Assalam. Saya menulis memohon perkenan Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman kepada rakan dan kenalan, jauh sekali untuk bersifat riak, ujub mahupun untuk bangga diri. Mohon ampun ke hadrat Allah. Ampunkan aku Ya Allah.
Mendapat jemputan menjadi tetamu Allah adalah suatu rahmat yang tidak ternilai. Saya merafakkan sepenuh kesyukuran kerana Allah SWT masih memberi peluang serta sudi menjemput saya dan isteri untuk menjejakkan kaki ke dua Tanah Suci Allah, kerana hati dan perasaan kami sentiasa terpanggil untuk mengunjungi makam Rasulullah dan Baitullah selagi Allah masih menganugerahkan kesihatan yang mudah-mudahan berkekalan, reziki seadanya dan secukupnya, selagi mendapat pinjaman umur tersisa yang entah bila ia akan ditarik semula.
Perjalanan yang panjang (Kota Kinabalu / Brunei / Dubai / Jeddah) 26 Feb 2013 (Selasa)
Perjalanan sejak meninggalkan rumah dihantar oleh anakpermata hatiku yang ke-2 dan yang bongsu, amat lancar berkat perkenan Allah. Sebelum meninggalkan rumah, di muka pintu saya berdoa diaminkan oleh anak dan isteri, memohon agar ibadah umrah ini disempurnakan dan anak-anak yang ditinggalkan diberikan rahmat serta perlindungan oleh Allah. Bagasi kami dimuatkan dengan beberapa tin sardin, sekilo beras, periuk mini, pemanas air (Hiter), ubat-ubatan, kain ihram dan jubah. Pesawat BI 824 berlepas ke Brunei jam 1.00 tengah hari.
Syukur Ya Allah, oleh sebab penerbangan ke Dubai dijangka jam 9 malam, kami diberi penginapan untuk berehat di Hotel Garden City Lot 31594, Kampung Anggerek Desa, Jalan Berakas, Bandar Sri Begawan dekat stadium Brunei. Di sana, kami diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan solat jamak Zohor Asar. Urusan makan minum kami ditanggung sepenuhnya oleh agensi umrah kami.
Rombongan tetamu Allah sempat solat jamak Maghrib Isyak, di Lapangan Terbang Brunei. Pesawat Royal Brunei Boeing 777 berlepas ke menuju ke Dubai jam 9.00 malam.
Perjalanan yang panjang selama 8 jam 30 minit tidak terasa lantaran semangat yang berkobar-kobar untuk tiba dengan selamat. Berbekal lembaran manasik umrah dan dzikir serta selawat, penerbangan terasa tenang atas perkenan-Nya. Rombongan disertai oleh abang ipar (Haji Malai Hussin), isteri, bapa mertua dan anak perempuan, sepupu isteri Hj Farid Hj Yamin, sahabat Matasan Yusof, dan seorang lagi abang ipar (Malai Mustapa) bersama isterinya. Rombongan juga diserti oleh rakan sekampung Hj Hussin Kassim, isteri dan kakak beliau serta ahli keluarga masing-masing, keluarga besar saudara Jamlan (Sembulan) bersama anak dan ipar serta anak buahnya dan bekas murid saya bernama Hamsiah (Jabatan Imigresen Keningau), suami dan ibunya.
27 Feb 2013 Mendarat di Dubai, terbang ke Jeddah dan perjalanan ke Madinatul Munawwarah
Rombongan tetamu Allah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (jam 1.10 pagi waktu tempatan 5.30 pagi waktu di Tanah Air - Hari Rabu). Kami dibawa dengan tren laju untuk bertukar ke pesawat Airbus 380, pesawat terbaru Emirates Airline EK 805. Pesawat 22 tayar yang ada dua aras ruang penumpang. Sempat menunaikan Solat subuh di ruang menunggu tanpa musallah sebelumm berlepas.
Pesawat berlepas dari Dubai jam 7.40 pagi waktu tempatan, menuju ke Jeddah. Ketika berada di perut pesawat besar, hati ini terbayang akan Masjid Nabawi. Situasi di dada pesawat amat selesa dan nyaman dengan izin-Nya. Kami tidak merasakan apa-apa ketika berlepas dan mendarat, seolah-olah berada di rumah. Kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Arab Saudi jam 10.00 pagi waktu Arab Saudi (3.00 petang waktu Malaysia). Maknanya 18 jam telah berlalu semenjak kami meninggalkan bumi Brunei.
Setelah urusan di Lapangan Terbang selesai, dengan pemeriksaaan rapi oleh imigresen dan kastam Arab Saudi di beberapa kaunter, rombongan Tetamu Allah Gemilang Borneo berhimpun di luar terminal. Kami menaiki dua buah bas, bertolak ke Madinah jam 11.45 pagi wakti Saudi. Kami diiringi oleh mutawif, Ustaz muda Shamsul dari Indonesia, yang mengetuai kami membaca doa semasa dalam perjalanan sambil menceritakan serba sedikit sejarah Bandar Jeddah dan sejarah penubuhan Masjid Nabawi. Haji Edo Sakdukdin mengiringi bas yang kedua.
27 Feb 2013 (Rabu Ziarah pertama) Tiba di Madinatul Munawwarah
Rombongan tetamu Allah tiba di Madinah pada jam 6.20 malam setelah melalui perjalanan sejauh 424 Kilometer. Pendaftaran oleh Gemilang Borneo yang memang cekap dan hebat. Kami masuk mendaftar di hotel Mubarak Al Madinah (Bilik 1024) yang bakal kami diami selama 3 malam 4 hari di Madinah. Hotel Mubarak hanya beberapa langkah menyeberang jalan ke Food Court, dan 5 minit ke pagar 25 Masjid Nabi. Di bawah hotel terdapat puluhan kedai menjual pakaian, juga terdapa kedai aras bawah (lower ground). Solat maghrib di bilik hotel kerana ketika ketibaan kami ke hotel penginapan kebetulan telah masuk waktu Maghrib.
Raudah
Usai mandi petang, jam 9.30 malam kami suami isteri serta rombongan terus ke Masjid Nabawi untuk ziarah dengan bantuan mutawif Haji Edo Sakdukdin (mutawif bas yang kedua). Selepas bersurai, jam 10.20 malam, saya berjaya memasuki kawasan Raudah, waima tetamu Allah begitu ramai. Kesempatan saya gunakan untuk menyampaikan salam anak-anak serta ahli keluarga dan tidak lupa rakan sekerja. Hati sebak dalam salam yang diungkap. Air mata seakan-akan mengalir namun hanya bergenang. Tubuh bergetar, sukar untuk dikawal kerana ia datang tanpa diundang. Solat di dalamnya punya aura yang tersendiri.
28 Feb 2013 (Hari Ke-2 Khamis)
Selepas menanak nasi dengan periuk mini yang sengaja di bawa dari kampung halaman, seawal jam 3.30 pagi, saya bergegas ke masjid Nabawi bersama isteri. Selepas membacakan doa di depan pintu hotel diaminkan oleh isteri, mohon agar kami mendapat tempat solat di Raudah untuk bermunajat ke hadrat Allah, kami menuju ke masjid dengan bergelungan tangan dan hanya berpisah apabila menghantar isteri ke ruang solat wanita.
Pagi di Madinah terasa begitu aman dan nyaman. Rasa itu meresap ke dalam sanubari, menerbit ketenangan yang maksimum serta mengamit setiap inci perasaan. Melihat masjid mulia yang dahulunya dibina dengan beratapkan daun dan pelepah kurma begitu merangsang hati untuk mengimbau sirah junjungan mulia, Muhammad SAW. Masjid yang asalnya tempat menjemur buah kurma, kini menjadi kunjungan setiap lapisan maysrakat dari seantero dunia.
Usai minum air zam-zam dan solat tahaitul masjid, saya menunaikan pelbagai solat (hajat, taubat dan tahajud). Masa menunggu solat Subuh dihabiskan dengan iktikaf. Selesai solat subuh, aku membaca yassin seketika sebelum meninggalkan Masjid Nabawi kerana rombongan akan memulakan ziarah luar.
Lawatan dimulakan ke Masjid Quba’. Bertolak jam 8.05 pagi dengan iringan mutawif yang cukup peramah dan senantiasa melayan tiap pertanyaan jemaah. Solat sudah menjadi kemestian di masjid Quba. Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa telah bersuci (berwudhu) di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat didalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.”(Sunan Ibn Majah)
Lawatan diteruskan ke padang Uhud. Rasulullah pernah bersabda “Sesungguhnya Uhud adalah gunung yang mencintai kita dan kita pun mencintainya” (shahih Muslim).
Lawatan diakhiri ke ladang kurma yang begitu sinonim dengan tetamu Allah. Kami tidak melepas peluang untuk memborong buah kurma asli. Kurma Ajwa yang dikenali sebagi kurma Nabi boleh dibeli dengan harga dalam lingkungan SR70 ke SR120 bergantung kepada kualiti dan kurma lain seperti (anbar, mejdool, helwah, Lubanah, mabroom, baydh, khudry, khalas, Suqaey, Safawy, Sukkary dan Rothana) juga boleh diperoleh. Saya membeli 3 kilo kurma biasa setengah kilo kurma ajwa manakala isteri 2 kilo. Sempat menghirup teh percuma yang enak dan panas ketika berehat di situ.
Selepas zohor, kami tidak terus balik ke hotel kerana telah memasak nasi pada awal pagi. Persediaan telah dirancang rapi untuk membawa periuk elektrik dari kampung halaman dan beras Pakistan 2 kilo.
Selepas zohor, saya sengaja berehat di kawasan Bubus Salam menunaikan beberapa solat sunat, sementara mengintai peluang memasuki Raudah. Bersyukur sangat kepada Allah kerana memberi peluang untuk ke Raudah kali ke-2. Jam 9.30 malam baru balik ke hotel bergabung dengan isteri untuk makan nasi, roti dan sardine bilis yang dibekal dari rumah.
1 Mac 2013 (Hari Ke-3 Jumaat)
Kekuatan dan semangat melebihi segala-galanya apabila kami serentak bangun seawal jam 3.40 pagi. Sebelum bertolak, kami berdua minum 3+1 dan roti manis yang kami beli siang sebelumnya. Cuaca dingin dengan tiupan angin tidak menghalang untuk berkunjung ke Masjid Nabi. Sebelum bertolak ke masjid, aku menadah tangan sambil diaminkan oleh isteri agar diberi kemudahan untuk bersolat di Raudah. Kami bertolak ke masjid bersama-sama sambil berganding tangan, hanya berpisah ketika masing-masing menuju ke ruang solat wanita dan lelaki. Lepas solat dhuha baru balik ke hotel dengan membeli sedikit makanan.
Sejujurnya, mata ini banyak kali tumpah dengan manik-manik jernih. Hidup adalah kembara menelusuri belantara menuju kekasih sejati, Allah Rabbul Izzati dan mendambakan pesuruhnya junjungan Nabi Muhammad Rasulullah.
Setelah selesai solat Jumaat, aku mengajak isteri untuk membelikan buah tangan buat tiga orang anak tercinta. Isteri juga sempat membeli dua bentuk cincin emas. Sempat juga membeli daging dalam tin untuk dibawa pulang ke tanah air.
Jam 9.00 malam selepas solat Isyak, saya sempat ke Raudah untuk kali ke-3 manakala isteri telah ke Raudah lebih dari tiga kali. Malam, kami dikejutkan dengan berita pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.
Hari Keempat 2 Mac 2013 Sabtu (Berangkat ke Mekah) Hari terakhir di Madinah
Allahu Akbar, rindunya untuk bersolat sambil beritikaf di Masjid Nabawi sambil menunggu solat subuh, amat menggamit pelbagai rasa, syahdu, syukur, dan pelbagai rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Hari terakhir berada di Madinah, hatiku begitu tersentuh ketika hendak meninggalkan kekasih Allah. Amalan biasa, meninggalkan hotel, saya bacakan doa di depan pintu hotel diaminkan oleh isteri, mohon agar kami mendapat rahmat Allah, memohon disempurnakan ibadah umrah dan dijauhi dari perkara yang membatalkan umrah. Pelbagai solat saya tunaikan, sedang hati begitu sebak untuk meninggalkan kekasih Allah itu. Sedari jam 3.30 pagi, kami suami isteri telah bertolak ke Masjid Nabawi, masih lengang. Hampir jam 9.00 barulah saya meningalkan Masjid setelah ziarah Wida.
Tika ziarah wida di makam baginda, aku berdoa memohon kepada Allah agar menjadikan ziarah ini bukanlah ziarah terakhir buat kami berdua. Sempat membeli 20 songkok, 4 jubah putih dan sehelai jubah hitam untuk dibawa pulang.
Bir Ali
Dengan memakai dua helai tuala lebar tanpa berjahit (kain Ihram), hati ini begitu tersentuh kerana dalam masa beberapa jam sahaja lagi, kami akan berada di Baitullah. Pakaian ihram itu, mengingatkan aku tentang kematian, kerana kematian akan meninggalkan kesemua aset dunia, yang dibawa hanyalah amalan, doa anak-anak solehah dan ilmu yang dimanfaatkan.
Selepas berniat umrah di Bir Ali, bererti kita terikat dengan 13 pantang larang ketika dalam ihram seperti :1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak rambut (lelaki dan wanita) atau janggut. 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki dan wanita). 8.Tidak boleh mengerat kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin. Mengahwinkan atau menjadi wakil kahwin.
Jam 2.45 petang, bas terus meluncur menempuh perjalanan sejauh 447 kilometer sambil saya menahan sebak dan air mata. Kiri kanan jalan raya yang agak luas hanyalah padang pasir yang tandus, dan sedikit batu-batuan. Aku diulit oleh lukisan Allah yang begitu indah terpapar di depan mata. Bayangan Baitullah datang bertalu-talu dan silih berganti. Aku isikan dengan tarbiah Labaikallah dengan suara antara dengar dengan tidak. Kadangkala air jernih mula jatuh ke atas kain ihram yang aku pakai.
Ketika kesunyian mencengkam setiap jiwa yang menumpang bas yang kami naiki , saya membaca tarbiah senyap-senyap antara dengar dan tidak. Saya percaya konsentrasi rakan sebas lain adalah untuk tiba dengan selamat dengan rahmat Allah di Mekkah. Kami berhenti di satu hentian untuk solat jamak Maghrib dan Isyak, mengalas perut seadanya dan membeli pisang (SR14.00 sekilo).
Kadangkala, semasa dalam perjalanan, saya membelek-belek tafsir Al-Quran yang saya bawa dari tanah air. Tidak terasa perjalanan yang memakan masa 6 jam berlalu bagaikan beberapa minit sahaja. Belum pun puas tafsir dibaca, bas telah memasuki kota Mekah.
Dari kejauhan aku melihat menara jam yang tersergam indah, sungguh mencuit rasa. Syukur Ya Allah, engkau telah memperkenan doa ku Ya Allah.
Air mata jatuh berderai
Sebaik tiba di Mekah sekitar jam 10.45 malam, kami terus mendaftar di Hotel Bakar Habhab (Bilik 603). Cuaca di Mekah berbeza dengan Madinah. Alhamdu Lillah, ia bukan halangan malahan rahmat Allah. Dengan iringan Mutawif, kami bergerak menuju ke Baitullah secara berkumpulan melalui pintu 1 (Pintu King Abd Aziz) kira-kira jam 11.50 malam. Sebaik sahaja memasuki masjid, aku tidak melepaskan peluang untuk meminum air zam-zam sambil menitipkan doa agar disempurnakan tawaf dan sai'e ini. Kerongkongku terasa tersekat ketika ucapan Isti‘ lam kerana menahan sedu-sedan yang tidak terkawal lagi. Perasaan sayu, syahdu, sebak, syukur, insaf, terasa terlalu kerdil silih berganti.
Masya Allah, aku menitiskan air mata kerana dapat memandang Kaabah untuk sekalian kalinya. Tidak terasa aku telah menghabiskan 7 keliling tawaf sambil diisi dengan tarbiah dan doa yang tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa. Semasa solat di Multazam, aku memohon doa semoga anak bongsuku selamat kembali ke UiTM Shah Alam, semoga sukses dalam pelajaran di samping menjaga tatasusila seperti yang dianjurkan Islam, begitu juga doa keselamatan dan keimanan kepada anak pertama dan ke-2 dan doa semoga kami sekeluarga dapat mengerjakan umrah dalam masa terdekat.
Rombongan kami menuji ke Safa dan Marwa untuk bersa'ei dan seterusnya bertahalul. Ketika sa'ei, terasa semangat Siti Hajar menyerap ke kalbu, betapa zaman dahulu suri Nabi Ibrahim iaitu ibu kepada Nabi Ismail berlari dan berjalan berulang kali di padang pasir dan padang berbatu dengan permukaan yang tidak rata, sedangkan kami berulang alik dengan pelbagai kemudahan termasuk alat pendingin hawa.
Jam 3.30 pagi, aku balik ke hotel untuk menukar pakaian biasa dan menanak nasi. Isteriku tidak balik kerana berniat untuk berlama di dalam masjid bersama rakan wanita lain. Jam 4.30 kembali semula ke Masjidil haram dan balik selepas solat Dhuha.

Hari Ke-5 Ahad 3 Mac 2013 dan seterusnya
Setiap hari selama 7 malam di Mekah, saya dan isteri kerap turun ke masjid sekitar jam 3.40 pagi dan balik ke hotel jam 1.30 petang kecuali ketika lawatan ke Jabar Rahmah (4/3/2013) untuk umrah ke-2 dan lawatan ke Hudaibiah (6/3 Umrah ke-3). Sebelum ke masjid, nasi telah siap ditanak untuk makan malam kerana tengah hari kami kerap berbekal buah-buahan dan roti untuk pengalas perut. Selepas Isyak baru balik ke hotel. Laluan pergi dan balik ke masjid tidak pernah sunyi baik siang mahupun malam. Betullah seperti yang diperkatakan orang bahawa Kota Mekah adalah kota yang tidak pernah tidur, sentiasa ada jemaah tanpa mengira waktu. Kedai-kedai di sekitarnya sentiasa ada sahaja pengunjungnya.
Kisah lucu
Pagi Selasa saya tidak bercadang untuk balik ke hotel selepas melakukan tawaf bersama isteri. Saya berpesan agar isteri membawakan sedikit makanan untuk pengalas perut. Selepas solat zohor, saya menerima SMS yang mengelirukan dari isteri yang menyatakan dia sedang menunggu di dataran Hijir Ismail.
Tanpa berfikir panjang saya menuju ke arah Hijir Ismail. Pada pusingan ke-3, menyelurusi tetamu Allah yang sedang bertawaf, saya tiba di pintu Hijir tetapi gagal mengesan isteri. Lantas saya bergelut menyusup masuk ke dalam Hijir namun gagal mengesan kelibat isteri. Akhirnya saya menepuk bahu seorang remaja Indonesia memohon agar berganti-ganti untuk solat di kawasan pancur emas tersebut (di sujud terakhir saya berlama untuk memohon dan merayu kepada Allah dengan pelbagai doa). Selepas itu, saya membuat halangan bagi membolehkan giliran pemuda itu bersolat. Sebelum kami meninggalkan Hijir Ismail, pemuda tersebut memeluk saya dengan mata bergenang tanda ucapan terima kasih. Tiada kata-kata yang terungkap antara kami berdua selepas itu. Kami keluar ke destinasi masing-masing dan bertemu isteri setelah berbalas SMS.
