Andainya kau mahu terbang seperti burung
alang-alang
melayanglah
tetapi berhenti
jika kau rasa terseliuh di sayapmu
Andainya kau mahu makan seperti harimau
alang-alang
jilatlah
tetapi berhenti
kalau kau rasa ngilu di gerahammu
Andainya kau mahu minum seperti ikan
alang-alang
menyelamlah
tetapi berhenti
jikalau kau rasa kau sedang memandu
Andainya kau mahu berkasih seperti belangkas
alang-alang
bersenyawalah
tetapi berhenti
jika kau rasa neraka menunggumu
Andainya kau mahu tidur seperti keluang
alang-alang
bergayutlah
tetapi berhenti
bila kau rasa sengal di kakimu
Andainya kau mahu berdisko seperti John Travolta
alang-alang
bergoyanglah
tetapi berhenti
jika kau rasa terseliuh pada pinggulmu
Andainya kau mahu bertaubat nasuha
namun jangan alang-alang
mohon ampun dan bersolatlah
jangan berhenti
nescaya syurga akan menunggumu
Selammmatt Tahunn Baruuuu 2012
Selammmatt Tahunn Baruuuu 2012