Bersolatlah selagi muda tampan
syarat untuk mati bukanlah tua keterlaluan,
Berzikirlah selagi dikurniakan kelapangan
syarat untuk mati bukanlah dalam kesempitan,
Bertaubatlah selagi dianugerahkan masa terluang
syarat untuk mati bukanlah dalam kesibukan,
Beramallah selagi dirahmati kesihatan
syarat untuk mati bukan sakit berpanjangan,
Beribadatlah selagi diberi keinsafan
syarat untuk mati bukanlah dikurangi kemampuan,
Bersedekahlah selagi dilimpahi kemewahan
syarat untuk mati bukanlah papa gelendangan,
Berselawatlah selagi dikurnia keselesaan
syarat untuk mati bukan dibatasi pergerakan,
Bergaullah selagi ramai rakan taulan
bila mati anda pasti keseorangan.
Jalan T. Abdul Rahman 18/9/2014
Sukan
-
BEKAS juara WWE, John Cena tampil dengan kenyataan ‘paling lantang’
terhadap juara WWE ketika ini, Randy Orton dalam siaran Raw, Isnin
lalu.Cena berjaya me...
17 years ago