Assalamu Alaikum,
Alhamdulillah, segala puji serta syukur aku panjatkan kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam yang sudi menjemput aku, suriku dan seisi rombongan menjadi tetamu-Nya. Salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah, sesungguhnya ibadahku kerana-Mu semata-mata, “Labbaika Allahumma labik, labaika laa syaariikalaka labbaik,” “Ya Allah, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu…”.
Surah Ali Imran ayat ke 185 berbunyi, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Dengan rasa khauf aku bersandarkan kepada terjemahan tersebut, serta membulatkan tekad untuk mengunjungi tanah suci selagi kudrat termampu, memanfaatkan reziki-Nya yang masih mengizinkan kami untuk ziarah dan selagi roh masih bersatu dengan jasad. Aku ingin beranjak menjadi insan ahsan, meninggalkan sikap dan prasangka buruk serta berhasrat untuk menjadi insan mukminin, mustaqim dan mukhlisin. Aku dan suriku ingin beribadah dengan setenang-tenangnya menghindar carcamarba rencah dunia yang melalaikan. Aku merebut peluang tersisa, lantaran sering diterjah gangguan kegundahan emosi berbaur pengharapan pilu usai tiap solat, “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kunjungan kami ke tanah suci-Mu ini buat yang terakhir bagi kami, jemputlah kami untuk kunjungan berikut-berikutnya.”
Sejak beberapa minggu kebelakangan, kami berdua berkunjung ke Perdana Park untuk mengekalkan stamina, kerana memikirkan ibadah tawaf dan saie’ memerlukan aktiviti melibatkan fizikal. Syukur Ya Allah, dengan sedikit usaha mengecilkan belanja bulanan keluarga disulami dengan doa setiap usai solat, serta sumbangan anak-anak, maka ganjarannya kami memperoleh jemnputan ke Haramain-Nya. Kami hanya melakukan persiapan ala kadar. Kami meminimumkan bagasi demi untuk menutup sangkaan buruk lisan insan di luar sana yang kami andaikan menilai dengan tafsiran yang salah. Kadang-kala bagasi yang gemuk berlebihan memungkinkan tafsiran membawa barangan yang entah-entah di kotak fikiran insan lain, sedangkan isinya adalah makanan ringan, beberapa pasang capal yang kami niatkan untuk ditinggalkan di Tanah Suci, sedikit ubat-ubatan, dan serba sedikit produk makanan dari beberapa daerah yang kami hajatkan untuk diinfakkan kepada kenalan di Madinah dan Mekah, bukan setakat rakan permastautin, malahan kucing pun memperoleh tempiasnya. Syugia dikongsikan bahawa nilai Ringgit Malaysia jatuh menjunam dalam pasaran (tukaran ringgit di E-Globex Jalan Gaya 1.24 iaitu seribu RM bersamaan SR806.45), jauh lebih tinggi andai dibandingkan tukaran di Madinah pada 8 Nov iaitu RM1,500.00 bersamaan SR1,125.00. Sekadar perbandingan Nescafe Classic 60 gram di Malyasia berharga RM7.75 sen berbanding SR15 di Sudi, sudah semestinya memberi impak kepada permastautin di Saudi dengan taraf hidup yang sedikit tinggi. Harga Toothpaste Pepsodent 75 gram RM2.10 sen, Alicafe Pracampur Poweroot RM 8.79.
Hati berbunga-bunga mendengar taklimat manasik umrah yang diadakan pada 8 Oktober di Dewan PPS Sembulan, yang memberitakan yang rombongan akan bertolak sehari lebih awal dan bermalam semalam di Brunei Darussalam. Di sana aku berkenalan dengan Jemaah yang juga berasal dari daerah Papar. Syukur Ya Allah, Engkau maha mendengar impian kami yang berhajat ziarah lebih awal dari tarikh sebenar 26 November. Hati tambah berbunga-bunga lagi apabila pada 3 November, permohonan untuk ke Taman-taman Syurga telah berjaya ditempah pada 8 Nov, seawal jam 3 pagi.
Aku cuba untuk memanfaatkan masa tersisa
Dengan rasa rendah diri, aku membulatkan hajatku untuk berkongsi sekelumit pengalaman yang tidak seberapa. Aku menukil bukan untuk ujub atau menunjuk-nunjuk tetapi hanya ingin berkongsi rencah pengalaman beribadah di dua kota suci-Nya, kota yang menjadi dambaan seluruh umat Islam seantero dunia. Aku telah berusaha sehabis baik untuk memujuk hati ini agar terhindar dari sifat ego, ujub dan takbur. Aku sedar yang aku bukanlah ahli ibadah, hanya insan biasa yang banyak kekurangan, dan yang utama aku menanggung setimbunan dosa. Waima kurasa aku bukanlah yang terbaik, namun tetap berusaha untuk melakukan semaksimum baik. Misi tersiratku untuk berkongsi sekelumit pengalaman waima ia tidak menarik. Aku hanya berharap untuk menyuntik semangat serta merubah pola fikiran insan-insan di luar sana. Oleh kerana ilham tidak terjual di premis perniagaan dan munculnya bukan umpama arus deras ibarat curahan hujan, aku kerap merujuk catatan berulang kali untuk mengembalikan momen di sana. Alahai, bila sudah berusia, amat terasa keupayaan mengingat semakin menipis.
Dalam travelog ini, aku tidak berniat mensensasi cerita, melainkan mengharap sepenuh redha-Nya. Aku wakafkan andai ada sesiapa yang ingin mengamal sebarang doa, meniru santunan mahupun mencontohi amalan kami yang tidak seberapa ini. Hati ini terpukul apabila membaca karya terakhir Prof Haji Muhd Kamil Ibrahim bertajuk ‘Karya Terakhir’ yang seolah-olah mengisyaratkan betapa kematian itu semakin mendekat. Prof yang pernah bermastautin di Madinah begitu sinonim dengan sensasi kisah-kisah di Haramain dengan karya lebih dari 10 buah buku. Prof, pensyarah di Univeriti Madinah, yang dahulunya menginap di perumahan Jabal Uhud begitu sinonim dengan meronda ke belakang masjid, mencari rakyat Malaysia dan mengajak untuk memenuhkan saf yang paling hadapan. Kerap menyantuni duyufurrahman yang hendak berhaji dengan perkongsian Manasik Haji.
Misiku
Aku bertekad untuk melakukan misi berikut :
1.Menunaikan ibadah yang jarang dilakukan di tanah air
2.Maraton selawat semasa dalam perjalanan dan semasa berada di Madinah) dan dzikir (tasbih, tahmid dan takbir) ketika di Mekah
3.Solat syukur bila tiba di Madinah, Mekah, dan di mana-mana kesempatan.
4.Memohon keampunan segala dosa-dosa dan dihimpunkan bersama keluarga di Jannatun Naim
5.Berinfaq
6.Puasa sunat
7.Marathon solat-solat taubat, hajat, tahajud, witir dan dhuaa
8.Merebut peluang untuk berdoa di beberapa tempat mustajab doa.
Aku mulakan travelog ini dengan tiga rangkap pantun yang berpembayangkan bahasa ibundaku ;
Sambat-sambat bertapih gebar,
Gebar bertahun carik bucunya;
Hati di dalam sentiasa berdebar,
Sudikah Allah mengutus jemputan-Nya?
Subur putat tidak berbaja,
Ada baja piasau tua;
Hati goyah beraduk durja,
Hari berangkat bertandang jua.
Pimpikau di Padang si Bedah,
Anak karuat cucu lingsa;
Kutanam di hati mengganda ibadah,
Selagi hayat masih bersisa.
Itinerari Jumaat 04 November 2022 ( 09 Rabiul akhir 1444 H) (Musafir ke Brunei)
Usai solat Jumaat, aku tunaikan solat musafir di masjid RTM, dengan doa berikut, “Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa anak isteriku, ampun dosa guru-guruku dan dosa sealuruh umat Islam. Ya Allah, hari ini kami akan bergerak untuk penerbangan ke Brunei dan seterusnya ke Jeddah. Aku memohon, Engkau lindungi pemergian kami, Engkau dekatkanlah dari kejauhannya, dan pelihara kesihatan kami di dalam perjalanan, sihat ketika berada di tanah suci-Mu dan sihat selepas balik dari tanah suci serta kurniakan kami dengan umrah maqbullah. Ya Allah, aku serahkan harta benda dan anak pinak yang aku tinggalkan di bawah payung perlindungan-Mu.”
Berangkat ke Airport jam 4.45 petang, dengan bekalan SR 600 sumbangan puteri-puteri kami dan beberapa lagi SR yang tersisa. Di dalam kereta aku berdoa, “Subhanal lazi saharalana haza wamkunna lahumukrinin Wainna illa rabbona laamungkalibun,” “Maha suci Allah, yang telah mempermudahkan kenderaan untuk kami dan kami tidak ada kesanggupan mengendalikannya, kami semua akan kembali kepada Tuhan kami nanti. Ya Allah, selamatkan kami dalam perjalanan ini ke destinasi tujuan kami. Dekatkanlah kami dari kejauhannya. Kurniai kami dengan kesihatan di dalam perjalanan, sihat semasa berada di Tanah Suci-Mu dan sihat selepas kembali ke Tanah Air”.
Usai pengurusan bagasi yang cekap, aku dan suriku menunaikan solat jamak di surau Airport. Sempat menyantuni beberapa kenalan baru termasuk suami Puan Siti Sulhayati. Aku sempat menghubungi abang kandung di Papar, mengenai perjalanan ibadah ziarah kami.
Seramai 47 jemaah umrah ziarah pakej 12 hari (diketuai oleh Tuan Haji Shamsul) dan 43 jemaah pakej 23 hari (diketuai oleh Puan Siti Siulhayati) dari agensi Nurmultazam (pengendali umrah milik bumiputera Sabah yang berpejabat di Grace Court Sembulan) berlepas ke Brunei jam 9.10 malam selepas melepasi pemeriksaan Imigresen jam 7.54 malam. Di ruang menunggu, semasa berbaris untuk memasuki pesawat, aku sempat menyantuni sepupuku Awang Daraim, pegawai MAB yang bertugas pada malam tersebut. Di dada pesawat Royal Brunei (Air Bus 330-200 – BI 828), di kerusi 22A dan 22B, kami mengaminkan doa yang dibacakan di corong pesawat, “Allahumma anta sohibu fii saffar. Wa antal Haliffatu fiahli walmaali wall waladi ….” …Ya Allah, Engkaulah temanku dalam pelayaran. Engkaulah penggantiku, menjaga keluarga, harta, anak dan sahabat handai. …. Pesawat berlepas jam 9.32 malam.
Perlepasan ke Brunei Darussalam berjalan licin atas kehendak-Nya. Di jendela pesawat, aku melirik awan dalam kepekatan malam. Aku mengandaikan yang awan nun di bawah sana juga turut berdoa akan keselamatan kami serombongan. Jam 9.56, pesawat menginjak bumi Brunei. Oleh sebab diidzinkan Allah berada di kerusi hadapan, aku duyufurrahman yang pertama melepasi pemeriksaan Imigeresen diikuti oleh suriku.
Syukur Ya Allah, terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Shamsul yang menyantuni kami berdua dengan penyerahan kunci bilik 328 Hotel Mulia tanpa menunggu lama. Hotel Mulia yang pada suatu ketika dikenali sebagai Hotel Orchid. Setibanya di bilik, kami segera memasak air panas dan membuka beberapa batang roti yang dibekalkan oleh puteri-puteri kami. Lapar, terasa sedikit lapar. Aku menyelak langsir untuk menikmati suasana indah lampu-lampu neon yang menyinari lokasi stadium Brunei. Melabuhkan badan dengan kalimat “Bismi kallah Humma Ahya wabika amut,” Ayat Qul, syahadah dan diakhiri dengan selawat ke atas Rasul.
Itinerari Sabtu hari pertama, 05 November 2022 ( 10 Rabiul akhir 1444 H) (Amanah dari anak-anak)
Seawal jam 4.30 pagi kami bangun serentak, “Allahumma ahyana ……….. “ dan menunaikan solat subuh berjemaah. Usai bersiap di mana aku mengenakan jubah Arab THOBE berwarna hitam manakala suriku juga berabaya hitam, kami berdoa di balik pintu hotel, “Syukur Ya Allah, Engkau masih memberikan kami kesihatan. Ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah. Selamatkanlah kami dalam perjalanan ke tanah suci-Mu. Kurniai kami kesihatan di dalam perjalanan, sihat semasa berada di Tanah Suci-Mu dan sihat selepas kembali ke Tanah Air. Kurniakan kami dengan umrah maqbullah”. Kami menyantuni rakan-rakan Duyufurrahman ketika sarapan pagi. Sempat berbual-bual dengan rakan kenalan serombongan dari Putatan yang ziarah bersama dengan puterinya.
Jam 10.35 pagi meninggalkan perkarangan hotel dengan sedikit sumbangan memfoto (sumbangan pertamaku) kepada rakan serombongan. Sumbangan sukarela tanpa dipinta. Usai meninggalkan bas, di pintu Airport Brunei, aku melihat kelibat suami ipar kami yang menetap di negara Brunei menunggu dengan sapaan dan santunan yang mesra. Al maklum, sekian lama tidak bersemuka lantaran Covid. Beliau menghulurkan bekalan makanan berbungkus katanya untuk disental di dada pesawat nanti. Suasana di luar pintu pelepasan begitu sendat dengan sanak saudara rakyat Brunei yang mengiringi jemaah umrah mereka. Sempat berbual panjang dan menghantar kami hingga ke pintu pelepasan. Terima kasih atas santunan berharga. Beliau tidak berganjak sehingga kami bergerak masuk sambil berbalas-balas lambaian sehingga kelibat kami tidak terlihat olehnya.
Usai melepasi pemeriksaan Imigresen Brunei pada Jam 11.03 tengah hari, aku membeli sebungkus Nescafe dan air panas buat membasah tekak dengan bekal makanan yang disumbangkan oleh ipar kami saudara Zainal (kalupis dan wajid).
Di kerusi 28A dan 28B, para duyufurrahman mengaminkan doa yang dibacakan di corong pesawat. Pesawat nampak sedikit kosong di mana tiada penumpang duduk di sebelah kerusi kami berdua. Pesawat juga dikongsikan oleh para duyufurrahman dari negara Brunei Darussalam serta semacam ada sebilangannya jemaah dari Indonesia. Pesawat Royal BI 1 Boeng 787 berlepas ke Jeddah pada Jam 12.36 petang. Bismillahi majreaha walmursaha, innarabbi laqafurrahim ………“Dengan nama Allah di waktu berangkat dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat, dan langit digulung dengan kekuasaan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.”
Sebaik saja meninggalkan landasan, Allah ya Allah, pesawat bergerak tenang tanpa hentakan di sepanjang perjalanan. Jam 1.30 petang, hidangan pertama sedia untuk disantap seusai menunaikan solat jamak zohor asar. Pesawat merentas sempadan yang berjarak 8345 kilo meter di jangka mendarat jam 5.35 petang waktu tempata Saudi Arabia. Aku mencapai tasbih analog memulakan selawat untuk penerbangan sebelas jam, waima aku sedar usaha itu hanyalah sedikit dan tidak terbanding dengan perjuangan rasulullah dalam memperjuangan Agama Islam. Aku berhajat untuk memfokuskan kepada ibadah melarikan diri dari fikiran yang berselirat. Aku sekadar membuka paparan LCD pergerakan pesawat menuju ke Tanah Suci. Di dada pesawat aku terkesan dengan ungkapan, “Sesungguhnya amalan yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat nanti adalah solatnya. Jika solatnya baik (sempurna), maka beruntung dan selamatlah dia. Namun jika rosak, maka rugi dan celakalah dia. Jika dalam solat wajibnya ada yang kurang, maka Rabb yang Maha suci lagi Maha Mulia berkata, ‘Lihatlah, apakah hamba-Ku memiliki solat sunat.’ Jika dia memiliki solat-solat sunat, maka solat wajibnya disempurnakan oleh solat sunat tadi. Lalu dihisablah semua amalan wajibnya sebagaimana sebelumnya.” Aku menyemai azam untuk menunaikan solat wajib di Masjid Nabawi dan Majsidil Haram tanpa mangkir dan menambah pula dengan marathon solat-solat sunat, dan berdoa mudah-mudahan amalinya akan ada kesinambungannya ketika kembali ke tanah air.
Itinerari Ahad hari ke-2, 06 November 2022 ( 11 Rabiul akhir 1444 H)
Hati kecil membisikkan rasa sejuta syukur usai pesawat mencecah bumi Saudi Arabia. Aku putarkan jam tangan mengikut waktu Saudi. "Syukur Ya Allah, Engkau buka selaut peluang untuk aku menikmati suasana yang berbeza dari suasana di tanah air." Hati terjentik apabila mengenangkan diri pendosa ini, masih diberi izin oleh-Nya untuk ziarah ke tanah suci-Nya.
Kaki dilangkah dengan Bismillah,
Masjid Nabawi terbayang sudah;
Tanpa mangkir tanpa berlengah,
Ya Allah, berikan kekuatan untuk menjengah.
Tujuh warna kilauan bangkawat,
Anak saluang di dalam kolah;
Jantung berdebar melabuh badan di dada pesawat,
Debaran bergilir untuk mendepani Baitullah.
Usai menaiki erotrain, kami menapak ke lokasi pemeriksaan Imigresen. Allah Ya Allah, Engkau mudahkan urusan kami tanpa sebarang masalah. Kami bergerak ke ruang menuntut bagasi. Sempat mengeluarkan bagasi sesama jemaah, dan hanya berhenti tatkala memperoleh bagasi kami berdua. Maaf Duyufurrahman serombongan, kerana faktor usia, sedikit lelah pabila bekerja berat. Disantuni oleh anaknda Haji Ali Amin serta rakan setugas beliau Mutawif Abu Nalaya Manaf. Menaiki lif dengan barangan yang dibawa menyebabkan sedikit lelah, tetapi tetap bersemangat kerana sebentar lagi kota Madinah yang dirindui akan didepani. Semua bagasi dimasukkan oleh petugas dan mutawif ke dada bas berpelekat hijau yang akan membawa kami ke hotel penginapan. Sebelum bergerak, Mutawif Abu Nalaya menjumlah bilangan rombongan.
Dua buah bas bergerak meninggalkan Jeddah. Kumpulan 23 hari dipimpin oleh anaknda Mutawif Haji Ali Amin (diiringi oleh Puan Siti Sulhayati), manakala kumpulan kami dipimpin oleh Mutawif Abu Nalaya Manaf (diiringi oleh Haji Shamsul). Dada berombak apabila disebut sebagai Duyufurrahman oleh mutawif Abu Nalaya Manaf ketika bas mula bergerak 8.02 malam waktu Saudi. Usai membaca doa safar dengan dipimpin oleh Abu Nalaya Manaf, diikuti dengan pengkisahan kekasih Allah. Raut wajahnya mendamaikan, tuturkatanya menyenangkan serta santunannya melegakan, lembut mendamaikan. Kami menekuni apa yang disampaikan oleh beliau.

Setelah Nabi Muhammad berdakwah selama 13 tahun di Mekah dengan hanya seratus pengikut, lalu baginda menerima perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah. Sebelum baginda berhuijrah, ada beberapa individu dan kumpulan yang berhijrah ke Madinah secara sembunyi-sembunyi. Rasulullah berhijrah ke Madinah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar dan jurupandu bangsa Yahudi dengan mengambil jalan yang tidak pernah dilalui orang. Jurupandu tersebut adalah insan yang pernah menumpang bahtera Nabi Noh tatkala banjir besar diturunkan oleh Allah. Di Madinah, kekasih Allah menginap di rumah Saidina Khussam bin Hatam.
Nasab terbaik
Nabi Muhammad merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah. Menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk menyempurnakan akhlak (makarrimal akhlak) manusia. Nabi Muhammad merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim Dalam Kanzul Ummal 6: 300, kitab Fadhail, hadis ke 35512 disebutkan:Ibnu Abbas berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam “Aku adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdil Muththalib bin Hasyim bin Abdil Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazzar bin Ma’da bin ‘Adnan bin Adda bin Udada bin Hamyasa’ bin Yasyhab bin Nabat bin Jamil bin Qaidar bin Ismail bin Ibrahim bin Tarikh bin Nahur bin Asyu’ bin Ar’us bin Faligh bin ‘Abar (Hud) bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh bin Lumka bin Mutawasysyalikh bin Akhnukh (Idris) bin Azda bin Qinan bin Anwasy bin Syayts bin Adam (as).
Hati kecil tersentuh apabila membandingkan diri yang fakir ibadah ini yang mana amat jauh perbandingan dengan ibadah kekasih Allah yang penuh pengorbanan. Bagiku, waima kita berulang kali berkunjung ke tanah suci, ibadah kita tidaklah sehebat ibadah Rasulullah, berkumungkinan hanya 0.005 peratus. Akan tetapi ukuran bukanlah milik kita, yang menghakiminya hanya Allah. Ia terserah kepada Allah. Cuma, kita harus berusaha untuk menggapainya. Maka, bersyukur kita ke hadrat Allah yang sudi menjemput kita sebagai tetamu-Nya. Sekurang-kurangnya, kita boleh menggendong seratus ribu pahala seperti yang dijanjikan Allah.
Solat jamak
Semasa singgah di R&R, kira-kira setengah perjalanan, aku turun dari bas untuk menyantuni anaknda Mutawif Haji Ali Amin yang memanggilku ayah dan memanggil suriku sebagai bonda. Aku menyerahkan buah tangan dari Sabah (hasil produk makanan keluaran beberapa daerah di Sabah). Sempat bertanyakan khabar dan bertukar buah idea. Sempat menyantuni Duyufurrahman suami isteri dari Keningau (saudara Sahinin Jaudin) yang berziarah bersama isteri beliau, kenalan baru yang bertugas di IPK Kepayan yang juga ziarah bersama-sama surinya serta menyantuni beberapa duyufurrahman lain. Di R&R yang mempunyai tandaas yang bersih dan ruang solat yang luas, kami menunaikan solat jamak maghrib dan isyak. Sempat menghulurkan SR kepada petugas yang menjaga kebersihan tandas di R&R tersebut. Sempat membeli pisang dan kerepek.
Hati terjentik apabila seorang duyufurrahman serombongan (dari Papar) yang menanyakan teh yang kami beli di kiosk berdekatan. Mereka membeli secangkir teh SR5 manakala aku membeli secangkir teh degan hanya berharga SR2. Manakan tidak, mereka membeli teh sambil duduk di kerusi berdekatan, sedangkan kami membeli di kiosk yang tiada menyediakan kerusi.
Perjalanan ke haramain diteruskan dalam kepekatan malam. Tiada ungkapan lain selain menggentel tasbih digital selawat ke atas kekasih Allah. Saat mendekati kota Madinah, Mutawif Abu Nalaya Manaf memimpin doa memasuki kota Madinah. Aku mengaminkan dalam situasi mata yang bergenang.
Tatkala bas kami mendekati kota Madinah, kami mengaminkan doa yang dibacakan mutawif Abu Nalaya Manaf. Aku menjengah memerhatikan variasi berwarni-warni mewarnai panorama kota bercahaya itu. Aku kagum memerhatikan sekeliling kota yang bermandikan cahaya, lantas teringat akan maksud Al-Munawwarah (Kota Yang Bercahaya) yang sering diuar-uarkan oleh rakan-rakan bloger. Cahaya terang bersinar seakan memanggil-manggilku untuk menapak segera mendatangi Masjid Nabi.
Setibanya di Hotel Sanebel Madinah, aku tersentuh dengan santunan Tuan Haji Shamsol yang menyerahkan kunci bilik 511 tanpa perlu menunggu lama. Tersembul ungkapan “Ini bilik special untuk haji”. “Terima kasih” balasku. Aku bersegera menuju ke bilik yang di lantai tersebut iaitu lantai 5. Kami satu-satunya Duyufurrahman dari Nurmultazam yang menginap di lantai 5, selebihnya berada di lantai satu dan lantai sepuluh. Kami berbagi tugas yang mana aku menuntut dua bagasi yang diletakkan di lantai satu manakala suriku melakukan apa yang perlu di dalam bilik. Setelah mengutip bagasi dan menyusun barangan seminima dan seadanya, hati bergetar untuk bersegera ke masjid nabi. Menyusun sedikit barang dan menyatukan katil single menjadi satu.
Dengan mengenakan baju Melayu berwarna MERAH sepatutnya lengkap dengan samping ala kemerahan dan songkok hitam, namun dibatalkan risau akan cerita sensasi. Jam 4.30 pagi, kami bersegera meninggalkan bilik untuk menyertai kumpulan ziarah subuh pertama di Masjid Nabawi. Dengan mengalungkan tag nama pada leherku serta memakai sarung tangan untuk menjaga wuduk, aku menadah tangan di balik pintu sambil berdoa diaminkan oleh suriku, “Alhamdulillah ….. Ya Allah, kami bersyukur ke hadrat-Mu lantaran merealisasikan hasrat kami untuk ke Haramain-Mu. Ya Allah kami mohon Engkau pelihara kami dari kelakuan yang tidak Engkau ingini, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Selematkan kami dalam perjalanan ibadah ini, Engkau ampunkan dosa-dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibu bapa kami serta peliharakan kesihatan kami di sepanjang umrah kami, sihat dalam perjalanan dan sihat selepas kami kembali ke tanah air kami. Ya Allah, jangan Engau jadikan kunjungan ini merupakan yang terakhir untuk kami, jemput kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau angkat ke langit dunia segala masaalah kami, kejahatan kami dan jangan biarkan kami balik ke tanah air dengan membawa masaalah yang sama.” Inilah doa-doa yang kami lunaskan setiap kali meninggalkan bilik menuju ke haramain sepanjang ziarah kami.
Pagi yang tenang mendamaikan
Pabila tiba di lobby hotel, rakan-rakan Duyufurrahman lain telah bergerak ke masjid. Dengan tenang kami berdua bergerak menapak keluar pintu Hotel Sanabel sambil bergelungan tangan. Aku terlihat kelibat Mutawif Manaf yang menunjukkan isyarat untuk bergerak ke masjid. Di luar pintu pagar 338, kami membaca doa masuk ke masjid dan doa iktikaf serta membuat ikrar untuk bertemu di lobby hotel usai selesai solat. Di dataran masjid berderet tiang lampu tersusun indah, manakala payungnya hanya akan terbuka tatkala mantari menampakkan diri dari berselindung sepanjang malam. Suasana sekeliling begitu dingin mendamaikan
Aku perhatikan suriku bergerak ke pintu wanita sehingga kelibatnya tidak kelihatan dari mata kasarku, sedang aku bergerak ke pintu 22. Memilih untuk ke saf yang paling hadapan dan melaksanakan rangkaian beberapa solat didahului dengan solat tahaiyatul masjid, solat tahajud, solat hajat, solat taubat dan diakhiri dengan solat syukur. Hati bergetar tatkala pertama kalinya menyentuhkan dahi di karpet Masjid Nabawi.
Aku mengesan lokasi tong air zam-zam lantas meneguk air zam-zam dengan doa, “Allahhuma inni asaluka ilman nafiaan, wariqkan wa syiaan, wasyifaaan minkulli daan wasikaamin bisahmatika ya arhmar rahimin”, “Ya Allah, sesungguhnya daku bermohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, reziki yang luas dan penawar bagi segala penyakit. Dengan rahmat-Mu, Wahai tuhan yang maha pegasih lagi maha penyayang”. Zam-zam yang pertama membasahi tekakku. Alhamdulillah, Allah izinkan itinerari hari pertama ini berjalan atas perkenan-Nya.
Ziarah dalam Madinah
Ziarah dalam di pagi hari
Kami menapak sepenuh hati
Sepuluh kususun jari jemari
Mengenang Rasulullah tambatan hati
Usai sarapan pagi bersama suriku, kami bersegera balik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap menyertai ziarah. Paginya, rombongan dibawa menziarahi Maqam Baginda Rasulullah. Tazkirah mutawif anaknda Haji Ali amin begitu menyentuh ketika ziarah maqam kekasih Allah. Kubah Hijau kurenung dengan perasaan yang amat dalam. Kami membaca doa-doa yang dipimpin oleh mutawif. Di lokasi itu, tetamu Rasulullah mengambil kesempatan untuk memotret.
Kemudian lawatan diteruskan ke kawasan Masjid Awan (Qammah), masjid di mana baginda Rasulullah memanjatkan doa meminta hujan kemudian beralih ke lokasi Masjid Sayidina Abu Bakar. Aku difahamkan kebanyakkan kawasan ziarah tengah diubahsuai dan ditutup kepada orang awam, termasuklah muzium Al-Quran, muzium Hasmatul Husna dan dan Masjid Sayidina Ali. Aku bukan sekadar menyertai ziarah semata-mata, malahan cuba untuk menjejalajah nilai diri yang menjadi tunjang kepada kehebatan manusia terhebat di dunia. Selepas kewafatan baginda, tiada insan lain yang dapat mengatasi kepemimpinan baginda.
Kami menuju ke lokasi terakhir iaitu ke kawasan Perkampungan Saqifah Bani Sa’idah, tempat di mana berlakunya perlantikan penganti Rasulullah setelah kewafatan baginda. Di lokasi tersebutlah berlaku perdebatan dan sedikit kemelut perlantikan pengganti nabi selepas wafatnya baginda. Saidina Abu Bakar mencadangkan Saidina Omar menjadi pengganti nabi menakala Sayidina Omar mencadangkan Saidina Abu Bakar. Akhirnya, Sayidina Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama. Aku secara sukarela merakamkan foto untuk memori kenangan. Usai lawatan teraakhir, kami berkumpul di suatu lokasi untu menunaikan solat dhuaa diimami oleh Haji Ali Amin.
Aku dan suriku memutuskan untuk tidak mengikuti rombongan balik ke hotel, tetapi memilih untuk ke lokasi lain. Dengan izin Allah kami terjujmpa dengan kios menjual kad sim Arab Saudi. Membeli dua kad sim, dan meneruskan perjalanan balik ke hotel dengan santai. Kami terserempak dengan deretan kios yang menjual makanan dan pelbagai jualan barangan. Menjual pelbagai barang termasuk kedai buku, bakso, kedai buah, ais kerim, songkok dan pelbagai kiosk lain. Sempat membeli cucur sayur seakan-akan ‘cucur badak’ di Malaysia, dan duduk di salah sebuah kerusi untuk menikmati ais kerim.. Di laluan balik ke hotel, kami sempat membeli sebuku roti dan sebotol Kraft (SR14.00) untuk sahur malam nanti.
Usai mandi, kami bergerak ke masjid lebih awal untuk mengelak kesesakan. Di balik pintu aku berdoa diaminkan oleh suriku, “Alhamdulillah ….. Ya Allah, kami bersyukur ke hadrat-Mu lantaran merealisasikan hasrat kami untuk ke Haramain-Mu. Ya Allah, kami mohon Engkau lindungi kami dalam perjalanan ke masjid-Mu, pelihara kami dari kelakuan yang tidak Engkau ingini, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Selamatkan kami dalam perjalanan ibadah ini. Engkau jagalah lisan kami. Engkau ampunkan dosa-dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibu bapa kami serta peliharakan kesihatan kami di sepanjang umrah kami, sihat dalam perjalanan dan sihat selepas kami kembali ke tanah air kami. Engkau angkat ke langit dunia segala masaalah kami, kejahatan kami dan jangan biarkan kami balik ke tanah air dengan membawa masaalah yang sama. Ya Allah, jangan Engau jadikan kunjungan ini merupakan yang terakhir untuk kami, jemput kami dengan membawa anak menantu kami dan jemputlah juga kenalan-kenalan kami sebagai tetamu-Mu dalam masa terdekat.”
Usai solat dzohor, kami balik ke bilik selepas menikmati makan tengah hari yang amat menyelerakan. Sempat melabuhkan badan untuk merehatkan mata setelah hanya tidur-ridur ayam di pesawat dan di perjalanan enam jam menaiki bas. Besegera ke masjid untuk solat fardu asar, maghrib dan isyak.
Usai membersihkan diri, sebelum melabuhkan jasad, aku membaca doa sebelum tidur, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas, membaca syahadah, selawat dan cuba mengimbas perjalanan kami dari Kota Kinabalu hingga ke Madinah. Malam pertama ini, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Isnin hari ke-3, 07 November 2022 ( 12 Rabiul akhir 1444 H)
Ziarah luar dan puasa sunat Isnin
Sebelum loceng telefon bimbit berbunyi, kami berdua telahpun terjaga dari tidur. Aku membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Sementara memberi ruang kepada suriku untuk penggunaan tandas, aku memasak air panas dan menyediakan sahur (minuman tiga plus satu minuman tiga plus satu teh tarik untuk kami berdua yang kami bekal dari tanah air. Rutin biasa memasak air minuman panas tatkala menunggu giliran untuk membersihkan diri. Usai sahur dengan roti sapuan Kraft yang kami beli pada siang hari. Aku memakai sarung tangan dan membaca doa beriku di balik pintu hotel, “Ya Allah, lindungilah kami dalam perjalanan ke masjid-Mu, jagalah lisanku, jagalah perilakuku, kekalkan wuduk kami hingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu ”..
Aku memperoleh sedikit pengetahuan mengenai kemudahan bas awam Madinah (dua tingkat). Bas berwarna merah yang beroperasi dari awal pagi lagi, sekitar jam 6 sehinggalah 11 malam membawa dufurrahman melawat Quba, ladang kurma, Baqi, Masjid Tujuh.
Jam 4.25 pagi, kami bergerak ke masjid. Di balik pintu aku berdoa diaminkan oleh suriku, “Alhamdulillah ….. Ya Allah, kami mohon Engkau lindungi kami dalam perjalanan ke masjid-Mu. Jagalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Engkau ampunkan dosa-dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibu bapa kami serta peliharakan kesihatan kami di sepanjang umrah kami, sihat dalam perjalanan dan sihat selepas kami kembali ke tanah air kami. Engkau angkat ke langit dunia segala masaalah kami, kejahatan kami dan jangan biarkan kami balik ke tanah air dengan membawa masaalah yang sama. Ya Allah, jangan Engau jadikan kunjungan ini merupakan yang terakhir untuk kami, jemput kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya.”
Di luar pintu pagar 338, kami membaca doa masuk ke masjid dan doa iktikaf serta membuat ikrar untuk bertemu di lobby hotel usai selesai solat. Keheningan dan ketenangan berada di Masjid Nabawi tidak dapat dinukilkan dengan pena. Berada di dalamnya tenang dan sayunya tidak terungkap dengan kata-kata. Setibanya di Masjid Nabawi aku mencari air zam-zam buat penghilang dahaga dan seterusnya bersolat tahiyatul masjid. Aku menghantar suriku ke ruang solat wanita sehingga kelibatnya tidak kelihatan dari pandanganku.
Aku terasa terpukul apabila memerhatikan di sebelah kiri Masjid Nabawi masih banyak lompang (saf) kosong, sedang tetamu Rasulullah lain selesa mengambil saf di ruang belakang-belakang atau mereka berfikir tiada lagi ruang solat hadapan yang masih kosong. Aku sedih mengenangkan begitu ramai tetamu Rasullah yang enggan ke saf hadapan, walhal selepas sebarang solat, mudah keluar masjid melalui pintu 22 dibandingkan andai kita melalui jalan tengah masjid yang mana usai solat, sukar untuk kita keluar lantaran jemaah masih menunaikan solat-solat lain. Aku teringat melalui pembacaan ku di buku tulisan Prof Hj. Mohd Kamil yang kerap mencari jemaah dari Malaysia dan mengajak mereka untuk solat di saf hadapan.
Quba
Seawal jam 7.45 pagi, rombongan kami telah menapak di Masjid Quba. Sebelum bergerak, kami dinasihati untuk berwuduk di hotel kerana pahala solat di Quba menyemai dengan pahala sekali umrah. Bas bergerak perlahan ketika melalui permakaman Baqi di mana mutawif memimpin bacaan doa. Hati ini begitu terjentik mendengar penerangan yang jelas lagi bermakna. Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan oleh baginda, dengan bantuan penduduk tempatan dari puak Ansar. Dalam perjalanan yang panjang dari Mekah ke Madinah, baginda ditemani oleh sahabatnya Saidina Abu Bakar dan seorang jurupandu berbangsa Yahudi yang pernah menumpang di bahtera Nabi Noh. Mereka melalui jalan yang jarang dilalui orang untuk mengelak terserempak dengan musuh. Mereka bertiga tiba di Quba pada 8 Rabiulawal 1 Hijrah. Sementara menunggu ketibaan Saidina Ali bin Abi Thalib yang menyusul kemudian, baginda menginap di kediaman Khulthum Ibn Hidm (ketua kaum Amr bin Auf). Di perjalanan, kami melintasi Masjid Bilal.
Bilal bin Rabah
Pemuda berkulit hitam berasal dari Afrika. Bilal, waima berkulit hitam akan tetapi wajahnya tetap memukau lantaran berulang kali mengambil wuduk tatkala wuduknya terbatal. Melaungkan azan di masjid nabi tiap kali masuknya waktu solat. Kelibat bunyi sepatunya telah didengari di Syurga oleh Rasulullah. Bilal amat mencintai Rasulullah sehinggkan tatkala wafatnya baginda, Bilal membawa diri ke Negeri Hisyam.
Para duyufurrahman tiba dengan bas di Quba pada jam 8.02 pagi. Di Masjid Quba, berkumpul di suatu kawasan untuk tujuan pengesanan dan kemudahan berkumpul semula selepas ziarah. Aku sempat solat tahaiyatul masjid, solat dhua, solat hajat, solat taubat dan solat syukur, yang tiap solat aku ikuti dengan renteten doa. Mata bergenang ketika bersujud di karpet masjid, mensyukuri nikmat dan kesempatan atas kurnia-Nya untuk meletakkan dahi ini di masjid yang petama didirikan oleh kekasih Allah. Kami berkumpul di suatu tempat bagi membolehkan mutawif menjumlah bilangan jemaah. Sempat merakam foto untuk dikongsi di dalam group untuk kenang-kenangan.
Kami bergerak ke Ladang Kurma. Suasana di sepanjang perjalanan begitu memukau dengan latar landskap yang asing bagi diri ini. Waima bumi Madinah padang pasir menguning dan berbatu, namun ia dihiasi dengan pokok-pokok kurma yang hijau subur. Rasulullah pernah memanjatkan doa berikut di Madinah, “Ya Allah, aku memohon Engkau jadikan bumi Madinah ini dua kali lebih subur dari bumi Mekah.” (Mutawif Manaf)
"Syukur Ya Allah, Engkau buka selaut peluang untuk aku menikmati suasana yang tidak pernah aku bayangkan." Hati terjentik apabila mengenangkan diri pendosa ini, masih diberi izin oleh-Nya untuk ziarah ke tanah suci-Nya.
Tiba di Ladang Kurma jam 9.05 pagi dengan sambutan suasana gamat dengan jeritan juru-jual yang menawarkan pelbagai jenis kurma jualan mereka. Sempat membeli kekacang yang dipesan oleh anak-anak. Waima masa untuk berada di sana dihadkan, akan tetapi rata-rata jemaah terleka dengan pembelian yang membuat rambang mata membuat pilihan.
Jam 10.11 pagi, bas kami bergerak ke permakaman Uhud. Di kejauhan, aku mengintai gunung berbatu kemerah-merahan, lokasi di mana berlakunya peperangan yang berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah (Mac 625 Masihi. Air mata tumpah lagi tanpa diminta ketika mendengar tazkirah di permakaman Uhud, tempat di mana Rasulullah berdepan dengan Quraish Mekah. 70 suhada sahid dimakamkan di Uhud. Suasana di dataran Uhud diserikan dengan puluhan gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Mereka menjual serbuk inai dan pelbagai barangan lain seperti tasbih, jubah, kurma, serban, ketayap dan pelbagai barangan lain. Aku berkesempatan untuk merakam suasana di sana dengan lensa kameraku. Sempat mengajak suriku memanjat ke atas Bukit Pemanah.
Bukit Uhud menolak untuk dijadikan gunung emas
Mengikut penceritaan, Bukit Uhud pernah ditawarkan untuk menjadi Gunung Emas, akan tetapi gunung itu menolak tawaran tersebut. Jika ia menjadi kenyataan, alangkah malangnya, sudah tentu para duyufurrahman ke Madinah bukan untuk beribadah. Ia mungkin lebih kepada untuk menggali emas. Itu gurauan mesra mutawif yang diikuti gelak tawa.
Perang Uhud menyaksikan seramai tujuh ratus Quarish Mekah menentang tujuh ratus tentera nabi. Rasulullah merancang meletakkan seramai lima puluh orang tentera pemanah di Bukit Pemanah dengan pesanan, apa pun yang berlaku, jangan pernah meninggalkan bukit tersebut. Akan tetapi telah tersurat seramai empat puluh tentera pemanah turun dari bukit untuk merebut harta rampasan tatkala tentera Qurish berundur. Akan tetapi, seramai dua ratus tentera berkuda Qurish mengelilingi bukit yang dipenuhi dengan tanaman kurma di sekelilingnya lantas menyerang tentera Islam. Akhirnya seramai tenteranIslam mati sahid di perang Uhud.
Usai lawatan, bas membawa para dufurrahman balik ke kota Madinah. Turun menghantar barang dan bersegera memasuki masjid untuk menunaikan solat dzohor. Memandangkan aku berpuasa,tengah hari tersebut suriku bersendirian di café untuk makan tebngah hari.
Allah Ya Allah, syukur pada-Mu yang mengizinkan Itinerari hari tersebut berjalan tanpa ada kecacatan. Sebelum azan, kami bersegera ke masjid dengan mengamalkan rutin seperti biasa. Berdoa di balik pintu, membaca doa iktikaf dan menghantar suriku ke kawasan solat wanita di mana aku sendiri memilih hamparan saferah untuk menyertai program berbuka puasa. Ini kali pertama aku solat maghrib di ruang belakang-belakang kerana untuk menyertai seferah.
Usai solat isyak. Aku bertemu suriku yang setia menunggu di loby hotel untuk sama-sama menikmati makan malam. Aku tutup tirai malam yang indah itu dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi. Seperti malam-malam sebelumnya, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Selasa hari ke-4, 08 November 2022 ( 13 Rabiul akhir 1444 H) (Membuka balutan kerinduan di dada Raudah)
Jam 1.15 pagi, kami terjaga dari tidur sebelum jam loceng berdering. Aku membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Aku segera mempersiapkan diri kerana jam tiga pagi merupakan permit kaum adam duyufurrahman untuk ke Taman-taman Syurga. Usai berpesan-pesan dengan suriku, aku melakukan rutin biasa, membaca doa di balik pintu memohon perjalanan ibadah pagi itu tidak berdepan dengan masaalah.
Jam 2.25 pagi, aku tiba di lobby hotel lebih awal daripada yang dijanjikan. Kami bergerak dalam satu pasukan menuju ke sebelah kiri masjid untuk menyertai barisan penjang bagi mengunjungi Raudah. Usai menunjukkan permit kepada petugas, kami dihimpunkan dalam suatu kawasan. Tiada lisan yang terkeluar dari mulut ini selain dari menunaikan solat syukur, solat hajat, solat taubat, solat tahajud dan diikut dengan renteten doa-doa yang sedikit panjang.
Aku teringat artikel yang pernah kubaca di tanah air bahawa “dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): ‘Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman syurga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku.’ (Riwayat Bukhari)
Mindaku terbius dan terlerai sudah sejuta kerinduan
Usai diberi kebenaran, kami diberhentikan di suatu kawasan di mana beberapa langkah lagi kami akan berada di Taman-taman Syurga. Di situ sempat menunaikan beberapa solat. Aku disertai oleh sahabat Beaufort yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kepayan. Lisanku mengungkapkan salam berikut “Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika ya habibullah. Selawat dan salam ke atas mu junjungan besar dan kekasih Allah. “Assalamualaika Ya Rasulullah ……..aku sampaikan kiriman salam dari anak menantu serta cucuku, salam dari ahli keluarga, sahabat dari jemaah surau rumah pangsa dan keseluruhan penghuninya, geng talaqi dan rakan kenalanku.” Kemudian mengucap salam kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq pula. "Assalamualaika ya Sayidina Abu Bakar as-Siddiq warahmatullahi wabaratuh." Seterusnya memberikan salam kepada Sayidina Umar al-Khattab. "Assalamualaika ya Sayidina Umar al-Khattab warahmatullahi wabaratuh."
Sambat-sambat manyiut dangalah,
Hidang basabau di dal;am talam;
Nabi Muhammad utusan Allah,
Menjadi rahmat seantero alam.
Usai beroleh ruang di Taman-taman Syurga, dengan tenang, aku mencelah dan menyelit mencari ruang solat di Taman-Taman Syurga di ruang agak belakang. Aku fokus melupakan seketika hal-hal duniawi. Rawannya hatiku menyaksikan Makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di bawah kubah berwarna hijau. Di dekatnya terletaknya, Raudah yang terkenal sebagai lokasi makbul doa di Masjid Nabawi. Raudah adalah lokasi antara kamar Rasulullah dengan mimbar, iaitu kawasannya ditandai dengan permaidani kehijauan (luas 22 X 15 m) berbeza dengan karpet hijau sedikit pekat di luar Taman Syurga.
Dinihari menahan lukah,
Ipun-ipun masuk mencelah;
Rindu dendam terlunas sudah,
Kini terbayar penat dan lelah.
Situasi di dalamnya yang tidak padat namun Allah tetap meluangkan peluang untuk aku bermunajat kepada-Nya. Menunaikan solat taubat, solat syukur, solat hajat, dan renteten doa yang panjang dengan air mata bergenang. Hatiku diterjah dengan pelbagai rasa, rasa haru, rasa syukur, rasa gembira dan rasa kerdil di sisi-Nya. Terubat sejuta kerinduan yang aku pendam sejak sekian lama.
Di Taman-taman Syurga terdapat: 1. Tiang Sarir- (Pangkin) tempat Nabi Muhammad berehat. Terdapat pangkin tempat di mana Saidatina Aishah R.A menyikat rambut Nabi. 2. Tiang Ali / Tiang Pengawal-Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai lokasi untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W. 3. Tiang Wufud (Deligasi) -Suatu masa dahulu tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin deligasi luar yang datang ke Madinah. 4. Tiang Aishah - Tiang ini sangat istimewa, tempat di mana Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke Raudhah, cubalah memohon doa sebanyaknya di sini. 5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) tempat di mana Abu Lubabah berkata berbohong kepada Nabi Muhammad. Akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad, Abu Lubabah mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. 6. Tiang Muhallaqah - (Tiang Wangi) Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma. Batang pokok ini menangis apabila dia ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Batang kurma itu berhenti menangis setelah dijanjikan akan bersama-sama dengan baginda di Syurga nanti. 7. Mehrab Nabi - (Mehrab baharu) lokasi nabi solat berjemaah bersama sahabat baginda. Andai dapat bersolat di sini, dikatakan seolah-olah kita telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu Lulu'ah Al-Majusi ketika sedang mengimamkan solat subuh.
Alahai, mana ada masa untuk meneliti tiang-tiang tersebut, lupa segala-galanya akibat terbius dengan solat dan berdoa, “Allah Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa anak-anak kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik-beradik kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa guru-guru kami, dosa jiran-jiran kami dan dosa seluruh kaum muslimin. Engkau mudahkan urusan kami, murahkan reziki kami, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dengan keberkatan usia, Engkau kurniakan kepada kami umrah yang maqbullah, Engkau jadikan anak-anak kami anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang berwawasan, anak yang senantiasa mendoakan ibu bapa, anak yang berjasa kepada agama keluarga, bangsa dan Negara. Engkau pertemukan jodoh anak-anak kami dengan insan yang boleh membawa mereka ke Syurga-Mu. Engkau hidupkan dan matikan kami dalam keadaan Islam yang sempurna, terhindar dari fitnah dazal, terhindar dari api neraka, Engkau masukkan kami ke Jannatun Naim-Mu bersama keluarga kami tanpa dihisab. Allah Ya Rab, janganlah hendaknya Engkau jadikan kunjungan ini yang terakhir buat kami. Jemputlah kami sebagai Duyufurahman-Mu serta berilah kami kecukupan untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga anak-anak dan menantu kami, adik beradik kami, ipar-duai kami, jiran-jiran kami, sahabat Surau Al Mukminin, sahabat seagama rumah pangsa, ahli group Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini untuk berumrah mengunjungi dua kota suci-Mu. Aku mohon beberapa mahligai di Jannatun Naim-Mu, mahligai untuk kami sekeluarga, mahligai untuk kedua ibu bapa ku, mahligai untuk ibu bapa mertuaku dan mahligai untuk sahabat-sahabatku”
Usai diarah keluar dari Taman-taman Syurga, kami diberi peluang untuk menziarahi makam baginda kekasih Allah. Sempat berkenalan dengan jemaah dari Buang Sayang Papar yang ziarah dengan keluarga besar beliau. Kami ditunggu oleh mutawif Haji Ali Amin di luar Taman-taman Syurga, bergerak keluar dari kawasan berkenaan untuk menanti solat subuh. Di perjalanan balik ke Hotel, aku mengintai jam tangan yang menunjukkan telah masuyk waktu solat dhuaa. Aku berpisah dari kumpulan untuk masuk ke masjid semula bagi menunaikan solat dhuaa.

