Monday, May 14, 2012

Konvo UiTM Shah Alam


Kami tiga beranak bertolak ke Kuala Lumpur pada 19 Mei untuk menyaksikan anak bongsu menerima segulung Diploma setelah dua orang kakaknya menerima ijazah masing-masing 2008 dan 2009.

Petang 19 Mei, adik turun ke Kuala Lumpur menyertai kami. Malamnya ada Pesta Citra Warna di Dataran Merdeka dekat hotel penginapan kami, tetapi kami hanya melihat melalui jendela warga kota berduyun-duyun menuju ke pesta tersebut.

Pada petang 20 Mei 2012 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, adik telah menerima diplomanya.


23 Mei, barulah balik ke Kota Kinabalu dengan sedikit bekalan untuk menyambut Ramadhan dan Raya Aidul Adha yang akan datang . Tiga beg tetapi hanya satu dapat masuk kargo. Penat juga menjunjung naik pesawat termasuk Al-Quran bersaiz mega yang dibeli dengan harga RM125.00.


Doa dari kami sekeluarga, semoga sukses sepanjang pembelajaran untuk menggapai segulung ijazah beberapa tahun yang mendatang.

Tahniah Wan.

Ayang akan balik ke UiTM  pada awal September untuk semestar ke-4, selepas genap sebulan berpuasas di rumah (sedar tak sedar, adik 7 tahun tidak berpuasa di rumah). Saya ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada MARA atas tajaan tahunan berjumlah lebih 9 ribu setahun. Juga kepada penaja lain seperti JPA, Khazanah Nasional, Yayasan Sabah serta beberapa yayasan negeri lain, Bank Negara serta PETRONAS.

No comments: