Assalamu Alaikum
ALHAMDULILLAH, waima Ramahdan telah berlalu pergi, namun rohnya tetap melekat dan bersemadi di jiwa ini.
Banyak pengalaman yang bersarang
di hati, tersemat di dada, melekat di
minda, dan kemungkinan menjadi memori terindah untuk dikongsi dan mudah-mudahan
dapat pula dipanjangkan kepada khalayak pembaca dan seterusnya mungkin menjadi
ilmu bermanfaat.
Duhai pembaca yang dirahmati
Allah. Ramadan mengingatkan kepada beberapa perkara yang menakjubkan untuk
dikongsi bersama. Seingatku, aku mula berpuasa penuh sebulan ketika aku berada
di tahun 4 sekolah rendah. Airmataku masih dapat dipertahankan ketika ini
apabila mengimbau kembali bagaimana kasihannya ibuku terhadapku kerana dengan
sengaja tidak mengejutkan untuk bersahur bagi membolehkan aku tidak berpuasa.
Tatkala dikejutkan oleh
sinaran mantari keesokan harinya, aku menangis sekuatnya kerana tidak sempat
bersahur. Setelah tengah hari menjelang, ibuku memaksa aku untuk berbuka tetapi
ditolak dengan alasan biarlah mati kelaparan di bulan mulia kerana menahan
lapar dan dahaga. Selepas itu ibu tetap mengejutkanku untuk bersahur. Perkara
tersebut pernah kuceritakan kepada anak-anakku sambil mencabar agar mereka
berpuasa sebulan lengkap. Anak bongsuku menerima cabaran itu apabila dia mula
berpuasa penuh sebulan ketika bersekolah tahun dua. Dengan bangga beliau
memecahkan rekod yang dipegang oleh ayahnya.
Bukan apa, rakan seusia denganku ketika itu kurang daya
tahan berpuasa, kerana masa sehari untuk dihabiskan adalah terlalu lama. Tetapi
kini, masa sehari itu terlalu agak cepat dan tidak terasa. Bayangkanlah betapa
cepatnya masa berlalu. Sedarkah anda yang seusia denganku betapa, di zaman kami
kanak-kanak, bayi yang dilahirkan hanya membuka mata tatkala usianya melebihi
40 hari. Akan tetapi pada hari ini, sebaik-baik saja dilahirkan, bayi tersebut
telah celik dengan matanya meliar ke sana-sini selepas dilahirkan. Masya Allah ……Itu bererti putaran kehidupan semakin cepat, dan menjadi salah satu tanda, kiamat semakin mendekat.
Rutin harianku sebelum
hari raya ialah menjemur mercun di atas zink rumah agar meletup setelah dicucuh
dengan bara api. Agak kasihan dengan ibuku kerana suatu hari aku memberontak
tidak hadir solat raya lantaran tidak dibuatkan baju Melayu. Ketika itu kurasa ibuku
tidak begitu adil kerana abang kandungku dibuatkan sepasang baju Melayu untuk
hari raya. Alasannya aku masih budak sedangkan abangku telah meningkat remaja. Allah
Ya Allah … mudah-mudahan ibu ditempatkan di tempat terbaik di sisi Allah. Hari ini
baru aku sedar, sebenarnya itu bukan alasan yang konkrit. Ibu tiada wang
secukupnya untuk menempah dua pasang baju serentak. Al maklum, aku telah yatim
ketika di awal usia.
Peristiwa lucu
Rutin harianku yang
lainnya ialah mengutip telur ayam untuk dibuat kuih baulu. Setelah lengkap
dengan bilangannya, aku seronok pabila ibuku mengadap sebuah tempayan untuk
mencabung telor. Aromanya sudah mula menusuk hidung, apalagi tatkala membakar
kuih baulu dengan sabut kelapa. Akulah yang diharapnya untuk meneliti
keseragaman api sama ada api bawah dan atas pencelak.
Subhanallah! Tidak cukup
dengan itu. Ibuku bertarung untuk membuat kuih jala. Biasanya kuih jalanya
dipuji oleh sanak saudara kerana rasa rangupnya. Proses membuat kuih jala tidak
semudah hari ini. Menjelang malam, beras terpilih direndam terlebih dahulu.
