Teladan beramal di bulan Rejab
Di Baitulmuqadis, ada seorang ibu tua yang sangat rajin beribadat. Beliau mempunyai beberapa anak lelaki yang telah merantau. Dia tinggal bersama seorang anak lelaki yang disayanginya yang tinggal menjaganya.
Apabila tiba bulan Rejab, dia membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 12 kali sehari. Di bulan tersebut juga, beliau telah menanggalkan pakaian mewahnya dan memakai pakaian biasa-biasa. Demikianlah perilakunya saban tahun apabila tiba bulan Rejab. Jika hendak dihuraikan, maksud yang tersiratnya seperti berikut: kita mengerjakan solat wajib 5 kali sehari semalam dan 7 kali solat sunat. Jika setiap rakaat ke-2 pada solat-solat tersebut kita baca Surah Al-Ikhlas selepas Al-Fatihah, jumlah surah Al-Ikhlas kita baca sehari adalah sebanyak 12 kali.
Setelah sekian lama beribadah, tiba-tiba dia telah jatuh sakit. Dia berpesan kepada anaknya agar dikapankan dengan kain biasa jika dia meninggal dunia. Oleh sebab tidak mahu menjatuhkan maruah keluarganya, anaknya sengaja mengkapankan ibunya dengan kain mewah.
Setelah dikebumikan, malamnya anak tersebut bermimpi bertemu dengan ibunya menagih pesannya dahulu.
Setelah bangun keesokkan harinya, si anak membawa kain kapan biasa, lalu menggali pusara ibunya dengan tujuan untuk menanggalkan kain kapan mewah untuk diganti dengan kain biasa. Alangkah terkejutnya beliau, setelah mengorek, dia gagal untuk mencari mayat ibunya. Dia pulang dengan perasaan hampa.
Malamnya dia bermimpi lagi mendengar suara berkata "Hai orang muda! Tahukah engkau, barang siapa yang mengagungkan bulan Rejab maka Allah tidak akan membiarkan dirinya bersendirian di dalam kubur."
Pemuda itu berdoa agar ibunya sentiasa dirahmati Allah di alam akhirat.