Pagi hari tersebut, aku membuat tukaran wang iaitu RM1,500 bersamaan dengan SR1,125 sahaja, lebih baik membuat tukaran di tanah air. Jam 11.02 pagi, kami berdua bergerak ke masjid untuk solat dzohor setelah melalui rutin biasa iaitu berdoa di balik pintu, membaca doa iktikaf di luar pintu 338. Aku hanya bergerak ke pintu 22 usai menghantar suriku ke ruang solat wanita.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Engkau santuni kami untuk melakukan ibadah sepanjang hari ini dengan licin tanpa masaalah. Semua itu adalah atas perkenan dan redha-Mu.
Jam 8.00 malam, aku menghantar suriku ke lobby untuk menyertai kumpulan ziarah duyufurrahman wanita pula. Di luar hotel aku memerhatikan kalibat para duyufurrahman lelaki dan wanita berbondon-bondon menuju ke masjid. Suasana tenang dan damai di luar amat memukau dengan sinaran lampu neon yang bergemerlapan. Tiada ungkapan lain selain dari rasa syukur yang teramat dalam lantaran masih diberi kesempatan untuk berziarah. Tanganku mengetip tasbih digital dengan mata bergenang.
Belum sempatpun aku menutup mata, suriku telah kembali ke bilik, usai dari Taman-taman Syurga. Aku tutup tirai malam yang indah itu dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi. Seperti malam-malam sebelumnya, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Rabu hari ke-5, 09 November 2022 ( 14 Rabiul akhir 1444 H)
Kekuatan dan semangat melebihi segala-galanya apabila kami serentak bangun seawal jam 3.40 pagi (sedikit lewat dari biasa) dengan idzin-Nya. Aku membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Sebelum bertolak, kami berdua minum 3+1 dan roti manis yang kami beli siang sebelumnya. Cuaca dingin dengan tiupan angin tidak menghalang untuk berkunjung ke Masjid Nabi. Sebelum bertolak ke masjid, aku menadah tangan sambil diaminkan oleh isteri agar diberi kemudahan untuk bersolat di masjid. Jam 4.15 pagi, kami bertolak ke masjid bersama-sama sambil berganding tangan, hanya berpisah ketika masing-masing menuju ke ruang solat wanita dan lelaki.
Kami memasuki pintu 338 dengan pergerakan yang santai sambil memerhatikan isteriku ke ruang solat wanita dan aku sendiri menuju ke pintu 21 setelah kelibat isteriku tidak kelihatan. Rutin biasa, membaca doa iktikaf dan solat tahiyatul masjid di saf yang terkehadapan. Mencari air zam-zam dan meneruskan solat taubat, solat tahajud, solat hajat agar perjalanan ke Mekah tiada sebarang kemusykilan, solat syukur dan diakhiri dengan solat witir sebelum solat subuh.
Kami bertemujanji di lobby hotel sebelum bergerak ke aras café untuk menikmati sarapan pagi. Berbagai cerita kami kongsikan di café hotel hinga bersambung ke bilik.
Acara bebas / ziarah pilihan
Sepanjang lima hari berada di Madinah, rutin kami suami isteri ialah keluar masuk Masjid Nabawi tanpa rasa jemu. Kami kerap turun ke masjid sekitar sebelum jam empat pagi. Menunaikan pelbagai solat-solat sunat dan amalan yang jarang-jarang dilakukan di tanah air.
Pagi tersebut, kami berkumpul di lobby hotel untuk lawatan ke Bukit Magnet. Bas bergerak pada jam 7.58 pagi menyelurusi jalan yang di kiri kanannya di penuhi dengan ladang kurma , jalan ala-ala kampong yang sedikit sempit namun beraspal dan amat rata. Dimulai dengan mutawif membaca doa safar dan qasidah, namun tidak begitu menarik perhatian para duyufurrahman.
Setibanya di Bukit Magnet, terhampar suatu suasana pagi yang lain dari yang lain di mana bas bergerak sendirian tanpa pemandunya menekan pedal minyak. Bas bergerak ssuatu lokasi di mana terdapat berderet van penjaja aiskerim yang unik dan cantik. Aku antara salah seorang yang sempat menaiki unta dengan bayaran SR 10.00. Amat teruja dengan pengalaman pertama menaiki kenderaan Mercedes padang pasir. Aku namakannya Mercedes Padang Pasir kerana keupayaan dan kelasakkannya merentas padang pasir berhari-hari tanpa makan dan minum. Di perjalanan balik, bas meluncur tanpa pemandunya menekan pedal minyak. Bas tiba di depan hotel sebelum solat dzohor. Rutin biasa, masuk ke masjid mencari lokasi saf hadapan untuk solat dzohor dan balik untuk makan tengah hari.
Usai solat asar, kami balik ke bilik untuk persiapan mendengar taklimat pergerakan ke Mekah. Kami sedikit lambat ke dewan makan akibat salahfaham yang diinfokan yang tidak menentu dan mengelirukan. Apa yang kami faham ialah meletakkan bagasi di luar bilik sebelum solat subuh esok harinya.
Sebelum tidur, kami berdua mempersiapkan bagasi untuk meninggalkan Madinah menuju ke Mekah.. Seperti malam-malam sebelumnya, kami tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Khamis hari ke-6, 10 November 2022 ( 15 Rabiul akhir 1444 H)
Jam 1.38 pagi, kami terjaga dari tidur sebelum jam loceng bordering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi ahyanaa …….” Iaitu doa bangun tidur. Kami memperkemaskan bagasi untuk kali terakhir. Kami sepakat untuk tidak meletak bagasi di luar bilik, kerana kami adalah satu-satunya jemaah yang menginap di aras lima.
Kami berdua bergerak agak lambat pada pagi ini. Usai melakukan rutin mandi sunat ihram, berpakaian selengkapnya, membaca doa di balik pintu, menyarung sarung tangan, lalu memasuki pintu 338 dengan pergerakan yang diperlahankan. Kami cerap setiap pergerakkan kami dengan mengintai bangunan sekitarnya, menelurusi sejarah kenabian penama Muhammad yang menjadi model utama bagi insan seantero dunia dan menikmati lampu-lampu neon yang entah bila lagi akan dapat kami saksikan. Usai memerhatikan isteriku ke ruang solat wanita dan aku sendiri menuju ke pintu 21 setelah kelibat isteriku tidak kelihatan. Melakukan rutin biasa dann diakhiri dengan doa yang agak panjang dari biasa.
Ziarah wada

Usai subuh, kami berkumpul di pintu 338 untuk ziarah wada Rasulullah. Jemaah Nurmultazam bergerak dalam kumpulan ke kawasan kubah hijau. Tidak dapat disangkal, betapa sebaknya hati ini ketika ziarah tersebut. Air mata mata bergenang kerana terpaksa berpisah dengan Kubah Hijau, tempat di mana jasad baginda dimakamkan. Semangat untuk berfoto mahupun berswafoto tidak menarik perhatianku. Terpukul entah bila lagi aku dapat menantap kubah hijau tersebut.
Usai selesai merakamkan ucapan selamat tinggal kepada kekasih Allah, Jemaah lelaki di bawa ke Bubus Salam untuk tujuan menziarahi maqam Badinda Rasulullah, manakala kumpulan bawa dibawa oleh Puan Siti. Sayu terasa di hati ini kerana terpaksa berpisah dengan kekasih Allah.
Di perjalanan balik, aku memisahkan diri dari kumpulan untuk solat dhuaa di dalam masjid. Suasana di dalamnya agak sunyi dengan hanya kelibat pembersih yang melakukan kerja-kerja pembersihan. Usai solat dhuha baru balik ke hotel dengan membeli sedikit makanan.
Miqat di Bir Ali
Jam 8.37 pagi, aku adalah orang pertama meletakkan dua bagasi berwarna biru di lobby hotel. Aku keluar meninggalkan perkarangan hotel untuk membeli sepasang jubbah untuk adik iparku di Brunei dan dua helai sejadah Raudah, dan mencari songkok dan jubbah untuk cucunda Umar.
Aku kemudiannya naik café hotel untuk santap tengah hari. Usai santap, aku dan suriku naik ke bilik di lantai lima untuk menyarung dua helai kain putih yang tidak berjahit itu membawa pelbagai perlambangan. Tergambar betapa di Padang Masyar nanti, semua manusia mempunyai darjat serupa, tidak seperti di dunia fana yang mengkategori insan dengan pelbagai pandangan. Usai solat zohor, aku kembali ke hotel penginapan un tuk memnagmbi bakui dua lagi beg mini kami.
Jam 1.32 petang, isteriku orang pertama dan aku orang kedua menaiki bas yang akan membawa kami ke Mekah. Ketika itu aku menukar selawatku yang mencapai lebih tujuh ribu dan menukar kepada bacaan tasbih. Sebelum bas bergerak, aku memohon izin kepada semua duyufurrahman untuk memfoto yang akan dikongsikan di dalam group untuk kenangan semasa ziarah. Aku bergerak dari satu kerusi ke kerusi seterusnya.
Aku melihat kelibat Mutawif Abdul Manaf di sisi bas kami dan melambaikan tangan kepada beliau. Jam 2.06 petang bas bergerak ke masjid Bir Ali, dengan iringan doa dalam perjalanan dan doa safar yang diketuai oleh Mutawif Haji Ali Amin yang menggantikan Ustaz Manaf. Hatiku berbaur sedih meninggalkan kekasih Allah dan gembira untuk menatap bangunan hitam yang menjadi kiblat umat Islam seantero dunia. Usai solat sunat tahaiyatul masjid dan solat sunat ihram, kami menunggu solat asar berjemaah. Semasa meninggalkan masjid Quba, aku sempat membeli kain ihram SR40 sebagai gantian andai kain ihram yang lain bermasalah.
Usai melafaz niat umrah dengan bimbingan mutawif Haji Ali Amin, kini kami terikat dengan 13 pantang larangan seperti berikut:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak kepala (lelaki dan wanita) atau janggut. 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki dan wanita). 8.Tidak boleh mengerat kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin. Mengahwinkan atau menjadi wakil kahwin.
Bas meninggalkan Bir Ali pada jam 4.11 petang. Bas kami menyusur padang pasir yang tidak bertepi dengan laungan tarbiah beramai-ramai. Hati bagai tersiat-siat dengan mata sedikit bergenang tatkala melaungkan kalimah tersebut. Padang pasir yang saujana mata memandang seolah-olah bercantum dengan awan biru pekat tanpa dihiasi walau segumpal awan menjadi saksi keterujaan kami untuk mendepani bangunan b erkelambu hitam yang digelar Baitullah. Kiri kanan jalan, dihiasi dengan batuan hitam, suatu pemandangan yang asing dari bumi kelahiranku. Nun jauh terpacak beberapa bukit batu yang kekadang menyajikan susana sungguh asing buat diri ini. Aku membayangkan batu-batuan kiri kanan dan bukit berbatu menyambut dan mendoakan agar tetamu Allah akan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Ia suasana yang jauh berbeza dengan tanah air yang ditumbuhi dengan pelbagai pokok kehijauan. Sekali sekala nun di kejauhan, kelihatan gelagat segerombolan unta dan kambing berkeliaran mencari makanan. Pada jam 7.05 malam, kami singgah di suatu loksai R&R yang mempunyai tandaas yang bersih dan ruang solat yang luas untuk solat jamak maghrib dan isyak.
Kota sarat emosi
Semangat berkobar mendekati Mekah
Tidak gusar mendepani Baitullah
Kami menapak dengan zikirullah
Moga ibadah diterima Allah
Apabila bas mendekati kota Mekah, mutawif anaknda Haji Ali Amin memimpin doa memasuki Mekah. Mekah kota suci tempat Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dan tempat turunnya wahyu Allah yang pertama untuk kesinambungan agama Islam ke dunia ini. Cuaca di Mekah sedikit lebih panas berbanding cuaca di Madinah. Di kejauhan aku memerhatikan menara Abraj Al-Bait, jam yang menjulang angkasa itu dengan dada berombak. Takungan air jernih amat perit untuk dipertahankan. Dalam beberapa minit saja lagi lakaran Kaabah yang kupandang di sejadah selama ini akan berada di depanku.
Ya Allah! Sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya kepunyaan-Mu. Hamba-Mu ini datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepada-Mu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepada-Mu dan takut kepada azab-Mu agar Dikau terima daku dengan limpahan kemaafan-Mu dan masukkanlah daku ke dalam syurga-Mu, Jannatun Naim,
“Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .”
Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Daku memohon dengan-Mu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya. Itulah doa yang kami baca bersama dengan bimbingan Mutawif kami.
Setibanya di Hotel Al Marwa Rayhaan (Rotana Group) jam 10.10 malam untuk makan malam. Allah Ya Allah, kami dihidangkan makan malam yang menyelerakan. Kami tidak melepaskan peluanh untuk menjamah KHUNAFA, iaitu manisan pembasuh mulut orang arab. Usai makan, kami dihimpunkan di lantai P11 kawasan yang dianggapkan sebagai lobby hotel. Hati terpana dengan tiga potret pemerintah Saudi yang terpampang besar. Berikut sedikit info kerabat pemegang takhta Raja Saudi. Disantuni dengan hormat oleh Tuan Haji Shamsul dan mutawif Ali Amin yang menyerahkan kunci bilik 2512 di lantai 25. Lantai tertinggi hotel ialah 29.
Penghuni lain ialah Mohd Salleh Adnan, Mohd Hafiq Mustafa dan Mohd Shahriddin Mohd Salleh (2535), Saharina Mohd Salleh, Sania Laimba, Noraini Andokong dan Shahniza Mohd Salleh (2536), Nurul Natrah Zainal Akmar dan M. Shorry Abd Rahman (2406), Nurul Ain Akmar dan Unis Barumbun (2432), Julin bin Kasil, Dang Kalas dan Dunstan Idwin (2439), Rosmamati Man, Siti Arijah Ab. Majid, Cana binti Patoloa dan Noryaton bt. Man (2435), Mohd Esnain Ab Rachman, Moksin Asin, Sahaaruddin Bausa dan Sahinin Jaudin (2534), Rusita Sabli, Mohd Noor Ag Mahali, Dayang Intan Mohd Noor, dan Mohd Isaac (2532), Dayang Farhana Mohd Noor, Noraini Safli, Audrey Eva Young dan Salina Maidin (2533), Abd Saibeh Tawi, Ahmad Tawi, Raimdi Dullah dan Mohd Shahrul Kaibul (2537), Rosmah Laudin, Rosneh Laudin dan Bairani Omar (2508), Siti Rohayu Abd Saibeh, Rohaini Laudin, Aini Sidek dan Aniah Salim (2538), Ratniah Ajamain, Mohd Faizal Baniamin dan Norfarhana Faizal (2433),
Sejarah pemerintah Arab Saudi
Abdulaziz bin Saud merupakan penguasa yang memimpin Arab Saudi pada tahun 1932 hingga 1953. Dia memiliki sebelas orang anak, iaitu Saud bin Abdulaziz, Faisal bin Abdulaziz, Khaled bin Abdulaziz, Fadh bin Abdulaziz, Abdullah bin Abdulaziz, Sultan bin Abdulaziz, Talal bin Abdulaziz, Nayef bin Abdulaziz, Ahmad bin Abdulaziz, Salman bin Abdulaziz, dan Muqrin bin Abdulaziz.
Salman bin Abdulaziz Al Saud lahir pada 31 Desember 1935. Anak kepada Raja Abdulaziz bin Abdulrahman al Saud dengan surinya Hassa binti Ahmed al Sudairi. Raja Abdulaziz merupakan pemerintah Kerajaan Arab Saudi moden.
Usai meninggalnya sang Ayah, Saud bin Abdulaziz memimpin Arab Saudi yang memimpin dari tahun 1953 hingga 1964, takhta dikuasai oleh abang baginda, yakni Faisal bin Abdulaziz, selanjutnya di tahun 1975 kursi raja diduduki oleh abangnya Khaled bin Abdulaziz.
Di tahun 1982 abang baginda,King Fahd bin Abdulaziz dipercaya menjadi raja. Selanjutnya, posisi raja di tahun 2005 dipegang oleh si abangnya Abdullah bin Abdulaziz. Jabatan itu diisi hingga tahun 2015 kerana ia meninggal dunia usai mengidap sakit sakit pneumonia.
Tahun 2012, baginda diangkat menjadi putra mahkota sekaligus pewaris takhta kerajaan Arab Saudi menggantikan saudara kandungnya Nayef bin Abdulaziz Al Saud yang wafat kerana gering. Bahkan, sempat bertanggung jawab penuh terhadap kerajaan Arab Saudi tatkala raja tengah 'cuti khusus'.
Sejak tahun 2015 tampuk kerajaan Kerajaan Arab Saudi dipegang oleh Raja Salman bin Abdulaziz. Ia memimpin kerajaan yang terletak di kawasan Timur Tengah. Sebelum menduduki selaku penguasa Arab Saudi, Raja Salman diangkat sebagai putra mahkota dan wakil perdana menteri. Selain itu, ia juga pernah dipercaya menjadi gubernur wilayah Riyadh. Takhta putra mahkota pernah diberikan kepada adiknya Muqrin bin Abdulaziz. Namun tiga bulan berselang, jabatan itu diberikan kepada Nayef bin Abdulaziz, yakni Mohammed bin Nayef.
Pengalaman dalam memimpin tidak diragukan lagi. Pada tahun 1955 ia dipilih untuk menjadi Gabnur Riyadh hingga tahun 1960. Kemudian di tahun 1963 hingga 2011 ia dipercaya kembali untuk memimpin wilayah tersebut. Pada November 2011 Raja Salman dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Selama menjawat jawatan menteri, ia banyak mewakili tugas penting, seperti bertemu dengan presiden Amerika Serikat Barack Obama saat kunjungan resmi ke AS.
.
Penangan batu berselimut hitam
Ketinggian binaan yang meruntun hati, dicatatkan 39 kaki setengah (Sembilan hasta), di dalamnya terbina tiga tiang dengan keluasan memuatkan 50 orang dewasa dalam satu masa, cukup menyentuh perasaan. Jarak dari Hajrul Aswad ke Rukum Syamsi (22 hasta), jarak dari Rukum Yamani ke Hajrul Aswad ke (20 hasta). Beberapa meter dari sisinya terdapat telaga zam-zam, namun ia sudah dikambus. Ka’bah dinamakan sebagai Bayt al ‘Atiq merupakan bangunan yang dibangunkan pada masa Nabi Ibrahim dan Nabi atas perintah Allah SWT.
3 meter ke Timur Kaabah, terletaknya Makam Ibrahim. Makam ini bukan tempat baginda disemadikan. Di dalam binaan kaca ini, terdapat batu bekas pijakan kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah. Siapakah Nabi Allah Ibrahim itu? Baginda berasal dari bangsa Kaldani Iraq dan menggunakan bahasa Hibro (Ibrani).
Di samping pintu Kaabah terdapat Hijr Ismail (tempat makbul doa). Ia dikandung dengan binaan tembok marmar setinggi 1.5 meter berbentuk separa bulat. Di situlah tempat tinggalnya Nabi Ismail seterusnya tempat beliau disemadikan bersama ibunya (Siti Hajar isteri ke-2 Nabi Ibrahim). Di atas Hijr Ismail terdapat atap pancuran emas, yang binaannya dibuat ketika Rasulullah berusia 35 tahun.
Pecahnya takungan kolam air jernih
Dengan berpakaian ihram dan mengenakan earphone di kedua-dua belah telinga, kami mendengar sedikit taklimat mengenai beberapa lokasi penting mengenai penggunaan LIF di Hotel Rayhan iaitu P11 adalah loby hotel (ruang berkumpul bagi setiap aktiviti). Beranjak ke sebelah kanan loby untuk naik ke lif penginapan, menekan minus 2 untuk ke lantai menunggu bas dan menekan kosong untuk ke dataran masjid.
Usai taklimat, kami meninggalkan perkarangan hotel menaiki lif menuju ke dataran. Allah Ya Allah, mulutku terbius pabila menyaksikan suasana di dataran dipenuhi dengan puluhan ribu duyufurrahman yang keluar masuk masjid. Kami bergerak dalam kumpulan ke Masjidil Haram (masjid yang terbesar di dunia) dengan iringan talbiah yang diketuai oleh Mutawif Haji Ali Amin. Subhanallah… Walhamdulillah… Allahu Akbar… Aku terkedu setelah menatap panorama Masjidil Haram yang disuluhi oleh cahaya lampu limpah yang bersinar-sinar bergemerlapan. Subhanallah… Walhamdulillah… Allahu Akbar … sebaik-baik sahaja Baitullah berada di depan mata, Subhanallah.. . . aku bukannya bermimpi, hanya Allah yang tahu sejuta rasa yang bermain di jiwa.

“Allaahumma yaa rabbal baitil’atiiq aatiq riqaabanaa wariqaaba aabaa inaa waummahaatinaa wa ikhwaaninaa wa aulaadinaa minan naari yaa zaljuudi walkaramani walfadli walmanni wal’ataai wal ihsaan”.
Hatiku begitu tersentuh, air mata terburai tanpa diminta. Cucuran air mata yang terlahir lantaran gambaran kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk menantap Kaabah. Terasa keronggkongku seperti tersekat oleh sedu sedan yang silih berganti. Amat sukar untuk mengekang rasa sebak. Doa tidak putus-putus dibaca dalam getaran suara antara keluar dengan tidak, bersilih ganti dengan sedu sedan.
Dalam esak tangis yang tidak tertahan, lidahku mengungkapkan “Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosku Ya Allah, ampun dosa kedua ibu bapaku dan ampun dosa anak isteriku. Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu tanpa dihisab dan kurniakanlah kami dengan umrah yang mabrur”.
Bersyukur dan sangat bersyukur kerana masih dijemput sebagai tetamu Allah. Pada kesayuan yang begitu membelit rasa, hati ini begitu tersentuh, amat-amat tersentuh. Mutawif berpengalaman Haji Ali Amin membentuk formasi dengan meletakkan wanita di tengah-tengah diapit oleh lelaki depan belakang kiri dan kanan. Demi untuk melindungi air mata yang bergenang, aku mengambil kedudukan di hadapan rombongan. Sebelum lampu hijau kami melafaz niat tawaf dengan diketuai oleh mutawif.
Ketika melafazkan istilam di lampu hijau bersetentang dengan Hajrul Aswad, mataku terus bergenang dengan air jernih yang mengalir tanpa diundang. Padat sungguh padat dengan duyufurrahman, semasa tawaf 7 keliling, aku tidak melepaskan pandanganku kepada Baitullah walaupun mataku bergenang sepanjang mengelilinginya. Allahu Akbar …….. Tidak terasa yang kami telah menghabiskan 7 keliling tawaf sambil diisi dengan zikir dan doa yang tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa. Setiap kali melintasi Maqam Ibrahim, aku membayangkan betapa sukarnya nabi Allah itu menyusun batu-batuan untuk membina Kaabah. Berdiri bulu romaku kerana jalan mengelilingi Baitullah ini pernah dijejaki oleh kekasih Allah dengan tujuan yang sama. Aku meneka-neka di manakah agaknya pintu yang pernah digunakan oleh Rasulullah ketika dapat menyelesaikan pertikaian siapa yang lebih layak antara empat pembesar yang bertelagah meletakkan Hajrul Aswad. Peristiwa penting berkenaan terjadi pada tahun 16 sebelum Hijrah (606 Masehi) iaitu ketika suku Quraisy melakukan pemugaran Kaabah. Pada ketika itu hampir terjadi pertumpahan darah apabila empat kabilah dalam suku Quraisy bertegang leher mempertahankan pendapat masing-masing dalam perselisihan tentang siapa yang berhak meletakkan batu Ajrul Aswad pada tempatnya.
Selesai Tawaf, kami berundur ke belakang Multazam. Aku menyelit dicelah ribuan tetamu Allah untuk menunaikan solat sunat tawaf. Semasa solat sunat tawaf di Multazam, airmataku terus saja mengalir deras kerana tidak menyangka, Allah masih mengizinkan aku dan suriku untuk menjejakkan kaki ke tanah mulia tersebut. Terasa diri ini terlalu kerdil jika dibandingkan dengan keagungan Allah S.W.T dan terasa dekat diri ini kepada Allah pabila bersolat berdekatan dengan Baitullah.
Sambil memeluk erat suriku, aku membaca doa pribadi keluarga kami dengan linangan air mata kesyukuran dan air mata pengharapan. Aku dakap erat suriku sambil kami berdua diselang-seli dengan esak tanggis yang munculnya tanpa dipinta. Tangan kudepa lebar untuk memohon doa semoga amalan kami diterima Allah, dosa diampunkan dan mohon agar kami akan dipertemukan di Syurga. Aku memohon doa semoga anak-anakku serta menantu dan cucuku agar memperoleh undangan menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Aku berdoa agar anak kedua dan ketigaku dipertemukan jodoh dengan pasangan yang mampu membawa mereka ke Syurga Allah. Dan begitu juga doa keselamatan dan keimanan kepada anak pertama dengan suami dan cucunda yang seorang itu. Kami berdua memisahkan diri dari kelompok ramai.
Sebelum bergerak ke saie, sekali lagi mutawif menghimpun kami mendepani Baitullah untuk mengetuai bacaaan doa yang mengharukan. Rata-rata para duyufurrahman Nurlmultazam menitiskan airmata. Kami berundur ke belakang untuk mencari tong air zam-zam. Aku bukan setakat minum air zam-zam malah mengusap air itu ke muka suriku yang dibasahi dengan air mata.

Itinerari Jumaat hari ke-7, 11 November 2022 ( 16 Rabiul akhir 1444 H)
Kami bergerak ke lantai saie dalam kumpulan. Allah Ya Allah, kawasan saie juga dipadati dengan ribuan duyufurrahman. Usai membaca niat saie, kami bergerak sedikit mendaki menuju ke Bukit Safa sambil melafazkan “Inas Safa wal marawata minsyarillah ……. Fa inna Allaha Syakirun allim” (Ayat 158 Surah Al Baqarah) bermaksud Sesungguhnya Saf danMarwah itu sebahagian daripada Syair agama Allah ..... maka sesunggunhya Allah Maha Mensyukuri, lagi Maha Mengetahui. Ayat yang sama juga dibaca ketika mendekati Bukit Marwah dan seterusnya.
Di lokasi lampu hijau, jemaah lelaki sunat berlari anak dan berdoa : “Rabbigfir warham wa’fu watakarram watajaawaz’ammaa ta’lam, innaka ta’lamu maalaa na’lam. Innaka antallaahul a’azzul akram”. Ya Allah ampunilah, sayangilah, maafkanlah, bermurah hatilah dan hapuskanlah apa-apa yang Engkau ketahui dari dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang kami sendiri tidak tahu. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Tinggi dan Maha Pemurah. Dan meneruskan perjalanan ke Marwah. Begitulah yang kami lakukan sebanyak tujuh kali ulang-alik.
Usai tahalul, usai memklumkan kepada mutawif, kami bergerak sendirian balik ke hotel. Oleh kerana perut terasa kosong, kami singgah membeli murtabak SR15, kuah daging SR10 dan jus manga SR8 di kios aras dua Safwa. Keletihan berjalan kerana terpaksa berpusing-pusing mencari lif untuk naik ke bilik. Kami membersihkan diri, menukar pakaian sebelum bergerak ke masjid untuk solat subuh pertama di Haramain.

Oleh sebab agak terlewat, kami di arah ke Roof Top melalui pintu 91 kerana kebanyakkan pintu telah dihadang oleh petugas masjid. Aku membuat temu janji di suatu lokasi sebagai tempat pertemuan selepas solat. Aku menunaikan rangkaian solat-solat tahaiyatul masjid, solat taubat, solat tahajud dan solat syukur dan diakhiri dengan solat witir sebelum solat subuh.
Allah Ya Allah, tatkala bergerak untuk menapak balik turun dari pintu 91, kami mendepani kepadatan yang luar biasa. Kami memberi ruang untuk para duyufurrahman lain untuk turun sebelum kami mengikutinya dari belakang tatkala suasana tidak begitu padat.
Solat Jumaat di pintu 81. 82 dan 83 (lantai bawah)
Balik ke hotel untuk berehat dan tidur kerana semenjak meninggalkan Bir Ali kami hanya tidur-tidur ayam di dalam bas. Jam loceng telah disetkan untuk menyertai solat Jumaat. Sebelum meninggalkan bilik, kami melakukan rutin biasa dan meninggalkan hotel menuju ke dataran. Allah Ya Allah, ini kali pertama kami tidak dapat bersama-sama solat di masjid, kerana kaum hawa tidak begitu digalakkan ke Masjidil Haram untuk membuka peluang kaum Adam berada di dalam masjid. Setelah melalui beberapa sekatan, aku memilih pintu lantai bawah (pintu 81, 82 dan 83), lantai yang meninggalkan banyak kenangan. Kenangan terindah ialah kami pernah tidur bermalam di kawasan tersebut. Mataku bergenang merefleksi kawasan berkenaan. Kawasan tersorok, dingin dan memudahkan kami untuk berwuduk kerana di ruang depannya ada tempat wuduk untuk lelaki dan wanita. Terdapat dua kawasan pili air zam-zam di kawasan tersebut yang mana para duyufurrahman tidak pernah berebut-rebut untuk membasah tekak. Di situ juga aku kerap mengisi jag yang aku bawa dengan air zam-zam untuk dibawa balik ke hotel. Perasaan sayu menerobos tangkai jantung tatkala mengimbau kemanisan tersebut.
Usai solat Jumaat, aku terperangkap dalam kesesakkan. Aku menapak dari pintu 83 ke tangga hotel mengambil masa 45 minit akibat pertembungan yang dahsyat antara jemaah yang mahu balik ke hotel dengan jemaah yang menuju ke masjid. Kami menyertai duyufurrahman lain untuk makan tengah hari. Usai makan, kami membongkar pakaian dan menyusun barangan di meja dan menstrika beberapa jubbah untuk dipakai hari-hari berikutnya. Kami bergerak agak lewat untuk solat asar di mana jalan menuju ke dataran masjid telah ditutup. Kami terpaksa solat di luar hotel berdekatan dengan jalan menuju ke dataran.
Amat sukar untuk merebut saf-saf yang paling depan, tidak seperti di Madinah. Apalagi andai bergerak lewat dari hotel kediaman. Usai solat isyak, kami tidak menyertai makan malam di cafe dan memilih untuk makan di bilik dengan sedikit makanan yang kami beli di luar. Aku memohon idzin suriku untuk mencari kedai guntung untuk membotakkan kepala. Di situ aku terlihat kedai milik rakyat Malaysia.

Dalam suasana melabuhkan badan di atas tilam empuk, kami mengimbau kenangan ziarah semenjak di Madinah dan menuju ke Mekah. Allah Ya Allah, sungguh indah perjalanan ibadah ini. Sejuta Syukur pada-Mu atas jemputan menjadi tetamu-Mu.
Seperti malam-malam sebelumnya, aku tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi setelah bersembang panjang dengan suriku.
Itinerari Sabtu hari ke- 8, 12 November 2022 ( 17 Rabiul akhir 1444 H)
Jam 4.15 pagi, kami terjaga dari tidur sebelum jam loceng berdering dan membaca doa “Alhamdulillahilazi ahyanaa …….” Iaitu doa bangun tidur yang menjadi rutin amalan bacaan kami semenjak dua menjak. Kami melalui rutin biasa. Kami berbagi-bagi tugas iaitu aku membancuh minuman sementara suriku membersihkan diri 'Mandi sunat ihram'. Usai bersiap, dengan memakai jubah, mengamalkan rutin seperti selalunya iaitu membaca doa di balik pintu bilik diaminkan oleh suriku.

“Alhamdulillah ….. Syukur Ya Allah, Engkau telah realisasikan hajat kami untuk bertandang ke tanah suci-Mu. Kami mohon Engkau lindungi kami dalam perjalanan ke masjid-Mu. Jagalah lisan kami, kekalkan wuduk kami sehingga kami selesai beriktikaf di masjid-Mu. Engkau ampunkan dosa-dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibu bapa kami serta peliharakan kesihatan kami di sepanjang umrah kami, sihat dalam perjalanan dan sihat selepas kami kembali ke tanah air kami. Engkau angkat ke langit dunia segala masaalah kami, kejahatan kami dan jangan biarkan kami balik ke tanah air dengan membawa masaalah yang sama. Ya Allah, jangan Engau jadikan kunjungan ini merupakan yang terakhir untuk kami, jemput kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Jemputlah anak menantu kami, ahli keluarga kami, sahabat-sahabat, untuk ziarah dn menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat” Aku memakai sarung tangan untuk menjaga wuduk dan bergerak ke haramain.
Kami bergerak perlahan ke masjid kerana kepadatan para duyufurrahman. Melalui beberapa pintu yang telah ditutup, akhirnya kami diarah ke pintu 91 untuk solat di Roof Top. Akan tetapi dengan idzin-Nya, nasib menyebelahi kami kerana kami beroleh lokasi di lantai satu. Usai berikrar janji, aku menghantar suriku ke ruang solat wanita. Aku mengambil lokasi yang agak terkehadapan untuk menunaikan beberapa solat seperti solat tahaitul masjid, solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat syukur dan diakhiri dengan solat witir mendepani bangunan berselimut hitam. Apabila berdepan dengan Baitullah, tidak terfikirpun di mindaku untuk menjumlah berapa pahala yang Allah kurniakan kepada kami. Yang aku ingat, aku terbius memerhatikan gelagat ribuan duyufurrahman melakukan tawaf.

Ziarah luar mekah (Jabar Tsur, Jabar Rahmah dan miqat di Jaranah)
Jam 7.05 pagi, kami melabuhkan punggung di kerusi bas. Jam 8.57 pagi berhenti di Jabal Tsur (458 meter). Ia terletak kira-kira 4 km ke selatan Masjidil Haram. Gua yang menyimpan perit getir Rasulullah dalam menyebarkan Agama Islam. Kisah penghijrahan yang penuh ranjau duri akibat penentangan hebat sejumlah puak Quraisy Mekah yang sinonim dengan nama-nama seperti Abi Jahal bin Hisyam, Uthbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Nadhr bin Harith, Ummayah bin KhalafAl Ash bin Wail Aswad bin Muthalib dan Abu Bakhtiar.
Dalam kisah hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah, Allah menitahkan untuk Rasulullah berhijrah di waktu malam. Pada malam 26 safar 1 Hijrah (9 September 622), Nabi Muhammad dan Sayidina Abu Bakar telah berhijrah ke Madinah, tetapi sebelum itu, baginda meminta Sayidina Ali bin Abi Talib menggantikan tempat tidur baginda untuk mengabui musuh-musuhnya. Rasulullah membaca surah Yassin, “Wa Jaalna Mimbaina Aidiheem ….. dan dengan kuasa Allah musuh Quraisy tertidur beramai-ramai bagi memberi laluan Nabi pergi ke Gua Thur dengan selamat.
Selama tiga hari bersembunyi, lima individu lain menyumbang tenaga untuk Rasulullah : Abdullah bin Abu Bakar (anak Sayidina Abu Bakar) melaporkan berita harian terkini kota Mekah, Aisyah dan Asma (2 puteri Sayidina Abu Bakar) menyediakan makanan untuk Nabi dan Sayidina Abu Bakar, Abdullah bin Ariqath berpura-pura menjadi pengembala kambing membekal perahan susu untuk Rasul dan Sayidina Abu Bakar, manakala Amir bin Fuhairah menjadi jurupandu perjalanan ke Madinah. Sempat berfoto di kawasan berkenaan.
Megimbau kenangan berhaji (Jabar Rahmah)
Bas menuju ke bumi Arafah pada jam 9.30 pagi. Arafah terletak 25 kilometer di selatan Kota Mekah. Arafah begitu sinonim dengan Hari Wukuf untuk Jemaah haji. Arafah (25 km ke tenggara Mekah) padang pasir yang luas tempat berwukuf antara tergelincirnya matahari 9 Dzulhijjah sehingga terbenam matahari dengan berpakaian ihram. Di sini letaknya Jabar Rahmah (tempat pertemuan semula Adam dan Hawa di muka bumi selepas 200 tahun terpisah) tidak sunyi dengan kunjungan umat Islam seluruh dunia..
Bas terpaksa diparkir jauh kerana kesesakan yang luar biasa. Di kejauhan tampak megah Jabbar Rahmah dengan jelas ternampak binaan sebuah tugu di atasnya. Kami menyelit di celah-celah ribuan duyufurrahman. Kami hanya berpandukan kepada bendera Nurmultazam yang diangkat setingginya untuk menuju ke Jabbar Rahmah. Aku dan isteri memanjat hingga ke puncak Jabar Rahmah melalui tangga manakala dufufurrahman Nurmultazam lain memilih laluan lain. Kami berhenti di lokasi tempat memanjatkan doa. Daku panjatkan doa bersama isteriku dengan menadah tangan agar umur dilanjutkan, urusan dunia dipermudahkan, kesihatan dikekalkan, dosa sendiri, keluarga, ibu ayah dan keturunan diampunkan, reziki keluarga dan anak-anak dilipatgandakan. Dan mohon anak-anak dipertemukan jodoh dengan pasangan yang boleh membawa merek ke Syurga Allah. Agaknya, kami adalah orang pertama dari rombongan Nurmultazam yang tiba di tugu Jabbar Rahmah (perasan sendiri dan angkat bakul). Jam 10.04 pagi, kami menapak turun dari bukit tersebut. Kami menunggu Jemaah lain sambil menikmati aiskerim biasa-biasa. Aku melaporkan kepada mutawif megenai loksai kedudukan kami. Allah Ya Allah, sesungguhnya Engkau tidak pernah membiarkan tetamu-Mu kecewa. Syukur Ya Allah, kami terjumpa dengan Van Aiskerim Mangga yang sekian lama kami idam-idamkan dan menjadi kegemarana suriku. Tidak melepas peluang untuk membeli sekali lagi aiskerim perisa mangga, sebelum bergerak ke bas dengan bantuan mutawif.
Umat Islam dicemburui
Adam yang kesunyian di Syurga memohon pasangan hidup. Lahirnya Hawa dari tulang rusuk Adam. Sebelum mencampuri Hawa, Allah perintahkan baginda membayar mahar kepada Hawa. Apa maharnya, maharnya ialah mengucap dua kalimah syahadah. Betapa hebatnya penama Muhammad itu di mana belum pun baginda lahir ke dunia, namanya telah disebut oleh bapa kepada seluruh umat sedunia. (Mutawif Ali Amin)
Umat Islam ducemburui oleh Adam kerana beberapa perkara. Pertama : umat Islam, tatkala melakukan dosa, tidak dilucutkan pakaian mereka. Sedangkan Nabi Adam terlucut pakaiannya tatkala melakukan satu dosa. Kedua : umat Islam, tatkala melakukan dosa, mereka tidak akan dibuang ke mana-mana. Sedang Nabi Adam, baru sekali melakukan dosa telah dihumban jauh ke dunia. Ketiga : umat Islam, tatkala melakukan dosa, mereka memohon keampunan Allah dengan tidak perlu kemana-mana. Sedang Nabi Adam, baru sekali melakukan dosa, baginda melalui perjalanan jauh untuk memohon keampunan dosa di Mekah (kuliah Ustaz Haji Manaf Lakariba – Masjid At Taqwa- Taman Olivia Kepayan). Bersyukurlah kita selaku umat Muhammad yang menikmati pelbagai kemudahan. Kita usah fikir beberapa perkara, kita fikir satu saja. Bayangkan setiap kali kita melakukan dosa, setiap kali itulah juga pakaian kita akan Allah tanggalkan Allah Ya Allah, memalukan dan menyusahkan kita untuk membeli pakaian baru atau mungkin kita akan berlari dalam keadaan bogel untuk mencari pakaian gantian. Sebenarnya ada empat perkara, perkara yang keempat itu tidak dapat saya ingati.
Megimbau kenangan berhaji
Setelah matahari terbenam (masuk 10 Dzulhijah) jemaah Haji meninggalkan Arafah ke Mudzalifah. Berkunjung ke lembah Padang Pasir Mina (5 km dari Mekah) tempat pelaksanaan melontar Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah (ketika musim Haji) . . . . simbolisasi ketika Nabi Allah Ibrahim mengusir syaitan tatkala hendak mengurbankan putera tersayang Ismail. Jemaah haji diwajibkan bermalam di situ ketika mengerjakan haji. Mina dikunjungi jemaah pada 8 Dzulhijah (sehari sebelum wukuf). Kemudian sesudah subuh jemaah haji berangkat ke Arafah.
Bas kami berhenti di kaki bukit Jabal Nur. Mutawif Haji Ali menyampaikan tazkirahnya. Kepayahan Khadijah memanjat bukit berbatu Jabal Nur (2,500 kaki) yang begitu tinggi untuk menghantar makanan kepada Rasulullah di Gua Hira sungguh menyentuh perasaan. Rasulullah menerima wahyu pertama melalui Malaikat Jibril pada hari Isnin 17 Ramadhan 610 Masihi. Ayat pertama Surah Al-Alaq (bacalah), menyebabkan baginda turun dari bukit untuk kembali ke rumah dalam keadaan gementar.
Khadijah binti Khuwailid membawa baginda ke rumah pakciknya bernama Warakaah bin Naufal seorang yang pintar lagi berilmu tinggi. Ayat Al-Quran tidak turun sekaligus, malah memakan masa selama dua puluh tiga tahun.ini kerana untuk memantapkan hati baginda menghadapi musyrikin Mekah. Ini juga bertujuan untuk mendidik pengikutnya memahami dan mengamalnya secara bertahap.
Setiap kali menerima wahyu, baginda menghafal dan memperdengarkan kepada sahabatnya untuk tujuan penulisan. Al-Quran lengkap dengan turunnya Ayat terakhir Surah An-Nas. Setiap setahun sekali, Malaikat Jibril akan mendatangi Rasulullah untuk tujuan mengulang bacaan Al-Quran, kecuali di tahun kewafatan baginda di mana Malaikat Jibril mendatangi baginda sebanyak dua kali.
Sukarnya memperoleh redha Allah
Umpamanya, andai anda berselawat waima dalam puisi

