Mari kita amal-amalkan,
Percaya kepada Allah hendaknya 100 peratus, tidak boleh dikurangi waima 0.0001 peratus. Oleh itu segala kehidupan, kesukaran, keamanan, kesenangan serta dugaan ..... seratus peratus hendaknya kita serahkan kepada Allah.
Kita ambil contoh cerita seorang pemuda calon tukang sihir seperti yang diceritakan oleh Shuaib (salah seorang sahabat Rasulullah). Seorang pemuda calon sihir dalam pemerintahan raja yang sangat zalim telah diturunkan ilmu sihir kerana tukang sihir yang sedia ada telah lanjut usianya.
Dalam perjalanannya ke rumah tukang sihir, dia singgah di rumah seorang pendita. Begitulah yang dilakukannya setiap hari. Pemuda tersebut kerap datang lambat menyebabkan dia didenda oleh mahaguru sihirnya. Kerana tidak tahan dengan seksaan tersebut, akhirnya dia memesongkan niatnya untuk menjadi ahli sihir kerana ilmu dari pendita tersebut lebih hebat dari segalanya (ilmu agama Allah)
Sultan murka, lantas menangkap pemuda itu untuk dihukum bunuh dengan mengergaji kepalanya di atas sebuah bukit. Sekumpulan orang suruhan yang diarah untuk membunuh pemuda tersebut, jatuh maut apabila bukit bergoncang lantaran pemuda itu memohon pertolongan Allah.
Pemuda balik berjalan kaki menghadap raja. "Siapakah yang menolong menyelamatkan kamu wahai pemuda," tanya sultan. Pemuda itu menjawab "Allah".
Percubaan membunuh kali kedua terhadap pemuda tersebut, ialah dengan membawanya jauh ke tengah laut oleh orang kuat istana. Kapal karam dan semua orang suruhan istana maut lemas di lautan. Akhirnya pemuda tersebut selamat balik ke istana dengan berkat pertolongan Allah.
Wallahu alam

No comments:
Post a Comment