuatkannya ke perut bas yang akan membawa kami ke Mekah
al-Mukaramah.
Sebelum bertolak ke pintu 338, kami minum 3+1 dan
roti manis dan meletakkan bagasi kami di luar pintu bilik. Cuaca dingin dengan
tiupan angin tidak menghalang untuk berkunjung ke Masjid Nabi. Sebelum bertolak
ke masjid (jam 5.16 pagi), aku menadah tangan sambil diaminkan oleh suriku dan
anak-anak agar diberi kemudahan untuk bersolat di masjid.
Kami bertolak ke masjid bersama-sama sambil
berganding tangan, hanya berpisah ketika masing-masing menuju ke ruang solat
wanita dan lelaki, setelah membaca doa iktikaf di luar masjid. Anak-anak
permata hati kami mengikuti tiap peri laku kami. Sebelum solat subuh, aku
melengkapkan sejumlah 12,226 selawat ke atas kekasih Allah. Di sujud terakhirku di subuh
terakhir di Masjid Nabawi, aku bersujud sedikit lama melafazkan sepenuh
kesyukuran kerana kami empat beranak antara jutaan insan yang dipilih menjadi
tetamu-Nya.
Ziarah wada
Usai solat subuh, kami berkumpul di dalamm pintu 338 untuk ziarah wada. . Semasa menunggu tetamu Rasulullah berkumpul, aku menyantuni sepasang suami isteri yang kelihatannya sering mengelak dari berbual-bual sesama Jemaah. Aku menyantuni si suami yang bernama Khairul, yang akhirnya ramah dengan aku. Kami menapak dengan santai mencelah dalam kalangan ribuan tetamu Allah yang aku rasakan menuju ke suatu lokasi yang sama untuk ziarah wada.Setelah berhenti di hadapan kubah hijau, di hadapan maqam Rasulullah, mutawif Haji Ali Amin meminta tetamu Rasulullah meletakkan tangan kanan di jantung hati, menundukkan kepala dan membaca selawat dengan nada perlahan. Air mata bergenang menyampaikan salam kepada Kekasih Allah dan sahabatnya Saidina Abu Bakar. Salam perpisahan yang paling dalam dengan linangan air mata keinsafan. Di sebelah kiriku, terdengar esak tangis suriku. Di sekitar kami, tiada suara-suara nakal yang kedengaran, melainkan rintihan pengharapan untuk dijemput lagi ke sana buat sekalian kalinya. Dalam hati ini menyebut, “Ya Allah, jangan Engkau jadikan kunjungan ini buat yang terakhir kalinya butut kami berdua. Jemputlah kami ke sini dalam kunjungan nyang akan datang, dan kami akan berkunjung bersama-sama anak-anak dan keluarga kami.” Di luar 338, di laluan balik, aku menuang makanan kucing yang terakhir tanpa saki-baki untuk santapan si bulus yang kelibatnya sering membuatkan aku rindu kepada kucing yang sering mendatangi rumah kami di Kota Kinabalu yang kami sebut-sebut dengan jolokan “Si Jamal’.
Miqat di Bir Ali
Dengan berpakaian ihram, jam 10.47 pagi, bas kami
meninggalkan perkarangan hotel menuju ke tempat bermiqad iaitu masjid Bir Ali. Ruang
duduk di bas telah disediakan oleh kedua-dua pengarang jantung kami, iaitu
bahagian belakang bas. Kini selawatku ditukar kepada dzikir. Semasa menuju ke
bas, terserampak dengan mutawif anakanda Haji Syafiuddin. Sempat menyantuni
beliau dan menyerahkan Saudi Rial kepada beliau. Beliau datang berjumpa dengan
Haji Ali dan Hajay Hayati untuk memperoleh Banner Nurmultazam untuk rombongan
yang dibimbingnya.
Jam 12.10 petang, bas meninggalkan Bir Ali. Usai
melafaz niat umrah bersyarat dengan bimbingan mutawif, kini kami terikat dengan
13 pantang larang. Alhamdulillah, segala puji serta berjuta rasa syukur
aku panjatkan kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam yang sudi menjemput aku, suriku,
dan seisi rombongan menjadi tetamu-Nya. Ya Allah, sesungguhnya ibadahku
kerana-Mu semata-mata, “Labbaika Allahumma labik, labaika laa syaariikalaka
labbaik,” “Ya Allah, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala
puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu…”.
Kini kami terikat dengan 13 pantang larang
seperti:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh memakai
pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh memakai
sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi atau
bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau
menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak kepala atau
janggut (lelaki dan wanita). 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki
dan wanita). 8.Tidak boleh memotong kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh
mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan
wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak
boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin, mengahwinkan atau menjadi wakil
kahwin.
Bas kami menyusur padang pasir yang tidak bertepi
dan batuan hitam dengan laungan tarbiah beramai-ramai. Hati bagai tersiat-siat
dengan mata sedikit bergenang tatkala melaungkan kalimah tersebut. Tatkala
duyufurrahman berhenti membaca talbiah, aku membaca talbiah antara kedengaran
dengan tidak untuk tidak mengganggu jemaah lain. Padang pasir yang saujana mata
memandang seolah-olah bercantum dengan awan biru pekat tanpa dihiasi walau
segumpal awan menjadi saksi keterujaan kami untuk mendepani bangunan berkelambu
hitam yang digelar Baitullah. Kenapa tidak bersyukur, di zamannabi, mereka
meredah padang pasir berpanas terik hampri seminggu untuk tiba di tempat
tujuan, sedangkan kami menaiki bas berpendingin hawa, hanya mengambil masa enam
jam untuk tiba di haramain-Nya.
Kiri kanan jalan, dihiasi dengan batuan hitam,
suatu pemandangan yang asing dari bumi kelahiranku. Nun jauh terpacak beberapa
bukit batu yang kekadang menyajikan susana sungguh asing buat diri ini. Ini
suasana yang jauh berbeza dengan tanah air yang ditumbuhi dengan pelbagai pokok
kehijauan. Sekali sekala nun di kejauhan, kelihatan gelagat segerombolan unta
dan kambing berkeliaran memagut makanan. Sebahagian para Duyufurrahman tidak
melepas peluang untuk mengambil foto dan video di sepanjang perjalanan, yang
lainnya mengambil sedikit rehat, terliang lintuk di kerusi masing-masing. Aku
membayangkan batu-batuan kiri kanan dan bukit berbatu menyambut dan mendoakan
agar kami akan selamat tiba ke destinasi yang dituju.
R&R
dekat replika Quran
Para Duyufurrahman melayani semangat untuk
mendepani Baitullah al-Haram dengan tenang dan penuh debaran. Sebahagiannya
melayani keletihan lantaran perjalanan jauh. Pemanaduan berhemah juga membuai
mutawif dan CEO hingga terlepas beberapa R&R yang akhirnya pemandu membawa
Jemaah ke R&R yang mendekati Replika Quran untuk solat jamak taqkkhir asar
dzohor.
Apa di sebalik Al-Quran
Empat surah dalam al_Quran berkisar tentang kiamat iaitu surah Al-Waqiah
(56), Al-Haqqah (69), Al-Qiamah (75) dan Al-Qari’ah (101). Enam surah
berthemakan binatang iaitu Al-Baqarah (lembu-2), An-Nahl (lebah-16), Al-Naml
(semut-27), Al-Ankabut (labah-labah-29), Al-Fill (gajah-105) dan Al-Adiyat
(kuda perang -100). Lapan surah berkisar nama-nama hebat iaitu Surah Yunus(10),
Hud (11), Yusoff (12), Ibrahim (14), Maryam (19), Luqman (31), Muhammad (47)
dan Nuh (71) manakala satu surah berkisar nama orang biasa-biasa iaitu Surah
Ali Imran. Ada satu surah yang memiliki sembilan nama iaitu al-Taubah,
al-Baaraah, al-Ahzab, Al-Muqasqasah, al-Buhth, al-Fadhihah, al-Mub’asarah,
al-Muthirah dan al-Hafirah.
