Mencipta kecemerlangan anak adalah tugas wajib seorang ayah serta
tugas mulia seorang ibu. Mendidik anak sehingga berjaya adalah satu proses yang
panjang. Proses tersebut memerlukan ketekunan, kekuatan kesabaran dan keyakinan
ibu bapa.
Contohilah nilai kesabaran seperti yang dimiliki Nabi Yaakub ketika menghadapi kejahatan abang-abang Nabi Yusuf sehingga membawa kehilangan anaknya yang tercinta itu.
Contohilah nilai kesabaran seperti yang dimiliki Nabi Yaakub ketika menghadapi kejahatan abang-abang Nabi Yusuf sehingga membawa kehilangan anaknya yang tercinta itu.
Kesabaran Nabi Yaakub itu diabadikan Allah SWT di dalam al-Quran dalam Surat
Yusuf ayat 18 yang bermaksud: "Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang
berlumuran) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan
(memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta
pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu." (Surah Yusuf ayat 18).
Akan tetapi Nabi Yaakub tidak terus mengherdik anak-anaknya. Nabi Yaakub
menguatkan kesabaran dengan mengucapkan, "Maka kesabaran yang baik itulah
(kesabaranku)."
Namun tidak semua
manusia tahu bagaimana untuk menggunakan keajaiban ini dengan kaedah atau cara
yang betul dan tepat supaya ia memberikan kesan yang efektif dan positif.
Begitu juga dengan kanak-kanak yang sedang menjalani proses pembesarannya
dengan belajar di sekolah untuk mengasah minda dan menjadi pelajar yang
cemerlang di dalam pelajarannya.
Anak adalah amanat dari Allah yang dipulangkan kepada kita untuk mencanainya. Ikutlah adunan kedua ibu bapa cara mengolahnya. Pisau dan timun telah berada di genggaman anda, terpulanglah bagaimana cara anda untuk mencincang timun tersebut, serta membolehkan ia menjadi resepi yang enak dengan menambah beberapa bahan perasa yang sesuai. Di sini beberapa kaedah yang telah saya amalkan untuk dikongsi bersama.
Anak adalah amanat dari Allah yang dipulangkan kepada kita untuk mencanainya. Ikutlah adunan kedua ibu bapa cara mengolahnya. Pisau dan timun telah berada di genggaman anda, terpulanglah bagaimana cara anda untuk mencincang timun tersebut, serta membolehkan ia menjadi resepi yang enak dengan menambah beberapa bahan perasa yang sesuai. Di sini beberapa kaedah yang telah saya amalkan untuk dikongsi bersama.
Inilah sahaja caranya untuk berkongsi dengan pembaca, kerana jika saya mengadakan ceramah terbuka, saya pasti ramai akan mempersoalkannya, kerana saya sedar saya bukannya pemilik ijazah, hanya setakat diploma pendidikan. Akan tetapi dengan diploma tersebutlah saya membuka minda sendiri, melihat keadaan keliling dengan minda sedar dan meneropong beberapa buku panduan untuk memajukan anak-anak sendiri ke tahap yang lebih tinggi.
1Melekat cita-cita
anak-anak bersaiz besar (B4 lengkap dengan cetakan foto msaing-masing) di atas
tempat tidur mereka agar boleh direnung ketika hendak masuk tidur. Di zaman
digital, kertas tadi boleh dicetak berwarna di atas kertas glossy agar tahau
lebih bertahun tanpa pudar.
2.Melekat sifir dekat dengan ruang tidur, agar boleh
ditoleh dan dihafal sebelum tidur.
3.Melekat sasaran di ruang yang sesuai. Contoh
sasaran 5A PMR tahun 2011. 10A+ SPM 2016
dan Akauntan Muda tahun 2020.
4. Memberi latihan terkedepan. Maksudnya jika anak
belajar di tahun 3, beri latihan pelajaran tahun 4, agar semasa di tahun 6 nanti mudah baginya
untuk mengulangkaji.
5.Jika berada di sekolah menengah, ajar anak anda membuat
nota mata pelajaran Sejarah dan Geografi semenjak di tingkatan satu. Belilah
beberapa buku rujukan dari beberapa penerbit buku untuk mereka buat
perbandingan. Ketika cuti sekolah yang panjang di hujung tahun, bimbing mereka
untuk membuat nota tingkatan dua dan seterusnya di mana nanti ketika anak-anak
anda berada di tingkatan tiga, mereka telah menyiapkan nota lengkap untuk
menghadapi PMR. Tingkatan tiga hanya dihabiskan untuk mengulangkaji dari nota
yang mereka buat. Semasa PMR nanti 2A telah berada di tangan anak anda.
Petunjuk kemajuan
1.Anak-anak menagih kerja rumah apabila balik dari
sekolah
2.Anak tahu membahagikan waktu dengan bijak
No comments:
Post a Comment