Selepas itu barulah saya mencari semula isteri dan bertemu di tempat yang betul. Selepas zohor kami berdua kembali ke rumah tumpangan. Turun semula ke masjid sebelum asar dan balik lewat malam untuk maraton iktikaf.
4 Mac
Jam 3.40 pagi kami berdua bertolak ke masjid. Hari ini kami terpaksa balik awal sedikit kerana rombongan kami akan melawat ke Jabar Rahmah.
Setibanya di sana, semangat kental melebihi segala-galanya apabila kami berdua sempat memanjat Jabar Rahmah yang terletak di Padang Arafah (25 kilometer dari Mekah). Kami memilih laluan berbatu. Di atas Jabar Rahmah saya sempat menadah tangan menitipkan doa agar kasih sayang kami berkekalan dan berpanjangan. Kami menuruni bukit di laluan yang disediakan tangga walau pun ia terletak agak jauh dari bas diparkirkan.
Selepas kunjungan tersebut, kami miqat di Jarannah untuk umrah kali ke-2. Selepas makan tengah hari di hotel, kami berdua bergerak ke masjid dan berjaya menyudahkan tahalul pada pukul 3.20 petang. Kami hanya balik ke hotel selepas isyak.

5 Mac
Seawal jam 4.30 pagi kami berdua telah bergerak meninggalkan hotel selepas sahaja menanak nasi untuk makan tengah hari nanti. Di perjalanan balik selepas asar, kami singgah di sebuah kedai untuk membeli jubah anak-anak. Hari ini agak lewat ke masjid dan suasana di Masjidil Haram agak sesak. Hari ini tidak banyak kisah yang dapat aku kongsikan kerana sebahagian masa dihabiskan untuk beriktikaf di masjid. Pelbagai solat sunat memenuhi masa aku berlama di masjid. Aku sengaja memilih kawasan tingkat satu, iaitu kawasan yang berdekatan dengan tempat jemaah mengambil wuduk dengan harapan jika terbatal wuduk, aku tidak mengambil masa yang lama untuk keluar dari masjid.
6 Mac
Jam 3.40 pagi kami mula bergerak ke Masjidil Haram. Selepas kira-kira sembilan jam beriktikaf di masjid, kami balik selepas zohor untuk makan tengah hari. Kerisauan makan lewat tidak menganggu ibadah kami kerana nasi telah pun ditanak lebih awal.
Hari ini, jam 4.00 petang, rombongan lawatan ke Muzium Mekah di atur oleh Syarikat Nur Multazam .Dua buah bas bergerak serentak ke sana. Di muzium, beberapa rakaman foto kubuat untuk kenangan. Di Ladang Unta Hudaibiyah kami turun melihat sendiri kelibat si pemerah susu unta . Di sana kami sempat membeli dua botol susu unta dan hanya meminum sebotol sahaja dengan harapan dapat membawa balik ke tanah air sebotol berbaki. Tidak sangka pula rupanya baju yang kupakai sewarna dengan kulit unta. Lucu rasanya kerana ia tanpa dirancang.
Semasa makan tengah hari di kompleks Safwah, aku dikejutkan dengan harga mee goreng yang agak mahal SR12.00 untuk isteri dan SR12.00 untuk sekeping kebab daging . Setelah menerima makanan rupanya mee dan kebab itu terlalu banyak untuk di makan oleh seorang mengikut perut orang Malaysia. Kami berdua ketawa kerana terpaksa membawa lebihan makan balik ke hotel penginapan kerana tidak mampu menghabiskannya.