Kota sarat emosi
![]() |
Di Ka’bah (Baitullah) 2024 |
Di perjalanan memasuki kota Mekah, mutawif
membimbing jemaah untuk membaca doa memasuki kota Mekah.
“Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu
maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .”
Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan
hamba-hamba-Mu. Daku memohon dengan-Mu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan
melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan
mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke
atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya. Itulah doa yang kami
baca bersama dengan bimbingan Mutawif kami.
Jam 5.02 petang, nun di kejauhan aku terlihat
menara jam Abraj Al-Bait (595 meter ), yang menjulang angkasa
itu dengan sebak dan dada berombak. Bermakna dan
menandakan dalam masa terdekat kami bakal sampai ke destinisi tujuan kami.Takungan
air jernih amat perit untuk dipertahankan. Dalam beberapa minit saja lagi
lakaran Kaabah yang kupandang di sejadah selama ini akan berada di depanku. Di
perjalanan hampir enam jam, aku menggenapkan sejumlah 3,280 tasbih.
Hotel
Daror Aleiman kompleks Safwah
Duyufurrahman menuju ke lobby tingkat atas dan
menunggu pembahagian kunci dengan penuh sabar (jam 5.29 petang). Sebahagian
dari kami, berlabuh di kerusi yang disediakan. Bukan hanya kami yang menunggu kunci,
malahan ada puluhan lagi jemaah dari egensi lain juga dalam situasi yang sama. Waima
masih belum menerima kunci bilik, kupon untuk sarapan, makan tengah hari dan
makan malam telah dibahagi-bahagikan kepada semua jemaah.
Akhirnya, kami menerima cadangan CEO dan sepakat
untuk menunaikan solat maghrib di tingkat M (Mossala) dan kembali semula ke
lobby. Kami menjamu selera makan malam di aras R iaitu di Mamlakat Al Rayah
(Café dan restoran).
Waima hanya sebahagian dari kalangan kami yang
beroleh kunci, sedangkan yang lain masih dalam penantian (termasuk kami
sekeluarga). Atas cadangan mutawif dan CEO, kumpulan Nurmultazam kami memutuskan
untuk ke dataran bagi menunaikan tawaf
dan saie terlebih dahulu usai mengisi perut yang seakan-akan berkeroncong.
Sebelum bergerak, aku himpunkan ahli keluargaku
untuk melangitkan doa, “Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di bumi Mekah.
Kami pohonkan, Engkau labuhkan payung perlindungan-Mu kepada kami, Engkau
jagalah lisan kami, permudahkan tawaf dan saie kami dan semoga kami kekal
berwuduk sehingga kami selesai bertahul nanti dan kami pohonkan umrah yang
maqbullah.”
Dengan mengenakan earphone di kedua-dua belah
telinga, kami mendengar sedikit taklimat di loby hotel (ruang berkumpul bagi
setiap aktiviti). Ustaz Haji Ali membentuk formasi, dengan meletakkan
duyururrahman wanita di tengah-tengah dikelilingi oleh lelaki, bagi mengelak
kami terpisah dari kumpulan.
Dalam surah al Baqarah menyebut Kaabah terletak di tengah Masjidil
Haram. Mekah dikelilingi oleh Jabal
Ajyad dan Jabal Qubais (di timur), Jabar Quaiqan (di barat), Jabal Hira (di
timur laut) dan Jabas Tsur (di selatan).
Para duyufurrahman Nurmultazam meninggalkan
perkarangan hotel sambil melangitkan talbiah yang bersahut-sahutan yang meremangkan bulu roma. Kami bergerak ke
lantai Kaabah untuk memulai tawaf.
Terbius
mendepani Baitullah
“Allaahumma yaa rabbal baitil’atiiq aatiq
riqaabanaa wariqaaba aabaa inaa waummahaatinaa wa ikhwaaninaa wa aulaadinaa
minan naari yaa zaljuudi walkaramani walfadli walmanni wal’ataai wal ihsaan”.
Hati bergetar tika memandang bangunan berselimut hitam ‘Kaabah’. Subhanallah… Walhamdulillah… Allahu Akbar …
sebaik-baik sahaja Baitullah berada di depan mata, Subhanallah.. . . aku
bukannya bermimpi, hanya Allah yang tahu sejuta rasa yang bermain di jiwa.
Sebaik-baik sahaja memandang Baitullah, binaan
kaabah itu terus meruntun hati. Hati bergetar, jantung
berdegup deras tatkala memandang Baitullah (Kaabah) buat kali pertamanya. Masya
Allah ……. Mataku berpinar, badanku menggeletar, hatiku bergetar, hatiku yang
gusar bersatu menjadi jitu, yang terlahir hanyalah cucuran air mata kesyukuran
kerana masih diberi peluang untuk menantap Kaabah. Aku menjadi diriku
sendiri, lupa segala-galanya. Aku merasakan yang aku telah berada di dunia lain
yang amat asing bagi diri yang kerdl ini.
Air mata menitis tanpa boleh ditahan-tahan lantaran
mengagumi kemuliaan Baitullah dan keesaan Allah. Aku insan paling kerdil di
sisi-Nya berpeluang mengerjakan ibadah umrah di tahun 2024 ini.Cucuran air mata
yang terlahir lantaran gambaran kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk
menantap Baitullah yang disertai oleh dua orang anak kami. Terasa keronggkongku
seperti tersekat oleh sedu sedan yang silih berganti. Doa tidak putus-putus
dibaca dalam getaran suara antara keluar dengan tidak, bersilih ganti dengan
sedu sedan. Sebelum lampu hijau niat dilafazkan, “Sahaja aku menunaikan tawaf
umrah, tujuh keliling kerana Allah Taala.”
Ka’bah (Baitullah) dinamakan sebagai
Bayt al ‘Atiq merupakan bangunan yang dibangunkan semula oleh Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail atas perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim berasal dari bangsa Kaldani
Iraq. Beliau bertutur menggunakan bahasa Hibro (Ibrani). Ketinggian
binaan yang meruntun hati, dicatatkan tiga puluh sembilan kaki setengah
(Sembilan hasta), di dalamnya terbina tiga tiang dengan keluasan memuatkan lima
puluh orang dewasa dalam satu masa. Jarak dari Hajrul Aswad ke Rukum Syamsi (dua
puluh dua hasta), jarak dari Rukum Yamani ke Hajrul Aswad ke (dua puloh hasta).
Beberapa meter dari sisinya terdapat telaga zam-zam, namun ia sudah dikambus.
Baitullah dipasangkan atap dan diletakkan Pancur
Emas tatkala usia Nabi Muhammad 35 tahun. Dijaga oleh Syaibah bin Usman setelah
bertukar tangan dari Thabit bin Ismail, Qusai bin Kilab, Usman bin Talhah.
Sewaktu istilam, suaraku bergetar hampir tidak
terkeluar. Sukar menukilkan rasa yang terpendam nun jauh di sanubari
hamba-Mu yang berdosa ini, kini berada di tengah-tengah dataran Masjidil Haram.
Pada kesayuan yang begitu membelit rasa, hati ini begitu tersentuh, amat-amat
tersentuh. Doa tidak putus-putus dibaca dalam getaran suara antara keluar
dengan tidak, bersilih ganti dengan sebak.
Doa yang dibaca antara Rukun Yamani dengan Hajrul Aswad “Rabbana Atinna
fiddunia hassanah …… “ Surah Al-Baqaraqh ayat 201.
Allahu Akbar …….. Tidak terasa kami telah
menghabiskan tujuh keliling tawaf sambil diisi dengan zikir dan doa
yang tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa. Setiap kali
melintasi Maqam Ibrahim, aku membayangkan betapa sukarnya nabi Allah itu
menyusun batu-batuan untuk membina Kaabah. Berdiri bulu romaku kerana jalan
mengelilingi Baitullah ini pernah dijejaki oleh kekasih Allah dengan tujuan
yang sama.
Jejak kenabian
Agama Islam berteras kukus bermula dari insan agung ciptaan Allah yang
pertama iaitu nabi Adam hingga ke Nabi Noh. Jarak kenabian antara Adam hingga
Nabi Nuh ialah sepuluh generasi, manakala menurut Ibnu Habban menkelaskan jarak itu sebagai sepuluh
kurun, di mana semasa. Zaman Noh, umatnya mula menyembah berhala. Menurut
riwayat Abu Ammah r.a. sepuluh kurun itu merujuk kepada pertanyaan seorang
lelaki terhadap Rasalullah; “Ya Rasulullah, berapa jarak antara Adam hingga
Noh?” Baginda bersabda, “ Sepuluh kurun”.
Selesai Tawaf, kami dihimpunkan
di belakang Multazam. Aku menyelit dicelah ribuan tetamu Allah untuk
menunaikan solat sunat. Tangan kudepa lebar untuk memohon doa semoga amalan
kami diterima Allah, dosa diampunkan dan mohon agar kami akan dipertemukan di
Syurga. Aku hilang malu untuk mengalirkan air mataku.
Usai solat sunat tawaf, aku mendakap erat suriku
dua cahaya mataku dengan dilinangi air mata, air mata kesyukuran, air mata
mohan kemaafan, mohon keampunan antara kami empat beranak. Ketika mutawif
membaca doa yang menyusuk hati, para duyufurrahman disirami air mata
kesyukuran, air mata pengharapan, air mata keinsafan.
Kami beredar ke ruang saie usai menikmati air
zam-zam. Kami memulakan ibasah saie
dalam kepadatan duyufurrahman yang juga melakukan ibadah yang sama. Dengan
dipimpin oleh Mutawif Haji Ali, kami memulakan langkah di antara Safwa dan
Marwah usai melangitkan niat saie. Memulakan
langkah menuju ke Marwah dengan melantunkan zikir-zikir yang diketuai oleh
mutawif Haji Ali Amin.
Di lokasi lampu
hijau, jemaah lelaki sunat berlari anak dan berdoa : “Rabbigfir warham wa’fu
watakarram watajaawaz’ammaa ta’lam, innaka ta’lamu maalaa na’lam. Innaka
antallaahul a’azzul akram”. Ya Allah ampunilah, sayangilah, maafkanlah,
bermurah hatilah dan hapuskanlah apa-apa yang Engkau ketahui dari dosa kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang kami sendiri tidak tahu.
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Tinggi dan Maha Pemurah.
Itinerari Selasa 27 February 2024 (17 Syabaan 1445
H) Umrah
kedua
Usai selesai saie, dangan bantuan mutawif Haji Ali Amin, kami masuk ke
bilik 802 pada jam 3.05 pagi, usai berpindah dari bilik 1209.
Waima lewat melabuhkan badan, aku masih berupaya
membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali,
Al-Falaq 3 kali, langsung terlelap.
Sejuta
syukur Ya Allah, kami masih mampu terjaga awal. “Aku membaca doa bangun tidur,
“Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Usai memasak air panas, dan membuka
bungkusan roti untuk pengalas perut .
Mengguna tandas silih berganti untuk membersihkan diri.
Usai bersiap, rutin biasa membaca doa di balik
pintu, menambah doaku dengan ungkapan, “Ya Allah, pagi ini kami akan menunaikan
umrah dengan bermiqad di Hudaibiyah. Mohon jagalah lisan kami, jaga perilaku
kami dan kekalkan kebersihan pada pakaian dan tubuh badan kami sehingga kami
selesai dengan bertahalul nanti.” Aku mengenakan sarung tangan untuk menjaga
wuduk dan bergerak ke haramain. Ketika mendekati dataran, kami
membaca doa iktikaf dan menapak dengan santai.
Seolah-olah
solat bersamaan 273 tahun
Bergegas ke masjid kerana memikirkan solat
mendepani Baitullah. Di laluan yang sendat dengan para duyufurrahman, disirami
dengan perasaan teruja, terbius untuk menapak ke dataran, disamping mengelak
agar tidak terbatal wuduk. Bukan apa, mazhab dari pelbagai dan duyufurrahman
yang datang dari seluruh pelusok dunia, ada yang tidak memikirkan wuduk, kerana
sebahagian dari mereka beranggapan tidak terbatal wuduk andai bersentuhan
lelaki dengan wanita tanpa disengajakan. Wallahu Alam. Aku langsung tidak
memikirkan bahawa “Seratus ribu pahala
untuk sekali solat di Masjidil Haram bersamaan dengan solat 273 tahun. “ Itulah
antara kelebihan yang dilisankan oleh mutawif.
Rutin harian
Usai sarapan pagi, kami mengambil sedikit rehat kerana dijadualkan akan
mengambil miqat ke Hudaibiyah untuk menunaikan ibadah umrah yang kedua.
Peristiwa
Hudaibiyah
Selepas enam tahun kekasih Allah meninggalkan Mekah berhijrah ke
Madinah, kerinduan menyelubungi jiwa baginda sehingga pada suatu malam baginda
telah bermimpi. Bersama-sama satu ribu duyufurrahman berserta seratus ekor
kambing, rombongan ini bermiqat di Bir Ali menuju ke Mekah. Dalam perjalanan
yang panjang, lebih seminggu baginda dan rombongann berpergian dengan memakai
ihram tanpa banyak kerenah. Akan tetapi dewasa ini, kita menuju ke Mekah dalam
situasi yang sama, bermiqat di Bir Ali dan berpakaiann ihram. Akan tetapi
dengan hanya beberapa jam di dalam bas yang berhawa dingin, ada kalangan yang
rimas kerana sudah terbiasa mengenakan celana dalam. Tetapi kerana iman, kita
harungi situasi itu dengan perasaan tenang dan teruja untuk mendepanbi
Baitullah.
Tatkala tiba di Hudaibiyah, hajat baginda dan rombongan terhalang di Hudaibiyah. Mereka dihalang memasuki kota suci Mekah. Termeterailah Perjanjian Hudaibiyah di mana, rombongan baginda nabi berpatah balik ke Madinah, dan hanya dibolehkan ke Mekah tahun yang berikutnya.
Jam 3.34 petang, bas para duyufurrahman Nurmultazam tiba di masjid
Hudaibiyah. Menunaikan solat tahaitul masjid, solat sunat ihram dan menaiki bas
untuk berniat umrah kali ini aku niatkan pahalanya untuk arwah datuk kami
Pengiran Sallaeh bin Pengiran Damit.
Usai menaiki bas, mutawif menghitung jumlah jemaah.
Beliau kemudian memimpin lafaz niat umrah. Usai berniat umrah badal
untuk untuk ibuku di Masjid Hudaibiyah, kini kami terikat dengan 13
pantang larang seperti:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak
boleh memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak
boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak
wangi atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman
atau menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak kepala atau
janggut (lelaki dan wanita). 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki
dan wanita). 8.Tidak boleh memotong kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh
mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan
wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak
boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin, mengahwinkan atau menjadi wakil
kahwin.
Ya Allah …. Kami datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu
bagi-Mu, segala puji khusus untuk-Mu, kami datang bergelumang dosa, di
hadapan-Mu yang maha esa, mohon ampun segala dosa nestapa. Itulah tarbiah yang
kami lafazkan sepanjang perjalanan balik ke hotel penginapan.
Dengan pakaian dua helai tuala putih Izar kain bawah manakala Rida’ nama kain
dipakai sebelah atas adalah simbolik kepada kain kafan, kami memulakan tawaf
usai solat maghrib kira-kira jam 5.05 petang. ”Hakikat ihram itu bukan pada
pakaian yang dipakai dalam jangka masa haji dan umrah sahaja, tetapi pakaian
dalam seluruh kehidupan. Pakaian takwa …”
Aku mendongak ke atas di mana terpampang langit yang kosong.
Mudah-mudahan apa kudengar dari ilmuan
agama yang mengatakan, “Di Masjidil Haram, doa yang dilangitkan akan terus
sampai kepada Ilahi kerana langit kosong tiada penghadangnya, tiada langsirnya
dan tiada sempadannya.”
Mutawif Haji Ali membentuk formasi sebelum memulakan tawaf. Usai melafazkan
niat, kami beristilam di pepenjuru Hajrul Aswad, merendahkan diri
serendah-rendahnya di hadapan kebesaran Allah. Mataku tidak terlepas dari
memandang bangunan Baitullah. Sukar menukilkan rasa yang terpendam nun jauh di
sanubari hamba-Mu yang berdosa ini. Bersyukur dan sangat bersyukur kerana
dijemput sebagai tetamu Allah bersama-sama suriku dan dua pengarang jantung
kami.
Setiap kali mendepani pepenjuru Hajrul Aswad pada kesemua
pusingan, kami beristilam, di mana kesemua duyufurrahman yang melalui kawasan
tersebut juga melafazkan istilam masing-masing. Usai melepasi Hajrul Aswad,
kami menapak ke kanan Maqam Ibrahim kerana kawasan antara maqam dan pintu
Kaabah adalah merupakan kawasan yang teramat padat. Pada pusingan keenam, kami
menjarakkan dari bangunan berkelambu hitam itu gabi meudahkan kami menuju ke
kawasan Multazam.
Pada kesayuan yang begitu membelit rasa, hati ini begitu
tersentuh, amat-amat tersentuh. Doa tidak putus-putus dibaca dalam getaran
suara antara keluar dengan tidak. Aku agak yang anak-anak dan isteriku
mempunyai perasaan yang serupa denganku. Masing-masing melayan perasaan dengan
mata yang bergenang. Sesekali kelihatan olehku para duyufurrahman yang bertawaf bersama kami mengesat air mata.
Di sini hilang rasa malu dan segan, dan orang pernah berkata, jika tidak
mengalirkan air mata, betullah orang itu tetamu yang sungguh keras hati. Sesekali
adapila mendepani kesesekan, aku langitkan doa Nabi Yunus, “Laillah anta subahaka
…….,” dan dengan izin-Nya kesesakan itu beransur menjadi longgar bagi memudah
pergerakan menapak duyufurrahman Nurmultaazam. Allahu Akbar …….. Tidak terasa
aku telah menghabiskan 7 keliling tawaf sambil diisi dengan tasbih dan doa yang
tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa.
Selesai Tawaf, kami berundur ke belakang Multazam. Aku menyelit
dicelah ribuan tetamu Allah untuk menunaikan solat sunat. Selesai soat, aku
bersimpuh bertawajuh dengan tangan kudepa lebar untuk memohon doa, “Ya Allah, Engkau
jadikanlah petang ini sebagai yang terbaik untuk kami, dekatkanlah aku pada
keredhaan-Mu dan jauhkan aku dari murka-Mu. Jadikanlah aku serta seluruh
keluargaku sentiasa berada dalam payung perlindungan-Mu. Aku mohon Ya allah,
semoga anak keduaku lulus temuduganya sebagai Nazir Sekolah andai itu yang
terbaik untuknya, Aku juga memohon agar anak bongsuku lulus ujian kertas terakhirnya.
Ya Allah, janganlah engkau jadikan kunjunganku ini yang terakhir untuk kami,
jemputlah kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. semoga amalan kami
diterima Allah, dosa diampunkan dan mohon agar kami akan dipertemukan di Syurga-Mu.”
Suara sebak dan mendayu-dayu ketika suara Mutawif Haji Ali Amin
ketika mengetuai bacaan doa mohon keampunan Allah menyebabkan yang menyebabkan
aku dan tetamu Allah lainnya mengalirkan
air mata. Suaraku tersekat-sekat melangitkan ungkapan Amin, Amin Ya Allah. Air mataku membasahi kain
ihram yang aku pakai. Di sekelilingku terdengar esak tangis tetamu-temu Allah
yang serombongan denganku.
Usai tawaf, kami meminta izin kepada mutawif untuk beredar dan memulakan saie di
lantai tiga dengan menaiki scotter (SR116 untuk dua orang). Menyusul dari
belakang ialah pasangan suami
isteri Cikgu Junaidi yang juga berhajat menaiki scotter. Usai memberi
peluang kepada suriku untuk bertahalul, kami
balik ke hotel dan singgah di kedai gunting membotakkan kepala.
Tiba di café hotel pada jam 9.42 malam mendekati beberapa minit untuk
café hotel ditutup. Di situ kami disantuni oleh mutawif Haji Ali, Ceo Hajah
Hayati dan anak-anak yang tampak keletihan. Mereka yang saie bergegas mengejar
waktu untuk makan malam.
Seperti malam-malam sebelumnya, sebelum melabuhkan
sauh malam, aku aku membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika
Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah
Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca Ayat Kursi sekali. Memohon
keampunan-Nya dan membaca dzikir hingga tertidur.
Itinerari Rabu 28 February 2024 (18 Syabaan 1445 H) Miqat ketiga
Kami terjaga dari tidur sebelum jam loceng
berdering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi ahyanaa …….” iaitu doa bangun
tidur. Kami melalui rutin biasa. Kami berbagi-bagi tugas iaitu aku membancuh
minuman sementara suriku membersihkan diri. Kami mandi sunat ihram, kerana akan
bermiqat di Hudaibiyah pagi itu untuk umrah kedua kami.
Jam 5.11 pagi, baru bergerak ke dataran masjid. Oleh kerana agak lewat, kebanyakkan pintu masuk ke masjid telah ditutup. Dalam perjalanan panjang mengikuti arus manusia yang berseliratan, akhirnya kami ditempatkan di pintu masuk aras bawah (81, 82 dan 83). pintu yang tidak asing bagi aku dan suriku, pintu di mana kami pernah bermalam sambil menunggu solat subuh.Usai solat subuh, kami menaiki tangga untuk berkumpul di luar pintu di dataran Kaabah.
Usai sarapan, jam 7.30 pagi, anak-anak bergerak ke
lokasi bas untuk lawatan luar ke Jabar Tsur, Jabar Rahmah dan bermiqat di
Ji’ranah. Aku dan suriku menapak ke premis perniagaan di sekitar Kompleks
Safwah. Tengah hari itu, aku mengenakan kain ihram bagi merebut peluang solat
di dataran mendepani Baitullah. Amat mudah bergerak ke pintu yang dikhaskan untuk duyufurrahman yang
berpakaian ihram. Paling untung ialah jemaah wanita yang tiada haangan (bebas)
untuk ke kawasan pintu tawaf.
Solat maghrib dan Isyak di lantai satu yang ada
karpet. Malam ini berpeluang mengisi air zam-zam dua botol plastik. Lepas
makan, singgah beli roti dan bun di kedai runcit aras satu.
Itneri malam diakhiri dengan amalan rutin biasa
kami iaitu membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud,
Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah,
doa tahayat, membaca Ayat Kursi sekali. Membaca tasbih dan tahmid dan takbir
hingga terlena.
Itinerari
Khamis 29 February 2024 (19 Syabaan 1445 H) puasa sunat
Bangkit awal dari biasa,
dengan bacaan, “Alhamdulillah Allazi Ahyanaa ……..,” Usai bergilir menggunakan
kemudahan tandas, kami membancuh minuman dan mengalas perut dengan sedikit
roti, sedangkan aku sendiri makan lebih sedikit kerana berniat untuk puasa
sunat khamis.
Pagi ini anak-anak
bergerak lebih awal dari kami kerana diberitakan untuk tawaf wada bagi
meninggalkan Mekah Al Mukaramah untuk menyerti lawatan ke Bandar Taif. Aku
mengenakan kain ihram dengan niat untuk solat mendepani Baitullah Al Haram pada
pagi tersebut.
Usai solat, kami bertemu
di suatu lokasi untuk menapak ke bilik bersama-sama. Suriku mengambil sarapan
di bilik memandangkan aku berpuasa. Usai bersiap, aku temankan suriku untuk
melaram buah tangan di sekitar kompleks Safwah. Aku sendiri sempat membeli
sedozen minyak wangi untuk dibahagi-bahagikan kepada rakan kenalan.
Usai solat dzohor, kami
singgah di mini market aras satu untuk membeli ais kerim, biskut, minuman botol
dan Coon Beef Mekah SR12.00. Isteriku hanya menapau makanan dan makan di bilik
penginapan (802).
