Friday, May 8, 2015

Selamat ulang tahun buat suriku

TERIMA KASIH BUAT SURIKU


Terima kasih  suriku
dalam rahimmu 40 hari
kau kandung 4 puteri setia
kemudiannya 40 hari
segumpal darah terjadi
lalu menjadi tulang yang dibungkus oleh daging
malaikat di utus Allah
meniupkan  roh ke dalam jasad
9 bulan dikandung tanpa mengeluh

Terima kasih  suriku
berjuang antara hidup dan mati
kau lahirkan mereka  ke dunia dengan simpati
dalam tangisan sedang yang lain ketawa riang
dari dalam buaian
hingga kepada duduk bertatih diberi barang mainan
dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi
bersengkang mata hingga ke pagi
diberi susu sepanjang hari

Terima kasih  suriku
di usia 6 tahun
kita menghantar mereka
ke alam sekolah rendah menjadi tujuan
ilmu yang tinggi menjadi idaman
untuk menjadi insan
bukan menjadi orang buangan

Terima kasih  suriku
kini, 32  tahun bersama
tanpa mengundang gelisah
kita sama-sama berhajat
untuk sama-sama mengunjungi Masjid Nabawi berdoa di Raudah
untuk menyaksikan sendiri kesyahduan  makam Rasulullah
untuk mengabdikan doa sambil beribadah
untuk merasa sendiri betapa syahdunya
berada di Bukit Uhud berbatu merah
tempat bersemadinya pejuang sahid  kerana Allah

Kita sama-sama
mengunjungi Baitullah
menyelami sendiri jejak-jejak  Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Rasulullah
tawaf mengelilingi Kaabah
sujud di Multazam agar doa dikabulkan Allah
untuk sama-sama memohon doa di makam Ibrahim dan di Hijir Ismail
menadah tangan di Jabar Rahmah
bukit pertemuan Adam dan Hawa setelah lama terpisah

Terima kasih  suriku
betapa kerdilnya kita 
kita tidak sebanding
kepayahan Siti Hajar
berulang alik antara Safa dan Marwa
ketika menerima kelahiran Nabi Ismail
mencari seteguk air di padang pasir
hingga terpancarnya telaga ajaib zam-zam

Terima kasih  suriku
tidak berterima kasihkah kita
tiga puteri kita membesar di depan mata
kini mereka sudah mampu berdikari
mencari reziki seadanya
sungguh agung kurnia
Allah maha pencipta

Selamat hari ulang tahunmu
doaku 
Ya allah hindarkanlah dirimu dan diriku
dari api neraka yang membara
terhindar dari muflis dan papa kedana
berilah kami darjat iman bukan pangkat kedudukan
berilah kami syurga bukan neraka


Allahu Akbar 3X

9/5/2015

No comments: