Ibu
bapa adalah pelukis kehidupan
anak-anaknya. Bahkan kejayaan hidup anak adalah berpunca daripada hasil
dorongan dan peranan keduanya sebagai guru dan murabbi. Kehidupan
seorang ayah dan ibu menampilkan bentuk kehidupan sebenar yang akan dimiliki anaknya
pada satu masa nanti. Masa muda seorang anak adalah waktu mereka sentiasa ingin
melihat perkara baru dan ingin mencubanya.
Mereka mula menapak mencari jalan hidupnya sendiri dan
melakukan sesuatu yang mirip dengan apa yang dapat dilakukan oleh ayah dan ibunya.
Contohnya ibu bapa yang menunaikan solat 5 waktu ........ anaknya akan mengikut apa yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Selepas solat berjamaah terpilih, contohnya selepas maghrib ... ambillah peluang tersebut untuk mengadakan tazkirah pendek. Buatlah sedikit persediaan untuk ditazkirahkan atau untuk dikongsi ketika itu.
Contoh lain ..... ibu bapa mampu memiliki lebih dari sebuah rumah mahupun lebih dari sebuah kereta. Sudah tentu anak-anak akan berusaha untuk meniru bagaimana kedua ibu bapanya boleh memperoleh kejayaan serupa itu, walhal mereka bukannya orang tua yang berkelulusan Universiti. Begitu juga dengan kekemasan ketika mengurus kebersihan rumah tangga, cara berpakaian, cara bercakap dan sebagainya.
Ibu bapa perlu bertanya sama
mereka telah menjalankan fungsi mereka dengan sempurna atau sebaliknya. Jangan
gantikan kehadiran kita dengan kebendaan atau perkara lain. Kemewahan boleh
dibeli atau ditukar sedangkan ibu bapa tidak boleh dijual beli. Anak yang
sering dihantar ke rumah pengasuh, suatu hari nanti tidak mustahil akan
menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang tua pula . . . . palis-palis.
Bagi memperbaiki kualiti sebagai ibu bapa, ibu bapa memberikan perhatian kepada
anak, mencatat amalan negatif yang biasa dilakukan seperti berjanji tetapi
tidak dipenuhi dan catatkan cadangan untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
Setiap manusia memiliki lapan
jenis kecerdasan iaitu bahasa, logik matematik, ruang (spatial), muzik,
kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan natural. Setiap satu boleh
dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan bergantung kepada kemampuan
masing-masing. Ibu bapa memainkan peranan untuk merangsang kebolehan anak
dengan memberikan galakkan dan tidak menyekat anak melakukan sesuatu yang
diminatinya
Ibu
bapa ibarat guru pertama dalam kehidupan anak yang sedang membesar. Di rumah,
mereka mendengar dan melihat dan belajar untuk bertutur dan memberi tindakan
terhadap setiap perkara yang berlaku kepada diri mereka. Maka lebih banyak
bahasa yang digunakan, lebih cepat anak menyerap dan menggunakannya sebagai
alat berkomunikasi.
Dalam
mendidik minat anak untuk membaca, salah salah satu cara untuk mengetahui bahan
bacaan apa yang mereka minat ialah dengan membiarkan mereka memilih sendiri
bahan bacaan yang diingini. Bawa mereka ke perpustakaan mahupun kedai buku
untuk melakukannya secara bebas. Buku yang menarik minat mereka akan memukau
hasrat anak dalam meneruskan aktiviti itu.
Selepas
itu, minta maklum balas anak anda. Jadikan penilaian dan perbincangan adalah
sebahagian perkara yang amat penting daripada pengalaman yang positif membaca
buku. Tanya soalan seperti adakah mereka menggemari buku yang dibaca itu,
mengapa, siapa watak kegemaran dan seiring dengannya. Jangan pula nanti anda
yang terkejut jika mereka mahu baca semula buku yang sama sekali lagi. Ini
bermakna anda melakukan tugas anda dengan baik dalam memupuk sikap membaca yang
menjadi kunci kepada kejayaan akan datang kepada mereka.
Selepas
mengetahui bahan bacaan yang mereka gemari, peringkat ke-2 ialah menyediakan bahan bacaan tersebut sebagai
hadiah jika anak-anak beroleh kejayaan dalam :
1.Mendapat
tempat terbaik di kelas semasa ujian.
2.Dapat
markah seratus peratus dalam mana-mana mata pelajaran di setiap ujian.
3.Mewakili
sekolah dalam pertandingan seperti Kuiz Matematik, Kuiz Sains, Pertandingan
Bercerita, Syarahan, Bercerita Kisah-kisah Islam, Pertandingan Nasyid dan
sebagainya.
4.Mendapat
tempat di pertandingan seperti Kuiz Matematik, Kuiz Sains, Pertandingan
Bercerita, Syarahan, Bercerita Kisah-kisah Islam dan Pertandingan Nasyid.
Tips
utama ialah berikan peruntukan berbentuk wang apabila kita membawa mereka ke kedai
buku tetapi tiada peruntukan untuk mereka jika mereka pergi ke kedai mainan.
Jika mereka membeli barang mainan, mereka terpaksa mengguna wang simpanan
mereka sendiri. Akhirnya, mereka lebih gemar ke kedai buku kerana setiap kali
ke kedai buku, mereka akan diberi wang. Dan perhatikanlah, suatu ketika nanti
mereka akan membeli buku yang murah sedikit untuk menyimpan baki wang yang
diperuntukan.
Sememangnya
tugas untuk menjadikan anak-anak cemerlang bukan tugas yang mudah. Kita
hendaklah bersabar dengan karenah anak-anak. Jika anda berjaya, siapa juga yang
akan tersenyum lebar menantikan kedatangan anak-anak membawa buku rekod tatkala keputusan
peperiksaan diumumkan oleh pihak sekolah.
Petunjuk kemajuan
1.Pencapaian anak-anak semakin meningkat
2.Mereka lebih menghargai buku
3.Mereka meminta hadiah buku bukan wang
4.Kita boleh gantikan hadiah dengan wang tetapi bawa
mereka ke kedai buku selepas itu.
5.Anak-anak anda akan pintar menabung
6.Anak-anak ada target sendiri untuk membeli barangan
mainan yang dikehendaki