Petangnya, kami bergerak
ke lantai 92 untuk solat maghrib dan isyak. Kami berkumpul semula dengan
anak-anak yang balik lewat malam dari lawatan ke pekan Thaif. Pelbagai cerita
dikongsi sama.
Itneri malam diakhiri dengan amalan rutin harian seperti selalunya iaitu membaca doa sebelum tidur, Bimikallah Wabika Amud, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali, membaca dua kalimah Syahadah, doa tahayat, membaca Ayat Kursi sekali. Membaca tasbih dan tahmid dan takbir hingga terlena.
Itinerari Jumaat 01 Mac 2024 (20 Syabaan 1445 H)
Jam 4.15 pagi, kami terjaga dari tidur semasa jam loceng berdering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi ahyanaa …….” Iaitu doa bangun tidur. Bersilih ganti menggunakan kemudahan tandas dan akhirnya dengan pakaian ihram kami menuju ke lantai bawah untuk solat mendepani Baitullah al Haram.
Allah Ya Alah, sama seperti di Masjid Nabawi, semasa solat subuh mendepani Baitullah, pak imam membacakan surah as-Sejadah di rakaat pertama. Aku daratkan dahiku di lantai Masjidil Haram dengan mata bergenang lantaran Allah memberi selaut peluang kepada seluruh duyufurrahman untuk sujud sejadah di Masjid-Nya. Hati ini bagai tertusuk sembilu, mata bergenang lantaran Allah memberi peluang seluruh duyufurrahman sujud sejadah di depan Baitullah.
Usai solat, bertemu di lokasi yang dijanjikan dan menapak ke kompleks membeli belah Safwah. Aku dan suriku bersarapan di café Nur Malaysia, milik pertubuhan Al Ikhwan Malaysia, manakala anak-anak membawa haluan masing-masing.
Semasa menempah segelas air tebu, aku disantuni oleh seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai penjual air tebu. Mengikut ceritanya yang lancar dalam bahasa Melayu, beliau berasa cukup seronok apabila bertemu dengan warga Malaysia di kota Mekah. Dengan perasaan bangga dan dengan panjang lebar celotehnya, belai berhijrah dari kampung asalnya ke Johor tatkala berusia tujuh tahun. Akhirnya beliau mencari nafkah ke Arab Saudi.
Kemudiannya, aku menemankan suriku untuk membeli
abaya. Aku sendiri membeli sepasang jubbah untuk cucunda Umar dan sedozen
songkok.
Dalam jam Sembilan setengah pagi, kami menyertai penyerahan sabil Mekah
di pintu Kompleks Safwah yang menghala ke Jalan Ajyad.
Jam 10.43 pagi, aku turun berseorangan dengan hajat untuk memperoleh
loksai mendepani Baitullah. Telahaan ku kurang tepat, yang mana aku menyangka
aku menapak paling awal. Rupa-rupanya, kepayahan untuk memasuki masjid memaksa
kami yang agak lewat di arah ke lantai bawah di pintu 81, 82 dan 83. Lantai
tersebut ialah lantai di mana aku dan suriku pernah bermalam semalaman. Jemaah
wanita dan lelaki dipisahkan oleh ruang tong-tong air zam-zam dan ada pemisah
yang tidak membolehkan jemaah lelaki melihat jemaah wanita.
Pada petang hari
tersebut, kepalaku sedikit tidak selesa, dan tekak terasa perit. Aku tidak
menyertai ajakan anak dan suriku untuk tawaf menggunakan scotter. Aku menerima
pesanan dari Bang Cik Life untuk bertemu dekat Strapping Band, dan menyerahkan
buah tangan kepada beliau. Kami tidak berkesempatan berbual lama kerana beliau
ada urusan lain.
![]() |
Bang Cik Life |
Aku hanya solat di
kawasan WC2, kerana kerisauan akan berlaku sesuatu yang akan terjadi. Aku
akhiri solat isyak dengan menunaikan solat syukur dan solat taubat sebelum
berkumpul bersama keluarga di café hotel (Mamlakat Al Rayah).Adalah menjadi
kelaziman, sebelum memasuki premis café, Pak jaga berjubah arab meminta kupon
dari kami semua.
Sebelum melabuhkan diri, aku menstrika baju-baju
kami yang akan dipakai beberapa hari lagi sebelum meninggalkan Haramain.
Melabuhkan tirai malam dengan melibas-libas tilam dengan tuala mandi, mengamati
ceritra-ceritara keluarga yang menyeronokkan, dan cerita yang paling
mengesankan ilah pengalaman permata hatiku membawa suriku tawaf menggendali
scotter.
Amat perit untuk melelapkan mata pada malam
tersebut, kerana mindaku diterjah oleh seribu rasa haru. Tiada lagi sembung
borak-borak ibadah ziarah untuk dikongsikan. Haru
untuk meninggalkan Baitullah yang aku tatap selama lima hari
bermukim sementara di Makkah Al Mukaramah. Terlalu pahit untuk menelan kerinduan
tersebut, di mana luka kerinduan terhadap Kekasih Allah belumpun sembuh, kini
terbentuk pula luka-luka baru iaitu luka kerinduan terhadap Baitullah al Haram.
Tengah malam, kami dikejutkan oleh satu ketukan dan ucapan salam dari pintu depan bilik. Setelah pintu dibuka, tercegat mutawif anaknda Haji Ali Amin membawa dua bungkusan Ayam Al-Baik. “Ini, saya belikan untuk ayah dan keluarga”. Aku melangitkan ucapan terima kasih atas kebaikan beliau terhadap aku sekeluarga sambil menadah tangan agar beliau sentiasa dimurahkan reziki dan dikurniai kesihatan yang mampan.Kami buka bungkusan tersebut dan menikmatinya empat beranak.
Baru terbuka pesanan suara anaknda Haji Ali Amin yang dihantar jam 10.05 malam berbunyi, “Assalamu Alaikum ayah, apa khabar , ayah jangan makan dulu. Ada saya belikan ayam albaik, insya Allah, mungkin dalam sejam atau tiga puluh minit lagi saya bawakan albaik untuk ayah.” Diikuti WhatsApp dari beliau Jam 10.29 malam berbunyi, “Ayah, saya ada belikan albaik lepas ini saya datang ke bilik. Ayah jangan tidur dulu.” Usai menikmati ayam albaik, kami berempat menyambung tidur semula.
Aku melangitkan doa berikut, “Ya Allah, Engkau
berikan kesihatan kepada kami sekeluarga, sihat semasa berada di haramain-Mu dan
sihat tatkala dalam penerbangan balik ke tanah air kami. Seperti malam-malam
sebelumnya, kami tutup tirai malam dengan membaca doa sebelum tidur “Bimikallah
Wabika Amud ……….”, membaca Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali, Al-Nas 3 kali,
membaca dua kalimah Syahadah 3 kali, doa tahayat 3 kali, membaca Ayat Kursi
sekali. Memohon keampunan-Nya dan membaca dzikir hingga tertidur.
Itinerari Sabtu 02 Mac 2024 (21 Syabaan 1445 H) Tawaf Wada
Bangun dinihari lebih awal dari biasa, kami terjaga
dari tidur sebelum jam loceng berdering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi
ahyanaa …….” Iaitu doa bangun tidur. Kami bergilir-gilir mandi di
mana mandian terakhir kami ialah siraman air zam-zam dari hujung rambut ke
hujung kaki dengan niat di hati dibersihkan diri ini dari noda dan dosa dan
kembali ke tanah air dalam keadaan suci bersih. Terasa dingin siraman air
zam-zam itu menyimbah ke ubun-ubunku. Perkara ini bukanlah kemestian, dan bukan
juga ada sunat wajibnya, cuma menjadi amalan biasa kami. Kami mengemas barang
masing-masing dan meletakkan empat bagasi di luar pintu bilik.
Dengan mengenakan kain ihram, di belakang pintu
hotel aku berdoa diaminkan oleh suriku dan anak-anakku, “Alhamdulillah …..