kita masih beroleh ganjaran pahala
tetapi tidak di sisi Allah
Sekiranya, andai anda lagukan selawat
anda masih beroleh ganjaran pahala
namun tidak pada Allah
Umpamanya, andai anda berselawat dalam santai bersahaja
juga, kita masih beroleh pahala berganda
tetapi tidak dengan Allah
Umpamanya, andai anda berselawat dalam kumpulan
kumpulan itu, masih diganjarkan pahala
tetapi tidak pada Allah
Jika sekiranya, andai anda berselawat secara rawak
kita juga, masih beroleh ganjaran pahala
tetapi tidak pada Allah
Waima, andai anda berselawat tanpa tujuan
ganjaran pahala masih memihak kepada kita
namun belum tentu di sisi Allah
Di sisi Allah
pahala dan reda tidak begitu mudah
melainkan pendambaan yang memerlukan curahan air mata
pun belum pasti
akan ada redha dari-Nya
Maka rebutlah peluang sebanyak-banyak
memohon ampun kepada-Nya
tanpa batas waktu
kita tidak tahu
permohonan mana yang akan diperkenan-Nya
Menangis, menangis dan menangislah
sebagai tandaa syukur kepada yang Maha Pencipta
Usai buang hajat, aku melilit kain ihram di kawasan dekat hutan dan terdengar azan dzohor dikumandangkan. Akan tetapi kami dihalang untuk masuk ke masjid kerana suasana yang sendat. Kami hanya dibenarkan masuk ke masjid untuk solat tahiyatal masjid, solat dzohor, solat sunat ihram dan solat hajat usai jemaah dzohor meninggalkan masjid. Di dalam bas, mutawif membimbing kami untuk melafazkan niat umrah. Umrah ini aku niatkan untuk ibuku.
Usai melafaz niat umrah dengan bimbingan mutawif Haji Ali Amin, kini kami terikat dengan 13 pantang larangan seperti berikut:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak kepala (lelaki dan wanita) atau janggut. 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki dan wanita). 8.Tidak boleh mengerat kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin. Mengahwinkan atau menjadi wakil kahwin.
Setibanya di hotel, rombongan bergerak ke lantai P11 untuk makan tengah hari. Jam 2.30 petang. kami meninggalkan hotel untuk melunaskan tawaf. Doa kubaca di hadapan Kaabah, “Ya Allah, aku pohon Ya Allah…perkenankanlah hajat kami, makbulkan doa kami. Sesungguhnya Kau memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi. Kau yang mengetahui apa yang ada di sanubariku. Kau yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Permudahkanlah urusan kehidupanku di dunia dan akhirat aku dan keluargaku.

Tanpa disedari air mata bergenang lagi tatkala mendepani Kaabah. Sebelum memulakan tawaf, Haji Ali Amin membentuk formasi dengan meletakkan wanita di tengah-tengah diapit oleh lelaki depan belakang kiri dan kanan. Mujurlah aku antara yang berada di barisan hadapan sekali, sekurang-kurangnya aku beleh melindungi diriku yang dilanda sejuta kesayuan.
Demi menyantuni keagungan Kaabah, aku tidak terniat untuk berselfi di depannya selagi belum selesai bertahalul. Aku beristilam setiap kali melintasi lokasi Hajrul Aswad, merendahkan diri sekerdil-kerdilnya di hadapan kebesaran Allah dan berdoa memohon diampunkan dosa acapkali melalui Rukun Yamani. Dada beralun dan hati semakin sebak. Berdebar, gembira, teruja, terharu, sedih, sayu silih berganti, lantaran Allah masih memberi peluang kepadaku dan suriku untuk mendepani Baitullah-Nya. Tiap kali melalui kawasan Maqam Ibrahim, aku membayangkan betapa sukarnya nabi Allah itu menyusun batu-batuan untuk membina Kaabah. Berdiri bulu romaku kerana jalan mengelilingi Baitullah ini pernah dijejaki oleh kekasih Allah dengan tujuan yang sama. Aku teringat blok yang kubaca yang menyatakan, jumlah putaran sebanyak 'tujuh' yang melambangkan bilangan 7 hari dalam seminggu, 7 lapis langit dan bumi, dan 7 lapis surga dan neraka. Ka'bah sebagai pusat tawaf dikatakan dikelilingi puluhan ribu malaikat (sebagian riwayat menyebutkan 70.000 malaikat) yang bertawaf setiap harinya.
Aku terbius dengan suasana khyusuk sehingga aku tidak sedar siapa yang memaut beg gelasku dari belakang (suriku atau tetamu lain), terasa berat beg galas yang kusangkutkan di bahuku. Doa tidak putus-putus dibaca dalam getaran suara antara keluar dengan tidak. Semasa menunaikan solat sunat tawaf, aku berdoa agak panjang di sujud terakhirku. Berundur ke belakang untuk menghirup air zam-zam bagi membasah tekak.
Usai tawaf, anaknda Mutawif Haji Ali Amin menghantar kami berdua untuk saie menggunakan SCOTTER (SR116 untuk dua orang) di lantai tiga. Berhenti untuk solat Maghrib di pusingan ketiga saie. Syukur Ya Allah, Engkau idzinkan kami menimba pengalaman bersaie mengguna Scotter. Ada lucunya di sebalik pengalaman pertama itu. Mula rasa ganjil dan lama-kelamaan semakin serasi dan lancar. Balik ke hotel untuk menikmati makan malam di lantai 12 dan membersihkan diri.
Kerana sedikit keletihan, hari itu, kami solat di surau yang besar di lantai sembilan hotel, manakala suriku di lantai sepuloh. Kami tutup tirai malam yang indah itu dengan membaca doa sebelum tidur “Bismika ……….”, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi..
Itinerari Ahad. Hari ke- 9, 13 November 2022 ( 18 Rabiul akhir 1444 H)
Waima dihambat keletihan, dengan izin Allah semangat luar biasa berada di haramain menjadi asbab apabila kami terbangun seawal jam 3.15 pagi (sedikit awal dari jam loceng). Kami membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Usai mandi sunat ihram dan berbagi tugas, kami bersiap-siap hendak ke masjid. Sebelum bertolak, kami berdua minum 3+1 dan roti yang masih berbaki dengan sapuan Kraft yang dibeli di Madinah. Sebelum bertolak ke masjid, dengan mengenakan tarung tangan agar tidak terbatal wuduk, aku menadah tangan sambil diaminkan oleh isteri agar diberi kemudahan untuk bersolat di masjid. Jam 3.42 pagi, kami bertolak ke masjid bersama-sama sambil berganding tangan, hanya berpisah ketika masing-masing menuju ke ruang solat wanita dan lelaki.
Kami memasuki ruang solat sebelum azan dikemandangkan. Mencari air zam-zam dan meneruskan solat tahaiyatul masjid, solat taubat, solat tahajud, solat hajat agar perjalanan ke ziarah untuk miqat di Hudaibiyah tiada sebarang kemusykilan, solat syukur dan diakhiri dengan solat witir sebelum solat subuh. Sempat menitipkan selamat ulangtahun kepada puteri sulongku. Sepatutnya, kami bergerak ke Tanah Suci mengikuti rombongan 26 November bagi menyantuni hari lahir Wan Syaazwina, akan tetapi jemputan ke rumah Allah dianjak lebih awal dengan idzin dan perkenan-Nya. Syukur kepada-Mu Ya Allah.
Ziarah luar mekah (miqat di Hudaibiyah)
Setiap hari selama 5 malam di Mekah, aku dan isteri kerap turun ke masjid sekitar jam empat pagi. Usai sarapan pagi, usai bersiap dengan membawa kain ihram di beg tambahan, kami berhimpun di lantai P11. Bas bergerak menuju ke Hudaibiyah.
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani [1]
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu. Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Baiah Ar Riduan" untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama Rasulullah di bawah sebatang pokok. Kedengaran Kaum Quraish tentang baiah tersebut, kaum Quraish telah menghantar utusan untuk membuat perjanjian. Oleh sebab nama perjanjian itu dinamakan di atas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".
Isi Perjanjian Hudaibiyah
· Gencatan senjata selama 10 tahun.
· Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
· Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
· Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
· Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
· Kedua-dua pihak dibernarkan membuat perundingan dengan mana-mana pihak.
Di dalam bas, sebelum bertolak balik, mutawif membimbing kami untuk melafazkan niat umrah. Umrah ini aku niatkan untuk ayahku. Usai melafaz niat umrah dengan bimbingan mutawif Haji Ali Amin, kini kami terikat dengan 13 pantang larangan seperti berikut:1.Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. 2.Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. 3.Tidak boleh menutup muka bagi wanita. 4.Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita). 5.Tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghidunya (Lelaki dan wanita). 6.Tidak boleh memakai minyak kepala (lelaki dan wanita) atau janggut. 7.Tidak boleh menangggalkan rambut / bulu (lelaki dan wanita). 8.Tidak boleh mengerat kuku (lelaki dan wanita). 9.Tidak boleh mencabut tanam-tanaman (lelaki dan wanita). 10.Tidak boleh memburu (lelaki dan wanita). 11.Tidak boleh bercumbu (melakukan pendahuluan persetubuhan). 12.Tidak boleh bersetubuh. 13.Tidak boleh berkahwin. Mengahwinkan atau menjadi wakil kahwin.
Setibanya di hotel, kami berhimpun di P11 untuk bergerak ke masjid bagi melunaskan umrah. Jam 11.30 pagi, dan agak terlewat kerana ruang untuk solat di dataran Kaabah telah ditutup. Kami berhenti di kawasan yang membolehkan aku menatap Kaabah semasa solat tahaiyatul masjid. Sementara menunggu azan, aku membaca Al-Quran di situ. Tatkala menunaikan solat zohor, aku menyelit melepasi halangan untuk ke dataran Kaabah dan solat mendepani Baitulah.

Aku mendongak ke atas di mana terpampang langit yang kosong. “Di Masjidil Haram, doa akan terus sampai kepada Ilahi kerana langit kosong tiada penghadangnya, tiada langsirnya dan tiada sempadannya.” Mudah-mudahan segala doa-doa kami diijabah oleh Allah.
Warna pelangi kancing baju,
Biduk kecil lancar berlayar;
Debar jantung berdegup laju ,
Air jernih seakan berderai.
Seperti biasa, mutawif Haji Ali Amin membentuk formasi dengan meletakkan wanita di tengah-tengah diapit oleh lelaki depan belakang kiri dan kanan. Kali ini, aku dan suriku sepakat untuk berada di belakang sekali. Ada alasan munasabah mengapa kami membuat keputusan untuk berada di belakang, iaitu ia lebih santai dan terhindar dari dorongan rakan di belakang.

Kami beristilam setiap kali melintasi lokasi Hajrul Aswad, merendahkan diri serendah-rendahnya di hadapan kebesaran Allah. Sewaktu istilam, suaraku hampir tidak terkeluar ditenggalami rasa sebak yang berpanjangan. Mataku tidak terlepas dari memandang bangunan Baitullah. Pada kesayuan yang begitu membelit rasa, hati ini begitu tersentuh, amat-amat tersentuh. Aku teringat akan usaha ayahku yang bertungkus-lumus menyara keluarga. Pagi mengangkat lukah untuk menguitp ikan talipia bercampur ikan sepat, kadang-kadang ikan keli dan udang kecil seakan-akan bubuk-bubuk dinamakan tang jepun dan kekadang bercampur ikan belut. Yang lucunya, ibuku tidak akam mengambil belut yang dikatakannya mirip ular.
Doa tidak putus-putus dibaca dalam getaran suara antara keluar dengan tidak.
Allahu Akbar …….. Tidak terasa aku telah menghabiskan 7 keliling tawaf sambil diisi dengan tasbih dan doa yang tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa.
Selesai Tawaf, kami berundur ke belakang Multazam. Aku menyelit dicelah ribuan tetamu Allah untuk menunaikan solat sunat. Selesai soat, aku bersimpuh bertawajuh dengan tangan kudepa lebar untuk memohon doa, “Ya Allah, jadikanlah siang ini sebagai siang yang terbaik, dekatkanlah aku pada keredhaan-Mu dan jauhkan aku dari murka-Mu. Jadikanlah aku serta seluruh keluargaku sentiasa berada dalam payung perlindungan-Mu. Janganlah engkau jadikan kunjunganku ini yang terakhir, jemputlah aku untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Semoga Engkau terima amalan kami ampun dosa kami agar kami akan dipertemukan di Syurga-Mu."

