GENERASIKU
Dulu
kugores papan batu
tapi dengan sabarmu
kau ajar tulis baca tanpa
jemu
kenal huruf matlamatmu
jauh sekali untuk kaut
ilmu berbatu-batu
tekadmu kami tahu
liku-liku
Kini
kita belajar penuh buku
buka mata sudah mula tulis
baca
kala subuh dikejut
seawalnya
mata mengantuk dilawan sekuatnya
jika tidak pekak telinga
dengan pedasnya kata-kata
ibu hantar tadika bagai
mendera
ditinggal seharian kerna
tuntutan kerja
urusan mendidik diserah
sepenuhnya
guru tadika mengambil
tugasnya
diambil petang pulang
bersegara
cuti semester disandar ke
rumah nenek tua
Tetapi
aku menjadi aku di hari
ini
bijak tidak berapa tetapi
mampu berdikari
tahap sedar diri pada skala
tertinggi
tahu mengukur sejarah
kenal nilai tinggi rendahnya
pasrah
sedar kuasa mutlak Allah
Dulu
mana ada ipad segala
upih pinang mainan kita
buah gajus, jambu
muda makanan biasa
jauh sekali epal dan
markisa
buah kiwi kempunanlah
jawabnya
semua kekawan sama sahaja
keluar ke pekan baju kusut
segala
strika elektrik mana ada
Kini
tiga jenama telefon bimbit
sebagai koleksi
celik pagi bukan tasbih
yang dicari
skrin telefon diraba jari
jemari
laman sesawang dilayar lebih sekerat hari
lenggang bergaya ke
pasaraya
dengan baju seluar kasut
berjenama
57 tahun konon merdeka
ke Padang Bandaran dituju
hala
sejarah Malaysia tahukah
cerita?
Tetapi
negara maju dengan jaya
namun kita lupa siapa
miskin siapa kaya
kita keliru mana baik mana
bahaya
kita tertipu mana berkilau
mana bercahaya
kita bingung mana palsu
mana berguna
kita sanggah mana fakta
mana auta
kita taksub mana pejuang
mana penderhaka
Dulu, kini dan segalanya
andai kita lemah budaya
bangkitlah segera
negara perlu dipacu
bergaya
andai kita buta sejarah
jangan wujudkan sengketa
singkirkan propaganda
andai kita terlebih
berharta
pandanglah sekeliling kita
yang terpinggir perlu dibela
Jadilah pahlawan terbilang
Jadilah pendekar yang
tinggi semangat juang
Jadilah cendikiawan yang
tidak tinggal sembahyang
Jadilah
negarawan bersuara lantang2/9/2014 (sempena hari Malaysia)