Tuesday, July 17, 2012

Amalan semasa puasa


Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW, kita mendapati bahawa Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran dan mengutamakannya ia apabila masuk Ramadhan. Ibnu ‘Abbas ra berkata “Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). »


“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).


Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sering kali bertadarus al-Quran pada waktu malam kerana pada waktu itu adalah masa yang tenang untuk jiwa manusia melakukan ibadat dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya ibadat pada waktu malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih baik bacaannya.” (Surah al-Muzzammil ayat enam).

Oleh itu, sepanjang Ramadhan tahun ini, selaku hamba Allah, saya ingin menasihati sahabat-sahabat terutama diri saya sendiri agar mempersiapkan diri untuk bertadarus di bulan Ramadhan tidak kira di surau mahu pun di rumah bersama kaum keluarga.