Petang itu kami tidak memerlukan khidmat anaknda Haji Ali Amin untuk menghantar kami ke lantai saie. Sejak awal lagi, kami telah menemui beliau menyatakan perkara tersebut. Di perjalanan menuju ke bilik bayaran SCOOTER, air jernih suriku tumpah lagi. Aku menenagkan beliau dengan seribu pujukan. Aku dan suriku bergerak ke kaunter pembayaran untuk menggunakan SCOTTER (SR116 untuk dua orang) di lantai tiga. Hari ini, kami saie dengan santai kerana telah dapat menyesuaikan diri dengan kenderaan tersebut.
Usai menamatkan saie kami balik ke hotel pada jam 2.30 petang dan bertahalul di bilik. Oleh kerana lebih mementingkan solat asar, kami terlepas untuk makan tengah hari kerana menyangkakan yang makan tengah hari telah ditutup. Kami berdua hanya memasak air panas, membuat minuman dan makan roti dengan sapua Kraft. Waima hanya makanan ringan tetapi cukup mengenyangkan perut.
Seperti rutin biasa, kami menunaikan solat maghrib dan isyak di dataran. Kami kembali ke bilik penginapan, usai menyertai makan malam yang menyelerakan. Aku menghantar pesanan ringkas secara pribadi kepada anaknda mutawif Haji Ali memaklumkan tidak menyertai kunjungan ke Hijir Ismail. Aku memperoleh kunjungan sahabat kami di tanah suci Mekah di lobby hotel pada jam 8.02 malam. Sahabat tersebut menggelarkan dirinya sebagai Ustaz Selendang Kuning. Kami bersembang agak panjang dan bertanya khabar masing-masing
Sebelum melabuhkan diri, aku memanjatkan doa berikut, “Ya Allah, Engkau berikan kesihatan kepada kami berdua, dan idzinkan kami untuk mengunjungi Hijir Ismail esok hari.” Seperti malam-malam sebelumnya, kami tutup tirai malam dengan membaca doa sebelum tidur “Bismika ……….”, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq 3 kali, An-Nas 3 kali, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Isnin hari ke-10, 14 November 2022 ( 19 Rabiul akhir 1444 H)
Puasa sunat
Aku bukanlah yang terbaik, namun berhasrat untuk mengajak kalian berbuat yang terbaik. Tidak ingin kah anda merebut pahala dengan hanya melakukan sehari puasa di Tanah Suci, anda akan memperoleh seratus ribu pahala. Aku berfikir, bahawa puasa yang kita lakukan saban tahun di kampung laman itu, belum pasti penuh sebulan tanpa cela. Itulah sebabnya, sejak dari berada di kampung laman, aku bertekad untuk berpuasa di sana, bagi merebut ganjarannya yang berlipat kali ganda.
Jam 3.46 pagi, kami terjaga awal, sedikit awal dari deringan jam loceng. Kami membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Hari ini sebahagian bedsar duyufurrahman Nurmultazam akan berkunjung ke Taif. Usai mandi dan berbagi tugas, aku memanaskan cerek untuk membancuh minum 3+1 dan roti yang masih berbaki dengan sapuan Kraft untuk sahur. Aku menyarung dua helai kain putih sebagai persiapan untuk melakukan tawaf sunat, passport untuk memasuki Hijir Ismail. Sebelum bertolak ke masjid, dengan mengenakan tarung tangan agar tidak terbatal wuduk, aku menadah tangan sambil diaminkan oleh isteri agar diberi kemudahan untuk bersolat di masjid.
Usai keluar dari bangunan hotel, aku terpegun dengan suasana bergemerlapan dengna dataran masjid telah dipadati oleh duyufurrahman. Hari ini kami berpeluang solat di lantai kawasan mereka yang berpakain ihram. Usai memastikan suriku menuju ke ruang solat wanita, serta bertemu janji di lampu hijau, aku mengambil kedudukan di lokasi yang strategic iaitu mendepani bangunan berkelambu hitam di depam mataku.. Menunaikan beberapa solat sebelum solat subuh.
Misi Hijir’Ismail
Usai solat subuh, aku mengajak suriku ke tangga turun di pintu King Aziz untuk turun ke kawasan tawaf. Kami tidak pula bertemu dengan rombongan yang hendak ke Taif yang juga terpaksa melakukan tawaf wida. Kami melafazkan istilam di lampu hijau pada jam 5.56 pagi dengan suasana yang teramat sendat. Semasa memulakan tawaf, mataku terus memandang Baitullah dengan pandangan batin. Padat sungguh padat dengan duyufurrahman, semasa tawaf 7 keliling. Badan terasa menipis oleh himpitan jemaah tatkala melakukan tawaf. Suriku memaut beg sandang dari belakang lantaran tidak mahu terpisah. Pusingan demi pusingan, aku dan suriku merapat ke dinding Kaabah. Allahu Akbar …….. Tidak terasa yang kami telah menghabiskan 7 keliling tawaf sambil diisi dengan zikir dan doa yang tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah yang esa. Setiap kali melintasi Maqam Ibrahim, aku membayangkan betapa sukarnya nabi Allah itu menyusun batu-batuan untuk membina Kaabah.
Jam 6.32 pagi, di pusingan kelapan, aku meninggalkan suriku di pintu pertama bagi menyertai barisan Jemaah wanita yang hendak masuk ke Hijir Ismail sedang aku sendiri menuju ke Rukun Yamani mencari kedudukan berbaris penjang untuk masuk ke Hijir Ismai. Jam 6.40 pagi, dengan idzin Allah, aku tidak menunggu lama untuk berjuang ke Hijir Ismail. Aku sempat menunaikan solat taubat dan solat hajat. Hijir hanya akan dibuka untuk wanita mulai jam tujuh pagi. Aku meneruskan tawafku dan berjaya mencium Kelambu Baitullah di bawah pintu emas dalam himpitan yang amat memenatkan.
Usai mencium kelambu Baitullah aku menuju ke kawasan lampu hijau seperti yang kami janjikan. Jam 9.00 pagi, kami bertemu di lokasi lampu hijau untuk keluar ke Supermarket BinDawood.untukmembeli buah apricot segar 500 gram SR36.95, Kraft Cheddar Cheese SR14, Almarai Creamy (mayonis) SR7, dua botol kosong 1 liter SR14 (untuk isian air zam-zam), satu pack telor mentah Al-Kadi 6 biji SR5.95, buah segar Red Nectarine 500 gram SR13.95, beberapa botol laban beberapa perisa, dan buah Nectarine SR9.95. Setibanya di hotel, demi menjaga kesucian air zam-zam, botol berisi air zam-zam kami letakkan di sudut katil.
Kami keluar dari BinDawood dengan berbagi tugas, suriku balik ke hotel manakala aku sendiri menuju ke pintu masjid untuk mengisi air zam-zam ke dalam dua botol yang baru kami beli tadi. Jam 1.05 petang, aku terima rakaman voice .mail dari anaknda mutawif Haji Ali Amin yang sedang membimbing Jemaah dalam lawatan ke Taif, yang kedengaran kerisauan mengenai masalah kesihatan suriku. Aku melaporkan keadaan terkini kami yang dengan idzin Allah semakin pulih setelah meminum ubat. Aku juga memberitakan kepada beliau yang kami juga telah berjaya menyelesaikan misi kami berdoa di Hijir Ismail.
Hari itu kami solat di depan hotel memandangkan masaalah kesihatan yang masih belum sesuai untuk bergerak dalam kumpulan yang ramai. Kami mengabaikan makan tengah hari, memilih untuk makan roti dan minuman panas dan menyusun barang ke dalam bagasi sebelum merehatkan badan.
Usai solat asar, kami pergi ke pusat membeli belah Safwah untuk membeli sejadah dan songkok cucu kami. Aku membeli roti, minuman jus manga untuk makanan berbuka, beberapa bungkus Teh Arab (60 gram) untuk buah tangan ke tanah air. Berbuka di bilik dan solat di surau hotel. Kami bertemu di café untuk makan malam.
Pada sebelah malamnya, kami berdua keluar ke Farmasi Al Halwani di lantai bawah hotel untuk membeli sekotak panadol SR11.35 (30 isian) dan sekotak ubat selsema lorinase SR24.60 (20 isian). Naik ke bilik untuk makan ubat kerana merasa kurang sihat. Kami melihat kelibat mutawif Anaknfa Haji Ali Amin mendorong kereta pesakit yang digunakannya untuk membawa Al-Quran wakaf di Masjidl Haram.
Sebelum tidur, kami berdua makan panadol, dan ubat selsema lorinase. Kami mengimbau betapa sakitnya badan lantaran himpitan ketika berjuang memasuki Hijir Ismail. Seperti malam-malam sebelumnya, kami tutup tirainya dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Selasa hari ke-11, 15 November 2022 ( 20 Rabiul akhir 1444 H)
Tawaf Wada
Waima dihambat dengan sakit-sakit sebahagian badan terutama belakang dan pinggang, dengan izin Allah kami terbangun seawal jam 3.15 pagi (sedikit awal dari jam loceng). Kami membaca doa bangun tidur, “Alhamdulillah hilazi ahayana ……….. “. Usai mandi dan berbagi tugas, yang mana aku sendiri menstrika pakaian kami berdua. Mandian pagi ini kami akhiri dengan menyirami seluruh tubuh kami dengan seliter air zam-zam tiap seorang. Bukan kemestian, akan tetapi telah menjadi hajat kami untuk berbuat lain dari yang lain, dan ia bukannya menjadi kesalahan untuk melakukannya. Semasa air zam-zam membasahi dari hujung rambut ke hujung kaki, aku memohon agar Allah bersihkan diri ini dari noda dan dosa-dosa silam serta memohon agar Allah memelihara diri yang kerdil ini untuk tidak melakukan dosa-dosa terbaharu.

Dengan pakaian ihram, kami berdua minum 3+1 dan roti yang masih berbaki dengan sapuan Kraft yang dibeli di Madinah dan meletakkan dua bagasi di luar bilik. Sebelum bertolak ke masjid, dengan mengenakan tarung tangan agar tidak terbatal wuduk, aku menadah tangan sambil diaminkan oleh isteri agar diberi kemudahan untuk bersolat di masjid. Jam 4.45 pagi, kami bertolak ke masjid bersama-sama dengan senggang sambil berganding tangan. Aku serap tiap momen yang kami hadapi selama lima hari bermukim di Mekah. Keluar sahaja dari pintu utama, aku renung lampu limpah yang menerangi suasana di dataran. Sayu yang teramat sayu. Aku renung Hotel sebelah kananku Hotel Le Meredien dan aku tenung hotel-hotel sekitar dataran seperti Dar At Taqwa hingga ke pepenjuru Hotel Anjum. Aku dongak Hotel Clock Tower dan jam besar lagi megah. Hatiku berbisik, entah bila lagi aku akan berhadapan dengan suasana seumpama ini. Tidak terasa kami telah menapak ke lantai satu Masjidil Haram melalui pintu 91. Kami hanya berpisah ketika masing-masing menuju ke ruang solat wanita dan lelaki dengan temu janji di lampu hijau selepas solat subuh.
Usai berhimpun di pintu King Aziz untuk tawaf wida, aku mendepani bangunan berselimut hitam itu dengan hati penuh syahdu, sebak usah dihitung. Aku “Allah Ya Rab, janganlah hendaknya Engkau jadikan kunjungan ini yang terakhir buatku. Jemputlah aku sebagai Duyufurahman-Mu dengan membawa ahli keluargaku serta berilah aku kecukupan untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga rakan kenalanku, adik beradikku, ipar-duaiku, sahabat Geng Surau Al Mukminin, AJK Surau Al Mukminin, ahli group Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini berumrah mengunjungi dua kota suci-Mu.”
Sebahagian duyururrahman NurMukltaazam telah pun menunaikan tawaf wada masing-masing, akan tetapi kami berdua memilih untuk tidak berpisah dengan rombongan. Usai genap hitungan jumlah duyufurrahman Nurmultazam, seperti biasa, mutawif Haji Ali Amin membentuk formasi dengan meletakkan wanita di tengah-tengah diapit oleh lelaki depan belakang kiri dan kanan. Aku dan suriku sepakat untuk berada di belakang untuk bergerak dengan lebih santai dan terhindar dari dorongan rakan di belakang.

Tatkala mendekati lampu hijau untuk memulakan tawaf wida diketuai oleh anaknda Haji Ali Amin, "Bismillah Hirrahman Nirrahim, Ya Allah, aku menunaikan tawaf wida tujuh keliling kerana Allah Taala..." Langkah dimulai dengan Istilam iaitu melaungkan Bismillahi Ya Allah Allahu Akbar sambil memulakan putaran dengan menjaga agar bahu kiri tetap menghadap Baitullah. Tersembul rasa kerdil yang tidak terungkap dengan linangan air mata sebak. Isyarat Tangan Mengucup Hajarul Aswad dan Muncul rasa ‘khauf’. Langkah longlai bermula di sudut Hajarul Aswad (Lampu Hijau) dengan sebak di dada.… 7 pusingan yang menyiksa aku layan perasaan yang cukup dalam. 7 pusingan kali ini tidak selaju langkah-langkah sebelum ini, langkahku dihayun dengan terpaksa. Mataku berpinar tidak terlepas dari memandang setiap sisi Baitullah. Berderai air mata bila rasa alangkah kerdilnya diri kami ini di saat doa dipanjatkan di hadapan Baitullah agar doa ini diijabah dan di angkat oleh Allah swt...
Dalam Surah Ar-Rahman berulang-ulang kali disebut ungkapan ini (31 kali), “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”. Inilah antara rahmat yang Allah sebutkan tersebut. Betapa nikmatnya solat mendepani Kaabah dalam beberapa hari bermukim di Mekah. Allah turunkan Rahmat-Nya untuk kita menikmati suasana tawaf dalam suasana tenang, mendamaikan dan mengharukan.
Selamat tinggal Baitullah

Usai tamat pusingan yang ketujuh, kami berundur ke kawasan Multazam (lokasi makbul doa) untuk mengaminkan rentetan doa yang diketuai bacaannya oleh Mutawif. Di kiri kananku terdengar isak yang tertahan-tahan.
Aku membawa botol vaccum untuk diisi dengan air zam-zam untuk dibawa pulang ke tanah air. Usai minum air zam-zam dan menyapunya di seluruh muka, terasa dadaku yang semakin menyesak, Aku dan isteri meninggalkan dataran Kaabah. Aku menoleh dan terus menoleh sambil pipi ini dibasahi dengan linangan air mata. Aku terus menoleh sehingglah bangunan Kaabah tidak kelihatan lagi. Namun kaki ini terasa berat dan longlai untuk melangkah pantas meninggalkan Baitullah.
Kami beredar dari Multazam menuju pintu keluar dengan mata masuk habuk. Kami sengaja memperlahankan langkah agar tepisah dari kelompok yang ramai, lantas berhenti di suatu sudut menghadap Baitullah, untuk renteten doa yang agak panjang.
Aku menadah tangan sambil diaminkan oleh suriku, “Allah Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa anak-anak kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik-beradik kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa seluruh kaum muslimin. Engkau mudahkan urusan kami, murahkan reziki kami, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dengan keberkatan usia, Engkau jadikan anak-anak kami anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang berwawasan, anak yang senantiasa mendoakan ibu bapa, anak yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa, hidupkan dan matikan kami dalam keadaan Islam yang sempurna, terhindar dari fitnah dajal, terhindar dari api neraka. Ya Allah, Engkau pertemukan jodoh dua puteri kami dengan pasangan yang mampu membimbing mereka ke Jannatun Naim-Mu, Engkau masukkan kami ke Jannatun Naim-Mu bersama keluarga kami tanpa dihisab, Allah Ya Rab, janganlah hendaknya Engkau jadikan kunjungan ini yang terakhir buat kami. Jemputlah kami sebagai Duyufurahman-Mu serta berilah kami kecukupan untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Engkau jemputlah juga anak-anak dan menantu kami, adik beradik kami, ipar-duai kami, jiran-jiran kami, sahabat Surau Al Mukminin, ahli group Islam Itu Indah dan semua insan yang mengenali diri ini untuk berumrah mengunjungi dua kota suci-Mu.” Entah berapa kali aku menoleh ke Baitullah, hingga ia hilang dari pandanganku.
Meninggalkan bumi ambia
Kami balik ke hotel untuk sarapan pagi, dan mengunjungi bilik 2512 untuk kali terakhirnya bagi melepaskan kain ihram dan bertukar kepada jubah Arab THOBE berwarna kebiruan sedondon dengan suriku juga berabaya kebiruan. Mengemas bilik seadanya dan memasukkan kain ihram ke dalam beg. Kami turun ke lobby dengan tiap seorang daripada kami mendorong sebuah beg serta dua beg kecil Nurmultazam.
Di ruang parkir bas, aku menyerahkan beberapa pasang selipar kepada pemandu bas untuk kegunaan beliau. Aku menyatakan yang selipar tersebut tidak sempat aku tinggalkan di masjid. Kami hanya menyimpan sepasang selipar untuk kegunaan tandas semasa bermalam di Brunei. Beliau menyambutnya dengan ucapan terima kasih berulang kali. Aku juga menyerahkan seisian plastik kepada anaknda Haji Ali Amin yang berisi sekampit makanan kucing, sehelai kain ihram, tali pinggang dan beberapa cenderamata lain yang tidak perlu aku kongsikan.