Masa dinihari, beras tersebut ditumbuk halus. Itu rutin sekampung, setiap rumah
bersahut-sahutan bagaikan irama dalam lagu ketika menumbuk tepung.
Tepung tersebut dijemur
beberapa hari. Tiba masanya, tepung diayak dengan kain untuk menghasilkan
tepung sehalus mungkin. Akhirnya, dikamir mengikut aturannya sebelum dimasak (dirampak)
di atas kuali dengan acuan tempurung yang ditebuk begitu rapi.
Tidak cukup dengan itu,
dalam kesempitan ibuku membuat pelbagai kuih tradisi lain seperti kuih cacap,
agar-agar jemur, kuih makmur, kuih lidah dan kuih cincin. Tetapi kuih cincin
ibuku tidak sehebat kuih cincin maksu Intan, adik bongsu ayahku.
Aku tabik spring dengan
kesungguhannya sebagai ibu tunggal. Buka apa, usaha itu bagi memastikan kami
dua beradik sama seperti orang lain. Akan tetapi, memori itu sudah lama
berlalu, tetapi tidak terpadam di memoriku malah ia terpahat erat di
sanubariku. Mudah-mudahan roh ayah dan ibuku mendapat lindungan Allah.
Mengenai ayahku, tidak banyak memori yang dapat kuungkapkan, memandangkan dia menyambut panggilan ilahi ketika zaman kanak-kanakku. Yang sempat ku teringat ialah ayah sakit lebih dari enam bulan, dan ketika kematiannya aku tumpang menangis apabila melihat orang lain menangis. Berminggu-minggu juga aku merajuk, tetapi rajuknya terubat pabila ibu membelikanku sebuah jam tangan.
Setahuku rutin harian ayahku ialah mengayuh basikal seawal pagi untuk mengurus kebun getah di Kampung Gadung, Kimanis. Kami sekeluarga hanya berpeluang berlama di sana ketika musim cuti penggal akhir persekolahan. Pulangnya lewat petang membawa sayur hasil tanamannya di Kampung Semazi. Beliau sememangnya penyubur dalam bercucuk tanam. Bayangkan saja, buah nangkanya penuh seguni sebiji. Dan ulasnya penuh secuik makan jika dihidangkan. Beliau juga merupakan insan yang kuat bersedekah. Tatkala sembahyang terawih di surau kampung, ada saja buah tangan yang dihidangkannya selepas terawih seperti nenas, nangka dan pelbagai buah-buahan.

Satu lagi kenangan lucuku
ialah entah kali ke berapa aku curi-curi pakai pakaian hari rayaku. Sebaik
dipakai dan diperagakan, aku melipat seperti lipatan asalnya, agar tidak
diketahui oleh abangku. Esoknya, dipakai dan terus dipakai. Macam tidak sabar
lagi utnuk menyarung baju baru untuk hari raya nanti.
Tiba hari raya
Setelah solat raya, kami
dua beradik akan mendapatkan ibu terlebih dahulu. Takungan air mata memang
tidak dapat dipertahankan lagi, apbila mengenangkan orang lain beraya dengan
ibu bapa, sedang kami hanya beraya hanya di samping ibu tersayang. Seteko air
yang tersedia dengan dicampurkan pucuk ganti masui dibawa ke tanah perkuburan.
Yassin dibaca sahut menyahut. Yang tahu membaca yassin membaca terus, sedang
yang tidak tahu membaca terpaksa menunggu dan mencari tukang baca yassin.
Khidmat mereka bukanlah percuma, setelah yassin dibaca salam dihulur dengan
ringgit bertukar tangan.
Itu reziki mereka yang
tahu membaca Yassin. Kunjung mengunjungi menjadi kemestian, Cuma bezanya masa
itu, tiada duit raya.
