Sekadar ingat-mengingatkan kepada rakan pembaca. Kehidupan yang singkat bakal menempuh jalan penghujungnya. Oleh itu, di samping kita mengejar harta dunia, mengejar gaji lumayan, mengejar pangakat, mengejar kelayakan akademik yang lebih tinggi, kita sering lalai dengan urusan akhirat.
Harta bertimbun, tidak berguna jika kita mengalpakan insan miskin yang masih belum terbela,
gaji lumayan, tidak bererti jika hak orang pakir gagal untuk kita tunaikan. Pelbagai alasan yang boleh kita berikan .... contohnya masih ada tanggungan anak yang perlu di sara, masih ada orang tua yang perlu dibelanja, wang ansuran kereta masih belum dilaksana. Kita lupa bahawa tiap RM1,000.00 gaji yang kita terima, RM25.00 perlu dizakatkan kepada yang layak menerima. Jika sukar sangat untuk berbuat demikian, serahkan saja dengan Pusat Zakat Sabah.
Pangkat walau setinggi mana, tidak akan dipandang ketika kita dihisab oleh Allah. Contohilah ketika memakai dua helai kain putih semasa berada di Mudzalifah, bukit Jabat Rahamah dipenuhi manusia yang serupa walhal pangkatnya, gajinya, martabatnya dan asal-usulnya berbeza.
Kelayakan akademik, waima setinggi mana ... di sisi Allah, hanya iman yang diperhitungkan.
Kesemuanya, harta, pangkat, akademik dan anak-anak adalah ujian Allah untuk kita. Oleh itu, beringat-ingatlah dengan ujian tersebut.
Jika kita memilih untuk membazirkan setiap jam, tiap hari, tiap minggu, tiap bulan dan tiap tahun untuk kepentingan diri kita sendiri, kita akan lalai. Jika terlalai, kembalikanlah kepada asalnya tujuan hidup kita di dunia yang begitu singkat ini. Fikir-fikirkan lah, sempurnakanlah dan lengkapkanlah diri kita dengan persedian untuk bertemuNya di alam akhirat.
Allahu Alam.
No comments:
Post a Comment