dari dua dunia berbeza
bersatu demi satu nama
dari setitis mampu menjadi manusia manusia
Allah memiliki kuasa mencipta
mana satu nikmat yang kita dusta
semenjak Adam dan Hawa
hingga ke pewaris alam seluruh isinya
Dari saat pertama kubuka mata
dalam dakapan bonda
bukan kerana paksa
dahagaku kau hulur bukan satu belanga
setitis namun aku terasa terus bahagia
khasiatnya kurasa hingga aku dewasa
Allah memiliki kuasa merobah
mana satu pengorbanan yang kita dusta
sejarah anak Adam dan Hawa
kenapa dilontar ke rumah orang tua
Sebutir sebutir dan sebutir
namun mampu mereda pahit getir
alirmu tidaklah deras
tapi mampu jantung berdegup keras
menitis dan terus menitis
namun boleh menyulam hati terguris
Allah memiliki kuasa menduga
mana satu nikmat yang kita tidak rasa
mengalir tanpa penyudah
tatkala bersujud di Raudah
tatkala mengelilingi Baitullah
tatkala terniat mengajak rakan taulan ke Mekah
Nun jauh dari lautan
di tengah padang pasir
terpancut hanya dengan satu hentakan
setitis cuma tapi mampu menghilang kehausan
kuasa Allah melangkau kemampuan insan insan
mana satu kuasa yang kita nafikan
kesukaran, kesabaran dan ketabahan
Siti Hajar insan pilihan
tidakkan kering sejak berzaman
Amam 19/01/2013
alirmu tidaklah deras
tapi mampu jantung berdegup keras
menitis dan terus menitis
namun boleh menyulam hati terguris
Allah memiliki kuasa menduga
mana satu nikmat yang kita tidak rasa
mengalir tanpa penyudah
tatkala bersujud di Raudah
tatkala mengelilingi Baitullah
tatkala terniat mengajak rakan taulan ke Mekah
Nun jauh dari lautan
di tengah padang pasir
terpancut hanya dengan satu hentakan
setitis cuma tapi mampu menghilang kehausan
kuasa Allah melangkau kemampuan insan insan
mana satu kuasa yang kita nafikan
kesukaran, kesabaran dan ketabahan
Siti Hajar insan pilihan
tidakkan kering sejak berzaman
Amam 19/01/2013
No comments:
Post a Comment