Monday, November 7, 2011

Raya Aidil Adha di Tawau

Assalamu Alaikum,
Penerbangan AirAsia jam 6.50 pagi membawa kami tiga beranak ke Tawau pada Sabtu 5 Nov 2011. Naik teksi RM45.00 menuju ke destinasi.

Petangnya bawa kereta menantu ke bandar Tawau. Agak sibuk dengan orang ramai  membeli ayam yang dijual di kiri kanan jalan menuju ke bandar, lebih-lebih lagi sibuknya di pasar besar Tawau dengan jualan ayam dan pelbagai keperluan lain. Sempat singgah di Giant Tawau untuk membeli-belah buat makan malam di rumah anak sulong. Isteri beli hadiah dapur elektrik untuk hari jadi Awin ke-26 tahun.

Pagi hari ke-2,  temankan anak isteri ke pusat beli belah di sekitar Hotel Promanade, manakala malamnya makan di Perdana Jalan Sin On. Berbaloi-baloi dengan pilhan makanan seperti ketam, udang, sotong, daging kambing, ayam, ikan tenggiri, ikan pari, gamat, cendawan dan pelbagai sayuran.

Balik ke Kota Kinabalu tengah hari 7 Nov 2011.

No comments: