Monday, November 28, 2011

8.target UPSR, PMR dan SPM yang ditampal di bilik tidur



Mencipta kecemerlangan anak adalah tugas wajib seorang ayah serta tugas mulia seorang ibu. Mendidik anak sehingga berjaya adalah satu proses yang panjang. Proses tersebut memerlukan ketekunan, kekuatan kesabaran dan keyakinan ibu bapa.

Contohilah nilai kesabaran seperti yang dimiliki Nabi Yaakub ketika menghadapi kejahatan abang-abang Nabi Yusuf sehingga membawa kehilangan anaknya yang tercinta itu.

Kesabaran Nabi Yaakub itu diabadikan Allah SWT di dalam al-Quran dalam Surat Yusuf ayat 18 yang bermaksud: "Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumuran) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu." (Surah Yusuf ayat 18).

Akan tetapi Nabi Yaakub tidak terus mengherdik anak-anaknya. Nabi Yaakub menguatkan kesabaran dengan mengucapkan, "Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)."
Namun tidak semua manusia tahu bagaimana untuk menggunakan keajaiban ini dengan kaedah atau cara yang betul dan tepat supaya ia memberikan kesan yang efektif dan positif. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sedang menjalani proses pembesarannya dengan belajar di sekolah untuk mengasah minda dan menjadi pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya.
Sehubungan dengan itu, bagi menjana dan memprogramkan semula minda dan fikiran kanak-kanak, teknik pembelajaran menggunakan tahap gelombang alpha atau lebih dikenali dengan pembelajaran alfa amat berkesan untuk menjana peningkatan tahap kepekaan kanak-kanak kepada apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah.
1Melekat  cita-cita anak-anak bersaiz besar (B4 lengkap dengan cetakan foto msaing-masing) di atas tempat tidur mereka agar boleh direnung ketika hendak masuk tidur. Di zaman digital, kertas tadi boleh dicetak berwarna di atas kertas glossy agar tahau lebih bertahun tanpa pudar.

2.Melekat sifir dekat dengan ruang tidur, agar boleh ditoleh dan dihafal sebelum tidur.

3.Melekat sasaran di ruang yang sesuai. Contoh sasaran  5A PMR tahun 2011. 10A+ SPM 2016 dan Akauntan Muda tahun 2020.

4. Memberi latihan terkedepan. Maksudnya jika anak belajar di tahun 3, beri latihan pelajaran tahun  4, agar semasa di tahun 6 nanti mudah baginya untuk mengulangkaji.

5.Jika berada di sekolah menengah, ajar anak anda membuat nota mata pelajaran Sejarah dan Geografi semenjak di tingkatan satu. Belilah beberapa buku rujukan dari beberapa penerbit buku untuk mereka buat perbandingan. Ketika cuti sekolah yang panjang di hujung tahun, bimbing mereka untuk membuat nota tingkatan dua dan seterusnya di mana nanti ketika anak-anak anda berada di tingkatan tiga, mereka telah menyiapkan nota lengkap untuk menghadapi PMR. Tingkatan tiga hanya dihabiskan untuk mengulangkaji dari nota yang mereka buat. Semasa PMR nanti 2A telah berada di tangan anak anda.


Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak menagih kerja rumah apabila balik dari sekolah
2.Anak tahu membahagikan waktu dengan bijak

No comments: