Angka keramat 33
Alhamdu lillah
aku rasa cukup bertuah dan bahagia kerana memilikimu
dan kuharap engkau juga begitu
keranamu rumahtangga kita terus terurus
terjaga dan terus terusan terjaga
Kita sudah diberi rezeki yang tidak putus-putus
dan rezeki tersebut tidak membebankan
waima tidak semewah mana
tetapi dapat berbelanja dengan semampunya
kerana berlapang dada
kita dilimpahi rezeki yang tak dijangka
Kita sudah diberi rezeki anak,
dan kita lebih bahagia dari mendapatkan mereka
di mana kebaktian mereka amat kita perlukan
moga mereka menjadi aset akhirat kita
syukur …… anak-akan mampu menabung sendiri
dan lebih dari mencukupi
Kita juga punya kediaman yang lebih dari orang tidak punya
buat warisan anak-anak kita
kita tidak terpedaya dengan kurnianya
kita boleh memilih yang mana kita suka
Kita juga punya kenderaan yang tersesuai
walau tak semewah tetapi kita jarang berdepan masalah
dengan kerisauan yang melampau
Kita masih diberikan rezeki kesihatan
akan tetapi ujian adalah menjadi rahasia-Nya
bersyukur dan bersandar sepenuhnya kepada-Nya
bersedia secukupnya
Kita diberikan rezeki umur yang panjang
mungkin Allah beri peluang
untuk luangkan masa yang tersisa bersama
atau ujian lainnya yang menjadi rahasia-Nya
Bersyukur kita dengan nikmatnya
Berusaha menutup kelemahan bersama
Bersabar berhadapan masa mendatang
Berdoa untuk dihimpunkan bersama
Bertawakal kunci utama kita
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-33
No comments:
Post a Comment