Syukur Ya Allah, Engkau telah realisasikan hajat kami untuk bertandang ke tanah
suci-Mu atas jemputan-Mu. Kami mohon Engkau lindungi kami dalam perjalanan ke
masjid-Mu. Engkau ampunkan dosa-dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibu
bapa kami serta peliharakan kesihatan kami selepas kami kembali ke tanah air
kami. Engkau angkat ke langit dunia segala masaalah kami, kejahatan kami,
dosa-dosa kami dan jangan biarkan kami balik ke tanah air dengan membawa
masaalah yang sama. Ya Allah, jangan Engau jadikan kunjungan ini merupakan yang
terakhir untuk kami, jemput kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya.
Jemputlah anak menantu kami, ahli keluarga kami, sahabat-sahabat, untuk ziarah
dn menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat”.
Kami bergerak ke masjid ketika azan pertama dikumandangkan. Memasuki pintu yang dikhaskan dan berpisah tatkala mendekati dataran Kaabah.
Saat mendepani Kaabah buat terakhir kalinya, hatiku luluh, aku terkedu dan sayu dengan kerinduan yang amat dalam. Tersembul rasa kerdil yang tidak terungkap dengan linangan air mata sebak. Muncul rasa ‘khauf’ yang menusuk sehingga menggetarkan seluruh anggota badanku. Mengapa hati kita bergetar mendepani Baitullah terpampang di depan mata? Aku teringat buku Pusaran Energi Kaabah (Agus Mustofa) yang menjelaskan “Sesungguhnya Baitullah itu mempunyai aura yang tidak terjangkau akal manusia. Apabila seseorang mendekati Baitullah, sebenarnya kita terlalu dekat dengan aura positif.” Paling asas, kita hendaklah membuka pintu keikhlasan agar susunan bioelektron tubuh dan minda kita tersusun dengan baik. Itu sebabnya kita merasa tenang apabila berada di sekitar Baitullah. Aku melakukan marathon solat-solat sunat dan berzikir sementara menunggu azan kedua (subuh).
Allah Ya Allah, di rakaat pertama, pak imam membaca
Surah ar-Rahman yang cukup menggetarkan jiwa ini. Mana tidaknya, makna yang
disebutkan “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan?”
Ayat yang
diulang sebut sebangak tiga puluh kali itulah yang menjentik tangkai jantung
ini, betapa Allah telah memberi pelbagai kenikmatan kepada hamba-hamba-Nya. Dalam
Surah Ar-Rahman berulang-ulang kali disebut ungkapan ini (31 kali), “Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”. Inilah antara rahmat yang
Allah sebutkan tersebut. Betapa nikmatnya solat mendepani Kaabah dalam beberapa
hari bermukim di Mekah. Allah turunkan Rahmat-Nya untuk kita menikmati suasana
tawaf dalam suasana tenang, mendamaikan dan mengharukan.
Usai solat, kami bertemu dengan jemaah lain di
pintu King Aziz. Usai berhimpun kami mendepani bangunan berselimut hitam itu
dengan hati penuh syahdu, sebak usah dihitung. Aku “Allah Ya Rab, janganlah
hendaknya Engkau jadikan kunjungan ini yang terakhir buatku. Jemputlah aku
sebagai Duyufurahman-Mu dengan membawa ahli keluargaku serta berilah kami
kecukupan untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga rakan
kenalanku, adik beradikku, ipar-duaiku, sahabat Geng Surau Al Mukminin, AJK
Surau Al Mukminin, ahli group Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali
diri ini berumrah dan berhaji mengunjungi dua kota suci-Mu.”
Usai genap hitungan jumlah duyufurrahman Nurmultazam, kami mendekati lampu
hijau untuk memulakan tawaf wida dikepelai oleh anaknda Haji Ali Amin,
"Bismillah Hirrahman Nirrahim, Ya Allah, aku menunaikan tawaf wida tujuh
keliling kerana Allah Taala..." Langkah dimulai dengan Istilam iaitu
melaungkan Bismillahi Ya Allah Allahu Akbar sambil memulakan putaran dengan
menjaga agar bahu kiri tetap menghadap Baitullah. Tersembul rasa kerdil yang
tidak terungkap dengan linangan air mata sebak. Isyarat Tangan Mengucup Hajarul
Aswad dan Muncul rasa ‘khauf’. Langkah longlai bermula di sudut Hajarul Aswad
(Lampu Hijau) dengan sebak di dada.… tujuh pusingan yang menyiksa aku layan
perasaan yang cukup dalam. Tujuh pusingan
dengan langkah-langkah perlahan dengan mataku berpinar tidak
terlepas dari memandang setiap sisi Baitullah.
Usai tamat pusingan
yang ketujuh, kami berundur ke kawasan Multazam (lokasi makbul doa). Jiwa ini bagai
ditusuk sembilu tika mengaminkan rentetan doa yang diketuai
bacaannya oleh Mutawif Haji Ali Amin. Di kiri kananku terdengar isak yang
tertahan-tahan. Berderai air mata tatkala berpelukan sesama duyufurrahman. Kami
beredar dari Multazam menuju pintu keluar dengan mata masuk habuk. Kami sengaja
memperlahankan langkah agar tepisah dari kelompok yang ramai, lantas berhenti
di suatu sudut menghadap Baitullah dan melangitkan doa sekeluarga.
Aku menadah tangan melangitkan doa sambil diaminkan
oleh suri dan anak-anakku, dimulai dengan bacaan Fatihah, “Allah Ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa anak-anak kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa adik-beradik kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa seluruh kaum
muslimin sama ada yang masih hidup mahun yang telah meninggal dunia. Engkau
mudahkan urusan kami, murahkan reziki kami, kurniakan kesihatan yang
berpanjangan dengan keberkatan usia, Engkau jadikan anak-anak kami anak yang
cemerlang dunia akhirat, anak yang berwawasan, anak yang senantiasa mendoakan
ibu bapa, anak yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa, hidupkan dan
matikan kami dalam keadaan Islam yang sempurna, terhindar dari fitnah dajal,
terhindar dari api neraka. Engkau jemput anak menanti kami untuk maengearjakan
hajidalam masa terdekat. Ya Allah, Engkau pertemukan jodoh dua puteri kami
dengan pasangan yang mampu membimbing mereka ke Jannatun Naim-Mu, Engkau
masukkan kami ke Jannatun Naim-Mu bersama keluarga kami tanpa dihisab, Allah Ya
Rab, janganlah hendaknya Engkau jadikan kunjungan ini yang terakhir buat kami.
Jemputlah kami sebagai Duyufurahman-Mu serta berilah kami kecukupan untuk
kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga anak-anak dan menantu
kami, adik beradik kami, ipar-duai kami, jiran-jiran kami, sahabat Surau Al
Mukminin, ahli group Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini
untuk berhaji mengunjungi dua kota suci-Mu, sama ada berhaji mahupun
berumrah.”
Entah berapa kali aku menoleh ke Baitullah, hingga
ia hilang dari pandanganku, sebelum menapak ke hotel penginapan.
Selamat tinggal Baitullah. Syukur Ya allah
kerana Engkau sentiasa mempermudahkan urusan kami
Aku menanggalkan kain ihram berganti dengan memakai
Jubah Atthobe jubbah kebangsaan orang Arab, agar lebih selesa dipakai ketika dalam
perjalanan jarak jauh yang memakan masa lebih sepuluh jam dalam penerbangan ken
Brunei.
Jam 9.26, kami berkumpul di lobby hotel dan membaca pesanan ringkas anak-anak yang telah berada di dalam perut bas. Aku dan suriku menaiki bas pada jam 9.50 pagi, mengambil ruang di kerusi yang disediakan oleh kedua-orang permata hati kami. Bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel Dorar Eiman dalam mana perasaan duka menusuk membolak-balikkan hati dan perasaan ini. Mutawif anaknda Haji Ali Amin menghitung jumlah jemaah dan menyanpaikan tazkirah yang mengesankan. Memulakan ucapan maaf atas perilaku dirinya dan pihak travel Nurmultazam. Antara tazkirah yang menyedarkan peta minda dan melangitkan rasa bersyukur lebih kurang berbunyi, “Jangan pernah mengatakan yang kita hadir ke kota suci Madinah dan kota suci Mekah ini kerana banyaknya wang kita dan jangan kita menyangkal bahawa sebenar-benarnya, Allahlah yang telah mengutus jemputan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya. Di luar sana, jutaan orang yang banyak wangnya tetapi masih gagal untuk ke kota suci-Nya. Oleh itu, bersyukurlah kita atas jemputan ini dengan meniatkan di hati masing-masing, ini bukan kunjungan yang terakhir kalinya. Berdoalah untuk dijemput-Nya untuk kunjungan-kunjungan yang akan datang.”
