Tuesday, May 6, 2008

Nukilan

Dia insan agung
dia terpekik terlolong
tapi dia bukan hantu polong
dia bukan juga ah long
dia cuma nak tolong
membebas katak bawah tempurung

Dia yang teragung
sewaktu aku setahun jagung
dia tempat aku berlindung
dinginku dipakai kain sarung
panasku dipayung
demamku digendong
nangisku dihulur anak patung
kalaku bingung, dia hulur kain telekung

Dia maha agung
semua ilmu diajar borong
dia tidak pandai kelentong
walau bercakap ibarat pengulas sukan siaran langsung
dia tidak mahu aku bagai tin kosong
dia mahu aku umpama gong
mengiringi persembahan Mak Yong
di persada Balai Rong

Dia guru agung
pintanya tiap kali bertembung
katanya menuntut ilmu itu ibarat kita menabung
umpama emas, hari ini simpan esok-esok tinggi melambung
mahunya aku menjadi, bukan setakat ikan basung
tetapi katanya sebesar ikan jerung
bukan sekadar menanam sebatas sayur kangkung
tetapi menanam padi huma beribu relung


Selamat Menyambut Hari Deepavali pada 17 Oktober 2009

2 comments:

Unknown said...

terharu saya baca..

Kamal said...

Belum terlambat kiranya saya ucapkan Selamat Hari Guru. Karya tuan mencerminkan peranan guru sepanjang zaman. Tahniah teruskan berkarya.