Akan tetapi, bermula pada Hari Raya tahun 2013, aku sekeluarga mengunjungi tanah perkuburan sehari sebelum Hari Raya. Kerana mengikut pandangaan seorang ulama, kunjungan pada Hari Raya pertama bukanlah tidak membawa apa-apa makna. Ketika itu, semua roh telah dipanggil kembali oleh Maha Pencipta.

Raikan tetamu
Waima hanya berlampukan
pelita minyak tanah, tetamu kami tetap dilayan seadanya. Seingatku, api
eleterik hanya beroperasi di kampungku tahun 1975. Tetamu bukan setakat
dihidang dengan kuih raya, malah mereka balik dengan berbekalkan jeruk
bambangan, kerana jeruk bambangan ibuku bertempayan banyaknya. Maklumlah pokok
bambangan tumbuh di sekeliling rumah kami.
Duhai rakan pembaca,
agak menariknya di setiap bulan Ramadhan, aku berani keluar rumah sehingga tengah
malam kerana dikatakan hantu syaitan diikat di bulan barakah itu. Apa yang aku
buat sebelum Hari Raya amat mencuit hati dan kadangkala membuat aku malu pada
diri sendiri. Tetapi biarlah aku ceritakan sedikit untuk mengimbau pengalaman
lalu. Seluruh lantai rumah aku basahi dengan air dan kugosok dengan berus
dawai. Rumput di sekeliling rumah ditebas dan dicangkul rata. Tiga hari sebelum
hari raya, aku dua beradik membuat tanglung bintang, itu sahaja kemampuan kami
memandangkan pokok buluh tumbuh berbaris tepi rumah kami. Pokok bukuh tersebut
banyak jasanya kepada penduduk kampungku, kerana kerap diambil ketika ada
kematian
Ibu pemurah
Adakah rumah-rumah
ketika itu bertukar langsir. Mengapa tidak, menjelang Ramadhan, saudara
terdekat berkunjung ke rumah untuk membuat langsir kerana rumah kami adalah
satu-satunya rumah yang mempunyai mesin jahit jenama LEURAL. Masih melakat nama
tersebut. Mesin jahit itu masih utuh sehingga kini tersimpan di rumah abangku.
Apa yang menariknya dengan mesin tersebut. Ia
dibeli oleh ayahku dengan menjual seekor kerbau yang bersaiz besar dan amat
disayanginya. Gambar hitam putih ayah bersama kerbau tersebut masih kusimpan
hingga ke hari ini. Kerana abangku tidak samapi hati menyimpan foto tersebut.
Kenangan terindah
Kini aku menjangkau ke
usia, hampir 60. Segala kenangan silam tidak mungkin aku lupakan begitu saja.
Pesanku kepada pembaca, buatlah ibadah sepanjang Ramadhan kerana belum tentu
kita akan dapat bertemu pada Ramadhan berikutnya. Sedekahlah waima sedikit
tetapi berterusan, terutama sepuluh Ramadhan terakhir. Bangun malam, kerjakan
soat tahajud terlebih dahulu sebelum sahur. Setibanya di tempat kerja,
lakukanlah solat Dhuaa, kerana masa yang dihabiskan untuk solat tidak sampai pun
lima minit.
Berkunjunglah ke tanah perkuburan, sebelum hari raya, bukan di hari raya pertama. Mengikut cerita yang boleh dipercaya, di hari raya pertama tersebut roh telah kembali ke tempat asalnya. Di hari raya pertama itu kunjungan kita bukanlah sia-sia, tetapi roh ibu bapa kita telah tiada di sana.
Sahabatku, janganlah terlampau beraya sakan. Ingatlah insan-insan yang tidak berpunya. Alhamdu Lillah ...... Mujurlah aku bekerja di pejabat yang prihatin terhadap golongan tersebut, di mana tiap tahun kami sempat mengadakan kutipan untuk disalurkan kepada mereka yang kurang berpunya. Setakat ini pelajar SK. Penampang, SK. Bahang, SK Tansau, SMK Taman Tun Fuad, SK Sugud, dan SK Kelatuan telah kami kunjungi.

Kepada sahabat, rakan
kenalan dan keluarga. Ampun maaf dipinta, halalkan segalanya.
No comments:
Post a Comment