Semasa dalam perjalanan
meninggalkan kota Mekah, di kejauhan aku mengintai kelibat bangunan Clock Tower
yang berada dalam bangunan Abraj Al-Bait kerana ia satu-satunya bangunan yang
dapat diintai waima kita berada begitu jauh dengan kota Mekah. Royal
Clock Tower ini mula di bina pada tahun 2004 dan disiapkan pada 2014 yang
menelan belanja sebanyak USD 15 billion. Pemaju yang bertanggungjawab membina
menara ini adalah dari Saudi Binladin Group manakala senibina rekaaan adalah
dari arkitek Dar Al Handasah serta syarikat dari German iaitu SL Rasch GmbH.
Aku menoleh dan terus mengintai bangunan itu dengan mata bergenang. Kali
terakhir aku dapat mengintai jam Mekah ialah pada jam 10.29 pagi dengan persaan
sayu yang menusuk dalam.
Kini aku tidak lagi dapat menatap Baitullah seperti
selalunya, yang tinggal hanyalah sejuta kerinduan terhadapnya. Aku bermonolog sendirian, betapa diri ini
terasa teramat dekat dengan-Nya ketika berada di dua kota suci Allah. Jam 10.11
minit, itulah kali terakhir aku melihat kelibat menara jam dari kejauhan
setelah menoleh entah kali keberapa kalinya.
Replika Al-Quran
Ketika melintasi Replika Quran Mekah dan melintasi
satu lagi gerbang yang menandakan sempadan tanah haram dengan tanah halal, aku
teringat akan Al-Quran terdiri dari 114 surah dan 6,239 ayat. Tujuh
surah yang paling panjang ialah Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisa, Al-Maidah,
Al-Anaam, Al-Aaaraf dan Surah Yunus.
Aku sempat melintaskan dairi mindaku dan merujuk riwayat Abu Hurairah
r.a merujuk kepada ayat 9 surah Al Taghabun (har didedahkan) “Setiap hamba yang
memasuki syurga Allah akan diperlihatkan tempat duduknya di neraka sehingga dia
akan bertambah syukur, dan setiap hamba yang memasuki neraka akan diperlihatkan
tempat duduknya di syurga sehingga dia akan bertambah menyesal.”
Aku petik apa yang terkandung dalam Surah Al Haqqah (hari kiamat) ayat
22 Jannah ‘aliyah bermaksud syurga yang tertinggi dihuni orang yang
beriman. Surah Al Mutafifin (orang yang
curang dalam urusan jual beli) ayat 27. Tasnim adalah campuran bersama minuman
al-Rahiq iaiut minuman insan Ashabal Yamin orang yang menerima catatan melalui
tangan kanan.
Surah Al Asqaf (bukit pasir) ayat 29. Sebelum Muhammad menjadi Rasul,
para syaitan mampu mencuri maklumat dari langit dan langit akan menghantarkannya
kepada bomoh. Suatu hari mereka gagal dan dilimpari dengan bintang-bintang yang
menyala.
Surah Al Fath (kemenangan) ayat 18.
Perjanjian Bai’tul Ridhwan dibuat di bawah pohon Samurah Hu membawa
kepada Fathul Mekah (pembukaan Mekah) daibiyah
Para duyufurrahman disantuni melawat ke Muzium
Al-Maudi. Sempat berfoto bersama suri dan empat beranak.Bas bergerak menuju ke
Bandar Jeddah, bandar kedua terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh.
Jam 11.24 pagi, kami tiba di Komplek Cornice. Kami
empat beranak menu ke Bakso Mang Udin untuk menikmati bakso yang terkenal di
Jeddah. Memasan empat gelas teh ais yang
menjadi kegemaran suriku. Usai makan, aku mengunjungi Tokoh Ali Murah untuk
membeli sedikit buah tangan. Masuk waktu solat zohor, kami mengunjungi musalla
di kompleks beli-belah tersebut.
Bagasi
kurang berat melorong menumpangkan bagasi kenalan lain
Bas bergerak ke Airport menandakan akan berakhirlah
ibadah ziarah kami. Jam 3.45 petang, kami tiba di Lapangan terbang Jeddah.
Walau bagaimanapun, bas terpaksa beredar ke kawasan lain kerana masih belum
beroleh kebenaran untuk parkir di kawasan Balai Berlepas.
Usai memperoleh kebenaran, bas bergerak ke kawasan
yang diperbolehkan. Hanya beberapa orang duyufurrahman sahaja yang diizinkan
keluar bas untuk mengeluarkan bagasi dari perut bas. Kami menolak bagasi
masing-masing ke kaunter berlepas. Barisan yang panjang, namun para
duyufurrahman mendepaninya dengan tenang. Mutawif anaknda Haji Ali, membantuku
untuk menstrapping bagasiku yang hampir terburai. Beliau tidak mengizinkan kami
untuk mengurus bagasi kami empat beranak, malahan meminta kami berehat di
kerusi tamu.
Aku mencari pekerja pembersih untuk mengongsi tapau
dari Nurmultazam, kerana perut telah terisi dengan bakso yang mengenyangkan. Alhamdulillah,
Sejuta Syukur Ya Allah, berat bagasi kami berempat berkurang timbangannya. Akhirnya, bagasi kami, beserta barang kiriman Ustaz
Haji Ali dan dapat menumpangkan satu beg kepunyaan sahabat kami Cikgu Junaidi.
Sebelum meninggalkan perkarangan cek-in, kami
mengambil peluang untuk merakam foto kenangan bersama sebahagian duyufurrahman
dan mutawif. Aku dakap beliau dalam perasaan yang amat sayu, sambil berpesan,
“Doain ayah, anak-anak dan keluarga,
akan segera kembali ke tanah suci dalam masa terdekat. Doain juga kesemua
anak-anak ayah akan segera memperoleh jemputan haji” Kami mematuhi boarding
time 1810 malam.
Memasuki ruang pesawat Flight B12 dengan tertib usai
menunaikan solat jamak maghrib dan isyak di musallah lapangan terbang. Aku
menghuni kerusi 37 di kiri pesawat manakala suriku dan dua puteri pengarang
jantung hati sebaris sebelah kananku
dimulai dengan 37F pada barisan Boarding Group B.Di dada pesawat, tidak banyak
yang boleh aku lakukan melainkan meneruskan tasbih. Sejuta syukur Ya Allah,
penerbangan licin atas rahmat-Mu, seolah-olah memahami situasi para
duyufurrahman yang dilanda hiba.Tekak terasa sedikit gatal dengan batuk-batuk
kecil. Keluar masuk tandas ketika pesawat tenang, bukan apa untuk meregangkan otot
semata-mata. Seketikanya, aku mencapai telefon bimbit melaraskan kamera mencari
rakan-rakan sejemaaah.
Itinerari Ahad
03 Mac 2024 (22 Syabaan 1445 H)
Tarik selimut untuk merehatkan badan dan hanya terjaga ketika makanan
disajikan. Waima kami bakal bertemu dengan anak cucu, akan tetapi
di hati ini terguris dengan jutaan kerinduan.Tatkala
mendekati Segenting Kra, terpancar Fajar Sidiq di luar jendekla pesawat Boeing
787. Aku kembali ke kerusi pesawat usai merakam foto dan solat subuh
menghormati waktu.
