*Berstatus pendebat terhebat bukan sekadar petah berkata-kata, tetapi terletak kepada kebolehannya mengatur strategi mematahkan hujan lawan
*Bergelar jutawan bukan diukur kepada bilangan gedung miliknya, tetapi diukur melalui kebijaksanaannya menabung untuk akhirat
*Bernama juragan terhandal bukan terletak kepada kebolehannya mengemudi haluan, tetapi terletak kepada tanggungjawab menerima sebarang risiko
*Berstatus pemimpin terulung bukan dinilai melalui kemajuan sesebuah negara pimpinannya, tetapi dinilai dari bagaimana ia memberi keutamaan kepada orang lain melebihi keperluan dirinya sendiri
*Bergelar pelakon terhebat bukan kerana paras wajahnya, tetapi terletak kepada kebolehannya mempengeruhi emosi penonton
*Bernama jurubina mahir bukan sekadar boleh menyiapkan projek dalam jangkamasa yang ditetapkan, tetapi terletak kepada jaminan keselamatan binaannya
*Berstatus pendidik tersohor bukan terletak kepada tinggi rendah ilmunya, tetapi terletak kepada bagaimana ilmu itu boleh dimanfaatkan oleh muridnya
2/2/2016