Seawal pagi 6 Oktober dengan menaiki pesawat FireFly FY 501, saya bersama isteri berlepas ke Kuala Lumpur jam 9.45 pagi. Walaupun dalam keadaan yang kurang puas hati kerana sepatutnya kami berlepas pada jam 7.00 pagi.
Selepas makan tengah hari di KLIA, kami naik bas Airport Coach dari KLIA ke KL Central dengan kadar RM10.00 seorang. Kami berdua naik LRT ke Perhentian Masjed Jamek untuk ke Jalan Masjid India (tempat popular orang-orang Sabah). Terkejut apabila mendapati suasana di situ hiruk pikuk. Rupanya ada gerai jualan besar-besaran sempena perayaan Depavali yang akan datang.
Selepas sarapan pagi Jumaat 7 Oktober, kami bertolak ke Shah Alam menaiki Bas Rapid mengguna Kad Touch N Go untuk menginap dua hari di sana. Isteri bawa bekal berbungkus-bungkus Putu Mayam untuk rakan serumah adik di Puncak Perdana. Dari PKNS ke Puncak Perdana terpaksa menaiki teksi kerana terperangkap dengan hujan lebat. Makan malam makan nasi tapau dari KANDANG (tempat makan istimewa di Puncak Perdana). Hari Sabtu dan Ahad, saya dan isteri mengunjungi Plaza Alam Central dan sekitar PKNS dengan Bas Rapid. Dapat membeli sedikit keperluan yang amat penting dan makan di Kak Ani Soup Utara.
Jam 4.30 petang Ahad, kami tiga beranak bertolak ke Kuala Lumpur untuk bermalam satu malam lagi. Sempatlah membeli belah sedikit. Belian terpaksa dihadkan memandangkan terpaksa membawa 4 bagasi yang dikhuatiri lebih muatan. Hari Isnin, sempat juga isteri memborong kain, manakala saya sempat membeli kasut jenama LOIS.
Alhamdu Lillah, anak bongsu telah pun berjaya menamatkan Diploma Perakaunannya, dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pada Mac tahun 2012 nanti.
Balik ke Sabah pada 10 Oktober 2011 lewat petang dalam penerbangan yang berasingan. Dari K.L Central naik bas ke LCCT untuk membantu mendaftarkan masuk anak di Air Asia. Selepas itu, kami naik Bas perantara dari LCCT ke KLIA dengan kadar RM2.50 seorang. Selepas mendaftar masuk untuk penerbangan pulang mengguna penerbangan FireFly, kami makan malam di.KLIA.
Syukur Alhamdu Lillah
Sukan
-
BEKAS juara WWE, John Cena tampil dengan kenyataan ‘paling lantang’
terhadap juara WWE ketika ini, Randy Orton dalam siaran Raw, Isnin
lalu.Cena berjaya me...
17 years ago
No comments:
Post a Comment