Pesawat mendarat dengan selamat di bumi Brunei Darussalam. Kami diangkut
dengan sebuah bas ke Wafa hotel. Sedang kami berempat asyik menikmati jamuan
selamat datang dan menunggu pembahagian kunci, kami tidak sedar tingkah laku
kami diperhatikan adik ipar kami yang memerhatikan gelagat kami dalam senyap dari
sebuah kerusi di kiri bilik menunggu hotel Wafa. Setelah menyedari akan
kehadiran beliau, kami berempat merapat sembang. Aku bergegas mencari bagasiku
membiarkan anak dan suriku melayani beliau yang kelihatannya sihat walafiat.
Aku datang dengan membawa buah tangan dari haramain merupakan jubah, minyak
wangi dan sejadah untuk surinya yang merupakan adik kepada suriku. Usai
menyantuni kami dengan membawa sedikit buah tangan untuk kami, beliau meminta diri untuk beredar.
Memperoleh bilik PH114 bersebelahan dengan bilik permata hati kami 113, yang elegan
lengkap dengan sette, meja ruang tamu, telivisyen layar bersaiz besar, almari
pakaian, katil besar, peti ais, ruang tandas yang luas bersambung dengan ruang
dapur. Sempat mencuri masa bagi melelapkan mata usai menstrika baju kami
berdua. Di bilik bersetentang, dihuni oleh keluarga Cikgu Junaidi yang
menggeletek hati tatkala mendengar gurau senda beliau yang tersilap masuk
bagasi yang ditumpangkannya kepada kami. Bagasi yang sama warna pembungkusnya
yang menmgelirukan beliau dan dimasukkan ke dada pesawat berisi pakaian yang
hendak dipakai ketika dari Brunei balik ke tanah air, manakala bagasi yang ada
di tangan beliau berisi kurma dan aneka buah tangan. Di bilik, usai menggosok
pakaian yang diguna untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, kami mengambil rehat
yang sederhana sebelum meneruskan perjalanan balik ke Sabah pada sebelah
malamnya.
Luka kerinduan terhadap Kekasih Allah masih
berbekas, kini terbentuk luka baru, luka
rindu terhadap Baitullah Al Haram
Sebelah petang, jam 6.10 petang, kami meninggalkan
Hotel Wafa dengan menaiki sebuah bas. Penerbangan B1827 dijangka berlepas pada
jam 7.45 malam. Di minotor pelepasan, tercetak penerbangan kami menghadapi
perubahan. Syukur Ya Allah, ini memberi kami peluang untuk meneruskan rehat
usai solat jamak maghrib isyak. Kami berempat memilih sudut yang sunyi. Oleh
kerana penerbangan dilewatkan, pengumuman dibuat yang penumpang dibekali dengan
makan malam sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.
Memasuki dada pesawat dengan melabuhkan punggung di
kerusi 23C bersebelahan denga suriku 23H. Jam 02.40 malam, tiba di rumah
kediaman.
Hati terasa masih belum puas untuk mendambakan diri
yang kerdil ini kepada Allah, waima telah berada jauh dari dua kota suci Allah.
Entahkan bila lagi aku dapat merenung Baitullah seperti beberapa hari yang telah
aku lalui.
Kini hanya tinggal memori yang menyiat-nyiat tangkai jantung ….. 1,001
momen ziarah ke dua kota suci tersebut melekat di minda ini. Aroma Mekah dan
Madinah tidak pernah lekang dari mengetuk pintu hati kecil ini. Terlalu sayu
rasanya mengenang ketika duduk bertawajuh di Masjid Nabawi dan di hadapan
Kaabah. Masih terasa betapa berombaknya debaran dada ini saat-saat pertama
mendepani Baitullah terpampang di depan mata. Masih terasa betapa
dinginnya linangan air mata yang mengalir tanpa diminta membasahi lantai karpet
dan mar-mar, dan masih terngiang di telinga ini, ungkapan istilam yang
meremangkan bulu tatkala berada di pepenjuru Azrul Aswad.
Penangan Mekah dan
Madinah
Mekah Madinah
kota tidak pernah sepi
kota merubah mentaliti
kota sarat emosi
rinduku tertambat di sini
lelapku di dinihari
jagaku di penghujung dinihari
Tasbih dihitung di jari jemari
sapaan mesra haji….. haji … haji
mengeletek hati
rukuk sujud qiam berdiri
tanpa meragui
ku langit doa sepanjang hari
Ya Allah jemput aku ke sini
ini bukan yang penghabisan kali
ku mohon, Firdaus-Mu sebagai galang ganti
Rindu terhadap Rasulullah dan
Baitullah tidak akan pernah padam. Ia bukan rindu yang direka buat. Kita akan
terus merindui saat-saat manis meneguk air Zam Zam di hadapan Kaabah sambil melangitkan
doa diberi kesihatan, ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang luas.
Ungkapan-ungkapan rindu berkait rapat dengan rasa cinta semasa di sana dan
bersambung dengan rasa rindu akibat perpisahan tersebut. Memori sepanjang
berada di Mekah dan Madinah disulam indah jauh di sanubari ini. Semoga Allah
Azzawajalla memberi peluang kepada hamba-Nya ini untuk menjadi tetamu-Nya (berhaji)
di masa akan datang.
Doa dan
harapan
Allah Ya
Allah . . . . doa kami agar kunjungan tersebut bukanlah kunjungan
yang terakhir kami. Kami memohon untuk kunjungan-kunjungan berikutnya disertai
pula oleh kesemua jantung hatiku. Saat yang paling menyedihkan ialah ketika
melakukan tawaf wida. Terasa berat rasanya untuk mengangkat kaki ini
meninggalkan Baitullah. Sesungguhnya Ya Allah, dengan rahmat-Mu jua yang mampu
menjadikan kami golongan Muqarrabun serta dengan rahmat-Mu jua membolehkan kami
menjadi golongan Ashabul Yamin. Aamin Ya Allah.
Sekalung penghargaan
Sejuta terima kasih aku panjatkan
kepada suriku yang tercinta dan permata hati yang tersayang. Ruang
ini kudedekasikan khusus untuk kalian. Dalam doaku, aku langitkan “Ya
Allah, Engkau pertemukan aku dengan suriku serta anak-anakku dalam Jannatun
Naim-Mu. Kumpulkan aku bersama-sama mereka, bersama-sama kedua ibu bapaku serta
adik beradik-beradik dan ipar duai di sana nanti. Masukkanlah kami ke dalamnya
tanpa dihisab.” Aku tahu, kalian juga telah melangitkan pelbagai doa untukku.
Terima kasih atas segalanya.
Kepada pihak pengurusan, mohon maaf andai terkesan
dengan tingkahlaku kami sekeluarga. Terimka kasih atas segala kemudahan dan
khidmat yang berbulan-bintang dalam menyantuni duyufurrahman. Semoga Allah akan
merestu segala usaha terbaik kalian dalam menyantuni para Duyufurrahman. Kepada
anaknda mutawif Haji Ali Amin, jutaan terima kasih atas santunan anaknda
berdua. Semoga Allah akan pertemukan kita dalam masa terdekat. Insya Allah.
Akhir kalam, aku menyeru diriku sendiri dan kalian, untuk sama-sama berusaha
melakukan kesinambungan ibadah seperti mana yang kita lakukan di haramain. Oleh
itu, sejuta maaf aku sembahkan andai nukilan ini menguris hati kalian.
Senarai semak ibadah di Tanah Suci
1. Solat wajib, solat taubat , solat hajat dan solat-solat sunat
yang lain sebelum berlepas
2. Solat musafir di hari
keberangkatan
3. Memohon doa keampunan sepanjang berada di tanah suci dan selepas balik dari
Haramain-Nya
4. Menetapkan sejumlah selawat sedari meninggalkan tanah air sehingga ke
Madinah
5. Menetapkan sejumlah dzikir ketika bergerak ke Mekah
6. Sujud Syukur ketika tiba di
Madinah, ketika tiba di Mekah, dan ketika tiba di tanah air
7. Puasa Isnin dan Khamis
8. Tawaf sunat
9. Tilawah al-quran
10. Infaq
11. Berdoa agar dijemput untuk
kunjungan berikutnya untuk berhaji
Sekian, Allahu Alam.
Salam dari kami yang fakir.