Jam 8.53 pagi, bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel. Mutawif anaknda Haji Ali mengambil kedudukannya untuk mengetuai bacaan doa safar dan beberapa tazkirah yang mengujakan dan meremangkan bulu roma. Aku tertunduk malu apabila mutawif anaknda mutawif anaknda Haji Ali, memetik namaku semasa berucap, berkait rapat menganai rahasia berulangkali mengunjungi tanah suci. Aku bermonolog sendiri, menginsafi diri ini yang serba kekurangan dan hanya mampu digelar Hamba Allah. Aku risau nantinya tersembul rasa ujub, “Allah Ya Rab, aku mohon Engkau hindari aku dan keluargaku dari rasa ujub dan takbur.” Tiada lain usaha yang kami lakukan melainkan terus-terusan tanpa mangkir mengamalkan rutin berdoa usai setiap solat, “Ya Allah, jangan Engkau jadikan kunjungan ini merupakan kunjungan terakhir kami, jemput kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya dalam masa terdekat.”
Bukankah dalam Al-Quran Allah berfirman dalam surat al-Ankabut ayat 60 yang berbunyi "Allah memewahkan reziki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan reziki baginya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Ayat tersebut, apabila dirujuk kepada situasi aku dan keluargaku, kami tidaklah kaya raya. Akan tetapi hidup sederhana dengan kurnia-Nya berkemampuan untuk melakukan rutin ibadah ziarah dan umrah saban kali. (dicatat, namun berhati-hati risau dikatakan UJUB)
Berusahalah, ikhtiarlah dam mohon kepada-Nya. Lakukan solat DHUAA setiap hari setengah jam selepas waktu syuruk dengan doa, “Andaikata reziki itu masih di langit-Mu, Engkau turunkan kepada aku, andaikata reziki itu masih dibumi-Mu, Engkau keluarkan kepada aku ……….” Dan paling utama ialah menabung dan terus menabung dengan niat untuk biaya ke Haramain-Nya. Dan bangunlah sepertiga malam untuk mengadu kepada-Nya. Yakinlah, andai bukan wang ringgit yang dikurnianya, berkemungkinan ada kurnia lain yang menjadi hak kita seperti sihat tubuh badan, naik pangkat, anak-anak yang soleh dan berbagai lagi.
Semasa dalam perjalanan, di kejauhan aku mengintai kelibat bangunan Clock Tower yang berada dalam bangunan Abraj Al-Bait. Royal Clock Tower ini mula di bina pada tahun 2004 dan disiapkan pada 2014 yang menelan belanja sebanyak USD 15 billion. Pemaju yang bertanggungjawab membina menara ini adalah dari Saudi Binladin Group manakala senibina rekaaan adalah dari arkitek Dar Al Handasah serta syarikat dari German iaitu SL Rasch GmbH. Aku menoleh dan terus mengintai bangunan itu dengan mata bergenang. Jam 9.06 pagi, itulah buat kali terakhir aku dapat menatapnya.
Jam 9.24 pagi, bas melintasi bawah gerbang Rehal Al-Quran. Itu bererti, duyufurrahman telah terlepas dari larangan wada dimana Jemaah diperbolehkan untuk tidur. Mindaku diterjah rasa kekaguman yang tahap gaban apabila teringat akan keunikan Kitab Al-Quran yang memiliki 114 surah tetapi hanya terdapat 113 surah mencatatkan kalimah Bismillah di permulaan surahnya, kerana di Surah At-Taubah tidak dimulai dengan kalimah Bismillah. Aku bermonolog sendiri akan ilmu yang aku pelajari melalui Ustaz Harun (Likas) yang menceritakan rahsia bagaimana Allah menyembunyikan kalimah Bismillah … iaitu terdapat di Surah Al-Naml (semut) ayat 30 yang menyebut ,”Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan sesungguhnya isinya; menyebut Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” Iaitu isi surat yang dihantar oleh Burung Hud-Hud kepada Ratu Balqis Negeri Saba dimulai dengan kalimah Bismillah. Cerita melibatkan jin yang cerdik bernama ‘Ifrit’, yang membawa singgahsana Ratu Balqis kepada Baginda Nabi Sulaiman hanya dalam sekelip mata.
Hati terasa masih belum puas untuk mendambakan diri yang kerdil ini kepada Allah, akan tetapi aku harus meninggalkan Mekah Al Munawarah. Entahkan bila lagi aku dapat merenung Baitullah seperti beberapa hari yang telah aku lalui. Aku merenung Baitullah sepuas-puasnya. Sedih, pilu dan sayu menyelimuti seluruh perasaanku. Tidak tergamak rasanya berpisah dengan Baitullah. Terlalu berat rasanya kaki ini hendak melangkah pergi. Suriku juga begitu. Lantai dataran Kaabah lencun dengan titisan air jernih, dengan doa terakhir semoga aku dijemput sebagai tetamu Allah pada kunjungan berikut-berikutnya. “Aku mohon Ya Allah, jangan hendaknya Engkau dijadikan kunjungan itu yang terakhir buatku dan suriku serta rakan serombongan. Engkau jemputlah kami untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Andai inilah kunjungan terakhir, aku memohon Engkau gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik dari kunjungan ini (Syurga-Mu Ya Allah)”.
Jam 9.30 pagi, rombongan singgah di Muzium Al-Maudi. Aku hanya turun sekejap memfoto bagi menyantuni para duyufurrahman. Perjalanan diteruskan ke kawasan Al Balad di mana kami diturunkan di kawasan Bakso Abang Udin. Dapat merasai bakso, kuih pulut ala onde-onde dan Cendol Cincau (SR45). Aku dan suriku berehat di surau Kompleks Cornice sementara menunggu azan untuk menyertai solat Dzohor dan menjamaknya. Permohonan maaf kepada rombongan, kali ini kami berdua orang terakhir kembali ke bas tidak seperti selalunya yang kami merebut orang yang pertama.
Jam 2.05 petang, bas meluncur menuju ke Airport Jeddah. Kami dibahagi-bahagikan dengan Ayam Al-Baik. Sejuta terima kasih kepada jemaah yang dengan spontan mengeluarkan bagasi dari perut bas tanpa memilih siapa pemiliknya. Usai beroleh bagasi, aku merupakan orang pertama beroleh troli dan menolak bagasi ke kaunter pelepasan dan orang yang pertama di depan kaunter. Jutaan terima kasih kepada ustaz Ali Amin yang enggan menyuruh kami berbaris di kaunter, malah menyuruh ayah dan bondanya duduk menunggu di kerusi. Jutaan terima kasih juga kepada Haji Syamsul berana berusaha untuk memperoleh vitamin C untuk kami berdua. Oleh sebab masih kenyang, Ayam Al-Baik yang kami terima, kami serahkan kepad dua orang pembersih Airport (bukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk baik).
Jam 7.34 malam, dengan ihsan Haji Syamsul, aku beroleh kerusi 30K sederet dengan suriku. Di sebelah kananku, dekat tingkap dihuni oleh seorang pengurus umrah dari Negara Brunei. Dengan izin-Nya, Allah permudahkan urusan kami untuk duduk bersama-sama bagi membolehkan aku menguruskan suriku yang tidak berapa sihat. Dan mudah-mudahan reziki akan melimpah ruah kepada insan mulia yang sanggup berpindah ke kerusi asal isteriku iaitu 32A.
Pesawat Boeing 787 berlepas ke Brunei dalam penerbangan yang memakan masa sepuluh jam empat puluh minit. Penerbangan selesa tanpa bergoncang dan disantuni dua kali santapan yang menyelerakan. Di saat mendekati Segenting Kra (Thailand), aku dikunjungi oleh Tuan Haji Shamsul dan bersegera ke tandas untuk berwuduk bagi menunaikan solat subuh.
Itinerari Rabu. Hari ke- 12 16 November 2022 ( 21 Rabiul akhir 1444 H)
Bermalam di Brunei
Mencecah landasan jam 10.34 pagi dan meneruskan perjalanan dengan bas menuju ke Hotel Mulia Brunei. Kami memperoleh kunci bilik 303 pada jam 11.56 pagi. Masuk ke bilik menunaikan solat jamak Dzohor asar, kemudian beredar ke café untuk makan tengah hari. Seperti biasa, kami berdua adalah orang yang pertama mengunjungi café diikuti oleh sahabatku dari IPK. Hari tersebut dihiasi dengan tidur dan rehat demi menyantuni tubuh badan yang sengal-sengal. Akan tetapi yang uniknya, mengkal di betis kami lenyap sebaik-baik saja melabuhkan kaki di bumi Jeddah. Masa senggang dibahagi-bahagi dengan memulakan penulisan Travelog di Blog Benoni-Santai. Aku menghubungi Face Book, adik ipar saudara Zainal mengenai ketibaan kami dan memiohon untuk berjumpanya selepas Isyak.
Selepas isyak, adik ipar datang bertamu. Kami bergerak dengan kereta mencari kedai runcit yang menjual ‘Imperial Corned Beef’ produk Halal dari Australia. $6.90 setin, kami memborong sebanyak tujuh tin. Sempat mengeteh di kedai yang berdekatan sambil bertukar buah tangan. Aku menyerahkan jubbah Aran Thobe dan sejadah Raudah kepada beliau. Kami menghabiskan masa senggang berbual bertiga. Dan beliau menghantar kami kembali ke hotel untuk merehatkan badan denganb melayan mata yang masih mengantuk.
Sebelum tidur, kami berdua menutup kalam malam dengan membaca doa sebelum tidur, membaca Qul Huu Allah 3 kali, Al-Falaq, An-Nas, membaca dua kalimah sahadah, selawat dan membaca ayat kerusi.
Itinerari Khamis, hari ke-13. 17 November 2022 ( 22 Rabiul akhir 1444 H)
Rutin wajib harian menunaikan solat subuh berjemaah. Mandi pagi dan bergerak ke kafe untuk sarapan pagi. Suriku membawa dua tin ‘Imperial Corned Beef’ untuk diserahkan kepada kenalan baru kami iaitu isteri jemaah yang berasal dari Keningau dan setin lagi diserah kepada seorang kenalan dari Kampung Darau.
Sempat solat dhuaa di bilik saebelum menikmati makan tengah hari. Usai makan tengah hari, kami bergerak ke Airport pada jam 2.30 petang. Kami berhimpun di surau luar Airport untuk berehat. Di sana aku mengeluarkan buku catatanku untuk menyambung misiku iaitu mencoret Travelog di Blog Benoni-Santai.

Reziki yang dikongsi
Ketika pemeriksaan "Cek-In", tiga orang Polis Lapangan Terbang Brunei menahan begku. Beliau menyuruh membuka beg dan meminta aku mengosongkan botol VACCUM yang berisi air zam-zam dan meminta untuk aku mengosongkan Vaccum tersebut. Sesuatu yang magis, vaccum yang berisi air zam-zam berjaya melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Jeddah.
Amat sayang untuk aku membuang air zam-zam dan tidak termampu untuk aku menghabiskan air yang begitu banyak. Aku meminta Polis Lapangan Terbang untuk membuang air salah satu botol yang ada pada mereka untuk diisi dengan air zam-zam. Dengan wajah ceria yang terbayang di wajah masing-masing dan dengan keikhlasan seikhlas-ikhlasnya, tersembul ungkapan lisanku, "Halal, halal. Ambillah." Selebihnya, aku teguk untuk membasah tekakku.
Aku berfikir, Syukur ya Allah, dengan asbab dan perkenan-Mu, air zam-zam yang aku bawa menjadi hak kepada orang lain untuk menikmatinya. Begitu hebat perancangan-Mu ya Allah, tanpa diketahui oleh insan lain yang kerdil seumpama aku. Hebat, hebat dan amat hebat. Sudah tentu mereka bersyukur boleh merasai air yang jarang-jarang orang lain peroleh. Dalam perjalanan yang amat panjang, aku bersalaman dengan rakan serombongan setelah memperoleh semua bagasi kami. Dua orang puteri kami menyambut dengan sopan dengan pelukan kasih sayang dan kerinduan yang teramat dalam. Pada jam 10.54 malam, kami tiba di rumah kediaman kami di Kepayan
Doa dan harapan
Aduh ….. 1,001 momen ziarah ke sana terakam melekat di minda ini. Jiwa ini bagai dipalu dan hati ini sentiasa meronta-ronta hendak ke sana, jika boleh berulangkali selagi mendapat pinjaman nafas oleh-Nya. Betapa diri ini terasa teramat dekat dengan-Nya ketika berada di sana. Kini aku tidak lagi dapat menatap Baitullah seperti selalunya, apabila kaki berpijak ke Tanah Air, yang tinggal hanyalah sejuta kerinduan terhadapnya.
Aroma Mekah dan Madinah tidak pernah lekang dari mengetuk pintu hati kecil ini. Terlalu sayu rasanya mengenang ketika aku duduk bersimpuh di hadapan Kaabah demi bertawajuh ke hadrat Allah. Masih terasa betapa berombaknya debaran dada ini saat-saat pertama melihat Baitullah terpampang di depan mata. Masih segar terasa hangatnya linangan air mata yang mengalir tanpa diminta membasahi lantai marmar, dan masih terngiang di telinga ini, ungkapan istilam yang meremangkan bulu tatkala berada di pepenjuru Azrul Aswad. Sungguh hebat kesemua kenangan tersebut.
Ya Allah . . . . doaku agar kunjungan tersebut bukanlah kunjungan terakhir buatku dan suriku. Kami memohon untuk kunjungan-kunjungan berikutnya disertai pula oleh kesemua jantung hatiku. Saat yang paling menyedihkan ialah ketika melakukan tawaf wida. Semasa solat sunat di Multazam, dalam sujud terakhirku di tanah suci, aku melafazkan sepenuh kesyukuran kerana kami berdua antara jutaan insan yang dipilih menjadi tetamu-Nya. Terasa berat rasanya untuk mengangkat kaki ini meninggalkan Baitullah. Air mata membasahi pipi, sehingglah ketika meminum air zam-zam, aku masih tidak melepaskan peluang melihat Baitullah walau dari jarak yang begitu jauh. Aku dan suriku berjalan sambil menoleh entah keberapa kalinya . . . . sehingga Baitullah tidak nampak dari pandangan kami. Air mata terus mengalir sehingga tiba di hotel.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Hatiku, jiwa ragaku, cintaku dan rinduku tertambat di sana. Jiwa ini bagai dipalu dan hati ini sentiasa meronta-ronta hendak ke sana, jika boleh berulangkali selagi mendapat pinjaman nafas oleh-Nya. Betapa diri ini terasa teramat dekat dengan-Nya ketika berada di sana. Waima kini aku tidak lagi dapat menatap Baitullah seperti selalunya, apabila kaki berpijak ke Tanah Air, yang tinggal hanyalah sejuta kerinduan terhadapnya. Betapa luluhnya perasaan ini andainya kunjungan singkat itu merupakan kunjungan yang penghabisan buatku, akan tetapi di hati ini tetap berdoa agar dijemput untuk kunjungan yang berikut-berikutnya. Akan tetapi, aku pasti akan kembali menemuimu Baitullah. Itulah doaku setiap selepas solatku sekembalinya aku ke tanah airku. Moga Allah memberi keizinan kepada ku dan keluargaku untuk mengunjungi tanah suci itu.
Aku bukan yang terbaik, pengalamanku beribadah ini hanya biasa-biasa
Rindu terhadap Baitullah tidak akan pernah padam. Aku akan terus merindui saat-saat manis minum Air Zam Zam di hadapan Kaabah sambil berdoa diberi kesihatan, ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang luas. Rindu dendam terhadap kedua kota itu membara. Maka tidak hairanlah jika ungkapan-ungkapan yang dikemukakan berkait rapat dengan rasa cinta semasa di sana dan bersambung dengan rasa rindu akibat perpisahan tersebut. Memori sepanjang berada di Mekah dan Madinah kusulam indah jauh di sanubari ini. Hiba hati ini kerana terpaksa meninggalkan Tanah Suci. Semoga Allah Azzawajalla memberi peluang kepada hamba-Nya ini untuk menjadi tetamu-Nya di masa akan datang.
Kepada rakan DuyufurRahman serombongan, mohon ampun segala kesilapan kami berdua. Aku sengaja kerap mendapatkan kerusi bas yang stretegik, bukannya tercatat namaku di sana, tetapi niatku ialah untuk melicinkan pergerakan turun naik bas bagi membolehkan aku merakam momen terpenting tiap orang rombongan NurMultazam. Sebagai insan biasa-biasa, kita serupa, tidak terlepas dari kesilapan. Tiada seorang insan pun di dunia ini boleh memberi jaminan bahawa ia pasti akan hidup pada keesokkan harinya tatkala ia melelapkan mata untuk tidur di malam harinya. Usia manusia hanya ada dalam pengetahuan-Nya. Oleh itu, mari kita ceria-ceriakan hidup kita yang tersisa. Mohon maaf. Sesungguhnya, keriuhan kalian sepanjang ziarah merupakan pemangkin roh ziarah kami berdua. Andai ada cerita kurang baik sepanjang ibadah ziarah, tinggalkan sahaja sebagai sejarah lampau dan bawalah balik cerita yang baik-baik sahaja.
Kepada pihak pengurusan, mohon maaf andai terkesan dengan tingkahlaku kami berdua. Semoga Allah akan merestu segala usaha terbaik kalian dalam menyantuni para duyufurrahman. Kepada anaknda Haji Ali Amin, jutaan terima kasih atas santunan anaknda. Semoga Allah akan pertemukan kita dalam masa terdekat. Insya Allah. Akhir kalam, aku menyeru diriku sendiri dan kalian, untuk sama-sama berusaha melakukan kesinambungan ibadah seperti mana yang kita lakukan di haramain. Oleh itu, sejuta maaf aku sembahkan andai nukilan ini menguris hati kalian.
Ziarah umrah sendat ibadah
Seampuh masa jasad dikerah
Sepulang ke rumah perlu berubah
Demi menggapai redha-Nya Allah
Senarai semak ibadah kita di Tanah Suci
1. Solat taubat, solat Dhuaa, Solat hajat, solat tahjud selepas solat-solat wajib beberapa minggu sebelum berlepas
2. Solat musafir sebelum di hari berlepas
3. Berdoa sebelum perjalanan
4. Menetapkan sejumlah selawat sedari meninggalkan tanah air sehingga ke Madinah
5. Sujud Syukur ketika tiba di Madinah, ketika tiba di Mekah, dan ketika tiba di tanah air
6. Menetapkan sejumlah dzikir ketika bergerak ke Mekah
7. Solat tahaiyatul masjid
8. Solat wuduk
9. Solat-solat wajib
10. Solat kabliah dan baadiah
11. Solat Qadha
12. Solat Taubat
13. Solat hajat
14. Solat syukur
15. Solat Dhuaa
16. Solat tahajud
17. Solat witir
18. Solat tasbih
19. Solat jenazah
20. Puasa Isnin dan Khamis
21. Tawaf tahaiyatul bait
22. Tawaf sunat
23. Tilawah al-quran
24. Berdoa agar dijemput untuk kunjungan berikutnya
25. Mohon ampun segala dosa
26. Infaq
Sekian, Allahu Alam.
Salam dari saya yang fakir.
No comments:
Post a Comment