Terima kasih suriku
masih ingatkah
satu Jumaat kita
dipertemukan
usai solat kau tampil bermain dalam khayalan
usai solat kau tampil bermain dalam khayalan
antara sangsi, harapan dan
angan-angan
ku intip kau di celah
lukisan keremajaan
mengimbau kata-kata bonda
jangan anak dara mahu
dipersuntingkan
cukupkan wang terkumpul di
tangan
jodoh adalah urusan tuhan
Terima kasih suriku
bila cincin penyulam kasih aku hulurkan
kau sambut penuh keikhlasan
kerana di situ ada harapan
bila cincin penyulam kasih aku hulurkan
kau sambut penuh keikhlasan
kerana di situ ada harapan
akhirnya kita disatukan
menganyam kasih dalam berpuluh tautan
bersama mengimpikan satu kebahagiaan
kasih sejati tiada
tandingan
Terima kasih suriku
kerana sudi menjadi suriku
berkongsi dalam kerenah
yang keterlaluan
berkongsi atas nama
kepayahan
berkongsi mengecapi pahit manis kehidupan
berkongsi mengecapi pahit manis kehidupan
berkongsi kesedihan kala
anak sulong menghadap tuhan
berkongsi bangun gelapnya
malam
berkongsi membesarkan
tiga puteri harapan
30 tahun yang sungguh
mengujakan
Terima kasih suriku
sekian lama baru mengecap kegembiraan
jasa kita diabadikan
anak-anak menjadi pengukuh
ikatan
urusan banyak yang
dipermudahkan
embun berlalu berganti
angin yang berhembusan
Allah tempat menggantung
harapan
doa kita telah dikabulkan
Terima kasih anak-anakku
masih ingatkah
sewaktu kecilmu yang
menyempitkan
bercatu lantaran peritnya
kehidupan
bergelut membahagi wang
taruhan
tapi kamu bangkit dalam
perjuangan
satu persatu kau gapai
kejayaan
harta bukan jaminan
agama menjadi genggaman
Terima kasih anak-anakku
kejayaan kalian melangkaui angan-angan
belum pun kering peluh di
badan
belum pun hilang lelahnya
badan
reziki seadanya kalian
berikan
doa kalian menyegar dan
mengamankan
moga di akhirat berkekalan
dalam lindungan tuhan
Terima kasih Ya Rabbi
atas kurniaan reziki
atas anugerah suri sejati
atas anugerah anak-anak
menyenangkan hati
atas peluang terus
bersujud sendiri
sehingga dipanggil ilahi
10 April 2013
10 April 2013