Hati terpukul mengimbau kesukaran Rasulullah bersembunyi di sebuah gua di bukit belakang kami sebelum dalam perjalanan hijrah ke Madinah |

Unta, kenderaan lasak di padang pasir |
Selepas solat maghrib dan miqat di Hudaibiyah kami bergerak ke Masjidil Haram untuk umrah ke-3. Hampir jam 11.00 malam barulah selesai bertahalul dan balik ke hotel penginapan.
7 Mac
Hari ini, aku solat subuh seorang diri seawal 3.40 pagi. Jam loceng telah sedia untuk membantuku terjaga dari tidur memanjang. Selepas subuh saya balik menemui isteri di hotel dan ke haram sekitar jam 7.40 pagi. Kami berdua keluar membeli barang di Orchid (Kompleks Safwah). Sempat membelikan jubah untuk menantu serta membeli beberapa buah tangan lain. Kami berdua makan tengah hari di sana. Rombongan lain berlepas melawat ke Jeddah pagi itu, akan tetapi kami berdua memilih untuk berada di Mekah.
7 Mac
Hari ini, aku solat subuh seorang diri seawal 3.40 pagi. Jam loceng telah sedia untuk membantuku terjaga dari tidur memanjang. Selepas subuh saya balik menemui isteri di hotel dan ke haram sekitar jam 7.40 pagi. Kami berdua keluar membeli barang di Orchid (Kompleks Safwah). Sempat membelikan jubah untuk menantu serta membeli beberapa buah tangan lain. Kami berdua makan tengah hari di sana. Rombongan lain berlepas melawat ke Jeddah pagi itu, akan tetapi kami berdua memilih untuk berada di Mekah.
Semasa makan tengah hari di kompleks Safwah, aku dikejutkan dengan harga mee goreng yang agak mahal SR12.00 untuk isteri dan SR12.00 untuk sekeping kebab daging . Setelah menerima makanan rupanya mee dan kebab itu terlalu banyak untuk di makan oleh seorang mengikut perut orang Malaysia. Kami berdua ketawa kerana terpaksa membawa lebihan makan balik ke hotel penginapan kerana tidak mampu menghabiskannya.
Kami bergerak ke masjid sebelum dzohor dan balik selepas Isyak. Hati terasa berbaloi kerana pelbagai solat sunat dapat aku lakukan disamping iktikaf, selawat dan dzikir.
8 Mac.
Seperti biasa, jam 3.40 pagi, aku bergerak ke Masjidil Haram. Aku tidak balik ke hotel dan berpesan kepada isteriku untuk membawakan sarapan di lokasi solat wanita. Semasa sarapan pagi, isteri membelikan roti dan membawa minuman panas. Ketika itu ruang tersebut agak lengang. Selepas sarapan aku sempat merakam beberapa foto untuk dijadikan kenang-kenangan. Kami memilih tempat duduk di tangga masjid, berdzikir sambil memerhatikan tetamu Allah bertawaf. Sungguh kerdil rasanya aku di sisi Allah ketika itu.
Semasa solat Jumaat diadakan, aku memilih lokasi yang menghadap Kaabah. Selepas solat Jumaat, aku terus beriktikaf di dalam masjid sehingga ke Isyak. Selepas isyak kami bertemu di tempat menjual aiskerim di perjalanan pulang ke hotel. Kami memasuki lobi sebuah hotel untuk menikmati aiskerim sambil berehat panjang sebelum menyambung perjalanan balik ke hotel penginapan kami.
Hari Ke-11 Sabtu 9 Mac 2013 (tawaf wida / perpisahan)
Seawal jam 3.40 pagi, aku bergegas bangun dan untuk mengajak isteri untuk pergi solat di masjid. Lima beg sarat dengan pakaian dan buah tangan diletak depan pintu hotel untuk dikutip oleh pekerja hotel untuk dimuatkan ke dalam bas. Seperti kebiasaan, doa dibaca dimuka pintu bilik, memohon kami diberi rahmat dan kemudahan untuk solat di dalam masjid.
Saya dan isteri tidak terus balik ke hotel kerana menunggu waktu Dhuha. Selepas solat dhuha kami keluar sekejap untuk membeli jubah, tasbih, 2 dozen minyak wangi dan telekung sebagai buah tangan. Sebelum balik ke hotel kami berdua melakukan tawaf Wida.
Hati bagaikan disentap-sentap, sayu, sedih, syahdu dan pelbagai rasa menyelubungi seluruh jiwa dan perasaan. Setiap pusingan, tarbiah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar tidak putus-putus dibaca.
Solat terakhirku di Multazam merupakan kemuncak kesyahduan ku. Entahkan bila lagi aku dapat merenung Baitullah seperti beberapa hari yang telah aku lalui. Sedih, pilu dan sayu menyelimuti seluruh perasaanku tatkala hendak berpisah dengan Baitullah. Air mata jatuh di lantai, dengan doa terakhir semoga aku dijemput sebagai tetamu Allah pada kunjungan berikut-berikutnya. Jangan dijadikan kunjungan itu yang terakhir buatku dan isteri.
Setelah minum air zam-zam dan menyapunya di seluruh muka, terasa dadaku yang semakin menyesak, aku dan isteri meninggalkan dataran Kaabah. Aku menoleh dan terus menoleh sambil pipi ini dibasahi dengan linangan air mata. Aku terus menoleh sehingglah bangunan Kaabah tidak kelihatan lagi. Namun kaki ini terasa berat dan longlai untuk melangkah pantas meninggalkan Baitullah.
Kami berkumpul di sekitar rumah tumpangan dan bas bergerak meninggalkan hotel pada jam 10.15 pagi untuk menempuh perjalanan sejauh 72 kilometer. Dari kejauhan aku masih memerhatikan Menara Jam Besar sehingga ia lenyap dari pandangan. Rindu terhadapmu Baitullah. Singgah jamak Zohor dan Asar serta makan tengah hari di Masjid Terapung, Jeddah.
Meninggalkan bumi ambia
Ketika menaiki pesawat hendak meninggalkan Jeddah, rasa rindu semakin menyeksa. Setelah selesai memasukkan barang, pesawat Royal Brunei meninggalkan Lapangan Terbang Jeddah jam 6.30 petang waktu tempatan 11.30 malam waktu Malaysia. Bergenang air mata, dengan doa moga Allah menjemputku untuk menjadi tetamu-Nya ke bumi ambia dalam masa terdekat.
Ia pengalaman terindah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hati berdebar, sangat berdebar. Ia suasana yang sangat-sangat berbeza, hati dan perasaan yang sukar digambarkan. Ketika dalam keadaan berihram, dua helai kain putih yang tidak berjahit itu membawa pelbagai perlambangan. Tergambar betapa di padang masyar nanti, semua manusia mempunyai darjat serupa, tidak seperti di dunia fana yang mengkategori insan dengan pelbagai pandangan. Yang berkuasa disanjung, yang berharta dijunjung, yang miskin dipasung, yang lemah dicantas, yang lambat dipintas dan kadang-kala yang tak bersalah diberkas.
Hari Ke-12 Ahad 10 Mac 2013 (bermalam di Brunei)
Pesawat mendarat di bumi Brunei jam 9.30 pagi waktu tempatan. Usai mengambil barang, kami dibawa dengan bas ke hotel penginapan Hotel Garden City Lot 31594, Kampung Anggerek Desa, Brunei Darussalam (Bilik 319). Berkesempatan bermalam semalam di sana dan berpeluang merehatkan diri. Pada malamnya, sebahagian jemaah yang ada keluarga di Brunei, berpeluang untuk mengunjungi keluarga masing-masing.
Pagi Isnin 11/3/2013, kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.45 pagi. Allahu Akbar ....... Sesungguhnya hati ini telah tertambat di Haramain-Mu.

No comments:
Post a Comment