Aku dilahirkan oleh ibuku pada 2 Februari 1957. Aku dilahirkan dari kalangan keluarga petani dan penoreh getah. Rutin tahunan keluargaku ialah berpindah ke kawasan bendang (Kampung Langkawit) ketika musim menuai dan berpindah ke Kampung Gadong Kimanis (7 Kilometer dari Kg. Benoni ketika cuti penggal ke-3) untuk membersihkan pokok getah milik keluarga. Kehidupan kami empat beranak agak sederhana.
Banyak peristiwa perit lelah ibu lalui ketika sebelum aku dilahirkan. Ibu kehilangan anak sulungnya iaitu kakak sulung kami, ketika bayi lagi. Ibu pernah jatuh dari lereng bukit kebun getah milik keluargaku, dan terseliuh kakinya lantaran menyelamatkan bayi yang dikandungnya iaitu aku. Ibu mengalami kepayahan yang teramat sangat ketika melahirkan aku. Oleh kerana kesukaran tersebut, ibu mengambil keputusan untuk tidak mengandung lagi.
Banyak peristiwa perit lelah ibu lalui ketika sebelum aku dilahirkan. Ibu kehilangan anak sulungnya iaitu kakak sulung kami, ketika bayi lagi. Ibu pernah jatuh dari lereng bukit kebun getah milik keluargaku, dan terseliuh kakinya lantaran menyelamatkan bayi yang dikandungnya iaitu aku. Ibu mengalami kepayahan yang teramat sangat ketika melahirkan aku. Oleh kerana kesukaran tersebut, ibu mengambil keputusan untuk tidak mengandung lagi.
Ketika usiaku sebelah tahun dan masih belajar di darjah 5, ayahku telah meninggal dunia. Dengan susah payah, ibu telah mengambil tugas menggantikan ayah kerana abangku ketika itu baru berusia 14 tahun. Hampir ke seluruh pelusuk kampung hingga ke kampung Simpudu. Sebut saja nama kampung petani sekitar daerah Papar, Navaoung, Padawan, Nagapas, Surapit, Rampazan, Kelatuan, Limputong, Gana dan lain-lain, semuanya dia pernah pergi. Ibu mengambil upah menuai padi dan menyiut udang galah demi untuk membesarkan kami dua beradik. Ketika aku tamat Sijil Rendah Pelajaran, aku mendapat tawaran dari pihak Yayasan Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang. Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan ibu kerana kesempitan hidup, ibu telah memujuk untuk aku menerima tawaran tersebut dengan menjual seekor kerbau pusaka ayah bagi membiayai perbelanjaanku di Pulau Pinang.
Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, aku mengambil keputusan menerima tawaran memasuki Maktab Perguruan Gaya setelah hampir 2 tahun menjadi guru sandaran di SM. St Joseph, Papar. Walaupun sudah bergelar guru pada tahun 1979, nasihat ibu masih terngiang-ngiang di telinga ku. “Jangan usik anak dara orang, jika belum cukup wang di tangan”. Tahun 1983, aku berkahwin dengan gadis pilihanku tanpa perlu ibu mengeluarkan wang simpanannya yang tidak seberapa, kerana gaji bulananku jarang terluak lantaran mengajar di kelas lanjutan di SM. Tinggi Tanjung Aru dan Maktab Sabah.
Ibu merupakan insan terbaik bagiku, kerana ibu tumpang bersedih ketika anak pertamaku meninggal dunia tahun 1984. Setelah isteriku melahirkan anak ke-2 pada tahun 1985, ibu sanggup tinggal bersama-samaku demi untuk menjaga cucu yang disayanginya. Ibu tetap tinggal bersamaku sehingga anak bongsuku dilahirkan tahun 1992. Aku terpaksa merehatkan ibu untuk tinggal di rumah abangku apabila anak bongsuku diterima masuk ke MRSM Kinarut, Sabah pada tahun 2005. Kini ibuku sudah tiada, namun hasil bimbingannya, anak ke-2 berjaya menghabiskan ijazah perguruannya dan kini bertugas di salah sebuah sekolah menangah di Tawau, anak ke-3 juga merupakan pemegang ijazah perguruan dan kini bertugas di salah sebuah sekolah di Penampang dan yang paling membanggakan, anak bongsuku telah memperoleh 7 A+, 2 A dan 1 B+ dalam peperiksaan SPM 2009 dan kini ditaja oleh pihak MARA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UiTM dalam bidang perakaunan. Itu semua adalah hasil bimbingan dan jagaan ibuku yang tersayang. Beliau bukan setakat menyediakan makan minum untuk anak-anakku, malahan senitasa berdoa akan kejayaan cucu-cucunya dan kami sekeluarga.
Kerana mengenagkan pengorbanan beliau, aku menggunakan
sebahagian wang simpananku, menjual beberapa ekor kerbau milik keluarga dan berkongsi dengan abangku untuk menghantar ibu menunaikan fardu haji pada
tahun 2006. Ibu menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2008, di hadapan kami sekeluarga dan sanak saudara. Namun anak bongsuku ketika itu tidak berada di sisi ibuku kerana mewakili MRSM ke perkhemahan unit beruniform di Teluk Intan, Perak.
Pengorbanan ibu akan ku kenang selagi hayat dikandung badan. Ketika umrah pada bulan Mac 2012, aku menangis ketika tawaf lantaran mengenangkan jasa-jasa ibuku. Di depan Baitullah aku menadahkan tangan berdoa memohon semoga Allah memberi ruang kepada kedua ibu bapaku agar diberi ruang masuk ke syurga Allah. Insya Allah.
"Ibu, jasamua akan kukenang selagi hayat di kandung badan."