Mari kita renung-renungkan,
Sepanjang kita hidup berapa kalikah kita menangis, tatkala menerima ujian Allah dan berapa kali pula kita tersenyum tatkala kita menerima rahmat kurniaan Allah. Berapa kali pula kita lupa mengingati Allah tatkala mendapat rezki yang berlipat ganda, dibandingkan berulangkali dan berkali-kali kita mengingatiNya tatkala kita sedang kesempitan. Masya Allah
“Di dalam al-quran jelas dinyatakan betapa Allah menguji kita hanya 2-3 tiga kali dalam setahun dengan ujian kedukaan, berbanding acap kali kita diuji dengan pelbagai keselesaan, kemudahan dan pelbagai kesenangan."
Di zaman Khalifah Hisyam bin Malik..... ketika baginda hendak mengerjakan haji, beliau telah menyuruh para pengikutnya untuk mencari para sahabat yang rapat dengan Rasulullah bagi mengiringi beliau tawaf.
Setelah puas mencari, para pengiringnya terjumpa dengan seorang yang bernama Tawus Al Yamani. Lalu Khalifah menyuruh dia mengadap.
Tatkala mengadap, Tawus tidak menyebut khlifah dengan panggilan Amirul Mukminin. Tawus tidak membuka sepatu, malahan berjalan di atas permaidani khalifah. Tawus terus sahaja duduk di sisi khalifah tanpa mendapat undangan terlebih dahulu.
Perkara tersebut mendapat murka khalifah sehingga bertindak untuk membunuhnya. Akan tetapi dihalang oleh mereka yang hadir di situ kerana Tanah Haram bukan tempat untuk mengalirkan darah.
Tatkala menjawab pertanyaan khalifah, ......... Tawus berkata, Mengapa pula tuan memarahi saya, setiap hari aku membuka sepatuku sebanyak 5 kali di tepi tempat solatku. Allah tidak pun marah padaku.
Tidak semua rakyat suka memanggil tuan Amirul Mukminin, sedangkan Allah sendiri memanggil nabi dan rasul yang lebih mulia dari tuan, hanya dengan memanggil nama mereka sahaja.
Aku terus duduk kerana aku terbaca sebuah hadis "Pabila kamu hendak melihat ahli neraka, lihatlah orang yang sedang duduk bersila, sedangkan orang lain tegak berdiri."
Teguran tersebut telah menyedarkan khalifah, lalu memohon ampun ke hadrat Ilahi, agar dilindungi dari bencana. Bencana api neraka bukan calang-calang hebatnya.
Tanggungjawab seorang pemerintah, pemimpin, boss, ketua, malahan sebagai bapa amat besar. Kesemua ketua tersebut merupakan pemandu kepada sebuah bas. Jika bas tersebut masuk longkang, maka penumpangnya pun ikut masuk longkang juga.
Ayuh sahabat, bertindaklah dengan bijak. Marilah kita sering tegur-menegur sesama kita. Tidak seorangpun dari kalangan kita mahu masuk ke neraka.
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW menyatakan: “Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam”.
Allahu Alam.

No comments:
Post a Comment