Thursday, July 5, 2012

Redha dengan kehendak Allah Nisfu Syaaban 5/7/2012)



Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.

Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)




Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata kepadanya: Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Apabila aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan ibunya – bersih daripada segala kesalahan, dan Tuhan Tabaraka wa Taala.

Oleh itu para sahabat, redhalah kepada Allah jika kita diuji dengan pelbagai penyakit, sesungguhnya ujian kesakitan itu mengurangkan balasan yang akan kita terima di alam akhirat nanti.

Allahu Alam

No comments: